Instagram : @peejburhan

curi masa

sorry busy tahap melampau.
macam poyo bunyinya. tapi serious ok.
memang kerja depan pc.
tapi aku busy reply email orders n all.
untuk yang email tanya pelbagai soalan. tu aku hold dulu untuk reply.
kemain banyak soalan korang khennn.

pastu lari amik ephyra lagi.
Alhamdulillah ramai nak.
so kena amik stock je.
dah dapat kena pack untuk postage pulak.

belum tang tabita lagi.
kelmarin aku beli barang untuk tu.
proper buku n all.
so kena la salin semua balik.
kali ni lengkap sikit details.
selama ni aku amik nama or email je.
paling tak suka. elok aku search. tetiba tak jumpa email tu pulak.
nyampah tu.

then semua borang poslaju aku stamp sender tu.
gila banyakkkkkkkk. dah la 4-4 helai kau kena stamp.
but better la. sebelum terfikir bab stamp tu. kena tulis manually.
cramp tangan. ini serious. bukan tipu.
siapa meniaga online tau la kot letih nak tulis borang tu.
ni aku tengah tulis alamat penerima pulak.
baru suku kot buat. long way to go.

stop kejap.
aku ni dah la tak reti bahagi tugas.
semua buat sendiri.
noy boss. heheh. tapi kadang-kadang dia tolong la bab packing n all.
problem aku. aku ni jenis cerewet. kang kerja tak kena gaya aku.
aku macam tak puas hati.
ada cara sendiri.
hari tu noy kata nak ke dia tolong tulis borang.
aku kata la ada cara. pastu aku tengah terangkan.
pastu dia rasa pening n complicated, dia geleng kepala taknak buat.
dia kata biar aku je buat. nice.
ni aku gigih buat kerja. dia tengah main the sims 3. boss sangatttt *tangan didada mata ke atas*

ada suami ni susah jugak kan.
takleh nak feeling "wanita di waktu senggang"
bangun pagi tadi, dia tidur lagi.
terus aku mandi. sebab later ada orang nak amik ephyra.
aku ni dah la ghupe dayang senandung.
aku suka gelap. tapi kat pantai kan kau pakai segala lotion. so gelap glow.
bila balik rumah ni. gelap jadi macam kelam tu. hahaha. scary nak mampuih.
sebelum orang pitam. biar la aku rupa semenggah sikit.
kang dah la gelap, tak mandi, rambut berminyak, baju tidur. memang pitam.

elok after mandi. masuk bilik tengok Mr.B dah bangun.
bangun je terus kata lapar. *gulp*
siap request nak sambal la apa.

me : kejap yea. lepas ni i masak. tunggu i call poslaju pick up, angkat baju kotor nak basuh. lepas tu i masak yea.
Mr.B : :( ye lah.

terus berdesup buat.
call poslaju. dah ok dah. sekali around 1ish pm aku cancel.
sebab tetiba aku ada urusan kat taman melawati.
kang dia datang aku takda. so cancel.
plus situ ada post office kan. so boleh je post sekali.

basuh baju.
cari bahan. bawang besar abis.
aku tak suka bawak kecik. so tak kosser nak buat sambal ke apa.
tengok machine baju senak semacam.
baju overdose. so kena keluarkan half. baru ok.
sambung masak cara bujang.
buat telur mata then goreng bawang, cili padi n cili merah, ikan bilis. nak perah limau pun takda.
ah lantak.
nasib Mr.B tak banyak kerenah. lauk macam tu pun dia suka.
ok la tu. makan ngan kicap je.

sambil aku masak. dia berkemas rumah.
dah macam papa tengok dia ni la.
sama je. tengok dia duduk depan sangkar kucing depan bersihkan cat litter, kat belakang pun.
then dia buang sampah, sapu depan.
bagi kucing, ikan semua makan.
siramkan pokok bunga. heheh.
tak reti duduk diam. kalau aku tu. baik aku tengok tv sambil baring terkangkang macam starfish.

then siap. makan.
dia nak tengok tv pulak.
Mr.B ni if dia ada. tak bagi aku ngadap pc.
mesti nak duduk sebelah dia. T____T
tak jalan kerja aku.

kul 2pm gerak.
pergi taman melawati.
urusan settle by 3pm macam tu kot.
sempat singgah giant beli barang dapur.
pun satu hal ngan Mr.B tu.
aku punya la membusy beli barang yang perlu. angkat bakul berat.
cari dia takda.
rupanya dia kat tempat candy. tengah beli candy timbang tu. sabar je la.

balik tengok papa n mama dah balik.
noy tengah nak jemur baju yang half aku keluarkan dpd washing machine tu.
grrrrrrrrrrrr. dia kata mama suruh.
sebab baju tu lembab. sebab kan aku masuk dah basah, aku keluarkan balik.
dia ingat dah siap punya baju.
abis la menitik n berair serata rumah.
kena 2-3 kali buat kerja ke depan ke belakang.

duduk dapur kejap.
tengok Mr.B hilang.
rupanya papa mintak tolong dia bawak kereta-kereta pergi cuci.
aku makan sat.
then naik atas baru la aku boleh buat kerja kat pc.
time tu tulis alamat kat borang poslaju tu la.
elok buat kerja.
dengar nama kena panggil.
dia dah balik.
kena la mengadap.
paling geram. dia nak tidur je pun.
tapi nak aku ada sebelah. siap lock aku.
jadikan aku macam bantal peluk.
tak pasal aku pun tertidur jugak. heh.
ni dia dah gi kerja. baru la check boleh bergerak bebas buat kerja.

dia kerja 24/7 aku rimas.
sebab asyik kerjaaaaaaaaaa je. kesepian tau.
tapi bila dia cuti. susah jugak. sebab tak jalan kerja aku.
abis macam mana itu?
hari tu jumpa customer masa nak amik tabita, kak liza.
dia kata bagus la kerja. dia rajin.
daripada kau dapat laki melepak je taknak kerja.
lagi kau sakit hati.
a ah kan. baiklah mari insaf. ;p

ok tu je bebelan kali ni.
aku nak kena buat kerja.
berderet nak buat ni.
al fitams.

9 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

busy sungguh ko dewasa ini :P selamat berbisnes!

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Sis, nak menyebok sikit?ape kerja MRB tu?hehe...syukur die keje..cr duit utk kite jugak dpd dpt laki tukang habiskan duit kite pulak..

Shakira said... [Reply to Comments]

comel gila kene locked
**jelesness
peej post la gamba balik honeymoon hihi

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

tetiba aku rs ko mcm isteri mithali githew dan di masa yg sama sibuk juga sbg wanita berkerjaya...

hooray! :))

Yumida said... [Reply to Comments]

bznyaaaa....tp bez gak dpt ciri2 hb cam hb sis..romantis..nk sentiasa dekat jer...ahaha
follower ke 1702

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha, kesian baru tahu kan macam mana kalau ada suami, apa nak buat dah kita namanya isteri ikuuut je la.

Yang uncle lagi kelakar, aunty baca bab peeja jadi bantal peluk ben tergelak besar dia.

Rain said... [Reply to Comments]

hehehe kelakar baca cerita peej ni.mmg camtu la hidup dh berdua.nnti bertiga lg takde mase utk diri sendiri T T.best tgk org bt bisnes tp penatkan.takpe janji cari reZeki.ok good luck peej for both being good wife and successful business woman!

green apple said... [Reply to Comments]

beb, ko tempah stamp alamat kau siap2. terus cop je atas consignment note. jimat masa sket.

susumanis said... [Reply to Comments]

best cter peej ni, leh buat drama keluarga bahagia

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...