Instagram : @peejburhan

teaser

ok online kejap sebelum kembali sibuk.
tadi ingat nak singgah belikan cat untuk rumah mama.
tapi berderet kereta takda parking. terus balik rumah.
takpa. later try lagi.

hari tu aku beli contact lense.
kata rabun kan. tetibe bersanding pakai spec lawak pulak.
so beli la.
since ada promotion 3 for rm110. beli je la.
so pilih color hijau, grey n chesnut brown.
aku sebenarnya tak suka terang sangat.
nak beli clear rasa rugi pulak. ;p
n no. aku x beli yang besarkan bijik mata ke apa.
tak suka. aku rasa akan nampak scary if mcm tu.
aku la. bayangkan badan besor, mata besor. macam ghupe nak marah orang pulak nanti. hahah.
so beli biasa punya je.

selama ni pakai grey. rasa pelik. noy kata maybe sebab anak mata aku memang light brown.
so bila pakai grey. nampak jadi grey terang. so nampak macam aku ada penyakit mata.
bongok betul.
since hujung minggu ni dah nak kawin. e ehhh.
tetiba type tu pun dup dap dup dap. gilo.
nway, since nak kawin. apa kata try warna brown tu.
kasi adjust ngan mata kan.
aku amik chesnut brown. basically takda beza pun ngan mata aku sekarang.
ok la kan. takda la ketara. cuma contact lense ni urat2 dia lagi lawa la. bercahaya.
mata aku malap. cea malap katanya.

so semalam pakai.
ada satu ni rasa tak selesa.
sakit nak mampuih.
tukar ke mata sebelah lagi pun rasa tak selesa.
bila pandang noy dia jerit. saiko budak tu.
rupanya yang sakit tu. dia stiff. dia macam tak ikut anak mata.
faham tak?
kira mata aku ke kiri or ke kanan. dia tetap stay kat tengah. hahaha. bangang tau.
so semalam ingat nak tukar. sekali kedai tu tutup. takpa jap lagi pergi.
settle urusan di luar.
aku punya target nak siapkan semua hantaran hari ni.
yang baru siap 7 aje. gulp. nak kena buat 18 ye adik-adik.
takpa. kojap je tua. ecewah.

oh last week pergi jumpa hairi.
untuk fitting.
baju aku takda apa sangat.
hari tu dah fitting pun. try sekali ngan kasut je la.
n nak fitting baju dotdot.
wah so lovely.
rasa kelakarrnyaaaaaaaaaa.
sebab kat butik ada cermin besar kan.
yang dotdot kemain siap berjalan la.
siap ajar cara nak posing. tak sukaaaaaaa.
aku keras macam kayu. tak reti laaaaa.
tapi sumpah baju hairi buat super lawa.
aku ni gemuk sama je.
tapi pakai baju tu feelings kuruih. serious ok.
tak tau la if cermin butik tu nak sedapkan hati aku ke apa.
tapi serious sukaaaaaaaaaa. la la la.

tu takpa.
aku ada la beli spanx kan. abis dah semua orang suruh pakai la apa.
so masa fitting tu pakai la.
hairi kata nampak macam time hari tu aku tak pakai lagi ok.
nampak pakai spanx tu macam aku jadi lagi padat. macam lagi berisi. hahaha. gilo.
pelik bebenor. so aku pun konfius sudah.
nak kata naik berat takda pulak.
elok turun 3-4kg. apa la nasib.
pasrah je la memang lems sans sins.


kasut kawin kitew lew. *lempangsss*
nasib selesa. tak tinggi sangat.
tu pun aku freak out ok.
aku tanya hairi dah buat ke? hairi kata dah.
aku kata if belum buat aku nak wedges. hahaha. serams.
tapi hari tu try ok. mintak-mintak tak tergolek ke apa.
if tergolek terus aku coverline menari inang or ketipang payung ok.

cantik kan beads tu.
untuk baju nanti. wah tak sabar nak tengok hasil semua nanti.
gagagaga.
dotdot pun kemain happy.
siap tanya if nak beli suit tu berapa.
aku dah macam, nak buat apa? u nak pergi mana? u ingat u puff daddy nak pakai suit gitu?
hairi pasrah je ok.
dotdot first time jumpa memalu. sepatah haram tak cakap.
haaaa hari tu amik kau.
kemain siap catwalk bagai. overnyaaaaaaaaa.
hairi gelak je tengok dia.

seronok hari tu dok sembang n gossip hangat.
bella takda. aku pun lupa bbm.
hairi call dia tak angkat.
so hari tu bella takda.

eh ok la. nanti cerita lagi.
kang panjang lebar. kerja tak siap.
takleh jadi ni.
ada masa kita update.
takda sepi la ye.
ok biatches. ta-ta.

13 Comments:

Olivia Chin said... [Reply to Comments]

wedding mood is in the air sis... huhehe.

lurverin said... [Reply to Comments]

tgk kasut pun dah teruja ni, lawa!!

nanti dah habis majlis review cepat2 tau, nak tgk gambar :)

Lya Colours said... [Reply to Comments]

yang membaca pon terasa dup dap itu. ecewah. sy doakan semuanya berjalan lancar
tengok kasut tu, tinggi nya. kalau sy,sure jalan mcm kongkang nnt. huhu tidakk. tapi cantik

..tora aziz.. said... [Reply to Comments]

Salam peej..
Selamat pengantin baru..moga semuanya berjln lancar.btw,just nk ckp,mlm tadi i mimpi u kawin okeh..siap i terkejut sbb dot dot dlm mimpi tu adalah yassin senario..kih kih kih..
Siap dlm mimpi,u kate surpriseeee!!! Haha
Eh..ke mmg?
:p

♥ dak pink said... [Reply to Comments]

Contact lens tu ko pakai terbalik kot. Tu yg dia lari2 dari anak mata tu.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

hahah teringin tengok ko ketipang payung menari inang semua..

lily lotus said... [Reply to Comments]

phewittt ;) lip lap! lip lap!

mamasuri said... [Reply to Comments]

cantik nyer kasut..
rasa nak naik pelamin lagi jer..
huhuhu

Kujie said... [Reply to Comments]

tak sabarnya nak tunggu pic2 real nnt

yaNa said... [Reply to Comments]

Selamat pengantin baru sis!
yana doakan moga majlis anda berjalan lancar dan semoga jodoh kekal hingga ke syurga..amen!

Perasaan debar2 saat diijabkan qabulkan adalah feel yg sgt indah!
selamat menempuhinya.. ;)

axie said... [Reply to Comments]

tak sabar nak tgk pic wedding :)

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

KC pun mcm Filla gaks .. teringin nak tgk Peej menari inang ketipang payung. hahaha .. camna la tu gamaknya ye?

R.R.Z said... [Reply to Comments]

semalam mimpi akak kawin. eh?
comel la dalam mimpi sy.



*tp sy pelik, nape mimpi akak ni..maybe teruja nk tgk akak kawen ngn dot dot kot

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...