Instagram : @peejburhan

Expose Mistik - Penampakan di office

Salam Kak Peej dan readers,

Saya pernah berkongsi cerita dalam expose mistik ni pasal 'penjaga ensem' yang menjaga saya tuh. Ingat tak?
Kali ni saya nak kongsi pasal kejadian-kejadian yang berlaku di opis saya pulak.

Bila cakap pasal opis, semua orang akan kate semua opis tu berhantu. Kan? Saya pon beranggapan yang same. Ape yang saya nak citer ni adalah dari pengalaman saya sendiri dan pengalaman eksekutif2 dalam unit saya. Saya ni PA. So, semua benda diorang citer kat saya.

Kisah 1 

Benda ni berlaku tahun lepas. Lupa pulak bulan berapa.
Time tu saya ada konflik dengan bf saya. So, 1 malam saya tak dapat tido.Yela, hati tak tenang kannn... Pastu keesokkan harinye, saya decide pegi kije awal. Kul 6 pagi siap-siap, kul 7 saya dah terpacak kat opis. Dah macam pekerja cemerlang gemilang terbilang gituu...
Tabiat orang-orang opis saya ni memang suke datang kerja lewat. So pagi tu saya orang pertama yang sampai opis.

Opis saya pulak duk tingkat 51. Lif saya ni special sikit sebab lif ni hanya untuk tingkat 50 sampai 55 je. So, memang tak ramai orang yang naik lif ni.

Kesahnya, bile saya kuar lif kat tingkat 51, suasana suram je. Yelah, matahari baru nak terbit kannn... Saya pun berjalan menuju ke bilik saya. Tetibe saya dengar bunyi anak anjing kesakitan kat tepi lif... wuwuwuwu ..Saya buat dunno lagik. Saya melangkah lagi. Makin saya dekat dengan opis, makin kuat pulak bunyi anak anjing tu.

Saya toleh la kat lif tu. Kot-kot la memang ada anak anjing sakit kat situ. At least boleh tolong kannn.... Tapi bile saya toleh, takde apepun kat situ. Serta-merta bunyi anak anjing tu takde. Serta merta jugak bulu roma saya meremang... wtf

Tapi saya buat-buat berani masuk dalam bilik saya dan duduk senyap kat situ sampailah opismate datang. Bersyukur la jugak sebab at least saya dengar bunyi je.... kalau nampak hantu anjing, cemane? Keras kejung agaknye saya pagi tuh.

Tapi terfikir jugak, ada ke anjing naik sampai tingkat 51? Lagipun kompeni saya bekerja ni kompeni Melayu. Bukan kompeni Cina. Macam tak logik jugak ada anjing kannn.... (selama ni pon tak pernah nampak anjing kat sekitar kawasan opis). huhu...


Kisah 2

Benda ni berlaku awal tahun ni. Assistant manager (AM) unit saya ni selalu balik lewat. Kadang-kadang kul 8 malam pon still kat opis lagi. Saya ni kul 5.30 petang je dah balik. Tak kire la staff lain dah balik ke belum, memang saya akan chow dulu. Memang cenggitu tetiap hari. Kepada PA lain, please dun try this at opis okeh.

Kesahnye, hari tu  AM saya balik dalam kul 7.30malam. Hari Khamis lak tuu... Dah la dia paling last yang balik. So dia kena tutup semua lampu dan suis aircond dalam bilik unit kami.

Nak dijadikan cerita, time dia melangkah setapak kuar dari pintu bilik unit, kaki dia jadi kaku. Sebabnye dia nampak seorang pompuan berjubah putih berambut panjang berdiri betul-betul membelakangi dia. Memang nampak jelas. 'Pompuan' tu pulak duk tak jauh dari dia. Ader la dalam 10 kaki je.

AM saya citer, ader la dalam 5 minit 'pompuan' tu berdiri kat situ. Lepas tu 'dia' bergerak pergi ke koridor menghala ke sky garden. Cara dia bergerak tu tak nampak macam melangkah sebab kalau melangkah, badan kita akan nampak terhenjut-henjut. Ini tak, dia bergerak macam melayang. Siap tembus lagi pintu kaca kat sky garden tuh.

'Pompuan' yang same jugak dilihat oleh cleaner di tingkat 29. Erkkk........ persoalannye, siapakah pompuan itu? wuwuwuwu..

Kisah 3

Yang ni terjadi pada General Manager (GM) dan manager (M) saya pulak. Kejadian ni berlaku bulan Feb baru-baru ni. GM memang rapat dengan M. Ceritanya, GM dan M berpakat nak balik lewat. Lagipun GM ada banyak kerja. So M temankanlah.

Benda ni pon jadi pada pukul 7.30 malam. Orang kata maghrib-maghrib ni hantu banyak. Betul la tu kottt.... Sebabnya dalam kul 7.30 tu, M ajak GM balik. GM pon suruh M tunggu kejap sementara dia kemas-kemas laptop semua kann... 

Kat dalam opis saya ni ada tv. Tv tu sebenarnye digunekan untuk kerja-kerja siasatan (unit saya ni unit siasatan...tp kami bukan polis yeee....). So, sementara tunggu GM kemas barang, M pergi on kan suis tv tu. Time M tunduk nak on kan suis tv tu, tetibe dia rase ada someone, macam bayang hitam yang tinggi berdiri disebelah dia!

M ni sebenarnye memang penakut sikit. Dia tak pandang pon bayang tu tapi dia patah balik pergi ke bilik GM. M suruh GM saya bersiap cepat sikit. 

M langsung tak bagitahu GM pasal bayang yang dia nampak tu but GM macam tau tau je. Terus GM cakap kat M,

"Ko tunggu aku siap jap... Jangan gi mane-mane..."

Bila dah kemas semua, berdesup la diorang lari masuk dalam lif. Dua-dua pulak jenis penakut. Hahaha... Dalam lif, M try nak bagitahu GM pasal bayang tadi tu. Tapi GM suruh M senyap je sampailah dorang sampai kat ground floor opis.

M : Bos, saya ader benda nak cakap ni...
GM : Aku tau la pe ko nak bagitahu. Mase ko masuk bilik aku tadi aku dah rase meremang. Aku nak tanye ko, ko nampak ke atau ko dengar bunyi ape-ape je? 
M : Saya nampak la bos. Bayang itam tapi saya tak tengok pon...

Esoknye, kecoh 1 opis. Hahahaha....

Kisah 4

Baru jadi pagi tadi (27 March). Saya dan AM (rujuk pada kisah no.2) nak simpan barang kat bilik stor. Bilik stor ni duk kat hujung bilik unit saya. Jauh jugak la... Gelap pulak tu area situ. Kat situ memang takde orang masuk kecuali orang-orang teknikal yang datang nak baiki server sebab sebelah stor tu ada bilik server. Itupun dorang datang kalau ada masalah server. Kalau takde, memang dorang takkan pergi situ.

Pagi tadi saya dan AM pergi simpan barang kat bilik stor tu. Saya duk dalam bilik, AM pulak duk kat pintu bilik je sebab dia yang hulur barang, saya yang tukang susun kat dalam tuh. Tengah duk susun tu, tetibe saya dan AM dengar bunyi pintu server tertutup dengan kuat. Degangggggg!

Saya kerass kejung dah. AM relax lagi.. dia hulur lagi barang kat saya. Pastu pintu server tu bunyi sekali lagi. Time ni saya berenti susun barang. AM pon pandang saya semacam dah... Dua-dua sengih sesame sendiri.

Ye laa... mustahil sebenarnye pintu tu tertutup sendiri sebab pintu tu pintu kayu yang tebal tuh. Lagipun memang takde orang kat situ on that time. Nak kate ade angin, memang kompem la takde sebab kat situ takde tingkap..

Kitorang terus habiskan kerja pastu dua-dua berlari masuk opis semula bile dah siap. Hahaha... Penakut jugak saya rupenye...

Oleh sebab lately makin menjadi-jadi kejadian kat opis saya ni, kami decide buat majlis bacaan yassin hari Rabu minggu lepas. Tapi itupun kena buat lagi lepas ni sebab benda tu masih mengacau kami. Bukannya ape.... kalu tahun lepas, setakat dengar bunyi-bunyi je la... Mesin photostat berbunyi sendiri, bunyi tapak kaki, bunyi orang ketuk pintu... 

Tahun ni 'benda' tu berani pulak muncul depan-depan staff. Agak-agak laaa... Kalu muke cantikk cam Maya Karin takpe jugak.. Ini kalau muke sundal bolong, sape nak jawab... huhuh...



Sekian...

*Sorilah kalu citer ni tak seram sangat but bagi saya, ianya tetap misteri. Huhuhu..
Btw, thanks Kak Peej sebab publish citer saya nih. Wasalam.


-Diana-

3 Comments:

lady scooter said... [Reply to Comments]

hu3...'benda' tu semakin 'nakal' tahun ni yek?! seram!

ShilaShower said... [Reply to Comments]

alaaaaa aku tau ni Telekom Malaysia tempat aku kerja laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa habis la aku dah baca aku pun takut aku pun takmau balik lambat daaaaaaaaaaaaaaaa

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Oooi mak ai seram nya, kalau aunty memang tak sangup lah kerja situ, berhenti je gamak nya cari kerja lain tak sangup di ganggu oleh makhluk2 cam gini.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...