Instagram : @peejburhan

my last resort sebelum kawin. yippaaa...

ok aku ni bab ni memang orang semua dah jenuh.
apa lagi kalau berat ni hah.
ok aku sebenarnya pasrah je.
lantak la haih. janji kawin.

cuma ye la. bila fitting baju reception tu.
tengok perut rasa nak tikam diri sendiri.
then masa celebrate hens night tu.
kan aku sepit rambut kasi pendek.
ambilll muka besar pasu uolss.
masalah muka terkumpul aku tu la.

selama ni ingat muka mengecil.
takda makna.
maybe selama ni lepas rambut.
so ingat muka nipis. rightttt memang takda maknanya.
bila ikat rambut ke apa. ambil. orang lak candid sana sini.
help help help.

tapi dah memang dasar pemalas.
exercise tu tolak ketepi.
walaupun P.G almost every morning jogging.
sorang je gigih. aku memanjang kata nak ikut.
bila dia kejut aku tidur taknak join.
ye la by the time dia jog, aku baru je nak tidur.
memang melekat la mata kan. alasannnn.

so apa yang boleh kita buat.
dah la aku ni konon stress.
so makan kemain. aku rasa tu paling menggembirakan. miahhahaha.
sekarang rasakan.

then aku baca blog shilashower.
tengok dia amik herbalife. n jual jugak.
takda rasa apa.

sebab aku pernah amik ni dulu.
lama gila dah.
rasanya back in 2004 kot. ke 2005. ntah.
ke awal daripada tu. aku pun lupa dah. memang lamaaaa gila dah la.
aku minum rasanya 2 set. tak ingat berapa lama tahan. lama sangat dah.
well ngan tahap pemalas exercise semua ni.
minum tu aje.
memang berkesan la. turun gak la berat aku.
n yes bila minum tu. takkan rasa lapar semua.
takda la kau menggelupur kelaparan memanjang.
sebab perut kau memang rasa full je.

time tu lagi hardcore.
aku memang tak makan main meal apa-apa.
tak silap pagi, tengah hari n malam minum tu je.
dan time tu. aku rasa best abis la.
walau orang kata tak sedap la apa.
aku rasa sedappp gila. feeling je minum.

tapi aku ni biasa la. after awhile aku bosan.
sebab orang suruh tukar flavor or campur buah ke apa aku taknak.
then after few months tu.
aku macam rindu nak rasa makanan kat mulut.
kat tekak.
faham tak. macam rasa nak pedas la apa.
padan muka diri sendiri jugak. sebab siapa suruh kau minum tu je kan.
tak makan makanan ke apa.
dah la time tu student. mama yang belikan.
dah la bagi aku boleh tahan mahal kan.
kesian je rasa mama invest kat produk2 ni semua. padahal anak dia takda ciri-ciri nak kuruih pun. hahah.
so aku stop. ;p

so bila orang cerita herbalife ke apa. aku tak heran.
sampai la baca lagi blog shila.
dia upload latest pics. kurus uolss. gila tak teruja.
tapi aku tengok diary diet dia memang mengagumkan la. tak terlawan.
kena lawan ngan perasaan la. n disiplin.
n paling best bila baca. dia kata dia memang takda la exercise terlampau ke apa semua ni.
sebab dia pun jenis tak suka exercise.

so aku berfikir.
apa kata last call ni. kita try herbalife.
takda la aim nak kurus ke apa.
tapi kalau dapat turun 5kg n kempiskan muka sikit pun ok.
miahhaha. walaupun harapan nak kempis muka ikan buntal ni adalah tipis.
takpa.
so malam tu terus email shilashower.
malam jugak kena email.
sebab malam selalu berkobar lebih. siang dah tukar fikiran.
so deal semua.
so ok.

amik barang daripada shila saturday 17 march.
aku start minum ahad 18th march tu.
memandangkan aku ni kitaran hidup tak macam manusia biasa.
wah dramatik abis kan ayat.
maksudnya aku ni ala burung hantu.
malam berjaga, siang tidur. ;p

so cara pengambilan aku tak sama macam orang.
harap boleh jugak la. ;p

so sini aku tulis diary diet lite-lite ku ini.
wah diet la sangat.

day - 1
- 12.30pm - herbalife shake
- 4.00pm - nasi putih 1 senduk. masak lemak ayam, ayam 2 ketul kecik, kentang 2 ketul, sepotong kecik telur dadar. sedap nak mampuih la haih mama masak. terkebil-kebil aku makan sikit macam tu. ada la tak sampai 10 suap kot. menghayati aku makan setiap suap tu. tsk.
- 6.00pm - 2 ketul pau sampai mini. n seketul karipap sardin mini.
- 9.00pm - herbalife shake.

day - 2
- 1.00pm - herbalife shake.
- 4.00pm - sushi king. ok ni aku makan banyak. ;p tapi tak banyak macam selalu la.
- 6.00pm - sepotong agar-agar mama buat. 4 keping keropok belinjau.
- 10.30pm - herbalife shake.

ye memang lambat.
sebab ikutkan sebelum ni. macam tu la aku makan.
tapi nasiiii. n yes kuantiti banyak. miahahha.
plus aku lambatkan sikit minum shake tu.
sebab. day 1 tu. aku kan minum kul 9pm.
by 4am aku tak tidur lagi.
matiklah lapar dah rasa. help.
berlawan ngan nafsu ok. rasa nak turun bawah buat maggi je.
nasib selamat.
timbang after day 2. turun 2kg. wahhh.
tapi mama kata tu air je tu. tak nampak beza pun. lain la 5kg.
baik puan.

day 3
- 1.00pm - herbalife shake
- 6.00pm - mihun goreng kosong gerai kuih, pau sambil mini 2, goreng pisang 4. miahahha.
- 10.00pm - kuey teow goreng kosong gerai.

dotdot beli lebih.
so daripada membaziaq aku bedal.
so malam tu aku tak amik shake. ;p

.....................................................

diari aku terstop kat situ la.
sebab aku busyyyyyy gila.
tak sempat nak update pun. T____T
pengambilan shake pun ada yang tak dapat amik.
sebab bangun je rush sana sini.
tak sempat apa. ;p
tapi still tahan nafsu la.
tak sembarangan makan.

n tadi before naik atas aku timbang.
setelah seminggu lebih n berselang seli amik.
total weight loss adalah 3kg.
ngeeeeeeeeeeee.

tapi aku rasa tak nampak berubah apa pun.
kat timbang tu je la.
lain rasa sama.
sebab masih rasa nak tikam perut sendiri.
tapi padan muka. kata pemalas exercise.
satu-satu benda yang buat aku berpeluh melampau adalah aktiviti mengecat tu.

aku ni tak berapa gigih macam orang.
itu biasa la. hahaha.
tapi ada penurunan tu pun dah suka. :)
hope mencapai la target 5kg tu by end of april tu. mih mih mih.

if korang nak try herbalife.
boleh email shilashower at shilashower@gmail.com 



p/s: adalah sangat jealous tengok shila dah kuriuh n dapat her target weight. mungkin aku patut start twerk ala twerk team sebagai exercise. eh tu dah lain macam. heheh.









oh aku tak listkan intake air aku.
sebab aku tak tau nak kira.
tapi aku takda la minum banyak mana.
tapi aku make sure minum air mineral kosong.
or minum herbalife tea mix tu je.
tak sedap betul tea mix tu. tapi takpa. mari gigih. hahahha.

so since day one tu.
sampai ke hari ni.
believe it or not.
aku berjaya turun........
aku taknak bagi tau berat sebenar.
nanti korang pitam.
tapi tetap happy sebab nampak penurunan. mih mih mih.

so if korang rasa nak try herbalife ni.
korang boleh email

oh entry ni bukan sebab aku nak iklan ke apa ke.
ni base on apa yang aku alami.

8 Comments:

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

Herbalife aku x pernah try lagi, tp rasanyer lemak2 badan aku ni dah tepu n kertu kot...x merasa lah aku nak kurus...huhuhu

ok lah tu peej, mula2 turun skit2 dulu..lepas ni terus 10kg terus :)

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Moh sama2 kita usaha utk lansingkan badan

Mama terover makan semalam, tako tao, california roll dan ABC utk petang, malam tak makan dah..tapi perut terkejut kot, jadi sebu sepanjang malam..
huhuhuhu nyesal bila dah makan oats for the past 3 weeks.
Ishhhhh...kenapalah payah nak kontrol tekak.
Ari back to oats..InshaAllah

Yeah, saya! said... [Reply to Comments]

herbalife memang berkesan.
Mak saya dealer. Sangat Terbukti.
Hee.

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

aku pun makan tak keras sangat disiplin. aku melantak gak nasik belaka. hahahaha. tekak anak gajah mana bleh tengok nasik wey. nasik is heaven.

R.R.Z said... [Reply to Comments]

sy..lagi..3 bulan nak kawin.
hukk..
bila fikir berat badan, stress..terus makan banyak.
sudahnya..

bedepot..
last resort sy adalah. bpuasa di siang hari.

sad.

*jeles kwn sy dalam masa dua bulan berat turun dari 76kg-59kg..dua bulan ok...sbb GYM.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Oooo nak mengkuruskan badan ya, sila sila, kita dah malas nak ambik apa apa lagi, duit habis kurus nya haraaam.

Anonymous said... [Reply to Comments]

hey...
nak share tips kurus secara mndadak tapi bdn rasa sihat. cuba google for 7 days gm diet. dia lebih kpd detoxkan bdn. tp seriusly berkesan.
sy pernah buat,7 hari trun 5kilo. xtipu.
cubalah!

Hiddy Asri said... [Reply to Comments]

x nk try ABC Acai Berry ke? Tgh famous skang..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...