Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Penjuru

Ada sorang budak ni..empat beradik, and dia anak ketiga. Atas dia ada 2 orang abang yang sangat buas al-syaitoonnn perangainye..maka adik dia yang anak nombor 3 ni pun jadi brutal ala2 tomboy gituu..nama dia Ina..
Masa umor enam tahun...
Biasa la budak- budak nak membesar, aktif, petah bercakap,
Tak kenal apa itu takut.. Sampaikan katak pun boleh buat main u olsss..
Semua benda dia redah..cakap je pokok ape yang dia tak panjat (alamak, macam beruk pulak..matikla..kahh). Kalau hujan toksah cakap la, dibuatnye macam shower pulak. mujur la tak bawak sabun syampoo kat tengah2 hujan tu..
Ina budak yang berdikari, walopun umor baru enam tahun, tapi semua benda dia buat tak payah nak berteman.. Nak ke jamban tengah-tengah malam kee..nak ke dapur gelap-gelap ke..no hal..


Satu hari, Ina sefamili balik kampung arwah opah kat Kuala Kangsar. Rumah arwah opah ni cantik, classic design dia..cuma catnya dah pudar..Design tradisional rumah Perak ala2 rumah dalam cerita "Jangan Pandang Belakang". Rumah atas tiang yang bawah dia boleh park kereta. Rumah yang luas tu hanya ada dua bilik je... Masterbedroom bilik arwah opah bersebelah dengan dapur. Ntah kenapa, bilik tu jarang ada orang lain masuk kecuali arwah opah. Sepupu yang lain pun kalau balik kampung tak sebok nak jenguk2 bilik tu, padahal bilik tu tak ada pintu pun, just langsir je untuk cover.. Dan untuk ke dapur pulak ada pintu sebab malam bila nak tidur, pintu dapur tu akan ditutup, nak elak nyamuk masuk, mama kata.

Petang tu Ina meredah kampung jalan sana sini dengan abang-abang dia. Rumah takde orang pun diorang masuk.. Ni abangS punya idea la, konon nak takutkan Ina. Tapi Ina ni pedulik hape. Dia bukan tau hantu tu apa..momok tu hape.. Dia ikuttt je abangS dia masuk jalan-jalan kampung.

Malam pun menjelma....... Masing-masing dah penat. Borak-borak lebih kurang then masing-masing membuta. Ina tidur sebelah mamanye.. Tengah sedap-sedap membuta tetiba dia terjaga sebab sejukkk sangat.. Rumah kampung kan, fully papan pulak tu.. Rase macam duk bilik ber-aircond! Ina tarik selimut nak sambung tidur balik, tapi tetiba lak rase nak terkuncit.. Mengomel la budak ni sensorang sebab kena bangun ke toilet. Toilet rumah arwah opah kat bawah. Kalau nak ke toilet kena melalui dapur. Ina nak kejut mama suruh teman sebab nak turun bawah tangga dia agak curam, tapi tak sampai hati lak nak kejut mama tengah nyenyak membuta.. Last-last dia bangun sendiri berjalan menuju ke pintu dapur tu.. Kan ke bilik arwah opah tu sebelah dapur, Ina akan melalui depan bilik arwah opah.

Masa melalui pintu bilik tu, tetiba langsir yang jadi pintu bilik tu macam ditiup dengan angin, padahal mana ada kipas kat situ! Kejadah lak nak letak kipas depan pintu dapur kan? Disebabkan Ina ni blurr + mengantuk + tengah usaha nak tahan kuncit Ina jalan je macam biasa sampai laaa ke pintu dapur. Then.. Ina bukak je pintu tu....................................




direct dia TERPANDANG..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAKHLUK SYAITONNNNIROJIM BERMATA MERAH di penjuru kanan dapur! Rambut kusut panjanggggg (read:  iklan beras faiza basmathi tu...)..

Berdesup pundi kuncit, tetiba rasa nak kuncit tu hilang serta merta! Ina tergamam sebab benda tu duk ushaaa baikkk punya. Slowmosen Ina tutup pintu tu balik, jalan cepat cepat ke tempat tidur balik..selubung dengan selimut then peluk mama..

Esok paginya, mama kejut Ina sambil bebel2.. Apehe kamu tido depan lemari ni? Dah xde koje ke, tempat lain nak dibuat tido??? Haaaa kau.. Ina sedar2 rupanya dia ada kat depan almari lama! Terkebil kebil Ina..heran! Tapi bila arwah opah pandang Ina.. Dia senyum je................



SoalJawab:

1. Spesis apekah hantu tersebut? Hantu raye kot..tapi masa kejadian bukan hari raye ye..
2. Hantu mmg tak reti sikat rambut eh? Kang kalo sikat lawa kang dah jadi macam si penjaga hensem tu pulak..kahh.. Lagi matik macam tu..
3. Seram ke kisah ni? Cousin haku cakap tak seram pun..cittt..kalo kena kat diri sendiri tau la kot.
4. Siapa Ina? Kihkih.. haku la yang 1st time nak taip pepjg gini...


Penutup? Hahahaha..... Susahhh..susahhh.. 😜

T.A.M.A.T

Sent from my iPad2


by Azrina.




6 Comments:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Kat Kuala Kangsar pulakkkkkk boleh gitu kampung aku tu. Hehee

Lya Colours said... [Reply to Comments]

cop cop
yang last tu

"Tapi bila arwah opah pandang Ina.. Dia senyum je................"

??

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

haah... tergantung. opah sesenyum, ngape? opah ade bela ke? huhu

Miss Anne said... [Reply to Comments]

ye lah,mcm tergantung je..
seram & best baca tapi crita nya tergantung ..harap ada sambungan.hehe

Naf naf said... [Reply to Comments]

Hehehe mesti nak kena ada elemen misteri kannnnn...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hmm. . . sayalah nenek Ina. Yg dia nmpak tu sbmarnya saya yg tgh pakai topeng Kamenraider. Well maklumlah orang tua tua mmg mls nk sikat rambut time malam malam. Dia tertidor kat dpn almari sbnarnya saya yg angkat. Igt x status nenek? Dah K.I.A kan?( Asap berkepul kepul keluar dan camera ditarik ke atas)

Jangan selubungi hidup anda dgn misteri. . .

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...