Instagram : @peejburhan

al bebel.

niat di hati nak start update pasal entry wedding.
tapi since aku busy time tu.
so aku memang tak sempat nak pegang camera pun.
so takda la pic kat camera aku.
pic semua kat camera noy.
noy pulak keluar tak kenal erti pulang.
maka tak dapat la aku update ye.

so mari buat entry random n bebel-bebel je.
apa-apa pun yang pasti hati ini sudah tenang.
sebab barangan yang aku sewa untuk wedding dah pun selamat aku pulang.
rasa tak best je simpan lelama.
walaupun orang yang sewakan tu tak kata apa pun.
dorang kata orang takda nak guna pun. stilllll....
tapi dah kata pemalash n mana reti nak gerak sendiri.
suami sibuk. so sebab tu la peram je benda tu.
nasib tadi ayol sudi teman. weeeeee. :)

oh lagi satu.
aku masih tak sure nak bahasakan ganti nama apa untuk suami sendiri.
suami macam kelakar. macam eh dah ada suami kew diew tew. *ayat mintak lempang*
nak sebut laki macam agak kasar.
nak sebut hubby or hubs jauh sekali. sebab aku geli ngan perkataan tu.
sebab tu aku guna Mr.B. tapi aku rasa nak type macam leceh.
ye orang pemalas memang macam tu. pendek macam tu pun katanya leceh.
ye la. huruf M kena tekan caps lock. then huruf B pun nak caps lock.
orang pemalas macam aku ni. tu pun dah kira menyusahkan tu.
nak sebut BB macam gedik.
n no BB bukan stands for baby. gedik tu.
tapi stands for big ben.
kenapa big ben? jangan fikir pelik-pelik. *eh ke korang tak fikir pelik. aku je fikir pelik. gagagagga*
sebab aku rasa dia besar. n selama ni panggil ben.
so big ben la. ok ke?
mana satu? eh entah la. still menyesuaikan diri ni. ;p

aku seronok duduk rumah mama ni.
sebab meriah. ramai orang.
n lengkap. *haha itu yang sebenarnya pun*
tapi aku dah start rasa rimas.
bukan apa. sebab barang aku kan mostly dah kat sana.
so aku rasa susahnya. bila nak pakai something. barang tu takda.
n baju. 90% dah hantar sana.
yang ada ni tinggal sebab hari tu baju-baju ni basuh.
so now dalam bakul baju tu.
takda proper almari or what so ever pun.
so main punggah-punggah. me not loike.
walaupun selama ni almari aku pun idok le kemas mana. heheh.
atleast proper. tau mana nak carik seluar pendek.
seluar jalan, baju jalan. bra. panties segala. tsk.

n aku selesa bilik lama tu. masa kongsi ngan noy.
tapi sekarang kan dah kena halau.
lepak bilik dia pun kena marah.
paling geram pepagi bangun rasa nak kencing ke apa.
pintu dia lock. kang ketuk kena maki kacau dia tidur.
terpaksa la pakai bilik air abang-abang aku.
which aku tak suka. sebab tak samaaaaaaa.

tapi tu la. apa kan daya.
belum lengkap rumah ku syurga ku tu.
kena tunggu hujung bulan baru dapat beli segala kelengkapan.
aku tau Mr.B sebenarnya nak duduk rumah tu. *eh Mr.B pulak. tadi kata big ben. ok tetiba aku ngeri nak panggil dia big ben. tah kenapa. hahahahha*
sebab dia asyik ajak. n tanya. tak balik rumah ke.
aku bukan taknak. dia memang la tak rasa apa.
dia kerja 24/7. balik tidur je. bangun gi kerja balik.
aku in the other hand duduk rumah 24/7. nanti aku bosan.
dah la sorang. pastu tv n internet takda. apa je aku nak buat.
dah la line telefon hazab kat situ.
ada ke maxis aku line edge satu bar je.
selalu jadi gprs ke apa je. nak tweet pun amik masa dekat 2 minit. gila!

duit nak bebeli barang memang ada.
tapi taknak la guna. atleast ada la simpanan kan.
so kena la bersabar.
yang mama pun tak sabar.
everyday ajak gi rumah.
aku kata buat apa je. selang sehari dah la kan.
dia sibuk ajak shopping.
hello dia kayo takpa la. aku niiii haaaa.

hari tu pergi JJ. seronok dia tolak troley.
masukkan barang dalam trolley.
segala pisau la. chopping board. tangguk.
eh macam-macam la.
time kat cashier. terpaksa la mak bayar. dah kata barang rumah aku.
beratus2. lepas tu aku jalan sambil hilang arah.
mengenangkan duit2 ku. hahaha.
tu takpa. aku ke post office.
boleh pulak sebelah tu ada kedai cina jual segala benda ni.
ala-ala chow kit la. banyak barang. kau mintak apa je ada la.
aku ingat nak suruh mama tunggu dalam kereta.
aku lari ke post office kejap.
tetiba, "eh mama tak tau ada kedai kat sini. kau pergi pos. mama tengok apa yang boleh beli"
ok gak tu. tapi rupanya main order je. mokcik yang membayor. hahah.
tapi takpa. nasib kat JJ time kat tempat garden tu.
dia beli pasu, tanah la apa semua. dia belanja. hhehehe.

so semalam bercucuk tanam la lite-lite kat rumah tu.
mama n Mr.B la buat.
aku kemas dalam je.
tu takpa. tadi siang mama ajak aku beli tv.
motherrrrrrrrrrrrrrrr... tunggu la hujung bulan.
dia kata if ada tv. dia boleh lepak rumah aku.
dia suruh amik kat kedai dia biasa beli.
dia kata dia dapatkan 3 kali bayar. nanti aku bayar la kat dia.
hmphhh.

me : mama lepas beli tv tu. mama nak junjung ke tv tu? kena beli tv cabinet dulu.
mama : ooooo. ye ke. a ah la takda lagi.
me : tau takpa. korang suruh beli yang mahal. yang murah lendut. yang mahal tu dekat rm2000. pija dah tengok. lawa la. satu set ngan coffee table.
mama : ye ke nak. lawa ke? kedai kita tu ke?
me : a ah. ok la lawa. pija suka je. if beli asing lagi mahal. if beli sekali jadi murah few hundred la.
mama : oooo. jom. mama belikan nak. jom la.
me : sabar boleh tak. sabar. bawak bertenang. slow-slow la. kan pija kata hujung bulan. ke mama nak present? if present. then jom la.
mama : heheheh :D

suruh present terus taknak. hahaha.
die die die.
ok memang la konsep sama je.
beza cepat or lambat.
mama/papa belikan. later bayar balik.
tapi aku tak suker.
tak suka rasa terhutang tu. tau tak?
aku jenis selagi tak settle. aku rasa berat kat hati. macam tak lepas. gitu la.
so better don't kan.
macam kes barang sewa la. selagi tak pulangkan, rasa tak best je.
gitu la.
macam iklan kat blog. aku jenis biar aku iklankan dulu. then payment later.
aku tak suka orang bayar dulu. sbb aku tak suka pressure nak deliver tu. fahem?
begitu jugak tabita. ada orang jenis nak masukkan duit awal.
aku tak suka pegang duit orang lama. rasa tak best.
sbb tu bebetul confirm baru aku amik. gitu la.
itu aku la. orang lain, lain cara kot.

apa-apa pun.
tak sabar next week nak honeymoon. :D
seronok sebab kita orang bukan berdua je.
but beramai-ramai. keh keh keh.
sebab tak dapat ku bayangkan if berdua. harus bosan je nanti.
tengok Mr.B pun ok. dia pun kata jom la join.
so ok la kan. wah tak sabar.

tapi kan. letih jugak kawin ni khennnn.
i mean aku ni pemalash.
tapi sekarang kena rajinkan diri.
ok takda la rajin mana. tapi rajin sikit la.
contoh kena tanya suami nak minum apa.
kena buatkan. pastu dia makan kena hidang. teman la bagai.
dah la Mr.B tu pemalu. kalau tak offer, mau tak makan dia kat rumah mama ni.
reason dia tak sabar nak duduk sendiri la. dia penyegan. sabar je la.
then paling tak tahan. sebab kena gosok baju.
uwaaaaaaaaaaaa... aku ni baju sendiri pun malas gosok. mampus la kedut seribu pun.
selamba keluar. aku rasa aku gosok baju ada la 2-3 kali je setahun kot. hahah.
tapi sepanjang kenal dia. baju dia semua bergosok.
takkan bila dah ngan aku. nak biar dia pakai kedut.
teruk bebenor perangai tu kan.
so kena la gosok.
yang mama everytime aku gosok baju Mr.B dia mesti sengih.
siap nyanyi-nyanyi kadang-kadang, "isteri...kena gosok baaaajuuuuuu...la la la"
over gilaaaaaaaaaaa.
dah la baju n seluar Mr.B bersize gergasi. peluh jantan gosok. tsk.
dah la dia kerja siang malam.
merasa berlambak gila kena gosok.

tapi takpa la kan. apa sangat yang aku buat pun.
itu je pun.
lain kerja bukan dia bagi aku buat pun.
nanti dah pindah. jaga makan pakai je.
kerja rumah mostly dia yang suka buat.
pantang nampak aku angkat barang or pegang mop ke apa.
cecepat dia amik, dia yang nak buat.
<3

eh tetiba aku lapar.
nak makan ape memalam ni eyh?
nak masak malas la pulak.
nak drive ke mcD pun malas.
i need to eat.
if lapar aku adalah pemarah.
kang tak pasal muka sentaps je.
ok la. tu je. jap lagi Mr. B balik.

jumpa lagi di lain entry.




19 Comments:

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Mr.B dah best dah tu...
Nak tukar biggie or big ben pon ok jugak tu...
Mesti tak sabar nak dok.berdua..bebas sket

selamat berhoneymoonnnnnnn!!

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ltk la ganti nama ape pun peeja, janji ko rs selesa...tukar2 pon x pe, ben ke, big ben ke, Mr B ke, pusing2 kona2 aku still tau tu suami ko...heheheh!

salmi said... [Reply to Comments]

setau i internet slang yg femes utk suami is "DH" ---dear husband

strawberi said... [Reply to Comments]

comel je bebel2 camtu..hahah..tp btol la ..tu realiti...dh lps kawen..otomatik cam isteri mithali..hahaha...sume kena buat utk laki..tp tkpe...lama2 biasa laa..

Hazey said... [Reply to Comments]

Memang 'kering' duit bila pindah rumah, mcam2 kene beli, perabot, langsir, barang2 dapur, etc etc.. tapi tak pe sebab belanja tu untuk pakai seumur hidup.. tak semestinya kene semua lengkap, just kelengkapan basic dulu, insya'allah, ada rezeki Allah beri nanti, sabar ya. Pelan2 kayuh.
Ooooh untungnya dapat suami yang prihatin tolong sama buat keje umah.. you're so lucky Peej.

farra8979 said... [Reply to Comments]

nanti dah pindah, lagi penat.. tapi sume tukan pengorbanan seorang isteri. hihihi...

shiela said... [Reply to Comments]

hehe..best lak baca entry newly weds ni..sbb leh emagine2 diri sendiri camne nanti..mcm horror gak la..

Kujie said... [Reply to Comments]

lum ada anak dah prektis membebel ni...hahaha...

mak mak mmg membebellah jgn risau.

Anonymous said... [Reply to Comments]

b aje pon ok jugak kak....lelame mst dh terbiasa kan,,,so takde la tergeli sangat....kak peej nampak sangat bahagia la....

pizet said... [Reply to Comments]

haha x pe panggil je mana yang rasa selesa...pedulik org nak kata apa...congrats on your wedding...(lambat sungguh aku wish)

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

Big Ben? sesuatu okeh! :P

Aku paling x suka skali iron baju n lipat baju, basuh baju aje aku suka sbb guna mesin, cuba kalau basuh tangan mau pitam aku :P

Selamat menjalankan tugas sebagai seorang isteri Mrs. B :)

p/s: alah bisa, tegal biasa uols ;)

Anonymous said... [Reply to Comments]

ben 10 boleh? :D

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Ko kena sekali gosok, gosok utk seminggu terus.. Aku bersyukur la sgt husband aku gi keja pakai tshirt je.. Stress weh nk gosok kemeja..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Gitu lah gamak nya kalau kita baru kawin peeja, aunty pun dah lalui memang kalau boleh semua barang rumah kita nak beli tapi RM tu tak kan nak habiskan kat rumah, makan, sewa rumah dan segala bil2 pun kita nak bayar jadi kekdah nya pelan pelan kayuh la.

Memang rimas kalau berhutang ni, kalau aunty selalu nya aunty simpan duit 3 4 bulan dulu bila dah cukup baru aunty beli barang cash, itu cara yang aunty buat sampai lah sekarang dah tua ni tak ada lah fikiran kita asyik fikirhutang piutang ni tidur pun lena je.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aku lg best...bj2 laki aku ngn spender dia aku hantar dobi siap basuh n iron kemas2 .. Seminggu kos dia dlm rm15 gitu.. Berbaloi!!!

Elyana said... [Reply to Comments]

Peeja,x nak bigben please!!haha..sesuatu la bigben tu.Mr.B dah abes nice da tu.da kawen jgn malas2 please.huhuhu.hazab kan gosok baju keje suami?aku pun reason x nk pakai tudung bawal sebab kne gosok.lg sanggup pakai tudung instant tu sbb x yah gosok!bila kene gosok kemeja suami bila dia ada meeting harus ketibas(ketiak basah) gila2.mujur dia meeting skali skala je.lain2 pakai tshirt tido pun x pe sbb luar sarung overall aje.pandai suami aku pilih kerjaya :)

Xpe peeja,beli brg sikit2.guna duit sendiri adalah lebih bermakna kan?rasa puas gitu guna duit sendiri.huhu.ni baru kawen bebel lite2.da ada anak nanti lg panjang bebelan itu.hahahaha

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hoo menggosok baju mmg horror (kataku yg kena gosok baju pergi kerja hari-hari) HAHA. tp enjoyed je gosok baju husband. ntah kenapa, motivated kot :D bestlah korang nak pergi honeymoon. selamat berhoneymoon ye!

peej said... [Reply to Comments]

kakakdegil - bebas ye? hahhaa

buyui - hahah khenn. baiklah.

salmi - lagi gedik tu. dear husband bagai. hahah.

strawberi - tu la kan. tp penat jugak la.

hazey - tu la kan. rasa nak terus best je. tp kesempitan. so kena la slow2.

farra8979 - tu la kan. apakah daya. kelab isteri taat. hhahaha.

shiela - horror sbb nak mengadjust diri.

kujie - tu la. tapi taknak la kuat bebel. takut nanti suami rimas. heheh.

anon - B nanti orang ingat baby. taknak la dah tua2 nak B bagai. tak seswai. heheh.

pizet - its ok. thanks dear.

dylan - ikut aku. apa je aku suka. semua tak suka. tp kena la buat kan.

anon - gila! hahah

azini - kan. dah le besar kemeja n seluar dia. tp kena gak la hadap. nak gosok seminggu terus takleh. sebab baju dia bawak ke rumah ni bukan banyak. so kena rotate n basuh la apa. sekali ada pun 2-3 helai je. dah la dia kerja siang n malam. hazab.

aunty - tu la. mmg boleh je amik installment. tp saya tak suka macam tu. saya style aunty la kot. biar ada duit. then only proceed beli. :)

anon - pun ok. tp membazir pulak rasa. sbb apa je pun aku buat kan. so hadap je la benda ni kan.

elyana - tu la. aku kena hadap ok. hari2. untuk siang n malam. ikut mood dia. if ok. dia pakai baju sama. if not tukar2. nangis.

wani - syabas. contoh isteri mithali kau ni. aku ni bebel2. hahah.

Annasue'G said... [Reply to Comments]

ko sebut pasal azab menggosok baju ni, aku tersengih ok. nasib kira serupa kene gosok pakaian size besar2. almaklum la, lakiku pon comel. :p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...