Instagram : @peejburhan

leganya semua dah settle.

hari ni baru rasa betul-betul lega semua settle.
semua saudara mara dah balik.
tinggal pak pian je papa mintak tolong stay lama sikit.
tolong apa patut.
rumah pun 90% dah kemas. tinggal sikit-sikit je lagi.
ni suami kerja. ewah suami katanya. tetiba rasa nak pitam time type ni.
dah dia kerja. boleh la kita online.
kalau tak rasa bersalah pulak kan.

aku still kat rumah sini.
tah bila nak gerak tah.
rasa berat je hati ni.
ye ke berat hati?
ke sebab sana takda internet lagi. ;p
ye la. sebab tu la.

nway, still adjusting.
yang pasti rasa penat.
sebab Mr B ni haus memanjang.
ok memang la musim panas.
aku pun haus.
tapi aku haus amik sendiri.
dia haus dia suruh aku buatkan. aaaaaaaaaaa.
taknak derhaka sangat. layankan la.
paling geram malam semalam.
sebelum naik aku tanya nak air tak.
dia kata taknak.
dah sampai atas. aku nak tidur.
dia kata haus. n suruh bawak tapai 4 pack untuk dia.
baiklah la kanda. syurga bawah tapak kaki kanda. layankan aje.

aku nak cerita pasal wedding.
tapi takda gambar tak feel sangat kan.
nak tunggu official pictures lagi la lambat kan.
tapi tengok kat camera noy n papa macam tak banyak mana.
transfer pun belum. later la.

but cerita la sikit-sikit kan.
aku membusy hingga ke saat akhir ok.
khamis tu aku berinai. boleh tahan lama la 4 jam.
then malam tu pergi JJ. carik barang Mr B.
beli baju kemeja putih untuk reception, carik baju dalam putih tu utk dia pakai time nikah, carik kasut la apa.
kasut tak jumpa size dia. T___T so aku suruh dia carik sendiri.
then aku beli bra.
aku ni mana ada bra skincolor. semua meriah. tak pun lace.
nikah pakai putih. if pakai colorful akan nampak.
if lace pun akan horror.
so beli nude color kat wacoal. tu pun je yang ada kat jj tu.
memang horror la rupa dia.
ah janji fit nicely. nude color. sudah.
noy kong ajo. ada ke masa dia nampak bra tu.
dia kata apesal bra kau macam nak menyusukan anak je pija? buruk betul. aaaaaaaaaaa.
paling takleh bla. after majlis. kat bilik kat kem tu.
ada noy n Mr.B. aku katanya dah peluh macam mandi n penat.
settle harus la nak tukar baju kan.
terus bukak selamba je. lupaaaaaaaaaa ok.
yang pasti sedar-sedar Mr.B tengok je muka pelik.
aku dah termalu terus, "jangan la tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk"
terus dia cakap, "tak. kenapa macam tu bra tu?"
me : shut up u. ni untuk kawin je la. lepas ni tak pakai dah.
noy : hahahhaa. buruk kan abang ben. macam nak menyusukan anak.
Mr. B : so scaryyyy.
babikkkkk lahhhhh.
amboih kutuk. awassssss.

ok sambung.
settle tu. dia balik. dia kerja.
so aku n noy ke duta. pergi amik bantal nikah yang aku sewa.
tu nanti aku cerita lain.
settle tu noy ajak makan pulak.
dah la melepak sampai ke berapa pagi.
sesuka hati je kan. lantak.

then esoknya membusy again.
pergi JJ lagi beli baju untuk zara sofea. noy belikan.
tapi tak dapat amik pic dia ngan baju tu sama-sama time reception aku. sobs.
then aku pergi bayar duit hotel.
aku amik budget hotel dekat rumah aku untuk photog aku.
photog aku dpd seremban. kan sabtu tu bersih.
dia takut nanti dia tak sampai kat majlis aku. majlis nikah pagi kan.
hari tu jugak aku call n booking. n pergi check in kan semua.
nasib ada kosong lagi. fuhhh.

apa lagi buat eyh?
oh n aku lari pergi beli buah untuk hantaran.
aku kan buat 2 belah hantaran.
so harus kelam kabut.
so malam jumaat tu aku siapkan dulang cupcake, buah n mas kawin. oh n bunga rampai.
aunty lela aku daripada melaka bawakkan bunga rampai.
wangi sangat. sukaaaa.

time tu rumah dah penuh. nak placing bebetul pun dah takda ruang.
asal boleh je.
pastu ada pulak yang complain itu ini ngan hantaran tu.
terus aku jawab, saya penat. saya dah tak larat. saya nak buat macam ni je. rasa nak tambah. tambah sendiri ye, tak kuasa dah. terus naik. kosser mak uolls.
tengok takda pulak sesapa berani tambah. hahaha.
ye laaaaaaaaa. dah la penat gila.
aku buat 18 dulang ok!!!! ingat best sangat?
tu pun nasib 2 dulang sirih junjung aku upah orang buat.
kalau tak pitam ok.

then naik atas tak terus tidur pun.
sembang with pedd n jonet.
ada la pukul 3am baru pedd gerak.
n sembang lagi ngan jonet n noy.
kul 4ish am baru tidur. syabas. esoknya nak kawin.
tapi mak nervous ok. mana boleh tidur.
tu takpa. aku rasa aku orang 1st bangun kot.
kul 7am alarm bunyi aku terjaga terus.
takleh tidur.
perasaan time tu. rasa macam nak raya.
haha boleh tak.
tau tak rasa dia?
macam kau excited nak pakai baju cantik esoknya.
ramai orang kat rumah. konon ada orang nak datang rumah. gitu la.

yang aku suka cuak lebih.
sebab semua orang belum bangun. rumah tak kemas lagi.
aku dah macam. eh macam mana ni. rumah sepah la apa.
then tenang again. sebab teringat pesan noy n pedd.
kau takyah fikir apa. biar orang lain fikir. ok baiklah.

eh tetiba rasa panjang gila je aku type.
tujuan asal nak cerita pasal nikah n reception.
from my side of view.
tetiba malas. macam mana tu?
stop sini dulu ok tak?
nanti rajin akan ku sambung.

15 Comments:

ayuuu said... [Reply to Comments]

and cerita jugak how you get back with ben plisss. im still in awe ni. hihihi. before wedding tu dah got the feeling it's ben. lepas tu gigih okay selak entry lama2 to find clues. :D anyway selamat pengantin baru. may Allah bless your marriage til jannah. :) *silent reader*

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Peeja..ampon dan maaf tak dpt hadir. seripusly, cantik sgt ko ... mcm tak percaya jugak. dah jadik bini orang. lepas ni no more mcm paus terdampar... mesti jadi duyung yerdampar. auw... sopan jeee...

Selamat pengantin baru peeja n ben...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ha ah nak tau jugak kisah cinta anda kali ini, pls share :)
Lina

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

peej...
sumpah aku gelak tang bukak baju Mr.B nampak bra tu...
tanjat gegurl tau...
jahat giler noy...
sorry, terimagine sekali...
hahahahahahahaha~

aku bc entry ni rs mcm aku plak rs nak raya...
hahahahaha~
padahal bkn aku yg nk kawen ke nikah...
over ok...
:)

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Ye saya nak tau juga upacara bercantum kasih yang terputus sementara...ye mode kak nam sangat.

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

mmg lawak ok citer bra tu...noy..noy..

tp betol la peeja , kot2 nnt kalau ko bkk keyword nampak pencarian ke entry lama2 pastu tetiba ko detect rupenya aku yg si gigih itu..harap ampunkan awal2..haha!

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej...i tggu u nyer cerite ok!!jgn lupe sambung tau :P

Anonymous said... [Reply to Comments]

tergelak besar baca entry kali ni. nakal sungguh noy & ben menyakat your bra. btw i second ayuuu punya idea. tell us please how did u guys get back together

anna

Kujie said... [Reply to Comments]

laki ada kt sebelah jgn gatai2 nak beronline sgt yeee..... * pesan tok nenek alam cyber*

hihi.... tak puas tak de pic!

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Begitulah feel nak jadi pengantin kan... Seronok walaupun jantung nak gugur rasanya..but trust me sis, bila lama2 nanti, mesti best ingat balik semua tu...btw congrats sis...u're awesome...n hottt..wedding dress color same dgn I sis...dark grey kan?

wahieda said... [Reply to Comments]

Selamat pengantin baru kak peej! tahniah tahniah~ =D semoga berbahagia hingga ke anak cucu..oh, cliche sangat ucapan kan..anyway, terkejut tengok encik ben rupanya dotdot tu..hehe..itu lah orang kata kalau jodoh tak kemana..=)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

hahahah bra menyusu anak... aku leh imagine.. aku ada beli dua dulu.. tapi mmg aku menyusu anak lah kan..pastu tali tu jadi keriting..hahahaha.. lepas tu ke tong sampah!! scaryyyy...

cahya indah said... [Reply to Comments]

kak peej, congrats.. tengok pix reception kak peej memang nice :)

Ietams said... [Reply to Comments]

selamat pengantin baru peej!
(tak sabar nak tau cerita selanjutnya =p )

Ietams said... [Reply to Comments]

selamat pengantin baru peej!
(tak sabar nak tau cerita selanjutnya =p )

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...