Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Jam Loceng

Hi peeja, nak share satu cita agak mcm mistik jugak lah.
Benda ni jadi dalam tahun 2004.
Masa tu aku belajar dekat satu kolej dekat dengan bandar kuantan.
Xde la dekat bona, dalam 10- 20 minit jugak la nak sampai bandar.

Nak di jadikan cerita masa 1st n 2nd sem aku duduk hostel.
Satu bilik ada dalam 8 org. Semua katil double decker.
Tp di sebab kan bilik besar, so budak2 bilik aku pakat2 turun kan katil letak sebelah sebelah.
So kira pair sebelah menyebelah la.
Dan katil aku sebelah sorang minah ni, dia ni coursemate aku, tapi xsama kelas.
Aku panggil dia diah.
Diah ni org pekan, pahang. So pantang cuti sabtu ahad je dia akan balik rumah dia kat pekan.
Bila diah ni balik pekan, aku akan ajak kawan mcm rapat jugak, teman aku tdo kat bilik aku.
So everytime dia teman aku tdo, dia akan tdo kat katil diah.
Diah ni pun mcm dah tau dah.
Kalau dia balik pekan, akan ada org teman aku tdo n tdo kat katil dia n dia xkisah.

Ade sekali tu study week, so cuti seminggu.
Aku malas la nak balik kl, kalau balik confirm aku xstudy.
So, aku dgn kwn aku yg suka teman aku tdo ni decide xnak balik kl.
Kiteorg lepak je kt hostel, nak study la kengkunon.
Diah ni pulak kan pantang cuti, so masa study week tu, dia balik pekan.
Hostel pun mcm kurang org sebab ramai yg balik rumah masing2.
Tapi kat bilik aku, diah sorang je yg balik rumah. Lain semua stay kat hostel.

Nak dijadikan cerita, diah ni sukaa nau la simpan anak patung yg kecik2 cute mute dlm locker dia.
Locker kiteorg time tu locker jenis besi. Kalau ketuk mmg gedegung2 la bunyik dia.
So petang start cuti study week tu dia pun balik la ke pekan. Diah kunci la locker dia.
Yela, mana tau kang ade panjang tgn nak selongkar ke ape kan.
Locker dia sebelah katil dia.
So ptg tu dlm pukul 5, mmber aku dtg la mgangkut bantal2 baju dia semua lepak bilik aku, sebab dia mls nak ulang alik p bilik dia kat tingkat bawah.

Tetiba dalam pukul 6ptg cmtu, bunyi jam loceng.
Ni bukan bunyik yg biase krrringgg kriingg tu, ni bunyi lagu macam music box, lagu fur elise, (lagu ni selalu ade kat music box).



:: ok aku gigih masukkan youtube ni. baru best sikit effect. in case ada yang tak tau lagu ni ::


Sapa yg tau lagu tu tau la kot camna bunyi dia. Scary ok.
Aku xpenah la dgr bunyik jam loceng mcm tu dlm bilik hostel aku tu.
Kuat, mcm bedengung camtu.
So aku tanya la kat roommates aku semua, sapa punya jam bunyi mcm tu.
Semua kata dorang xde jam loceng.
Carik2 bunyik jam tu, rupenya dalam locker si diah.
Nak bukak locker xboleh. Diah kan dah balik pekan.
So sepanjang cuti seminggu tu mmg jam dlm locker tu akan bunyik dr pukul 6ptg-7ptg, lepas tu repeat pukul 6pg-7pg.
Kuat dan scary bunyi dia, sebab dlm locker besi kan. Bunyi lagu fur elise pulak tu.

Sampai hari ke empat tu, aku text diah, aku ckp 'diah, diah x off alarm jam loceng diah jam tu dok bbunyik2 dlm locker diah sian anak2 patung diah dlm tu. Heheh'
Lepas tu diah boleh reply mcm ni eh 'Eh mana ada, diah xpenah on dia punya alarm, selalu tesepuk jela jam loceng tu dlm locker, xguna pun alarm dia'
Nak tercampak hp aku masa baca msg diah mcm tu.
Bila pikir2 balik, mmg aku xpenah nmpk jam loceng tu diah pegang, selalu pakai alarm dekat phone je.

So mlm2 berikutnya aku ajak kawan aku p tdo bilik mmber lain, takut la, sebab katil aku paling dekat dgn locker diah.
Dan alarm tu terus la berbunyik, sampai la hari diah balik semula ke hostel.
Masa diah balik tu, muka dia dah pucat2 nak bukak locker dia.
Tapi dia bukak jugak.
Xde la ape pun melompat keluar dr locker dia, biasa je susunan semua brg mcm last dia tinggalkan.
Lepas tu dia terus capai jam loceng tu.
And mmg betul, alarm jam tu tak on pun, off ok.
Dia siap tunjuk kat semua org dlm blik tu, mmg button alarm jam loceng tu adelah OFF.
Dia dah nak buang jam tu sebab takut, tp kakak senior bilik aku ckp jgn buang dulu, cuba biar je sampai pukul 6, bunyik x alarm dia.
So diah pun biar dlu jam tu, tepat jam 6ptg mmg xde sebijik bunyik pun keluar dr jam tu.
Masing2 dah pucat, kakak senior bilik aku ni mcm berani2 sikit, dia amek jam tu, dan on kan alarm dia, nak dgr bunyik alarm dia mcm mana, sekali yg keluar cuba bunyik kringgg kringgg, mcm bunyik jam loceng biase tu, bukan la lagu fur elise tu eh.
Mmg meremang2 ketakutan kiteorg time tu.
Mana datang la pulak lagu fur elise tu.
Disebab kan takut bunyik bukan2 lagi dr jam tu, diah buang jam tu dkt tong sampah kat cafe.
Nak buang kat tong sampah luar bilik mcm takut kan.
So, dia buang kat tong sampah cafe. Jauh sikit dr hostel.
And patung2 dlm locker dia tu pun dia buang sekali.

Tu la cita expose mistik aku nak share.
Walaupun xnampak byg hantu nya.
Tapi still menakutkan bagi aku.
Ok la, nanti kalau aku ade teringat, aku share lagi ok.
Thanks peeja.

-dilla haznick-

..........................................

betul walau takda nampak kelibat ke apa.
tapi cerita macam ni dah cukup seram bagi aku.
dah la sambil aku baca sambil dengar lagu fur elise tu. gagaga.
gigih aku carik lagu tu kat youtube letak sini.
aku kecik-kecik dulu ada jugak music box.
suka je la.
tapi memang tak suka bila kau dah lamaaaaaaaaa gila tak bukak benda tu.
tiba-tiba tengah duduk sembang. benda tu berbunyi dalam few seconds.
padahal tengah tertutup tu. not loike.




10 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Takuuuut nya, nasib baik anak aunty si shiqin yang duduk belajar di UIA tu kata so far dia tak pernah mengalami benda2 macam ni semenjak dia duduk di MRSM lagi, kalau tak mesti nak tidor pun dia rasa tak aman je.

mamasuri said... [Reply to Comments]

meremang bulu aku okkk..huhuhu

Anne mahli said... [Reply to Comments]

dalam byk2 lagu,nape 'dia' pilih lagu fur elise ehh??gagaga..seram laaa..tekan play nak dengar lagu tu bunyi cam mana pun x brani...huhuhu..

Renesmee Smith said... [Reply to Comments]

ok. ini scary. maen mental punye scary ni..wuwuuuu...

NorMala @ KakakSatu said... [Reply to Comments]

fuuh! legaa...nasib baik x baca malam td... mmg seram la... dah la mlm td hubby bukak cite amukan pocong yg bunyik tah ape2 tu..

Dark @ng3L said... [Reply to Comments]

naseb baik aku dah takde piano kat umah weh..sbb dulu aku reti gak la main lagu ni sesikit..suke je nk mainnnnnnn...

skang aku rase meremang plakkk

akiss ferrero. said... [Reply to Comments]

halamak seram nyesal baca, dah la baru pindah ghumagh! kkakakaka

Min said... [Reply to Comments]

Ha bace cite ni i teringat dulu masa kecik i suka kumpul mainan from mcd happy meal toys.Lepas tu simpan dlm kotak bwh katil.One fine day dah nak maghrib i tido atas katil mamai2 dgr the toys bunyi2 bwh katil.I tot someone took it n play.Tibe2 my dad masuk and ask me where it came from.Check2 bwh katil i benda tu bunyi2 gerak2 sendiri.Terus buang all the toys dlm kotak tu.Sampai skrg i didnt kept any figure toys with bunyi2.Scary giler.

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

hang tau Peeja, aku baca ni dari BB, tepat pukoi doblas plak tu. rasa berani sebab laki aku ada sebelah. tengah best-best takut takut baca tetiba hp laki aku betoi2 sebelah aku bunyi. gila kuat. kwan dia call. terkejut aku sampai terlempaq BB.

pastu aku cepat2 kensel tak mau baca dah. pastu aku sambung nak tidoq, tertindih plak BB tu, sekali terjaga lali lali ambik usha nak tekan tengok pukoi berapa, tengok-tengok page ni yang aku kensel tadi selamba kat view. teruih aku simpan bawah bantal.

:S

peej said... [Reply to Comments]

aunty - tu la kan. sama la. saya pun Alhamdulillah tak pernah la. n mintak jauh plisss.

mamasuri - kannnnn!

anne - lagu klasik ni seram dia lebih kan. tak suka.

renesmee - kannnn. boleh bayangkan.

normala - ramai kata cerita tu takut. saya sekarang dah penakut la. so dah lama tak tengok cerita hantu. ;p teringin nak tengok tp nanti memandangkan akan selalu sorang je kat rumah. so baik xyah.

dark angel - kau reti main piano?bestnya aku teringin je dulu. tapi tak kesampaian. tp seram gak kan. tetiba tgh tido elok piano bunyi. gagaga


akiss - akisssss. soon akan duduk sorang selalu ok. pun seram jugak1 tak dpt bayangkan macam mana la nanti nak buat entry expose mistik ni semua.

min - OMG!!!! takutnya tak suka. i dpd kecik tak suka mainan2 sgt. sebab takut la. dulu kita orang ada doll yang if terbalik2 nanti bunyi. siap muka keluar lampu2. ada sekali tu. dah lamaaa tak main. dia boleh bunyi tetiba ok. mmg buang la lepas tu. no more dolls. scary pun ye kan.

rye - hahaha. tau perasaan itu. aku pun kadang2 tetiba paranoid tak tentu arah. takut berlebih. padahal takda apa pun kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...