Instagram : @peejburhan

berangan sebelum tidur.

hari yang sangat pack.
tapi better daripada few weeks back la.
sebab mostly banyak benda dah settle.
tak nak fikir apa sangat.

lagi seminggu je weyh nak kawin.
perasaan? entah.
happy ada. sebab eh nak kawin dah ke. macam tak percaya.
rasa scary pun ada. sebab mengenangkan lepas ni dah jadi isteri orang.
takleh nak ikut kepala sendiri sangat.
apa-apa pun kena tanya suami.
ewah mithali sangat. padahal mata pandang atas. tangan di dada.
tapi ye la kan. sebelum ni redah je ikut suka hati.
gaduh lepas tu lain cerita.
sekarang takleh la kan.
nak ke mana kena tanya suami dulu.
kalau dia tak bagi. terpaksa la mak pasrah.
pasrah ye. bukan redha. sebab confirm sentapppzzzz.

scary mengenangkan macam mana la nanti time reception.
aku dah la tak reti benda-benda ni semua.
segan hoih. hahhahaha.
dah la ratu peluh uols.
orang semua kutuk aku. kata if jonet pengapit.
jonet takleh pegang plastik tisu kecik tu. kena bawak kotak tisu. kong ajo.
aku cerita kat jonet. ingat dia nak backing.
sekali dia kata. tak boleh. dia kena bawak kitchen towel tu.
tebal. tak melekat kat muka aku macam tisu2 biasa tu. hahahahha. kong ajooooooo.

anyway. nak cerita lain sebenarnya. tapi melalut banyak.
orang nervous biasa la.
tah apa-apa merepek.
orang beli tabita minggu ni tau la.
nampak sangat tak fokus.
kadang tah apa aku email orang or sms. hahahaha.
bengong n memalukan sungguh la.

ok melalut lagi.
oh semalam before tido aku berangan kejap.
bukan berangan la. terfikir.
bayangkan lepas kawin nanti.
lepas nikah dotdot akan balik rumah dia.
then reception akan balik rumah aku.
lepas tu nanti ke rumah sendiri.
rumah sendiri aku ok la.
tapi terbayang kat rumah parents ni.
all this while. jumpa kejap.
then keluar. then dia balik.

dia ni jenis penyegan.
jarang nak lepak dalam rumah pun.
suka duduk area garden je.
minggu lepas lagi la.
kita orang ke jalan TAR. naik lrt.
daripada rumah ke lrt menapak. then dpd masjid jamek ke semua house menapak.
pergi n balik. boleh tahan letih la kan.
balik tu dia tertidur.
aku suruh masuk tidur. dia taknak. dia tidur kat garden tu sambil duduk ok!!! T____T
dah la hari tu ramai datang. sedara mara, kawan-kawan mama papa. kawan2 aku.
dah la orang kata aku kejam. aku bergaduh ngan dia la.
masalahnya tak. aku kejut suruh tidur dalam dia taknak.
plus orang ngantuk. kau suruh buat apa pun taknak.
so tidur la dia kat luar tu. elok sangat la rupa tu.

so semalam aku terbayang.
macam mana la agaknya nanti rumah ni bertambah sorang lagi.
macam sekarang. aku kan kongsi bilik ngan noy.
maknanya lepas ni if balik sini.
aku takleh tidur ngan noy lagi la kan. sobs.
sebab ada laki.
tah memikirkan situasi tu rasa lawak.
segan pun ye. hahha bengong aku ni. segan apa tah.
nak adjust tu kot. ;p
tak boleh ke aku tidur ngan noy. dia tidur kat hall?
matiklah derhaka kena panah petir. hahahhaa.

aku ni jenis jarang dating ke sana kemari.
pergi majlis sesama ke apa.
so tak dapat bayangkan macam mana la lepas ni if berdua.
nak balik kampung ada dia. if dia cuti la.
n nak travel ada dia. gagagaggagaga.

hope semua ok la.
takda aku terpanjat maimon sangat. heheh.
banyak jugak aku bebel kan.
ok la. lain kali kita bebel lagi.
nak buat kerja yang banyak.

6 Comments:

Cik Puan Ara Amnan said... [Reply to Comments]

I sgt malas nk berblog. Dan hanya ada few people in my list. And u r one of 'em. Tup2 bila I buka balik blog I, I saw ur post. Dah nk kawen. Cepatnya masa. Hee. Congrate in advance. Time2 ni memang mandi x basah, tido xlena, tp makan tetap makan. haha!

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

Yeayyy .. tak sabar nak gi kenduri kawin Peej. Kad jemputan dah lama dapat dah.

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

Ala peej.. tidur lambak je depan tv. Tidur ramai2 kan best. BTW, kad da sampai =). Thanks ya..

FIERA said... [Reply to Comments]

Kak peeja, fira dulu yang 1 nite tu yang gelabah gler nak masuk bilik kak, segan kot, last2 mak fira yang paksa tdo, hahahahha kelakar kak.....

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

peeja, aku dulu kan, malam pertama gaduh dengan laki aku.

sebab apa? sebab lepas romen, aku terlena, pastu kan aku tidoq bagi belakang kat dia. bangun pagi dia sentaps. aku pelik. aku tanya la pasaipa sentap, semalam best kot kahkah. dia kata tidoq bagi belaakng kat dia. omg. abis aku tidoq kot, bukan aku terjaga duk tersengih. mana buleh kira takkan aku nak mengadap badan dia sepanjang malam, kan? aku pun reti lenguh gak. lenguh dalam tidoq mesti kena ada pengecualian. satgi kalau tetek aku senget sebelah? sapa yang rugi? kahkah

lepas tu kan baru aku tau, kena mintak izin laki kalau nak bagi belakang time tidoq. :S bila aku mintak izin malam selepas tu, dia kata ok,aku pun bagi belakang, dahhhh aku kena romen secara posisi belakang plak. kahkahkah. ok lucah la plak komen aku. general okkk general.

kesimpulannya : lepas kawen semua pun kena ikut laki. tapi tak lama. bila dah lebih 3-4 tahun, dah ada anak, kalau kakiku di hidungnya time tidoq pun dah tak kesah dahhhh...

anyway pantun dah siap. nanti aku email. malam kenduri.

R.R.Z said... [Reply to Comments]

haha comel la kak peej ni!

selamat pengantin baru kak!!
muah2

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...