Instagram : @peejburhan

ok sekarang dah excited kembali. wiiiiiiiiii...

the past few weeks adalah sangat stressful.
tah apa yang aku stress pun tak tau la.
tapi memang tahap dewa la.
rasa semua macam tak siap je. risau aku.
gaduh toksah cakap la. tahap dewa punya.
sampai rasa dah taknak kawin pun ada.

tapi bila sembang ngan orang yang dah lalui semua ni.
semua kata memang akan lalui phase ni.
reason sebab agaknya duit banyak keluar.
tu yang sakit kepala je rasa.
aku bukan je bridezilla.
tapi aku dah bertukar jadi gorilla ok. serious tak tipu.
tinggal aku tak buat gila lagi je.
kan aku kata kalau aku mengamuk.
aku akan lompat atas meja sambil tumbuk-tumbuk dada n jerit macam gorilla. aaaaaaaaaaaaaa.
hahahhaa. nasib tak sampai ke tahap tu. ;p

then this week aku rasa nak bertenang.
aku kata aku dah taknak amik tau.
malas nak ada high expectation sangat.
bukan la high ke apa. tapi like i said. aku ni kekadang cerewet.
i want things to go my way. ye mmg keji. tapi takleh nak tipu diri.
sebab if la tak jadi macam yang aku bayangkan. nanti aku tarik muka la apa kan.
so aku kata taknak fikir la. lantak la.
janji kawin. n looking forward untuk kehidupan lepas kawin je.
taknak fikir pasal majlis.

so orang tanya ke apa aku angkat bahu je kata tak tau.
n malas nak call dotdot pressure dia itu ini. tanya itu ini.
biar la dia ikut phase dia. aku taknak fikir.
memang rasa tenang.
bila orang tanya pasal kawin pun aku kata tak tau je.
janji part aku dah di settle kan.

then dapat call kata goody bag n banner dah siap. wah.
so aku pergi amik. start tersenyum.
n no. banner takda gambar je. kosser aku nak gambar bagai.
then semalam dotdot call kata masalah dia dah settle.
by next week dah boleh uruskan segala borang ke apa.
bagus.
tetiba rasa tenang.
n bersyukur. sebab bila aku rasa sangat down. terus Allah permudahkan semua.
kalau tak, tak tertanggung je dugaan nak kawin ni.

aku busy melampau je.
sekali tadi bangun check FB tengok Hairi komen kat fb.
kata malam ada fitting. aku sampai dah lupa ok yang rupanya ada appointment.
aku ingat last week. tengok senyap. so aku taknak la tanya ke apa. pasrah je.
gila saiko. hahahha. padahal aku yang termix up dates. ;p

so confirmkan ngan dotdot.
so tadi pergi la ngan mama sekali.
noy malas ikut. fine.
betapa kusutnya aku. elok dah gerak boleh lak tertinggal phone.
nasib berhenti isi minyak. nak message hairi kata aku baru nak gerak.
tengok dalam handbag takda hp.
so patah balik amik phone. baru gerak again.
sampai aroung 9pm kat house boutique hairi.

duduk kejap sembang. then hairi bawak turun baju.
lawa. tapi besar kemain. aku tengok rasa nak pitam. rasa macam kelambu.
sebab kan hari tu aku pergi. banyak baju dia bawak turun.
semua lawa melampau la. katanya baju orang kurus kan.
sampai kat aku kelambu ok. hahahahah.

so tak try lagi.
sebab tunggu bella pulak sampai.
dia nak tengok.
so bella sampai je terus pakai.
waaaaaaaaahhhhhh. suka gilaaaaaaaaaaaaaaa!!!
rasa nak sengih je masa pakai.

bila pakai tiada kelambu lagi.
feeling kurus uolss.
walaupun aku tak kurus kan.
cuma perut la kena usahakan pakai something. hahaha. ;p
aku ingat aku je feeling.
yang mama dah siap nangis. over sangat.
dia kata lawaaaaa. nampak macam aku kurus. miehehehheheh.
macam ye. macam.
kang aku confident type ni. korang baru excited. sekali tengok korang kata ah kurus konon. gemuk!!!!
nangis mak uols.
so di tekankan. nampak 'macam' kurus. ilusi optik sangat. hahah.
kira berjaya la hairi buat baju tu nampak konon macam aku ni idok la almari sangat.
sumpah suka gila.
ni type pun aku sengih je ni.
serious rasa tak sabar pulak nak kawin n melaram sambil feeling princess. ;p
hahhaha sila muntah sekarang.
princess ke. rupa queen dalam alice in wonderland tu ado. hahahah

then bincang baju dotdot.
sambil ambik ukuran semua.
hairi keji. sambil ukur sambil feeling, "eee dapat peluk dia"
hahaha kong ajo.
siap pesan kat dotdot nanti untuk fitting datang sorang tau.
ewahhhh. takkan ku biarkan. awassss.

lawak je dotdot tu.
time ukur tu. berdiri dekat meja.
ukur je, tulis. ukur je, tulis.
yang dia setiap kali hairi datang nak ukur dia reverse.
makin lama makin jauh. sampai nak ke tengah hall dah.
hahahahha. lawak. bila tanya asal reverse dia sengih je.
dah la tetiba menjadi pendiam. funny.

then bincang pasal pelamin n all.
oh pelamin pun hairi sponsor. so sweetttttt.
tak terbalas jasa hairi n bella ni la.
Alhamdulillah dipermudahkan urusan semua.
so excited. tak dapat ku bayangkan nanti.
mama asyik la menitik air mata je.
tah apa dia emo tah.
tengok aku pakai baju dia nangis.
hairi n bella nak sponsor dia nangis.
terharu katanya. sebab dorang sudi nak sponsor. :)
bila balik mama asyik la puji. dia kata baik hairi tu.
nampak humble n sweet.

aku lupa nak amik pic la tadi.
minah otak serabut memang macam ni.
ada la tadi dotdot amik pic aku pakai baju tu semua.
tapi takleh la tunjuk sini kan. tak seplaisss (cakap gaya deko eric) la nanti.
balik tunjuk kat papa terus suka.
dia kata a ah nampak macam kurus.
noy pun kata lawa.
tapi tetiba dia.

noy : kesiannn kau pija.
me : kenapa pulak?
noy : ye la pengantin gemuk.
me : mana ada gemuk. nampak kurus la. tak lawa ke baju tu?
noy : lawa. baju memang lawa. tapi kau gemuk. mesti kau tak sangka kau kawin gemuk kan.
me : dah memang gemuk.
noy : tak la. masa dulu-dulu, mesti kau berangan kau kurus n hot je. pengantin selalu if pakai baju melentik-lentik badan.
papa : hahahhahaha ok la tu. nampak kurus sikit la.
me : biarla. baju ni pun dah lawa sangat. mana pernah sangka nak pakai baju macam ni. dah memang gemuk. terima je la.
noy : tapi lawa la. tapi if kau kurus mesti lagi lawa.

T____T
tak berputus asa betul dorang tu.
aku ni hampeh je.
orang nak kawin lagi kurus. aku lagi naik ada.
dah la tadi nak pakai suspense je. mana tau naik kan.
nasib berjaya sarung n zip. keh keh.

yang aku menari-nari tadi depan noy n papa.

me : yeayyy. lawa baju sayaaaa. macam duyung. *menari ala-ala ballet*
noy : jangan nak perasan. kau dugong ok.

elok cili mulut dia time tidur kan.

nway, sekali lagi nak promo.
if korang nak kawin, tunang, pergi function ke, buat baju raya ke, or saje nak melaram.
sila la contact hairi.
serious aku yang almari ni pun terkagum-kagum n feeling abis pakai baju tu.
tak silap tadi sembang. if nak rent pun boleh.
tapi if korang normal size banyak la collection.
if size macam aku payah sikit kot.
but u can try ask. jangan takut. hairi sangat sweet n humble.
try la tanya. mana tau kena ngan budget korang ke kan.

btw ni contact details hairi.

HaiTaj Creations
- Fashion Designer, Wedding Planner, Make Up Artist.

  • Hairi Tajuddin 
  • 012-354 4554
  • hary_hcl@yahoo.com
  • haitajcreation.blogspot.com
  • A-18-2 Vista Amani Kondo, Jln Tasik Permaisuri 3, Bandar Permaisuri, Cheras, KL.
ok tu je.
aku nak tidur senyum ni.



8 Comments:

afiniakib said... [Reply to Comments]

omg i'm so happy reading this!!!!
may Allah ease everything for u n ur family :) keep smiling, pengantin kena happy barus seri lebih :D

deasa said... [Reply to Comments]

yang baca ni pun sengih2
heeheh

A.I said... [Reply to Comments]

Beruntungnya...murah rezeki kau peej =)

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

orang lain nak kahwin sibk diet
pas kawin diet hilang
orang kalau nak diet, diet betul betul tak kira nak kahwin atau tak...
so if peej mcm ni, biarkan jelah
jangan lupa tepek gambar yer

noy tu cakap straight from her heart... sincere walaupun bunyik agak kejam...

sweethOneY said... [Reply to Comments]

wah besttttttttt haha

noy boleh tahan laser mulutnya

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah suka bila peeja cakap dah tak tension lagi, bawak relax2 je ya.

Kujie said... [Reply to Comments]

kita pula yg tak sabar tunggu..ayoooo

Puan Nad said... [Reply to Comments]

haha, hampeh noy. sure happening bila outspoken camtu dlm family.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...