Instagram : @peejburhan

oh jari manis mu.

kan hari tu aku siapkan rumah.
settlekan cat n basuh tu kan.

sampai je aku buat pintu belakang. kasi buat 2nd layer tu. baru ok cat tu.
ayol pulak cat bahagian porch.
dotdot aku suruh dia touch up bilik tengah.
bilik tengah tu memula aku cat warna terang.
baru 2 dinding. cat habis.
so terpaksa la lagi 2 dinding pakai cat gelap.
deko bersama eric sangat. *tangan di dada, mata pandang atas*
so bila dah cat lain-lain tu.
of coz kat border tu susah nak buat.
takleh pakai roller. kena pakai berus.
aku buat halfway je. sebab aku ketot.
so belah atas tinggal.
so aku suruh la dotdot habiskan that day.

settle pintu depan.
aku join ayol cat depan. ramai buat cepat la siap kan.
tengah syok ngecat.
dotdot keluar kata tangan dia kena paku katil.
dalam bilik tu ada katil. penyewa lama tinggalkan.
mama suruh pakai katanya elok.
well aku penggeli. so aku suruh buang tilam tu.
then rupanya katil dia pun ada satu platform tu patah.
so buat apa simpan. aku kata buang je la.
tapi nak bukak kena pakai skru. so biarkan dulu.
so masa nak cat tu. dotdot agaknya nak alihkan katil.
maka terkena paku.

masa dia keluar tu.
dia kata kena paku. aku tengok celah mata je.
alah sikit la.
drama lebih dia tu. bising dia tu terlampau.
then dia mengadu kat ayol tu.
sambil dia jalan. aku tengok darah menitik kat porch tu. banyak lak tu.

then bila tengok baju dia dah penuh darah.
seluar pun.
tapi aku suruh cuci je. n pakai plaster.
ye la tengah mengecat kosser nak klinik bagai.
dah la area tu takda klinik.
kena ke taman sebelah. kosser.
tahan la. apa sangat la paku kan. kaki pun pernah patah kan.
ye aku memang kejam. miahahaha.

so biarkan dia berdrama tepi paip.
aku continue cat ngan ayol n p.g
time tu p.g pun dah sampai.
aku ada la stop n nak tolong dia pakaikan plaster.
tapi darah tak stop mencurah walau dah 10-15 minit.
masa nak pasang plaster tu. kuyup ok. takut lalu lari lintang pukang.
then dah lama tu. ayol yang tolong pasangkan plaster. ;p
mak ngeri uols. tak sanggup.

then dia ok sikit.
tapi ada la drama lite lite.
dia kata tetiba dia rasa pening n pitam la.
aku dah macam. ala ngada la. memang sebelum kena tadi u kata pening la.
dia kata dia pening sebab kehilangan darah.
eee drama gila.

tapi still ok la.
dalam cedera tu.
dia layan jugak la basuh lantai, tarik air, mop semua la. *hugs*.
then abis situ la. aku anggap nothing serious la.

then tadi jumpa.
patut nak fitting ngan hairi. tapi tunda ke minggu depan. so lepak makan je.
balik rumah dia bukak la balutan dia.
dia pergi klinik malam tu. amik injection n ubat.
doktor pun tak percaya dia kena paku.
tau kenapa?

tadi dia bukak.
hamagadddddddddddddddddd ngeri.
patut la dia drama.
jari dia dah senget uols.
kena dua tempat.
salah satu tu kan isi dah takda. jari senget.
besar gak la. besar bontot pen gitu. aku dah rasa nak pengsan.
ke besar lagi. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *lari lajulaju tangan ke atas huru hara*

aku dah bebel.
aku kata aku n p.g boleh cat satu bilik tu Alhamdulillah takda apa.
dia baru sikit tu dah cedera begitu.
cuai betul la dia tu. haih. tapi benda dah nak jadi.
geram aku. ye la. dah la kena tu jari manis.
pastu tangan kanan.
nice sangat kan. nak sarung cincin.
nak akad nikah nanti.
ngeri ok nampak isi. mesti amik masa nak heal. hmphhh.
tggl 2 minggu je. T_____T

yang dia drama ok masa kena tu.
aku kat luar cat.
tapi tingkap bukak aku dengar la dia ngadu kat p.g
dia kata rumah ni makan darah. sebab tu darah dia tak stop.
pastu dia mula la baca itu ini kuat-kuat.
aku hangin je. cakap merepek kan.
lepas tu dia tau aku hangin..tiba-tiba, ' tapi u jangan risau sayang. dia dah makan darah i. dia takkan apa-apa kan u'.
bagus la tu cakap ngan aku macam tu kan.
aku dah la sekarang penakut. tak sukaaaaaaaaa!!!!
dia yang careless, lagi nak salahkan rumah.

oh tadi bukak tu.
noy suruh sapu minyak gamat.
bagi senang heal katanya.
aku bukan reti semua tu.
lepas tu noy suruh aku buat.
memang tak la weyh. pandang pun aku tak sanggup. mengigil ngeri.
noy memang dah biasa. dia suka benda-benda tu semua.
siap cakap, " minyak gamat bagus. selalu saya ubatkan kucing. ni saya ubatkan abang. tengok berkesan ke tak. kat kucing berkesan".
ye adik aku gila.
so dia la yang buat tadi. aku tengok tak tengok. ngeri la.
yang kelakar. lepas balut semua. jari tu jadi besar gila kot balutan tu.
dah nak besar macam ibu jari kaki. hahahhahahaa. bungok.

so kesimpulannya apa.
adakah sempat heal sebelum kawin?
atau terpaksa pakaikan kat jari lain.
or pakai kat jari manis tapi tangan kiri. T____T
my aunty ada suruh beli satu cream ni kat farmasi.
katanya cepat heal n cepat cantum nanti kulit.
tapi baru beberapa jam lepas. aku dah lupa pun nama cream tu. nice.
eeeee. otak ni dah penuh la memory dia.
takleh masuk apa dah.

hai lah dotdot.
sibuk pesan aku supaya hati-hati kerana darah manis.
last-last dia yang macam tu.
risau aku la.

13 Comments:

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

ha ah betul ada satu krim tu boleh heal luka cepat. laki aku kan kontraktor setakat kena paku kaca batu ni biasalah. memang ada ja kat rumah. tapi aku pun lupa namanya. hang pi ja farmasi then bagitau nak krim luka.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Paku tu berkarat eh? =.="
Moga2 cepat baik, er, tapi katakanlah tak sempat baik (NO! NO! NO! - aku tumpang meroyan), masuk jari kiri dulu takpe kah?

P/S : Sis, dah dapat kad semalam ^^
Thanks a lot!

si cokelattte said... [Reply to Comments]

aiyo peej... kamu adalah kejam... tensi den bace!!! tumbuk lju2.. boleh lak takde persaan wei... adoi la peej...hmm...
well mmg btol kate noy... gamat is the best... den slalu letak kat kucing.. 2 hari mcm tu baik... hihihi.. tak caye buat la..

Annasue'G said... [Reply to Comments]

peej, beli la aloe vera gel kat watson pon ade. pakai tu sejuk je. tapi actually gamat tu pon dah cukup dah. mmg cepat sembuh la. jgn la risau sgt. heheh

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Darah manis orang kata... Get well soon mr peej..hehe...mcm I dulu a week before nak kawin kot, tapak tangan tersagat kat tingkap..tingkap umah jenis biasa tu...klu sliding takde la Kene.. Perghhh, meleleh gak la mate ni tahan pedih....sampai skrg teringat peristiwa before kawin tu...betol la org tua ckp hati2 sebab darah manis...u pun take ye sis...

Miss Anne said... [Reply to Comments]

eeerkkk...i pun geli nak tengok luka2 ni..tapi kalau luka org lain ok lagi,kalau sendiri yg luka tu lah yang hover jadinya..
anyway,moga dotdot cepat sembuh luka & dpt sarung cincin dgn jayanya! hehhehe..yelah,gamat pun dh ok sgt nak sembuhkan luka..

CikJumi said... [Reply to Comments]

HOMAIGOT peej! kesian kt ur future husband.
But Noy, she's ridiculousy c.u.t.e.!

fiqq said... [Reply to Comments]

noy panggil abg...!!!??? sweet nye

fiqq said... [Reply to Comments]

noy panggil abg...!!!??? sweet nye

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

lawak la noy samakan ngn kucing.

isk ngeri aku sambil baca sambil pgg jari muka kerut..haha!

hope semuanya ok la..amin..

A.I said... [Reply to Comments]

darah manes tu..... ;)

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

kalu paku kena cepat2 g klinik takot paku karat tu bhya... hehe darah manis org kata..

Anonymous said... [Reply to Comments]

solcoceryl gel :-)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...