Instagram : @peejburhan

busy n macam tak sihat.

takda masa nak update blog.
busy dah start balik. so dah start busy.
plus plan hujung minggu ni which dah masuk bulan baru akan pindah kan.
sekarang ni ulang alik berapa hari sekali je.
just nak jenguk rumah n siram bunga ke apa.

papa tadi siap hint.

papa : pija. ikut plan papa n mama. nanti fam uncle eeber datang nanti. nak suruh duduk bilik atas tu.
me : tau la pa. hujung minggu ni pija start duduk sana la.
papa : heheh. cakap je. tapi u are most welcome to come here. hari-hari pun takpa.
me : tau.
papa : mama ajak kau pergi ikea beli meja tv tu. then papa n mama belikan tv dulu. dapat duit kau bayar la.
me : ish tak sabar korang ni. taknak ikea. sebab dah tengok. takda meja yang berkenan situ. takpa nanti tanya orang.

aku ni cerewet tak bertempat sikit.
if dah terbayang satu design tu. kalau boleh nak carik sampai jumpa.
tapi tak jumpa lagi. :(
aku tak jadi nak beli jenis solid wood.
sebab rasanya if beli tv cabinet n coffee table tu. living room akan jadi sempit.
sebab sofa yang noy bagi adalah super besar. penuh ruang.
so just guna side table yang ada je. tak pun makan n minum semua pergi ke dining area je.
takyah nak depan tv sangat. rumah aku bukan besar mana pun.
so since side table black. so nak cari tv cabinet warna hitam.
nak yang modern. tapi aku taknak yang macam sepah2 jual tu.
aku tau yang tu tak bagus. sebab ada few friends pakai. kejapan je lendut meja tu.
dont want. nak boleh tahan lama.
tapiiiiiiiii. taknak la yang mahal melampau sampai ribu-ribu kan.
so siapa tau where can i get modern design tv cabinet, affordable tapi good quality?

but in the mean time maybe time suami kerja.
n aku kesepian di rumah. aku ulang balik sini kot.
plus nak masuk internet usually amik masa 2 weeks kan.
takpa. lepas tu should be fine kot.

oh just nak inform. untuk business ephyra n tabita tu.
once dah pindah no more pick up method yea.
semua kena postage je.
sebab Mr.B tak bagi la buat pick up.
dia tak suka orang tau rumah kat mana.
n dia kata bahaya. u tak tau orang la. jenis-jenis orang yang baca blog ke.
ye la kan. ok la menurut perintah.
aku sebenarnya dah pening quite a while.
macam rumah papa n mama sekarang ni aku rasa senang nak bagi direction.
senang orang nak pick up.
nanti rumah aku nanti quite ke dalam. takda la dalam mana.
tapi macam tak banyak jalan besar or highway nak ke situ.
nyusahkan aku je nanti if orang call n sesat barat. gitu la.
so kira ni 2 in 1 la. Mr.B tak bagi. n aku rasa agak susah orang nak ke situ. gitu la.
but mana tau by that time dia dah tak busy sangat.
maybe dia kata dah ok untuk pick up ke apa.
then akan buat balik method tu. kan :)

lately selalu rasa semacam.
sakit kepala n kadang-kadang rasa nak muntah.
tapi jangan nak spekulasi sangat.
no i'm not pregnant. confirm.
aku rasa sebab busy. so makan lambat ke apa.
so macam angin.
then mengadap pc je. so sakit mata. lalu sakit kepala.
rokok pulak berdesup-desup.
sebab usually bangun awal. minum ephyra.
then berjam ngadap pc. nanti dah petang baru terasa lapar lalu makan.
maybe sebab tu.
tapi bila rasa macam tu. terus rasa macam, eh nak dekat mati ke apa ni?
gituh. drama gila.

tak sempat nak blog.
bukak kejap-kejap je.
cerita gila banyak tertinggal.
cerita kawin pun tak masuk lagi. padahal dah sebulan kawin. heheh.
takpa ni baru dok watermark. so nanti soon update.

cerita pasal kawin.
tadi gelabah sebab tak buat lagi buat kad kawin.
Mr. B tu kerja 24/7. tah bila nak perginya.
padahal kat surat akuan nikah sementara tu tulis sah 30 hari je.
sekali tadi tweet. ramaiiiiiiiiiiii gila tak buat.
ada yang dah 10 tahun kawin tak buat.
ada yang dah 6 tahun kawin.
ada yang dah beranak pinak pun tak buat.
eh can a like that. bagus. tak perlu la gelabah kan. :D

eh ok la. short update je.
nak buat entry for tomorrow. harap rajin.
kang Mr.B balik. tak boleh nak mengadap pc lagi.
oh n no. jangan nak spekulasi n fitnah sangat.
Mr. B tak kerja club ye.
dah bertahun tinggalkan kerja tu.
since memula kenal dulu. time tu semua muda belia.
mementang kata kerja malam n tempat tu selalu artis datang. terus kata club kan.
tak baik uols.

ok tu je.
jumpa lagi lain kali.
ta-ta.

9 Comments:

Qneem said... [Reply to Comments]

a'ah laa, what Mr B cakap not to let ppl datang pick up tu betuuul, bahaya la pija, skrg ramai orang jahat, takuuut! K. Aznim setuju 100%:)

shuweet said... [Reply to Comments]

hehehe..aku pun tak buat lagik kat kawin tu....dah masuk 2 taun kawin..peace

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Betul jugak...kdg2 MRB nak privacy kot...kalau org asyik dtg je, uolls nak kemana2 pun susah kot..hehehe...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja, aunty pun tak buat kad kawin, sampai sekarang yang ada hanya surat nikah je. Dulu2 sibuk bekerja then beranak then sedar sedar dah tua tak buat2 lagii sekarang dah malas dah yang penting ada surat nikah.

Tapi kalau rajin buatlah nanti kalau ada perkara yang memerlukan akuan nikah senang nak bawak.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ha a xde la 30 hari. kta pun xbuat lg kad nikah tu. haha

yana2605 said... [Reply to Comments]

tp pada i peej..better buat kad kawin tue..kan pe..let say la you gie mana2 kan..tido hotel dgn your husband u kena bawak sijil yg besar tue tak pn duk berduaan kang dia tnya dh kawin ke belum bg sini sijil nikah..klu tak da..hah ke balai dulu kita ya...hehehehe...ader kad nikah nie senang sikit la..

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

KC pulak kad kawin entah kat mana2. lagi teruk, kan.

~salwaredzuan~ said... [Reply to Comments]

aku fotostat je sijil nikah tu...lipat2 masuk dlm purse..purse aku le...hasben mmg xmo nk ngusung benda tu dlm wallet dia.lg pon either husband or wife je laa bawak kot tetiba mlm2 jais ketuk pintu ke..tgh berduaan2 dgn hasben..klu hasben sesorang jais tak tny pon,...hahaha

amy thyste said... [Reply to Comments]

Kak, sijil akuan nikah tu memang kena ambil dalam tempoh tertentu. Nanti dapat 2 : untuk suami, untuk isteri. Sebab yang dapat masa nikah tu, memang untuk sementara je. Sijil akuan nikah ni suami / isteri boleh pergi ambil kat Jabatan agama.

Cuma yang ramai orang tak buat ialah kad kahwin. Yang ni kena bayar, tak silap kalau Jawi rm28 kot. Kalau nak buat kad ni, dua2 suami & isteri kena pergi. Ambil gambar kat situ, siap time tu gak (Jawi).

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...