Instagram : @peejburhan

keletihan.

rumah masih penuh dengan saudara mara.
sampai tak cukup ruang nak tidur.
ni pun dah letih sangat ni.
tapi tengah fikir nak placing celah mana.

tadi offer all the boys tidur kat rumah aku.
takda apa lagi rumah tu.
tapi setakat nak tidur tu ada la tilam, cadar n few bantal.
bilik air ok semua.
pesan je tidur, mandi ke apa semua. then esok pagi datang balik rumah pa n ma.
breakfast ke apa semua.

ingat nak ajak Mr B tidur sini. amboih getik. hahhaha.
tapi dah ramai ni kan.
aku suruh dia balik rumah parents dia je.
sian. terpisah uols.
perasaan masih pelik-pelik.
macam tak percaya eh betul ke suami isteri ni.
kelakar.
dia pulak sepuluh kali tanya, ' kita dah jadi suami isteri ke sayang?'
hahha. pastu aku pun sepuluh kali tanya dia balik soalan yang sama.
bila kata 'ye' je. pastu masing-masing goyang kaki.
hhaha bengong gila.

aku still lupa-lupa yang dah ada suami.
sesuka hati lepak kat bilik. biar dia kata bawah la apa.
nasib dia jenis pandai bawak diri ngan saudara mara semua.
tadi pun aku naik atas kata nak mandi.
padahal dok layan zara sofea.
then turun bawah tengok dia tengah packing tapai letak dalam fridge.
sorang-sorang dok bersila depan fridge.
sebagai isteri yang tak berapa nak mithali buat masa ni.
aku jenguk-jenguk sambil buat air je.
then carikkan kipas supaya dia tak peluh.
bukan nak tolong.
again naik atas melepak. hahaha. biadap.
pastu lupa mandi. turun again jenguk dia.
dia nak air lagi. buatkan again.
baru aku mandi.
pastu lepas mandi lepak bilik.
tetiba mama naik sound aku, "eh suami kau tu kau bagi makan ke tak? kau tinggalkan dia. pergi la tengok. dia bersihkan pasir kucing. menyapu apa semua tu"
opppppssss. ada 'suami' la ok. lupaaaaaaaa. hilang ingatan kejap.
dia tu tak letih ke apa.
aku nak pitam dah. semua saudara yang ada kat rumah semua dah tertidur la apa semua.
dia elok je kemas itu ini lagi.
tak menyesal dinda kawin. hahaha.

paling nyampah.
tetiba masa dia buat kerja tu. aku jenguk.
dia cakap, 'sayang buat kan abang air. hihihihi. i cakap abang yea?'
me, "memang tak la. jangan mimpi la tiba-tiba i nak panggil u abang".
eeeekkk. geleman. tak biasa.
ish memikirkan perkataan tu pun rasa nak pengsan.

tadi before dia balik.
aku cakap esok aku pergi rumah family dia hantar barang-barang yang ada.
nak singgah tadi dah lewat.
then suruh dia bawak some baju.
tidur rumah papa n mama. rumah sendiri takda internet lagi.
kena tunggu dulu. nanti fikirkan bila betul-betul nak move out.
yang dia sepuluh kali tanya, "bila kita nak balik rumah kita sendiri?"
ish seram je ni.

p/s: ni entry 4ish am tadi. boleh tak dah type lepas tu lupa nak publish. tah apa-apa tah.





10 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

suka betol aku dgr cerita2 pasangan br2 kawen ni.. sweet je...hehehe!

norzy said... [Reply to Comments]

haha, lawak kan, blh lupa dah ada cik somi...mr ben dah xsabar nak ajak peej blk gmh sdiri tu...akak doakan selamat le semuanya, selamat,tau...

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi peej

Atlast dari pg td kot buka blog u..baru ade new n3!!! peej plss upload pic u time akad nikah n kawen..ye laa reader2 u mesti nk tgk sgt2 kn :)

Intan and The Boys said... [Reply to Comments]

hahaha. ben macam alang. rajin semedang.

harap2 sampai bila2 diorang rajin kan pija. :)

A.I said... [Reply to Comments]

Mmg pon! aku pon tekejut beruk tgk ms memula kau berdiri nk masuk dlm dewan tu. sib bek aku tak tersungkur kt red carpet tu. aku siap ckp dgn anak aku "eh, along! tu Ben la..BEN!!" - mcm le anak aku kenal sape ben tu ;P

Hanisumayyah said... [Reply to Comments]

Tak sabar nak tunggu cerita2 seterusnya....nice....menumpang gembira utk peej and ben...lama sangat dah nak tunggu klimaks ni...

Hanisumayyah said... [Reply to Comments]

Tak sabar nak tunggu cerita2 seterusnya....nice....menumpang gembira utk peej and ben...lama sangat dah nak tunggu klimaks ni...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja jangan lah buat aunty ketawa terbahak bahak, kemain lagi macam menyiksa dia je suruh balik rumah mak dia tau.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahaha comel je. bila mula2 kahwin tu biasanya mmg macam.. 'eh dah kahwin ke kita ni?' lolx. am happy for youuu. haihs balik kursus 6 bulan nonstop ni barulah dapat membaca dan mengomen blog dgn teratur. sebelum ni mmg kite xdapat nk komen byk semua blog sbb xde internet kat sn, bz nak mamP etc. apapun enjoy ur married life & selamat berumah baru! hihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

mase mula2 tgok gambar husband yg peej tweet ckp ngn kwn2 "eh husband dia cm ben laa...peej mmg suka lelaki yg cmni kot" tetibe mmg BEN.. wish u happy always peej~~

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...