Instagram : @peejburhan

fenat mentally n psychically.

penat sangat.
ye urusan cat still tak abis.
tapi dah takda apa pun.
tinggal luar je.
ikutkan malas.
tapi bapakku muncung je mulut aku kata nak buat kemudian.
ye la nanti rumah tu sedara mara dia nak duduk.
hahaha merasa rumah kosong.
bentang toto n bagi bantal je la uolls ye.
tah bila nak beli barang tah.

ada rasa nak beli barang. tapi risau pulak.
rumah tak duduk lagi kan.
taknak mak letak barang baru. risau heh.
kang hati tak senang kan.
plus aku rasa nak settlekan kawin dulu.
then baru fikir pasal rumah.
slow-slow.
ok kot.

dah la pepening kepala ni.
duit seperti air yang deras keluar.
untuk make up rumah je duits dah keluar rm1000. uwaaaaaa.
belum panggil electrician ke apa semua tu.
pun dah berapa tu.
tak lagi beli tombol baru la.
konon nak pintu toilet baru la.
malas nak kacau dotdot.
sebab semua tu keinginan gedik aku kan. hahhahaa.
pastu duit keluar rasa nak pitams.

rabu ni maybe nak angkut barang sikit.
ingat nak tunggu weekend.
tapi sebab rabu public holiday.
mama kata rabu je pindah. amboih tak menyempat makcik kiah.
apa-apa aje.
tapi tah bila nak cuci rumah tu.
harap esok if sempat.
esok dotdot cuti.
sebab akhirnyaaaaaaaaaaaaaaa, appointment buat HIV test tu tiba.
then lepas settle tu. jumpa tok kadi pulak. imam jurunikah.
harap settle by tomorrow.

if ada masa. kita singgah rumah n cuci.
tapi depan tak abis settle lagi cat.
dotdot tu selagi tak settle dia taknak cuci.
eeeekkk pening la kepala. memacam kerenah orang nak kena ikut kan.

selasa ada trial make up with faressa.
then malam kena amik noy.
tak sure malam ke petang. ok nanti tanya.

dah la aku pening hal tabita ni.
agen takda barang.
dia kata khabarnya today dah ada.
tapi dpd semalam aku tanya tak berjawab.
patut ni bukan kerja aku. kerja noy. abis dah dia berjimba.
dah la agen tu kata 'khabarnya'.
suka hati tau khabar-khabar.
harapnya ada la kan.
so once aku dapat green light dia.
aku akan email korang ye.
sorry la menunggu lama.

dah la aku nak online pun ala takda masa je sekarang.
bilik dah macam nak meletup.
dapat kemas sikit.
tapi tak sempat vacuum lagi.
mama semalam lepak bilik tengok dvd sama-sama pun geleng kepala je.
dia kata asal teruk sangat. aku cakap abis tu ada masa ke?
masa free pun takda. sobs.
nak harap noy memang tak la derrrr.
aku takda nanti tak tau la macam mana.
ada yang dia carik cleaner kot. heheh.

tu takpa.
semalam bbm ngan dia.
aku kata aku mengecat rumah.
tetiba dia kata bilik dia dah siap? mana satu bilik dia.
e eh. tetiba je.
dia kata dia nak ikut aku move in.
sibuk kan.
aku kata visit dah la. sibuk move in buat apa.
nanti nak lari bogel bersama dotdot payah. hahahhaa. *pitams*
dia kata takpa la dia duduk dalam bilik je kunci pintu. tak kacau.
tapi if dia bosan, dia nak intip.
gila!

oh satu lagi.
pasal pic yang untuk guest book tu.
gambar horror tu tak jadi guna.
sebab pakai camera mama. rupanya ada date n time stamp tu.
elok melintang kat badan aku. so takleh guna. herghhh.
so manage untuk amik pic again.
tetiba photog tu kata taknak pic tu.
dia suruh amik pic lain n banyak angle.
satu. aku bukan selalu jumpa dotdot.
if jumpa pun ngecat rumah.
abis tu nak pose ngan cat ke?
takda masa nak pakai lelawa n melawa pun.
second. noy takda. ayol takda. p.g merayap.
abis siapa nak amikkan pic?
papa je!
papa dah tua n mata pun rabun.
kesian gila nak suruh dia amikkan pic. banyak-banyak siap pose bagai.
ketiga. macam aku suka pose. malu ah.
hari tu papa amikkan dia suruh dotdot letak tangan kat bahu aku.
aku dah macam. eeekk taknak la. malu.
ye aku saiko. hahahha. aku manusia keras. tak reti PDA.

photog aku siap nak datang n amikkan pic kita orang.
dia kata alang-alang buat pre wed. hahaha kosser nok.
plus takda masa pun.
so aku kata kat dia. letak nama je. aku tak kisah pun.
tapi dia kata nanti tak lawa.
haiyoh takpa la. nama je pun ok.
aku pun bukan lawa pun nak terpampang sangat muka kan. heheh.

kesimpulan cerita.
penat tak baca entry aku?
tu baru baca. aku tengah mengalami gitu.
pening aku. tak berkesudahan penat tu.
plan hari minggu nak pergi beli barang pun tak dapat.
sebab kes mak aku nak cecepat suruh siapkan rumah nak pindah.
macam aku tak tau.
segala benda yang dia tak mau. dia nak sumbat ke rumah tu.
bila aku kata aku taknak barang tu. mula la drama sentaps.
baiklah. suka hati la mokcik.

ok bye.
tu je.
aku nak sambung stress.
bye.

10 Comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Banyak nak kena buat kan?
Jangan sampai exhausted sis.

Semoga semuanya berjalan lancar ^^

fathen yaya said... [Reply to Comments]

hahaha....
sabo peej, mak² memang selalu camtu..
agak ada sofa ke, lemari ke langsir ke yang dia tak nak, mmg umah kita la tempat dia 'simpan'.
bila suruh buang, 'sayang' katenye...
hahaha..sabo je la..

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

LOL *tetiba aku tbayang ko berlari2bogel..:P

huh...busy betul cik bakal pengantin, semput aku baca entry ko ni tau *sambil urut dada

edelweiss said... [Reply to Comments]

adoiiii...ai yang baca nih pun rasa penat...:)

gud luck.

(all this while i jadik ur silent reader jer...)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aku baca entry ni pun rasa penat mcm temengah mengah..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam Peeja,

Akak br je received wedding card peeja, yeeeayyyy, me loiiikkeee..x sabar nk tgk peeja jd perantinsszz;-)

xoxo,
lovely_princess233

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

blog ko dah mcm ko punye planner dah..hihi

susumanis said... [Reply to Comments]

oksigen pls oksigen pls..semput semput baca n3 ko ni peej..muahaha

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku byg kan photog ko ckp nk pre wed kan, amik je pre wed tgh cat tu...miahahha. tp kalau menjadik lawa uols...

adibah said... [Reply to Comments]

all the best pija.. Don't worry.. lepas majlis nanti, akan rasa lega berganda-ganda.. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...