Instagram : @peejburhan

berseri-seri.

tadi pergi spa.
patut pergi ahad. kasi tunda ke selasa.
ahad pergi color roots rambut.

tadi appointment pukul 11am.
takda makna la nak bangun kan.
noy kerja semalam.
aku pulak pick up dia.
so tadi bangun sesuka hati.
pergi spa pukul 2pm macam tu.

nasib takda orang.
so boleh je on.
aku amik pakej. ada sauna, massage, scrub n bath.
feeling sangat.
sampai je sauna dulu.
pernah la buat masa kat bali dulu.
tapi jenis bungkus tu.
yang kau duduk ala sendawan tumbuh. dia zip kau dalam tu.
tadi yang jenis bilik.
menangis gak la.
macam nak melecur terbakar.
peluh macam mandi.
rasa nak ketuk pintu tu sambil cakap help me. help me.
im burning in helll.
wah drama sangat kan.

settle tu massage pulak.
sedap budak tu massage.
dah la sweet n bersopan santun je.
malay girl.
rasa kesian je.
ye la selama ni pergi kat thai or bali.
so bukan orang kita. takda la rasa bersalah sangat.
tapi tu kerja dia kan. takpa la.

kelakar pun ye.
dia urut aku. dia yang dok angin sana sini. burp burp burp.
aku relax je la.
sambil tu dia kata la. aku ni boleh kurus.
badan aku banyak air. sebab badan aku lembik.
tak pejal. if pejal penat dia urut. ni ok.
apa-apa je la dik.
pejal la bagus dpd lembik macam ni.
lems sans sins tahu.

then scrub. tapi agak pelik la.
dia pakai halia. dia kata untuk buang angin. layannn.
then time mandi.
suruh la aku masuk bath up tu.
dah la dia bagi mandi air lemon. pelikkkk.
i want mandi bunga. aura sangat.
tapi dah dia sediakan tu. takkan nak banyak bebel.

so masuk la dalam tu.
dah aku macam menggelupur.
sebabbb??!!1
bath up tu kecik ok.
if baring aku takleh luruskan kaki. kena bengkok or naikkan atas bath up.
tapi apa jadah kan. kata berendam.
bila duduk biasa baru boleh luruskan kaki.
tapi badan lak tak kena. aaaahhh.
dah la aku terbaring sambil kaki bengkok terkeluar daripada air. pfffttt.
pastu takpa. air dia tetiba sikit je.
lebih sikit je dpd half.
dia kata takkan kurang air dia.
tapi memula penuh. ni sikit pulak.
dah half badan aku tak kena air.
dah rupa dugong terdampar tepiran pantai ok. fakkkk. hahahhahaha.

aku yang ketot ni tak muat bath up.
if orang tinggi the how? gilo.
tapi best la tempat dia. dont mind to go again. :)

tapiiiii aku nak mandi bunga.
ni takda bunga puinnn.
aku cakap kat noy. tak seri la mak uolls.
dia kata masa aku siap tu. dia tengok aku berseri je.
ye ke?
so kalau korang datang wedding aku nanti.
if tak berseri tu diam je.
if berseri tu maknanya mak seri lemon la uols.
hahahhahahahahaha.

ok tu je. dah relax kejap.
later nak gi amik dulang.
memangjang tanguh.
tinggal 4 hari je ni. *gulp*

10 Comments:

Mr. Z dan Mis N said... [Reply to Comments]

bestnya g spa...huhuhu
http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/hanya-daftar-dan-volkswagen-golf-tsi.html

deasa said... [Reply to Comments]

baru sempat nak komen

selamat pengantin baru..
semoga kekal ke akhir hayat...

harap semuanya berjalan lancar
aminnnn

Miss Anne said... [Reply to Comments]

4days to go!tak sabar nak tgk pics kawin peej..hehehe..

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak peej!

mind to share spa tu kat mana? n package yang offer tu brapa?

:)

tq!

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Tahniah peej.. Tumpang happy ko nak kawen.. Aku dulu berangan gilers nk berspa bagai before kawen tp tkde org layan..

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

tak sabar nak tgk Peej jadi pengantin secara 'live'. dah janji dah dgn mama Peej nak datang.

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Tang sauna dalam bilik tu betul tak tahan...mula2 masuk relax je, lama2 rasa nak terbakar pulak,..kuang rasa nak pitam sebab air dlm bdn Dah keluar...tapi memang best kan...wahhh nak kwin Dah sis peej ni...bestnye...

ena said... [Reply to Comments]

kak peej...congratz...selamat pengantin baru.;);) smg semuanya dipemudahkan & b'jalan dengan lancar..aminn..;)

Rain said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
Rain said... [Reply to Comments]

Hi Peej, Im so happy for you..mmg best kan pi spa..segar je badan..tp kan kalau dpt mandi bunga lg best tau..rase badan cam seharum bunga then leh feeling2 cam princess like citer dulu...i lak kene sauna yg herbal tu..bau die tak tahan..tp ok la die buang sume angin..yg pasal bathtub tu i pun mengalami experience yg sama..kaki terkeluar...tp pedulik la janji dpt mandi bunga.anyway peej, tahniah, selamat menjalani kehidupan berumahtangga..byk2 bersabar..insyaAllah.semua nya akan berjalan berjalan lancar.GOOD LUCK!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...