Instagram : @peejburhan

wah tak sabarnya nak deko-deko bersama pija. miahahah.

so lepas settle hal kawin.
rehat kejap.
tunggu papa n mama siap.
kita orang pergi ke rumah yang bakal aku sewa nanti.
sekarang tengah buat renovation work.
mama hangin.
sebab orang tu kata 3 minggu siap.
tapi tak siap-siap.
katanya next week baru siap.
next week dah 5 minggu namanya.
dasarrr.

banyak lagi kerja nak buat.
sebab cat kita orang buat sendiri nanti.
nak upah cat under coat n cat pun dah nak dekat 3k. gulp.
takpa. kita buat sendiri je la ye.
dah la orang lama yang sewa ni boleh tahan sakai warna yang dia cat.
dah rupa taska dah dalam tu. *urut dada*

takda la major renovation ke apa.
sikit-sikit je.
buat bilik air. sebab yang lama ada kolah n jamban cangkung je.
so kasi letak shower, sinki, toilet seat semua.
tukar sekali tiles.
n shutters windows yang dah rongak semua tukar aluminum punya.
buat kaunter top n tukar tiles kat dry kitchen.
wet kitchen tukar pintu n tingkap. n nak betulkan bumbung n siling.
sebab penyewa lama x bg tau ada anai-anai.
so belakang tu dah nak runtuh. T___T
agaknya dia taknak kita betulkan takut nanti sewa naik kot.
entah.
oh n lagi satu depan buat tembok.

tapi kontraktor ni lembabs.
siap jiran lalu tu. siap cakap kontraktor ni buat kerja lembab.
mana tak nya. dia dapat projek lain kat mana tah.
umah banglo. so sesuka hati kejap buat umah sini. kejap sana.
minggu lepas 3-4 hari tak datang. kiwok betul.


dry kitchen siap.
yang mama amukan.
dia kata kau buat kaunter n tiles senget.
padahal tak senget. ukur pakai tape tu betul.
masalahnya rumah ni simen senget. hahaha. so semua jadi senget.
aku ngan mama ni benda2 macam ni takleh.
sakit mata nak mengadap.
tapi bila fikir balik. biar je la. nanti dah susun barang takda la nampak senget tu.


tukar tingap aluminum ni kat bilik tengah.
ni nanti bilik tetamu.
if sesapa nak tidur boleh tidur sini. ewah.

rumah ni teres setingkat. bagus. sesuai untuk orang pemalas macam aku.
ada tiga bilik. bilik belakang besar, master bedroom.
tengah biasa. n depan kecik.
aku plan asal nak bilik depan.
tapi dotdot kata kecik. aku kata letak katil dah la. baju bilik lain.
bukan ada sapa pun. berdua je.
dia kata guna bilik belakang je. fine.
mementang kena ikut cakap suami. cissss.

mama : nanti pija duduk bilik mana?
me : bilik belakang. bilik depan pija nak buat macam office. letak pc situ. beli rak then letak barang tabita. (wah business woman sangat). nak solat pun boleh kat bilik tu if tetamu datang.
mama : bilik tengah tu?
me : tu jadikan guest room. if sesapa nak tidur boleh tidur situ.
noy : amboii. bunyi macam orang kaya. siap ada guest room. hihihihih.
me : hahaha. betul la. dah mmg takda siapa. kita orang berdua je pun. so bilik lebih jadikan la guest room.
mama : apa nak?
noy : pija kata ada guest room. macam orang kaya.
mama : hahaha. betul la. senang if mama datang ke apa. boleh berehat. nak tidur pun boleh.
me : kan.
noy : siapa je tetamu kau?
me : tak kira la. mama n papa ke, fam zeity if datang. fam dotdot ke. kawan-kawan aku ada. pun boleh.
noy : asal lak. if jonet datang dia tidur ngan saya kat rumah ni.
me : asal lak. dia kawan saya. mesti la dia jumpa n tidur rumah saya.

wahahahha. matiklah berebut kawan.
noy tu tak malu rebut kawan aku.


kau bayangkan dah 4 weeks apa aje yang siap.
baru nak pasang tiles kat bilik air.
mama nak pasang tiles putih. agak2 la. jenuh nak menyental nanti.
tak pun dorang suruh hitam. eeeeekk dont want.
nanti ada kehadiran lipas aku tak nampak.
so amik warna tan ni. :)
mamat indo ni kerja kontraktor. badan terus ketak-ketak.
nasib aku tak pakai korset time tu.
kalau tak boleh lawan kita. hahah. ok saiko.

:: tukar tingkap toilet. bagus. kecik2 dah. besar-besar sangat macam nak menggalakkan orang ngintai je ::


tembok depan. :)
excited.
dah siap berangan.
nanti nak kumpul duit.
depan tu nak buat kolam belah kiri tu.
dalam 2 suku macam tu. then kanan tu letak balik paip macam asal tu.
senang kalau nak amik wuduk orang nak gi surau.
ingat time kecik dulu. kat situ la arwah atuk aku amik wuduk sebelum dia pergi surau.

nak buat kolam kena ada bumbung pagola sikit.
nak tukar tiles semua.
ewah macam kaya.
so maknanya lambat lagi la nak buat tu semua kan.

mama lagi over. cakap suruh aku kumpul duit tukar pintu kaca la apa.
macam la aku ni kaya sangat kan.
banyak lagi nak hadap ni.
takpa. mana tau ada rezeki nanti. Insyallah.

ni la pokok kemboja itu.
siap ada kantan, serai la apa semua la depan ni.
takpa. nanti dah pindah. mama kata nak tanam lawa-lawa.
mama jugak. ye aku pandai tengok n pass-pass n angkat barang je.
tak berapa nak green thumb.
entah. tak pernah cuba pun.
tapi takpa. laki aku suka.
so dia boleh layan gardening ni semua.

aku part deko-deko je. ;p
gila tak sabar weyh.
slow-slow la hias.
gigih lepas balik ni.
aku mandi semua. then malam keluar gi jj au2
check out electrical product.
takda la mahal sangat sekarang kan.
dah la tengah ada sale.
nak je aku beli dulu. tapi if beli dorang nak terus hantar.
rumah belum siap. damn.
n takda orang duduk lagi. takut aku nak tinggalkan barang baru gitu.

harapnya siap bulan ni.
boleh aku shopping barang rumah sikit.
sebab this month yang sale.
next month mesti dah tak berapa murah.

benda pertama kena beli. king size tilam. eh.

5 Comments:

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

hahahaha ayat yg ujong2 tu..i loikeee...drp aku stress kena marah dgn boss, terus cool down bila baca n3 ko ni tau. thanks peej sbb selalu buat n3 yg menceriakan hidup aku! bila dah kawin nanti jgn lupa update selalu tau..x kan nak belek laki 24/7 jer kan? Eh. :P

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

tilam wajib king size. wajib.

baru feeling selerak-selerak yang puas. :P

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha sekarang semenjakmnak kawin entry pun dah ala ala akak akak, i loikeee macam tu lah semangat sentiasa posif.

akuiwana said... [Reply to Comments]

wahh sejak2 nk kawen ni dh mcm filla pulak bunyi entry peej.entry istri2 gitew.wahh!

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Tilam king size eh? Hahahaha! Tp betol la kan.. Dh x kan guling2 atas simen. Eh!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...