Instagram : @peejburhan

Nikah 28 April 2012


Nikah day.
malas nak update.
sebab ingat nak update n letak sekali video nikah.
tapi video adalah kat phone ice.
tak amik lagi. so tak feel je rasa nak update.
tapi tah bila aku nak jumpa kan.
takpa la. update je dulu. video lain entry kita letak ye. :)

patutnya pukul 11.30am nikah.
sebab before that ada couple lain nikah.
so ok la.
tetiba around 10ish dpd sms dpd isteri ustaz kata nikah at 11am.
harus kelam kabut je.

so dah turun tu.
keluar rumah ready tengok Mr.B dah sampai.
dia datang sorang. T___T
dia kata fam dia lambat. dia taknak tunggu. dia datang sorang.
eh boleh lak gitu.
yang lain terus tunggu kat masjid.
dia datang rumah aku dulu. sebab kasut dia baru beli. dia tertinggal kat rumah aku.
syabas.
tu takpa. tu takpa *sambil ketuk bahu korang kak nam sangat*
macam mana aku bagi dia sampin berlipat dalam plastik lepas aku hantar jahit.
macam tu jugak dia keluarkan daripada plastik pastu pakai.
hangin aku. ye. sampin berkedut bekas lipatan.
tu takpa lagiiiii.
tetiba lak ada insiden, "butang baju melayu abang mana pahhhh?"
ye!! aku tanya dia kata ada. pastu boleh dia tak tau mana butang tu.
dah la abang aku carikkan butang.
pakai je apa ada. lantak.
pastu abang aku pakaikan dia sampin kereduts ittew. pastu bawak dia gi masjid.
hai la laki aku ni. eh masa tu belum laki lagi.
aku hampir bertukar jadi hulk. lompat atas meja sambil jerit n ketuk2 dada.
ok scary tu. tp of coz x la kan.
dorang suruh aku relax. noy n jonet kata nanti ok la tu.
takpa gi je masjid.

pergi je nampak familiar faces.
sedara mara, close family friends, my close friends, in laws, kak na my savior pun ada tepi tu. :)
kak na ni asalnya aku buat bunga pahar ngan dia. 
dia tgk kekelam kabutan aku. dia kata nak tak dia buatkan hantaran.
aku kata no need sbb aku dah beli pun bahan. aku boleh buat.
so aku mintak dia buatkan sirih junjung.
takpa. tu nanti aku cerita.
banyak jugak dia tolong. sukaaaaaa.

masuk dalam.
terus duduk atas bantal nikah yang super lawa.
aku sewa dpd salwa redzuan.
tu pun nanti aku cerita lain entry. :)
paling best sebab bantal itu besar. muat iols duduk. hahaha.

tapi tak best sebab positon yang di letak aku rasa agak jauh.
sebab kadi suruh lelaki belah depan. perempuan belakang sikit.
so masa kadi tu cakap,cakap. aku bukan dengar sangat.
nasib time nikah dengar loud n clear. so ok la.

haha tapi aku sangat la tak berciri pengantin sopan santun lagi ayu.
banyak sembang n tergelak. kiwok betul.
nervous pun ye.
salah pengepit aku si jonet tu pun ye.
asyik la buat lawak bagi aku gelak n layan sembang.
dia kata sebab photog aku suruh aku senyum.
so dia kena ceriakan keadaan. bungokkk.
aku tengok video time taklik tu rasa nak pitam.
kemain Mr.B emosi sampai nangis.
aku kat belakang sembang sakan. hahahahhaa. pitam.


:: me n my pengepit. jojonet kesayangans ::

muka aku bengkak kan.
time ni nervous lagi.
tu aku kata muka aku tah apa-apa je rasa.
tak cukup tidur pun ye kot. nice eyh.
oh pics agak bersepah ye. n tak berapa tersusun.
lantak la ye.



:: pegantin tak berapa nak sopan. hahha ::

:: Mr.B muka nervous. aku muka sengih tak menyabar nak kawin lettew ::



tak sabar nak share video sebenarnya. tapi takpa la.
papa yang nikahkan.
so macam terkejut sikit.
sebab tak sangka dia nak nikahkan.
sebab papa since kena stroke tu. dia tak suka buat speech ke apa semua tu.
sebab tak lancar sangat bila cakap. kadang2 tersedak la apa.
so dia macam tak confident.
so bila nampak dia nak nikahkan. semua macam terkejut.
tu takpa. sebelum dia nikahkan tu. sempat dia pusing pandang aku n lambai tangan.
time tu dah sebak je rasa.
then time nikahkan. masa papa cakap tu suara dia sebak tahan sedih tu.
dah la semua kat masjid pun jadi sebak n sedih.
ada siap nangis. tsk.
aku pun tak pasal emo tau.

Alhamdulillah selamat ngan sekali lafaz.
aku risau gak.
sebab sepuluh kali suruh dia berlatih. 8 kali dia salah ok. hishhh.
pastu last minute malam sebelum nikah tu.
dia kata nak bagi mas kawin rm100.
time suruh berlatih everytime dia silap cakap rm80.
aku dah. if u tak boleh. then tukar la 80. taknak la 100.
dia kata dia nak seratus.
malas gaduh layankan. nasib time nikah tu ok. hihihi.

sebelum nikah tu.
berapa kali uncle aku tanya. macam mana? ok ke nak kawin ni?
nak kena sign ni.
aku jawab, "saya di paksaaa"
wah drama sangat kan. gagagagga.

lepas tu taklik semua tu.
episode dia baca sambil kesedihan. hati tisu gak Mr.B ni.
aku rasa dia sebak kot.
sebab dia kata tak sangka jodoh dia ngan aku jugak.
ye la. setahun lebih ku tak layan kan. sekali ambil. kawin gak. heheh.
tp time tu aku bukan dengar sangat pun. jauh kan.
n dia membelakangi aku. so mana nak dengar ke apa.

then settle tu. dia sembahyang sunat syukur.
boleh tahan lama sujud syukur.

me : lamanya. time bila nak sarung cincin ni?
jonet : kau ni. sabar la. gedik betul.
me : whatt. betul la. put a ring on it.
noy : kemain lama abang ben bersyukur tu. kau boleh gelak2 sini. 
me : hahhaa.
noy : tapi lama bebenar kan. betul-betul bersyukur tu.

keji gila kan aku. hahahha.
matiklah belum apa-apa dah tunjuk perangai gelojoh.


:: cantik khenn sampin laki iollsss. dah la aku kemain belikan dia shirt renoma untuk pakai dalam tu. sampai pagi tu dia tak pakai pun. hish ::

:: with mommy, daddy n my silly beanss. hahahha. sampin p.g kelakar kan. bengang je dia. aku n noy ejek kata dia pakai skirt. ::

:: panggil zeity n zara ::

:: one happy family at home. yeayyyyy. tapi lawak pic ni. sebab nampak macam kita orang ni orang kerdil amik pic ngan Mr.B ni. oh sebelum ada tanya kenapa zeity tak pakai ikut tema, sebab dia pakai jubah mak dia belikan masa pergi umrah. aku pun tak sure. sebab ayol kata dia ada baju color tu. takda la kot sebenarnya. tapi takpa. ok je. tapi takut la orang speku kata dia insan terbiar. keh keh ::

:: us with the big ben. tak dapat big ben london. kita feeling ngan big ben ni je. heheh ::

:: me with close friends yang datang. aku tak ajak ramai pun. ice, huda, sara (tunang shawal. comel sgt kan), shawal, nysya, jonet, pedd n noy ::

yang bawah ni semua pulak campur-campur.
pic daripada ramai orang.
so aku share sini la.

yang bawah ni pic daripada camera cousin aku, anun.


:: time ni time sedih tu. time papa nikahkan kot ::

                            






:: feeling ala-ala malu-malu. kah kah kah ::

:: put a ring on it ::

:: mithali sangat. mihmihmih ::


:: sarungkan cincin untuk dia pulak ::

kelakar la time-time macam ni.
dah la ramai orang tengok n nak amik pic kan.
pastu kena pose lama-lama. lawakkkk.

:: kena pose amik pic cium piuler. scary ni. cara dia datang pun takut kan ::


haaaa kau.
menyenget-nyenget. siap kalau tak pegang bahu.
teruk bebenar.
dia kata sebab tudung aku tinggi. dia tak dapat cium.
aku dah nak tergelak dah.
sekali kena sound ngan pakcik-pakcik semua n photog.

all : tak payah sampai senget-senget tu. dahi je. langgarkan hidung kat dahi. pegang dagu. takyah sampai kemek2 hidung.

hahaha. aku termalu terus tampar bahu dia.
ye la. over sangat ok. 
dia cium dahi sampai amik bau sekali. gila apa.
aku dah la peluh.
haaa pasal peluh.
situ a/c tak bukak. pakai kipas je kan.
kipas pun kemain jauh.
amik kau asyik peluh je.
bayangkan jonet kata tisu yang dia guna untuk lap peluh aku kumpul jadi besar bola mainan tu ok.
yeeee. banyak gila!

:: haaa varu vetulll ::

:: me n acu ::

:: us with anun. sorry aku tertidur lak dalam ni. hihi ::

:: si kenit ::

yang ni pulak daripada ice n huda .


:: cantik kan baju huda. suka tengok. dia ni tak rupa orang pregnant pun. padahal time ni nak masuk 8 bulan dah ::





:: yang dua ni pulak dpd official photog. shah zainal ::

ok lawak.
aku buat entry ni semalam.
then tetiba connection takda. aku on off banyak kali pun tak boleh. gila.
so stop. so ni sambung.
baru terjaga ni.
tau sebab apa terjaga dpd tidur.
sebab aku mimpi ngeri kisah photog.
sebab album dah siap. so kena bayar balance.
patut bayar lagi rm500 je. tapi tetiba keluar bil rm1000.
aku dah la tahap kemiskinan ni. tetiba mahal lak.
aku tanya la apesal lak rm1000.
dia siap listkan ok.
antara yang dapat aku baca.
bilik hotel yang aku bagi tu takda hiburan. membosankan.
n keluarga aku memboringkan. tak bagi dorang layanan best.
kat situ je dia charge few hundred. hahahhahaha.
bongok tak mimpi tu.
so terjaga sebab aku tengah jerit2 taknak bayar rm1000.
bodohnya mimpi.
ok padahal tak pun. dorang ni ok je.
tapi tah kenapa aku mimpi pelik. keh keh.

yang bawah ni pulak baru jumpa semalam.
biras aku upload kat fb dia.
tak tag aku pun. segan lettew.
tau pun sebab aku bukak tengok ada. :)
so amik n share sini jugak.


time ni fam aku suruh aku duduk kat meja in laws. beramah mesra.
tapi i malu-malu. wah.
ok bukan malu apa. walaupun aku yang 1st sekali kenal Mr.B sebelum yang lain-lain.
tapi aku jarang lepak rumah dia.
n yang adik beradik Mr.B pun semua dah kawin.
tapi aku tak pernah kenal wife-wife dorang ni. tau daripada pic je la pun.
sebab time dorang kawin. aku tengah tak kawan ngan Mr.B.
n ada sorang lagi pulak time tu baru ok balik.
tetiba nak ikut gi wedding orang. kosser. so maka tak kenal.
dorang pun tak kenal la aku.
aku kenal dorang time tu masing-masing still ngan awek-awek lama. miahahha.

time tu aku tak makan apa pun.
sebab tak lalu. n sebab tak tukar baju lagi.
kang mau makan tertumpah kat baju satu hal.
dah la pakai putih.
so tetamu mostly dah balik baru aku makan.
tak terasa lapar pun. tapi dah semua kata makanan best gilerrr.
siap ada tambah dua kali. tu aku makan gak tu.

tak silap makanan time tu.

nasi putih, ayam masak rempah, masak lemak daging n kentang, sambal tumis udang petai, ikan masin, ulam-ulam, sambal belacan, murtabak (sponsor by kak adik. mama's close friend), air oren, buah-buah, agar-agar.
ada lagi kot. aku pun tak sure.

:: in laws. yang baju pink tu kakak Mr.B, uji, mak, yuyun, najib, farid, siti. ::

ramai takda jugak.
ada yang kerja. ada yang tak sihat. gitu la.




:: nasib yuyun ni amikkan pic ni. kalau tak almost takda pic hantaran. hantaran both aku buat. :) gigih kan. yang tiffany blue n white tu aku bagi ke lelaki. yang pink n purple tu lelaki bagi ke aku. ::


family photo.
tapi ni memula kot. lepas tu kasi sumbat semua.
takpa camera photog muat kot. dorang ada wide lense.

ok sekian cerita pasal nikah.
Alhamdulillah semua lancar.
small n simple je.

18 Comments:

Ietams said... [Reply to Comments]

waaupun katenye simple, series nampak meriah!
Cepat2 update lagi dan lagi yerl

NorMala @ KaKakSaTu said... [Reply to Comments]

jelesnyer kite.. adik untunglah ayah yg nikahkah. bukan slalu tau ayah nak nikahkan. slalu imam je. time akk imam import dari jauh. dah arwah dah imam tu.huhuhu.. majlis meriah sgt2. pija sweet je time nikan ni.. 2 thumbs up..

p/s: pssst!! kalau betul adik pregnen tahniah yer.. kalau x.. usaha tangga kejayaan.. agagaga..

Bibie said... [Reply to Comments]

Peej,
First time komen. :)
Seronok baca cerita Peej.Tau tak selama ni saya sangka Peej bercinta dengan Syawal..hahaha.Oh maafkan saya.Sekali bila Peej update cerita Syawal nak bertunang,saya lak ternganga baca.Salah rupanya.
Semoga bahagia selalu,sampai hujung nyawa.

fathen yaya said... [Reply to Comments]

Akhirnye dapat baca update nikah dari pengantin sendiri..hehehe..sukee!

DuNia KeBaHaGiaaNKu....... said... [Reply to Comments]

bestnyer.....tp nana berjaya tgk jonet dlm nona ritu gila cool.....hehehe apapun peej sgt cantik....

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

ok lah tu peej..u mcm ni, dapat laki mcm ni..kontrast.. barulah happening...

lelaki kalau masa taklik tu dia nangis dan sebak bermakna dia faham apa taklik tu... besar tanggungjawab dia sebagai suami ..

Irfa said... [Reply to Comments]

semoga bahagia hingga hujung nyawa
selalu berlaku masa majlis kawen..apa yg kita rancang tak menjadi..saya penah menangis hari sanding belah lelaki sbb masa tu ntah kenapa mak pula sentap (punca kecik je pun) agaknya mak sedih sbb saya dah jadi milik orang.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Salam anak ku Peeja,

Alhamdulillah..majlis lancar.
Makanan sedap, cuaca bagus, dan ramai rakan taulan hadir..
Alhamdulillah, mama dapat mengukir senyuman disebalik lelehan air mata

susumanis said... [Reply to Comments]

peej, x de sapa pun leh lawan posting ko sendiri sal wedding ko, baru puas hati baca..nway tisu beso bola mainan de simpan buat kenangan tak..muahehe

shuweet said... [Reply to Comments]

aminnnn...selesai sudah....eh aku nengok si shawal ni tiba2 cam slalu tengok plak...rasanyer opis die ngan opis aku sama bangunan..kat the gardens north tower...

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

Papa nikahkah eh? Kalau KC, sure sebakssss gila. meleleh dlm diam kot airmataku. syahduuuu, kan.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

eishhh napa aku teringat time aku nikah plak nie..hahah..mengimbau betul tau!! meriah ko nikah tau!!!

Cik Ina Do Do Cheng said... [Reply to Comments]

semoga Peej ngan suami tercinta bahagia hingga kehujung nyawa. Dalam perkahwinan bertolak ansur indah ye. lepas ni terus dapat baby dan baby tumpang seronok: )

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kira ok lah tu, aunty dulu masa nak nikah pak imam lupa nak datang so abang ipar pergi rumah pak imam tu rupa rupa nya dia tertidur sebab terlupa boleeeh.

Rasa rasa nya dulu ada baca entry lama peeja, kawan peeja tina tu kawin dengan adik ben kan, kalau tak silap la aunty macam terconfuse pulak.

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

Gelak baca time nak cium2 dahi tu. kelakar but sweet. akan jadi kenangan sampai bila2 :)

Tak nampak Tina lah dalam gambar2 kahwin u, sure u all happy best friend dah jadi biras hehe

Blue Butterfly said... [Reply to Comments]

A big congratulation for u both! Yup yea selepas hampir 2 thn baca ur blog ni,akhirnya hari ni memberanikan diri for my 1st ever comment :D Tgk gambar2 masjid tmpt u nikah tu macam ku kenal. Masjid Muadz B Jabbal aite? I had my nikah kt situ gak tapi 3thn dulu lah :) a ah agak panas berpeluh tak ingt masa tu. Nwyz Semoga bahgia ke syurga nnt :D

nuruldoory said... [Reply to Comments]

i notice both of you hav quite similiar eyes.. oirg tua2 kate mmg ade jodoh dan jodoh kuat.amin..i pray t he best for both of u..keep writing ya.

initrah said... [Reply to Comments]

im so hepi 4 u peej...dah lame x singgah blog u,thne tgk2 u dah tawen...n suspen jgk u kawin ngan sape sb bile tgk muke mcm mr ben..thne mmg betoi hes d one 4 u..wah, tu la jodoh kan...so hepi so hepi..wah i plak over hepi tau..n hope perkahwinan u bahagia bangat ok :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...