Instagram : @peejburhan

curi masa

curi masa sikit.
so mari update.
untuk yang order tabita. aku dah send email payment ye.
so sila check email memasing.
kalau sepi je. aku bukak orffer ke orang lain.
ramai tunggu n boleh bayar a.s.a.p.

tadi bangun takda la awal mana.
happy gak la rasa puas tido.
tapi tu pun bangun sebab bbm bunyi.
tunggu after kahwin. tidur je lepas tu aku nak set on silent je.
aman sikit. kalau tak memanjang terganggu.

duduk kejap.
then tolong mama masak.
tapi aku baru minum herbalife shake.
so takleh la join dorang lunch. :/
kelaparan. semalam petang makan 2 box takotao je.
then few sushi la. then tak dinner.
herbalife pun tak minum. elok lak tak lapar.
tu orang kata if busy ni. makan pun leh lupa kan.
bangun ni lapar. since tak siap masak.
tu yang aku minum herbalife tu. kasi perut kenyang. :D
lepas tu tengok masakan mama. terus rasa macam sedappppnyaaa. nak makan.
tapi takpa. later kita makan ye.

then ni dok uruskan email pasal payment ke apa.
siapa yang order. nanti aku uruskan.
sebab untuk bulan ni dah penuh ye.
kena tunggu may nanti baru aku bukak.
tu nanti aku inform kat blog.
tak pun blog baru khas untuk tabita nanti.

hari ni takda apa sangat.
plan nak cat tembok rumah.
ye la mama sampai sempat ngandu kat blog dia. hover kan.
so aku kata hari ni buatlah.
asyik tangguh kan.
tapi cat tak beli lagi.
n barang cat kat rumah aku. malas bebenor rasa nak drive amik.
nak beli membazir pulak kan.

harap settle by petang semua kerja.
malam nak concentrate buat hantaran.
nak amik dulang kat rumah kawan.
sewa kat dia. :)

oh pasal entry bawah ni.
kan ada tanya apesal amik darah banyak sangat.
korang kan amik sikit hujung jari.
sekarang dah lain.
yang hiv mmg setitik je.
yang banyak sampai suku to half tiub tu untuk talesemia ke apa tu.
sebab tu amik banyak sampai rasa nak pitam.
haha gila kecoh. padahal orang derma darah relax je kan.

oh satu lagi lupa cerita.
kan yang dotdot ngamuk tu kan.
sampai semua kelam kabut.
aku tanya dia.
apa yang dia cakap.

dia kata. dia cakap apesal lama sangat. orang ada urusan lain. nak meeting pun tunggu la pesakit dah takda. ni ramai lagi. saya petang ni ada flight (nampak sangat nipuuuu). tu bakal isteri saya tu. tak makan apa lagi pagi ni. dia tu kalau tak makan kuat marah. ni saya yang tanya ni. if dia yang datang abis nanti. dia tak boleh tak makan.

hahahahhahahaha. bodoh tauuuu.
tapi memang betul pun. ;p
mesti nurse tu tengok rasa macam tah apa-apa je.
sebab rupa takda orang tak cukup makan pun kan.
tapi ye laaaaaaaaaa. tembam macam ni la memerlukan banyak makanan ok.
lapar bebenor silap-silap orang pun aku boleh makan. heheheh.

eh kejap.
sebelum stop.
aku buat checklist sini.
kang lupa. atleast boleh ingat.
aku ni ada dah organizer. tulis je lebih. bukak tak pernah. hampeh.

- confirm nak hand bouquet macam mana
- hantar sampin jahit tepi
- beli kasut nikah
- buat appointment spa. ikut aku memang malas. tapi noy n mama paksa. kak yan lagi over. suruh tanggas. wtf!!!! tak sukaaa. scary bebenor.
- color roots. tak pun tukar warna rambut terus. tengok budget.
- threading misai yang ala datuk k ni. n kening.
- ajak dotdot beli singlet, socks n kasut for him.
- beli perfume set yang lain for hantaran. ye aku memang tamak haloba.
- kemas rumah aku. vacuum, mop.
- bawang bawak barang aku some ke sana dah.

lagi apa eyh?
macam ada lagi nak buat ni. takleh ingat la.
takpa. ingat kita update yea.

so yang datang wedding aku.
korang dah beli ke hadiah untuk kitewwww?
hahaha ayat mintak lempang. ;p

9 Comments:

girlfriend said... [Reply to Comments]

peeja,

pegi spa badan je tau nnt..muke facial kalo boleh jgn buat dh lagi seminggu nk kawen..kalo tak merasa laa ko muke kemerahan berbengkak masa hari sanding..pasal dia kan main tekan2 muke tu..tp muke ko pakai tabita dh cantek..gi spa full set tuk badan weh..elok gak bertangas tu puas ko rasa nnt...hehe..

selamat pengantin baru...huhu

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

spa tu harus pegi, dah ler lately ko membusy kesana kemari kehulu kehilir, sian kat badan ko tu..lunyaiii..maka wajib pegi, jgn delay! must!*ayat warning :P badan nak pakai lama babe harus lah jaga dgn sebaik2nya okeh!*wink

take care peej! *buat2 x nampak ayat mintak lempang kat bawah tu ;)

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

melampau ok ugutan dot2 tu..hahahaha....

last part tu ko nk taip BAWA tp typo jd BAWANG. paham. tp memula aku mcm "hah?? nak bawak bawang p mana?".

heheheh

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

still thinking nak beli apa for you peej...
kang beli barang kt ofiz ni je senang.
so bolehla peej tau dari sapa.
hahahahahah~

nadia nabila azmi said... [Reply to Comments]

peejjjjjjjjjjjjj!!!!
kitew da beli lewwwww!!
hahaha

Hazey said... [Reply to Comments]

Peej

Spa tu harus, betul kata kawan kita kat atas tu,jangan usik tang muka tak pasal2 merah sana sini, buat badan je sental mana-mana daki sume.. ehem biar kasi berkilat okay.. kahkah

Insya'allah hadiah yang tak sepertinya...

aQmaR 0n The Blog said... [Reply to Comments]

Selamat Pengantin baru in advance.
Hari ade beli tabita dari u tapi dah dilantingkan sbb preggie.. huhu. rugi betol.

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, happy baca cite ni...cam teringat2 masa akak nak kawin dulu..jgan lupa pegi honeymoon berdua...jgn dah lama baru nak pegi..tak best..hehehe.Anyway, Selamat Pengantin Baru in advance....kakmasyp(silent reader)

fathen yaya said... [Reply to Comments]

hi peej,
ayat dotdot tak bleh blah..hahaha..

"tu bakal isteri saya tu. tak makan apa lagi pagi ni. dia tu kalau tak makan kuat marah. ni saya yang tanya ni. if dia yang datang abis nanti. dia tak boleh tak makan."

hahahaha...*gelak guling²*

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...