Instagram : @peejburhan

tolong la settle cepat.

ok sebelum bebel panjang.
aku bagi tau dulu. ok slot this week dah ok.
aku dah email tadi yang ada dalam waiting list.
kesian korang tunggu 2 weeks.
jadi sila check email memasing ye.
kalau sepi. aku bukak kat orang lain.
aku takda masa nak tunggu je.
kalau boleh mau kasi settle cepat.
bukan ayat macam best nak kata 'takda masa nak tunggu'.
tapi serious aku takda masa nak mengadap pc pun. serious!
ni baru dapat berinternet.
bayangkan bila check email.
last aku reply was 3 days back.
yes! im that busy.

aku offer diri nak buat hantaran belah laki kan.
merasa barang pun aku tak beli lagi. hahaha.
tah bila nak beli. die die die.
nak ke jalan tar cari sampin bagai pun tak pergi lagi.
barang hantaran ada few tak beli lagi.
yeeee. cincin pun tak beli lagi.
dah la jari gergasi.
aku rasa nanti redah je mana-mana kedai emas.
tanya ada tak size gergasi ini n budget sekian.
ada kita beli je. takda masa nak cincin idaman hati bagai. mih mih mih.

kat bbm aku buat countdown. bila ingat kasi update.
bila baca tinggal 16 hari. telan air liur.
rasa banyak dah settle. tapi apesal rasa kelam kabut lagi je ni. heheh.
aku so far dah post la kad ke semua yang bagi address.
papa tak abis lagi ok. nice.
tapi rasanya yang tinggal pun yang untuk sedara mara.
but mostly dah tau pun via sms and all.

aku masih busy menguruskan hal rumah.
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa. settle cat semua.
tu pun dotdot sibuk nak cat belakang rumah. aku kata tak payah.
tu bebila boleh buat.
gate n grill pun tak cat lagi.
ala nanti aku ada banyak masa lapang boleh buat.
tak kisah.

semalam last la buat.
sebab public holiday kan.
ikutkan malam isnin papa suruh settlekan semua. cuci rumah semua.
padahal seharian uruskan hal borang kawin ngan hiv test semua.
oh ye. jangan tak tau. tinggal nak dekat 2 weeks ni.
benda tu pun tak settle lagi. gagaggaa.
harap di permudahkanNya. takda masalah.
tinggal nak jumpa imam masjid rumah aku ni.
then hantar ke JAWI je. fuuhhh.
so buat benda tu. balik pun dah almost maghrib.
papa nak ajak cuci rumah. sobs. penat rasa nak nangis.
last after maghrib aku tertidur. bangun at 9pm.
turun nak pergi cuci rumah. tengok papa dah keluar.
so cancel. wah lega.. dapat rehat sikit.

so tadi la settle abis.
siap cuci semua.
then bawak barang sikit-sikit.
pasang langsir n all.
pergi around 1ish pm. balik tadi around 10pm. nice eyh.
paling best. busy n penat sangat.
tak sedar aku tak makan apa seharian.
sebelum gerak around 12pm tu je aku minum herbalide shake tu.
then sampai ke malam tak makan apa.
dah settle kerja baru rasa lapar tu. n rasa nak marah. hahaha.

plan sabtu ni nak panggil lori n pindah barang.
penat jugak bila memikirkan tu.
benda lain aku tak beli lagi.
tah bila nak pergi.
ada yang pindah rumah kosong nanti. terkelip-kelip je mata, aku pangdang dotdot. dia pandang aku.

hari ni pun banyak urusan.
bersusun weyh.
siang relax sikit. tak relax pun. mesti kena mengadap kerja kat pc.
then petang urusan lagi.
malam pulak jumpa hairi for fitting.

barang for goodies dah sampai.
pun tak buat lagi tu.
aaaaaaaaaaaaaaa... *lari laju laju tangan ke atas huru hara*

ish penatnya.
mata pun dah kuyu je ni.
tadi buat kerja peluh sampai lencun la baju.
muka aku ni basah macam kena simbah air.
no bukan over ok. tapi memang melampau la.
dotdot lagi macam harem, " macam mandi sayang. sihat bakal isteri i ni"
hahhahaa kong ajooooo.

aku rasa sekarang aku ni payah nak ingat la.
memang kena guna planner.
tapi macam memanjang lupa nak tulis.
tak silap aktiviti aku ni setiap hari penuh sampai ahad.
tapi takleh ingat lak jumaat ni apa aku kena buat. hmphhhh.
ahad pun.
eh ahad dah ingat. nak ajak dotdot carik barang hantaran.
n pergi jalan tar kot beli barang yang kena carik situ. nyampahs.
aku benciiii gila jalan tar. like seriously.
tapi situ pun la nak carik sampin tak berapa nak cekik darah kan.
tak kerana sampin. kosser la aku nak pergi.
ke sesiapa tau mana ada jual sampin best and tak mahal dekat area KL ni.
yang tak perlu aku redah tempat sesak?

hmmm.
tetiba type ni aku terfikir.
daripada aku kelam kabut memikirkan hantaran belah laki yang aku kena buat last minute.
aku rasa ada yang aku guna artificial flowers je ni.
sebab kalau pakai fresh. harus last minute kan.
tengok la macam mana.

eh kena bayar bil telefon la.
memanjang lupa. siang kang confirm kena bar. T____T

ok la. mak nak bergolek rehatkan badan.
ada masa update lagi.
tapi rasanya macam masa itu emas je.
eh kalau bebetul emas best kan. hmmmm *berangan*

ok bye-bye :)

7 Comments:

~salwaredzuan~ said... [Reply to Comments]

kat jalan TAR tu ade bak tailor...situ cam ok kot samping dia..klu kat yg tganu songket tyu mahal gilos...tp klu ade bajet pe slh nye :P

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul,aku yg baca entry ko ni pun penat apetah lagi tuan punya blog,take care peej. semoga semuanya berjalan dgn lancar. Amin

pizet said... [Reply to Comments]

wah relax tarik nafas lepas
tarik nafas lepas
dah sambung kalut balik
hehe

shark said... [Reply to Comments]

x lama dh tue...
hope dpt setel semuanyer:)
tahniah:)

Hazey said... [Reply to Comments]

Peej, pegi jalan TAR jangan la sabtu or ahad, hazabb dgn orang ramai segala, pegi hari keja, tenang sikit pikiran orang kurang.. bagi pendapat je okay anything you have to tempuh your self.. enjoy preparing for your wedding lepas ni rindu tau nak 'merasa' balik suasana ni, this is one in a your life time dah tak de nak repeat2 lagi, insya'allah, semoga dipermudahkan Allah swt.

Rain said... [Reply to Comments]

sabar ye peej..taklama je lagi ni..mase my wed dulu. i mmg awal2 lg cari checklist for wedding.senang sket nk monitor ape yg dh ape yg belum.Alhamdulillah semuanya in order.actually mmg semua urusan2 tu boleh di urus dlm mase seminggu je tp kita hanya merancang Tuhan yg menentukan.kdg2 kita plan nk wat cam gini but at the end jd lain.takpe2 slow2 but dont stress sgt.buat satu persatu.InsyaAllah, you will manage to settle everything. ha kalau tak sempat nk buat hantaran, ade satu tempat i buat dulu kat klang murah , 7 dulang lelaki & 9 dulang perempuan dlm Rm300 je, termasuk sirih junjung.nama company die cintaku handicraft.

Rain said... [Reply to Comments]

Hi peej, kalau u nak gi jalan TAR kuar awal pagi mmg tak jem and heaven je jalan..dulu i tiap2 minggu pegi smpi mase cari hantaran utk tunang smpi dh muak. so mase kawen i tempah kat satu kedai kat kelang nama nya Cintaku handicraft. murah RM300 utk belah lelaki dan pompuan termasuk sirih junjung. I ckp nak yg simple tpramai org ckp cantik.ape yg penting bg i ialah cantik dan murah.anyway, you dont so kelam kabut ok.insyaAllah sumenya kan settle. just do it in order. bt checklist mane yg dh mane yg belum senang nk uruskan.k semoga maju jaya.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...