Instagram : @peejburhan

berinai.

ok entry berinai.
aku berinai on thursday.
aku kawin saturday.
risau gak inai tak merah ke apa.
tapi Alhamdulillah ok. :)

aku kan booking lambat.
hari tu kan drama kat blog.
nasib ada lovely ready yang personally email bagi cadangan itu ini.
so akhirnya dapat.

inai pertama tu tak dapat.
sebab time aku nak tu dia takda kereta.
suami dia guna ke apa.
so dia kata if nak sila ke rumah dia. kat shah alam.
tak dapat la aku nak pergi. jauhhhhhhhh.
dah la aku membusy n penat tak hengat. kosser nak redah shah alam bagai kan.

so takpa. nasib ada lain. hasil suggestion daripada reader :)
so contact. hari jumaat tu memang full dia.
dia kata khamis ada available.
sebelum menggelupur nak mencari tukang inai lagi.
cakap ok je.

nak memilih corak pun satu hal.
aku suka arabic design.
sebab sangat full n complicated corak dia.
lagi serabut lagi best. sesuai ngan jiwa aku. hahaha.
tapi ya hampun rm400 untuk corak sebegitu.
belum masuk kos transportation kan.

ikut hati nak jugak. sebab sekali je pun aku pakai ni.
but the terfikir. inai je kot. nanti hilang. so better takyah.
so carik la corak lain.
bukan yang aku nak sangat la. tapi yang ala-ala tu la.
kiranya. takda jawapan email or sms pun dpd tuan badan harga dia.
saspen aku.

so khamis tu norish tu datang la.
ingat dia sorang. tapi dia datang ngan husband n adik lelaki dia.
tersegan kejap la aku n noy.
ye la ingat semua perempuan kan. nasib aku pakai sopan time tu. ;p
janji pukul 12pm. tapi norish sms kata tunda sikit. so around 2ish pm dia sampai.

memang patut pun la dia tak bagi tau aku harga time tu.
sebab bila dia bagi album. terus rasa nak pitam.
sebab banyak sangat yang lawa.
so aku bagi tau macam mana aku nak.
aku kata aku taknak bunga besar2.
aku nak halus2 n banyak belit2. hahah nak gak yang ala2 serabut. ;p

so mula la buat. :D




buat tapak tangan dulu.
then only atas tangan.
pic atas tangan xdak sebab juru camera aku noy banyak main bb dpd amik pic.
aku suruh baru dia buat. sambil bebel2.

then buat kaki.
tak suka part ni.
entah aku jenis tak gemar orang buat kaki.
even pedicure. sebab rasa macam keji hulur kaki kat orang kan.
dah la if buat tu. muka dorang dekat sangat ngan kaki kan. :|
satu lagi aku tak tahan. aku adalah penggeli.
esp bila bawah/tapak kaki.
tak kira la massage ke apa ke.
macam norish hari tu lap2 bersihkan kaki.
aku mesti akan tersentak-sentak. tarik kaki.
geli hoihhhhhhhhhh.
pastu sesiapa yang sedang buat kerja itu akan terkejut ke apa.
dia ingat aku sakit ke apa.
bengong tau.





:: pasang full cap ::

:: mama tumpang sekaki tangan ::

:: ok this picture is funny. noy candid. mesti mama tanya aku something. aku jawab. pastu mama cakap, "oooooooo". hhahaha ::




end result.
all of it.
design aku ni adalah free hand. 
apa aku nak tu ala-ala aku bg tau.
so dia design on the spot.
kira design ni aku first la dapat. wah gituuu. ayat nak best aje. ;p
tapi tu la yang dia cakap. aku bukan tau pun.
oh untuk design macam ni. harga rm180 sahaja.
cheap riteeeeeeee.
design je ye. tak masuk la harga transportation, tangan mama, aku ada beli few inai from her n all.
:)



antara jari kaki tu dia sumbat kitchen towel tu.
bagus. 
tapi gila sakit weyh. sebab terengang kan kaki.
lepas dah settle inai tu. aku bergerak la guna tumit. tukar tempat duduk n all.
my god. berdenyut aku rasa.
pastu full cap tu pun.
kat jari kaki n kat jari tangan tu.
after awhile akan mengeras kan. sumpah berdenyut ok area tu.
sebab bila keras jadi ketat? entah.


buat benda ni 2 jam.
after siap. lagi dua jam tunggu. seksaaaaaa.
esp 2 jam pertama takleh smoke.
ye la dah la tak kering lagi.
pastu takkan nak smoke pastu hembus depan muka orang.
orang tengah menginai. hahaha.
so settle je. dorang gerak.
terus suruh noy lite kan.
pertama kali ok.
kali kedua n ketiga dia marah ok.
sebab memula kena light kan.
aku akan pegang guna celah jari tp belah atas. lawak gila.
pastu nak cucuk kasi padam bila dah abis takleh.
so kena mintak tolong noy.
memula dia layan la. lepas tu dia maki.
keji. dia kata aku ngada.
masalahnya sbb takut ngan dia yang serupa singa jadian tu.
aku try nak padamkan sendiri.
welllllll, obviously takleh kalau jadi dah kena full cap gitu.
keras n tebal lak tu.
jari aku pun aku takleh rasa. ni pulak nak grip rokok. gilo!

lupa nak suruh noy snap pic bila dah bukak.
bukak pun hazab.
cara bukak. memula kau kena kopek semua inai yang dah keras tu.
bila dah kopek semua then only can bilas ngan air.
masa kopek hazab ok.
ok noy ada suruh aku waz satu badan. but aku adalah penakut.
so taknak la. plus aku bukan jenis manusia berbulu tebal.
hardly seen pun bebulus roma. so taknak la wax.
haaaaaaa kau. masa nak kopek inai tu merasa nak sakit n pedih gila.
sebab inai2 tu melekat kat bulu roma tangan semua tu.
then kau kopek. harus agaknya pakej wax sekali bulu2 tu. hahha.
ouchhhh.

pics bawah ni dpd handphone.
so merasa la pics semua ala-ala vain ye.
layan.




:: tangan. cantik kan color dia. i love it. merah. tak hitam, ungu, maroon or too pale. corak pun sangat lawa. hasil kerja dia sangat halus. takda comot ke apa semua. suka. :)  ::



kaki. getik kan.
siap verangans ngan kasut nikah.
kasut tu pun last minute cari.
tak silap rabu tu. a day before pakai inai tu.
beli kat zara BVII.
terlebih budget sebenarnya. lebih banyak.
noy la ni paksa beli. dia kata lawa. ok fine memang lawa pun.
tapi aku pakai tak sampai 30 minute pun.
tapi takpa. lain kali boleh pakai lagi :)
kasut pun selesa sangat.
kalau tak nak beli kat aldo or mana2 la.
tapi takda color sesuai. n design tak berapa nak best.
nasib kat zara tu ada. n color menepati citarasa.
n ada size. oh sukaaaa.
oh ada satu tu lawaaa gila. dah try n nak amik ni.
sekali tengok harga rm500 ke rm600 gitu la. pitam.
nasib tengok. aku ni dah la lately perangai malas tengok harga.
tengok satu-dua brg punya price tag je. then assume sekeliling tu harga semua sama.
lepas tu kat cashier terkulat2 n terkejut2. hahaha. teruk betul.

oh nway if la ada yang nak kawin ke apa.
or ada majlis apa ke.
nak henna la kiranya.


sila book cepat. sebab dia sangat la pack schedule dia.
jangan last minute macam aku.
harga dia murah. 
kerja sangat teliti n kemas.
n paling best warna inai tu sangat la cantik. suka.
booking tarikh je dulu by sms dia.
bayar deposit rm50 untuk lock date.
corak inai tu boleh pilih kemudian.
unless ada corak yang korang mmg nak.
then can email her untuk tau harga.
gitu.

ok tu je.
selamat berinai uolls.

12 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

huhuhu tak tau pulak yg harga berinai ni mahal. ingat puluh-puluh je. tapi mmg lawa pun inai peeja tuh. kemas je nampak. berbaloi la bayar mahal2.. anyway selamat berbulan madu. heheh :)

Lya Colours said... [Reply to Comments]

cantik kaler inai dia. corak pon lawak. tapi saya suka tradisional, yg bulat tengah2 tu. hehehe

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said... [Reply to Comments]

inai yg kat jari tue cantik ler kaler dia merahhhh elok ..buat sekali dgn nor nie yer??

Norasiah Nasir said... [Reply to Comments]

comelnyerrr kaki dia...mcm baby..bam-bam gebusss....

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Wah mahal rupanya pakai henna cam gini, terima kaseh lah tulis pasal inai inai ni mana tahu tahu anak nak kawin nanti dah tahu nak cari kat man. By the way memang nampak cantik dan berbaloi harga nya.

Anonymous said... [Reply to Comments]

LOL getissss

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

mmg corak dia lawa wei....

Meg-ct said... [Reply to Comments]

hik hik nak tergelak pulak baca komen Lya Colors. Mesti typo ni nak tulis lawa instead of lawak. But seriously, mmg tak pernah tahu harga berinai ni mahal. sebab biasa jumpa kat jalan masjid india tuh dia cas 5 hengget kot. tapi yerla kualiti pun kureng la. corak tak kemas and warna agak pudar. yg peej punya ni mmg menyerlah

shuweet said... [Reply to Comments]

gitu rupenyer full cap....tak penah tengok...hehehe...tapi chanteeeekkk sangat color die

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

mmg halus design dia weh.. lawa!! time buat tu dia terus lukis xde garis2 rough sketch apa2 kan. kira sgt hebat tu sbb nmpk mcm computer printed punya! x) ahha mmg ko patut wax dlu kot. wax xsakit sgt, sbb dia tanggal ramai2. HAHA. bila ko ckp time kopek satu2 tu sakit kan, dpt membayangkan perasaannya T_T tp xpe all end well & happily ever after :)

Ekin said... [Reply to Comments]

Peej!
Kecik nya duania ini. Semalam hubby bwk wedding goodie yg ade gelas & candy tu. Tgk nama cam nama awak. Rupanya awak adik Khai ye?? Hehehe.. Selama ni saya dok baca lah blog awak & Auntie Nani. Anyway, Congrats to both of you. Semoga jodoh kekal ke akhir hayat!
(p.s. Candy tu sgt sedap, saya dah habiskan sorang. hahaha)

SHUTTERHOLIC PHOTOGRAPHY said... [Reply to Comments]

Wat a lovely day & congrats...Thanks Peej.Burhan for promoting my Fan Page....

Shahrul,
SHUTTERHOLIC WEDDING PHOTOGRAPHY

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...