Instagram : @peejburhan

benci ngan aku ngan new template ni.

ah blogger kan dah automatic tukarkan template ni.
selama ni aku pasrah je la.
ok kot. kasi adjust diri.
tapi bila jadi macam ni mula la hangin.

tadi kemain aku update cerita nikah.
dah half kot.
then bila dah kebawah tu. aku naik atas tak boleh.
ok boleh naik.
tapi bahagian segala button yang kau nak save ke apa tu tak nampak.
tekan ke atas ke apa semua pun tak boleh.
tu takpa la.
then aku tak tau nak buat apa.
kiranya kau macam stuck kat situ.
so aku bukak la tab lain.
bukak la post tu.
guess what. tak auto save ke apa pun.
page tu kosong je. aaaaargghhhhhh. tak kelakar.

so lantak la.
yang pasti sekarang kulit aku gelap gila.
sendiri rasa tak percaya tu diri sendiri if nampak kat cermin.
mama lagi keji. siap bila pandang aku cakap, sooo ugly.
thank u mother.

aku terus rasa macam, aaa ugly sangat ke?
aku suka je sekali sekala nak feeling tan.
noy kata scary jugak.
tapi dia kata sebab aku tengah comot kat rumah kot.
if make up. buat rambut. pakai elok2 mesti lawa.
ok. terima kasih sedapkan hati ku.
yang pasti Mr.B pasrah je.
tetap kata lawa la apa.
walau aku tau. dia sebenarnya suka aku putih.
dia kata memancar-mancar. yo lah.

nway, tadi aku tweet.
aku loya.
dah la orang spekulasi n katanya tweet kontroversi.
masalahnya kan. tak ok!
ingat aku suka orang tanya. aku lagi tak suka.
tapi aku sendiri confuse ok.

dah few times jadi.
certain makanan aku makan. tetiba terus rasa kembang tekak lalu nak muntah.
macam tadi aku makan dua ulas durian.
mama simpan untuk aku.
makan first ok. sedap gila nikmat.
kedua tu aku makan.
tekak dah semacam. tetiba rasa takleh terima lak rasa dia tu.
lalu rasa nak muntah.
berair2 mata tahan rasa tu.
pastu minum air banyak2. n cuba saiko kan diri sendiri cakap mana boleh muntah.
durian adalah sedap n fav kot.

entah la. tak kelakar ok tetiba makanan fav kau nak kembang2 tekak.
lain la kalau salah makan ke apa kan. ini tak.
n no. hentikan spekulasi n tanya aku soalan tu ok.
aku baru kawin berapa minggu.
bagi chance la aku cengkerama ngan Mr.B.
pindah umah sendiri pun tak sempat lagi ni ok. ;p

now what?
well rasa pelik tu ada lagi.
sampai ke tekak ni. tapi buat2 taknak fikir je.
why ah? penyakit apa pulak ni?
aku ni kalau rasa pepelik macam ni takda fikir lain.
terus fikir, "am i gonna die?"
tu takpa. masa honeymoon hari tu lagi menyampah.
Mr.B tu semua benda tak bagi aku buat.
sebab dia kata mana tau aku mengandung.
what?????!!!!!!
tiba2 je. angin takda. ribut takda. tetiba takleh buat semua benda.
sabar je la.
laki sapa la ni.



18 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

psl new template tu aritu aku dh kena..maybe sbb aritu aku pki screen kecik...so so ko kena kecikkan zoom in tu so nampak lah semua.... gitulah...

eh dh balik..welkam back!

NorMala @ KaKakSaTu said... [Reply to Comments]

Adik.. Better g check.. Ko pun baru lps priod kot.. Mmg tgh subur.. Fasha sandar pd kenangan pun baru nikah dah pegnen 2 mggu.. Mana lah tau.. Adik.. Jg diri tau kalau betul jd kenyataan. Amin...

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

peej, mungkin kot pregnant....yelah, masa kawin ari tuh kan period kan....hari ke 12, 13, 14, 15, 16 adalah time subur tau (start kira from the first day u period). lagi la baru kawin nih, hari2 mau ajer....hhaaa....hhhaaa....pasti lekat tu!!! anyway, kak ie doakan semoga betul la peej pregnant....rezeki tu!! tp awal2 pregnant ni jgn la mkn durian, nenas, tapai yer....setengah org tk blh sbb panas, takut la kandungan gugur. tp setengah org ok jer, tk de apa2. tgk org la....apa2 pon take care yer!!

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

wahhh :p.. sy xtawla sebab laen.. tapi kalo kata pengantin baru ni leloya ni kan.. heheh spekulasi lg..hha2 =) pe pon take care ye k.peej!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Bukan spekulasi peeja, mana tahu Allah nak bagi rezeki cepat apa orang kata bunting Pelamin syukur je lah sebab ada orang rezeki nya lambat sampai berubat sana sini nak anak.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

Muahahaha, amaani auntie peej nak dapat babyyyyy auuuuwwwwwww *panggggg kene sepak ngan auntie peej*hahahaaaaaa apa lagi gi kedai la bli pregnancy test tu....

susumanis said... [Reply to Comments]

alhamdulillah murah rezeki ko peej, terer mr B ya kekeke, nway me oso bunting pelamin, mmg penat x sempat manja manja huwaaaaa

Echa Violet-niE said... [Reply to Comments]

peej..i think u'are pregnant la..bsanya klu makanan yg kita mmg fav giler, bila time pregnant trus tak lalu nak makan..dan makanan yg ko tak penah ngidam nak makan mesti ko nak sgt2..harap2 bunting pelamin gitu...tak sabar nak tgk ms peej jr. or mr ben jr?huhu

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

bunting pelamin la.. mcm FS.
:) ok waiting for baby peej :D

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

penat kita bagitau pasal jonet yang diinterview kat nona ahad tu..eh komen tak ada... tak aci lorrrr

Shahrizat said... [Reply to Comments]

ADA BABY....loveeee

liaamalia said... [Reply to Comments]

yup peej same problem jd kat lia ms nk update td...bongoks btol ler...

pB said... [Reply to Comments]

template lama msih boleh diguna.

p baru jer tukar tadik

Sudin Shaari said... [Reply to Comments]

Klik kat ikon wheel kat atas sebelah kanan. Pastu klik Old Blogger Interface. Kalau tak silap saya la.

farra8979 said... [Reply to Comments]

wah, kalau ye pregnant, alhamdulillah.. tapi kalau belum, boleh honeymoon lelama lagi kan... ^^

R.R.Z said... [Reply to Comments]

ade baby tu.
amin
:)

fathen yaya said... [Reply to Comments]

apelagi Peej, cepat² la serbu farmasi..hehehehe..kasi test..semua dah tak sabar nak dengar berita gumbira ni..hihihi..

Intan and The Boys said... [Reply to Comments]

bukan nak kata apa la dik pija...akak dulu camtu la simptom2nya. dok loya2 tak semena2. check eh. mana la tau Allah nak bg rezeki awal sket. hehehe.~

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...