Instagram : @peejburhan

harap bersabar ye.

most of customer tabita aku adalah reader blog ni.
90% rasanya.
so seperti yang korang tau.
sekarang aku dah pakai courier.

sebab tu kadang-kadang tak menentu timing.
kat email pun aku ada cakap yang barang sampai by end of the week.
sebab kadang-kadang sampai awal.
kadang lambat.
paling cepat khamis. kadang sabtu baru dapat.

kadang agent janji nak post isnin.
tau-tau nanti kata dia pun takda stock. so selasa or rabu baru ada n dia courier.
padahal minggu sebelum tu tanya elok kata isnin boleh pos.
bila dia janji gitu. aku pun suruh korang bank in before isnin.
kalau tau lambat baik aku suruh bank in lambat kan.
aku pun tak gemar nak memegang duit orang lelama padahal lambat deliver.

macam-macam hal.
ada pernah tak dapat.
sekali company courier tu boleh tak masukkan nombor jalan.
h/p number tak masukkan la. so sangkut takleh deliver.
percayalah kami betapa pening menguruskan benda ni ok.
contoh aku dah target parcel sampai sekian hari.
sekali tak muncul. arghhhhhhhhhhh.
yang orang dah dok email sana sini tanya bila boleh dapat la apa.
T____T
susah hati ok bila lembab je courier ni.

so selagi aku tak email untuk pick up or email tracking number.
maknanya aku sendiri belum dapat parcel tu.
sebab once dapat, aku terus pack n post on the same day.
takda tangguh.
cuma lately ni bila parcel pun sampai jumaat or sabtu.
macam mana pulak kan.
selalu sabtu jugak aku post.
sebab ahad cuti. so elok isnin semua dapat barang.
dah sekarang aku tengok ahad orang dah dapat barang.
mana bagi address rumah ok la.
yang bagi alamat office? kan ke menyusahkan nanti.
aku pun tak faham sangat system poslaju ni.

dah la penat bungkus semua.
then kena hangkut berat-berat tu kat pos office.
nak suruh dorang pick up kat rumah payah.
sebab kena bagi tau sehari sebelum before 2pm.
macam mana. nak bg tau if barang pun belum ada.
kang confident. sekali takda. hahaha.
if barang ada baru suruh pick up. kan dah rugi sehari.
semakin lambat korang dapat barang.

so lepas ni.
siapa yang bagi alamat office.
bagi sekali alamat rumah ok.
if la barang sampai by weekend. n korang tak sabar.
aku boleh post ke rumah.
if not kena tunggu isnin la aku post.
huarghhhh. penat sebenarnya.
lain orang lain ragam kan. gagaggaga.

siapa yang rasa kesabaran dia nipis.
aku nasihatkan beli kat orang yang ada ready stock.
kira bayar. then esok orang tu terus post.
sebab aku tak simpan ready stock.
so dpd masa korang buat payment n nak received barang amik masa sikit.

Insyallah barang akan dapat.
jangan risau.
cuma timing tu la susah aku nak berjanji.
okies?

itu aje.
ye walau esok bangun pagi.
aku still tak tidur sebab mengenangkan batch this week masih belum ku deliver.
so buat entry ni bagi orang clear.
nak reply email semua orang boleh pitam nanti. :P

ok. over n out.

5 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Biasa lah macam2 orang macam2 ragam peeja, tahap kesabaran tu memang kena kental la.

Marmar said... [Reply to Comments]

hi peej. hi im ur silent reader, hari ni tak berapa nak silent dahlah.

just nak share, actually on demand pickup boleh call on the same day nak deliver before 2pm on the same day. sebab i guna odp hari-hari memang call before 2pm on the same day nak hantar. just to share ;)

My Love.. said... [Reply to Comments]

peej..im ur silent reader..i nk g bandung n jakarta..mind to share kalau i nk cari tabita set which area/shop ye?

Izzy said... [Reply to Comments]

Peej, i feel you. Aku pun sama. Walaupun aku sekadar menjual contact lens je, tapi process yang dilalui tu sama la. Aku kena order dekat orang lain. Lepas tu orang tu cam ko cakap la. Kejap ada stok, kejap takde stok. Kejap kata dah pos, tapi tak tiba2, bila tanya balik, cakap belum pos. Tensen bila org dok tanya bila nak dapat. Kalau boleh order pagi, petang diorang dah nak amik dah, amboi!

Ni aku nak iklan sikit Pija, hehe. Marilah kunjungi Aoirolina Lens kat facebook. Hehehe. Jom jom

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sis nak tanya sikit boleh. Sistem ODP by poslaju ni memang bila kita call utk pickup service besoknya baru dia pickup dkt rumah eh?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...