Instagram : @peejburhan

last thursday was crazy

last thursday memang melampau la.
tidur dah lewat. biasa tu.
then pagi dah bangun sebab orang datang amik tabita.
plus mama n papa keluar.
so aku kena tunggu courier sampai.
so memang takleh tidur la.

elok courier sampai.
tetiba ada posman hantar parcel.
ingat baju online. sebab aku expect sampai that day.
then naik atas check envelope tengok address tampin.
aku yang blur di pagi hari rasa macam, "eh jauhnya. setahu aku kat kl. ke stor dia kat tampin?"
bengong gila. then tengok nama baru tau.

my reader n customer tabita :)
2 weeks back dia ada order banyakkk.
courier pulak menggila sampai lambat.
so tak sempat aku nak post.
so suami dia datang daripada tampin amik tabita.
sebab weekend tu dia dah nak ke hong kong.
tu kena amik jugak tu.
sian suami dia amik amik masa 4-5 jam nak sampai.
sebab jam tak bergerak kat sg besi. ngan sesat lagi.
tapi selamat la lepas tu.

so tengok parcel tu form nonie salihin.
nonie aku tak familiar sebab nama kat fb lain.
tapi surname tu aku familiar la.
abis dok bermessage je kan.
tapi if dah address tampin tu confirm la kan. :)

bukak nampak ini.


so comel.
baru aku nak fb message dia dah message dulu.
sukaaaaaaa. sebab kena pada masa.
aku baru je last week macam fikir nak tukar keychain.
sebab yang sekarang aku pakai dah terkeluar semua diamond. nyampah.
so dapat yang ala-ala comel ada charm macam ni harus la suka.
dia kata masa dia beli tu. laki dia kata. keychain je.
lohhh. tak kisah la. the thought that counts kan.
ye la dia bersuka dia di disneyland hongkong.
tapi still ingat kat aku n siap bagi souvenir. sweet kan.
<3
noy penjealous. dia kata comel.
dia nak curik. T____T

oh anyway.
then petang ingat nak tidur.
tapi ada urusan pulak kat post office.
so pergi ngan noy.
later makan.

sekali noy dapat tau yang flight delay. so standby jadi super lambat.
ye. kena teman dia standby kat airport daripada pukul 4.30am sampai 8.30am ok.
pitam kannnn.
takpa la. tak teman, emosi nanti pompuan tu.

aku dah rasa boleh pitam.
sebab dah la tak cukup rehat kan.
malam pulak dah janji nak cat rumah ngan mama.
mama pun if aku tangguh nanti sentap.
kata suka hati kau la.
ayat cakap suka hati aku. tapi selagi tak bergerak, dia yang lebih.
adalah penat untuk please semua orang.

so after maghrib tu ke sana la.
mengecat apa patut.
settle semua dah 1ish am macam tu.
duduk kejap je.
around 3ish dah ke klia.
aku duduk kejap je terus tidur ternganga.
nasib noy memahami. dia bagi aku tidur.
selalu dia akan amukan if aku tidur dalam kereta.
dia kata baik takyah teman.
tapi kejap-kejap aku terjaga.
tengok kabus teballlll gila ok.
dah la pagi macma tu satu kereta pun payah nak jumpa.
tapi mata aku melekat je. takleh nak teman dia.
dia kata gila scary sebenarnya time tu.
tapi dia diam je. nak kacau aku kesian.
gagagaggaa.

sampai dia sign in.
dan merempat la kami di tepian.




muka ngantuk takleh blah.
noy kong ajo.
aku pakai knitted cardigan tu.
lama gila punya. tapi pakai sekali sekala je.
noy kata, "amboih overnya makcik. macam nak melancong pergi luar negara."
me : sejuk la airport. pakai ni selesa. saya boleh tidur nanti.
noy : oooo. ingat nak holiday kat negara sejuk. hahaha.
me : *jeling*




banyak gila pics dia amik.
hahha. muka aku dah malas gila nak layan. ambil.
then kita orang layan pretty little liars 2 episode kat laptop noy.


:: sambil makan nachos n cheese dip ni. die die die ::



lepas tu terus aku K.O
tidur kat situ. lantak.
tu pun tak lena.
sebab noy tetiba kacau aku.
dia kata jangan nak berdengkur.
aaaaaaaaaaaa. penattttttt.
then sambung tidur.
ada la tak sampai berapa minit.
sebab pukul 6ish am macam tu airport dah bising gila.
ramai orang bising2. ngan bunyi p.a system announcement la.
orang dah rapat nak travel la apa.
bunyi orang sembang la.
so kena bangun.

lepas tu memang tak tau nak buat apa dah la.
noy pun ngantuk. tapi dia lagi takleh tidur.
tak kan nak terbongkang ngan uniform kan. kesian. ;p

ye saat-saat akhir amat menyeksakan.
time tu dah rasa terhuyung hayang je.
memang rasa high gila la.
elok nak pukul 8.30am je terus berjalan pergi office nak sign out.
sekali nak kat corridor tu bertembung ngan this one guy.
aku tak tau la sebab high ke apa.
tapi masa nampak tu. all i could see is his ears ok.
sangat capang n besar. 
paling takleh blah. aku nampak aku terus pandang tepi.
sekali aku dengar noy, "pijaaaaaaa..." slow je suara dia tapi mendayu.
the moment aku ngan dia berpandangan. terus tergelak besar takleh kawal ok.
orang tu tak lepas pun kita orang lagi.
hishhh. we feel bad. tapi cannot help it. rasa lawak.
harap orang tu tak kecik hati. dia tak tau kot kita orang gelak sebab apa kan.
tapi serious ok. aku rasa sebab kita orang dua-dua high tak cukup tidur. ;p

then gerak balik.
bayar parking.
sekali noy tak jumpa pulak coin chip tu.
setengah jam dia mencari.
aku suruh tanya management parking tu.
memang dia tertinggal. orang pulangkan. T____T
nasib tak kena denda. dah la parking rm18.
tapi sebab lama sangat. so tambah lagi rm4.
nice eyh.

masuk kereta aku terbongkang kembali.
sampai rumah noy kejut.
naik atas tak tukar apa. terbongkang kembali.
penat rasa nak macccthi. *zaman aku muda. ada sorang budak ni cakap nak slang aje. mati dia sebut maccthiii. rasa nak lempang*

ok sekian cerita kakak mithali meneman adiknya.
walaupun adik dia asal aku ajak kemana bukan nak teman. bencikkkk.
ni dia tak sihat. nak amik mc. ajak aku pergi teman dia amik borang apa tah kat office dia.
aku kata aaahhh malas. 
dia sentap lalu pergi sendiri.
tapi sekarang i feel bad. 
ingat nak teman jugak. aku leka mengadap email customer.
but tengok dia dah takda pun.
sian budak itu. :/




10 Comments:

farrah said... [Reply to Comments]

you are a nice person, peej.
tulisan kamu juga sangat ikhlas!
that's why we love uuuuuuuuuuu! *muahhh*

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Pija.. Aku dh lama nak tanya tp tk tanya2 gak..
Noy standby kat klia watpe.. Kot2 ada flight dia ke apa.. Kalo ada flight dia.. Ko balik sorng ke.. Plis2 jawab persoalanku ini.. Heheh

gorjesbanyakcakap said... [Reply to Comments]

gud job kak peeja..
kakak yg mithali ;)

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Orang sakit diutamakan, Noy migrain kenapa tak tolong drive utk dia?
Ishhh...Buat aper menyesal lepas tuh?
Kesian dier!

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

klu x ckp tdo mmg kan..rasa melayang2...

farra8979 said... [Reply to Comments]

sisters 4 ever.. suka sangat, like me n me sis. ^^

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

hahaha Noy nakal siap ambik gambar tengah tido, kalau dah nama nya adik beradik memang lah macam tu salah seorang kena beralah lah kan lagi2 dia adik bongsu nice.

A.I said... [Reply to Comments]

apesal aku tgk time kau high giler mengantuk pon cantek? sumpah aku suke tgk kulit kowang..mmg cantek sgt2. tp yg penting, sesungguhnya kau memang seorg kakak yg meetali :)

salmi said... [Reply to Comments]

Peej,lama dah nak tnya ni ,and tetiba u buat entri ni so sesuai sgt la i tanya. if u x nak jwb kat sini,emel la! *haha sedap2 je mintak u emel*.
I tertanya tanya Noy tu keje camne yg selalu kena gi standby kat airpot tu....me is not understand la konsep keje nya kene standby standby tu,keje camne actually? seriously interested nak tau ***i siap gigih google 'peej teman noy keje' sbb punya la curious hahahaha if ada google search tu , i la penyumbang nya miahaha** Eh but serious la interested gile nak tau Noy tu keje camane (ala don wory i bukan kenal u all pun n u all tak kenal i hahaha, duduk pun jauh gilerrr). JAWABbbb tAuu

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Selalu noy yg malas lyn ko amek gmbr.. Ni dia kemain ceria amekkan gmbr.. Hehe.. Eh tercomment 2 kali..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...