Instagram : @peejburhan

fokus dah beralih ke lain pulak.

kawin belum settle, sekarang aku dah fokus ke lain pulak.
excited nak pindah rumah. so sibuk survey nak beli barang nak masuk rumah. ;p

few days back ke ikea.
sebab tau ada sale kan.
target nak beli tv cabinet n meja computer.
sebab penting tu.
nak pasang unifi kena ada pc n tv.
so ada pc n tv kena la ada mejanya.
beli siap-siap. nanti dah pindah pasang la kan.
tunggu pc n tv then boleh terus masukkan unifi.
so by the time pindah. aku ada la internet.
if takda ada yang muntah darah hari-hari nanti. hahah.

so ke ikea. elok dah survey n tulis apa nak.
sampai time nak angkut.
noy tak kasi. dia kata tak perlu la apa.
benda tu panjang la. aku suka beli benda panjang la. T_____T
tv cabinet takda yang berkenan. aku time tu nak beli meja pc n shelf je.
dia kata priority aku lari la. tak perlu shelf semua.
so letak balikkk.
end up aku beli benda-benda kecik lain je.
melayang gak la RM200.
damn u ikea.

tu takpa.
then tah bila mama n noy sembang.
dorang kata elok beli benda mahal n heavy duty.
tahan lama. unlike selalu yang murah-murah ni.
kejap nanti jahanam.

aku plan nak modern design.
sebab modern senang carik n tak berapa mahal. ;p
but mmg tau la masalah nya tu.
tv cabinet jadi melendut la.
then katil boleh patah.
almari sliding door boleh patah la apa.
tau. unless yang mahal punya la kot.
which aku tak tau pulak nak carik mana.

aku suka jugak teak furniture.
tapi jenis yang bentuk straight la. tak suka yang kerawang-kerawang.
tapiiiiiiiiiiiiii of coz mahal kan.
tapi setelah di fikir memang betul la kan.
pakai barang bukan setahun dua.
nak pakai lamaaaa. so biar la nak elok kan.

siang tadi bangun awal.
layan melodi.
then dapat message from faressa sebab memang dah janji nak jumpa tessa.
nak fitting my baju nikah. :D
so dorang sampai around 1ish pm.
fitting baju. then bincang itu ini.
amik sample kain untuk beli baju melayu dotdot.
ye kami sangat relax. kain n tempah baju nikah dia pun belum lagi. kelas.
ok kena buat soon. tak lama dah ni.
wah excited. tak sabar nak tengok hasil baju. gagagagga.

then dotdot datang.
dia tolong papa apa tah kat depan.
aku tolong mama masak.
then petang keluar.
aku ajak dia survey perabot.

plan asal aku nak beli tilam je dulu.
lelain sabar. bagi sebulan dua.
pakai je apa ada. bed n queen size dah ada.
tapi letak guest room.
master bedroom kita letak king kan. ;p
tapi takpa. sementara boleh je guna apa yang ada kan.
tapi terfikir.
if tak beli bedroom set. segala baju aku nak letak mana pulak.
herghhhh...

ok sambung.
so tadi pergi la kedai perabot.
aku pergi yang kat area belakang carrefour wangsa maju.
sebab noy dulu beli situ. n serious sangat lawa.
dah la kayu jenis berat semua.
macam classic tapi modern. eh tak tau la nak cakap macam mana.
kedai dia tingkat 2. belah kanan tu.

so tadi pergi la.
memula tengok atas sekali.
perabot biasa la. jenis yang ala-ala cavenzi semua tu.
then turun kedai tu.
huarghhh. jatuh cintaaaaa.
so dapat la yang berkenan dia hati.
bedroom set - king size bed, 3 panel sliding wardrobe, 1 side table, dressing table.
king size mattress.
then tv cabinet n coffee table.
harga dia. phewwww.
ok tak sampai 10k la.
tapi lebih la daripada 5k.
help help help.
satu tak suka ngan perangai aku.
sebab tu aku tak suka window shopping.
sebab hati akan berkenan n akan nak.

ikut dotdot semua dia kata ok je.
tapi banyak lagi kot benda nak kena beli.
takkan nak perabih ke situ je.
kawin pun tak settle lagi ni. gulp.

ok question.
korang kan dah ada rumah n all.
so nak tanya.
tadi aku google macam tak jumpa sangat.
let say la aku nak buat built in tv cabinet n 3 panel sliding door wardrobe.
berapa range harga?
siapa pernah buat?

sebab aku tengah nak banding kan harga.
adakah lagi jimat aku buat built in.
then beli mattress n divan or lagi jimat if beli set terus.

bila memikirkan rumah.
baru la ada kesedaran diri taknak membazir kat wedding yang abis dalam masa sehari dua ni.
hoi banyak nak beli ni.
tapi tu pun dah relax sikit.
sebab noy n mama banyak bagi barang rumah kat aku. :D
so tinggal sikit-sikit je nak beli.
fridge pulak office mates dotdot nak hadiahkan. ngehh.

wahahahhaa.
makcik-makcik sangat entry kali ni.
matiklah cerita pasal barang rumah kan.
tah excited pulak.
ok selalu orang kata baru kawin takyah barang sangat.
apa patut je. murah-murah dah. janji ada.
memang la betul.
tapi daripada macam tu.
baik aku tahan n save sikit.
dapat beli yang elok n pakai lamaaaa.
sebab barang yang janji boleh tu semua. takda la murah mana pun.
kan?

takpa. mari berazam.
simpan sikit-sikit.
lama-lama jadi bukuit.
bukuit kepoing. :D

ok sekian entry daripada mokcik peej.

22 Comments:

lola said... [Reply to Comments]

Hi Peej...tak perlu tanya camne leh sesat kat sini.Tgk2 kat fb,u cite pasal umah,tu yg i baca ni..Bab2 umah ni mmg fav i.hahah.
if rm5k tu utk whole set..dah kire ok la dr nak custom made tv cabinet n wardrobe...i kan desgin furniture.tp co. yg i keje dulu tu mahal...but of course very nice n good quality n lifetime warranty.
xpayah la custom made.nanti xleh nak tukar2 mood living room n what not.Umah sewa ke sendiri?

lola said... [Reply to Comments]

Hi Peej...tak perlu tanya camne leh sesat kat sini.Tgk2 kat fb,u cite pasal umah,tu yg i baca ni..Bab2 umah ni mmg fav i.hahah.
if rm5k tu utk whole set..dah kire ok la dr nak custom made tv cabinet n wardrobe...i kan desgin furniture.tp co. yg i keje dulu tu mahal...but of course very nice n good quality n lifetime warranty.
xpayah la custom made.nanti xleh nak tukar2 mood living room n what not.Umah sewa ke sendiri?

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kalau bajet ada beli ajerlah..mcm aku dah setahun kawin pun rumah byk brg xde lagi..beli sikit2 sbb kumpul duit sikit2..elok jugak rasa susah mcm ni sbb menguji gak kesabaran dan kesetiaan aku..susah sama2 senang sama2..walau aku ada duit tp laki aku gigih xmau pakai duit aku..so aku sabar jerlah..janji bahagia..

YaNa Yassin said... [Reply to Comments]

Waah, selalu jd silent readers jer. tapi bila peej citer pasal beli brg rumah, kita pun rasa mcam nak kawin cecepat lah. muhahahahha :))

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

yelah peej.. bukan nak kutuk barang murah.. tapi cepat jahanam.. so cara dia.. beli yang berkualiti.. kalau duit tak cukup, relax dulu.. janji pindah.. pelan2 beli.. aku dulu baru pindah dok sendiri ngan anak, laki.. ada tilam queen je.. katil pon tak angkut lagi dari umah mak aku.. letak depan tv.. settle :) ada duit sikit beli sofa.. sementara takde..pepandai lah duduk atas lantai.. hahaha..

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

hehe.. harus le excited peej! iols tgk citer2 kt blog uols pun turut teruja.. hehe.. insya'allah bila kita nak buat benda baik (mendirikan mesjid katanyer), mesti Allah permudahkan urusan kita.. *ehhh.. tetiba ai feeling ustajah! ;p

nurul said... [Reply to Comments]

saya pon suka modern design. kalo nak tanya experience, takde la best sgt experience psl even ni 2nd rumah, tp ni 1st time beria-ia hias rumah. rumah 1st dulu time tu budget ciput jadinya hiasan ala2 perabot dlm giant je la hehheh. skrg kitorg pakai built in wardrobe, tinggi dia buat full height wall, lebih kurang dlm 11'. panjang dia dlm 10.5' gak la.....3 sliding door, n salah satunya kitorang buat cermin so dah x pyh beli meja mekap.total harga RM5k++ kalo suka tukar2 hiasan bilik maybe tak sesuai buat built in wardrobe, tp bila pikir, nak tukar2 perabot bilik bukan senang,kan?mana plak nak campak perabot2 yg ada....tapi terpulang la masing2.mahal tak mahal tu ikot material kayu yg kita nak guna. then kalo bnyk pakai cermin ofkos lg mahal.kitorg buat built in sbb baju dh banyak almari biasa tak muat. bila tak muat, main sumbat nampak huduh sgt hehhehhe.... anyway,selamat masuk umah baru. p ikea mmg bahaya, kalo takde at least rm200, apa je yg dpt kan......

salmi said... [Reply to Comments]

hy peej gile ;)) taktau nak komen apa sebenarnya tp saja nak kokem jugak...tgg boring ni. Kalu pasal bedroom set vs built in tu, i biasa dengar family ckp if built in nanti lama2 bosan sbb tak leh nak alih2 position.ada sedara tu, rmh lama dia dulu mmg built in semua bedroom pastu bila pindah rmh baru, semua org tak nak dah built in and semua nak beli yg boleh alih2. and rasanya built in lg mahal kut (?) haha ntah teka je . tanya la Filla kan,husb dia kan contractor ID kan? (i kenal blog Filla pun baru 2 hari lps iaitu after u letak link Filla in ur entry hihi.suka la blog korang mmg best)
sama la tastw kita i pun suka furniture yg modern kontemporari,i really dont like yg style ukir2 apa tu haha.
ok bye...ckp xtau nak komen apa tetiba berjela pulak

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja masa aunty buat rumah dulu, semua perabut dalam rumah aunty buat built in, almari baju untuk 5 bilik, kitchen cabinet, tv cabinet, cabinet kat living hall dan almari library kat attiq semuanya hanya RM38 ribu je, semua barang2 ni masih elok dan cantik sampai sekarang setelah 16 tahun,cuma kitchen cabinet je telah dibuat semula setelah diserang anai2.

So pada pandangan aunty built lebih murah dan tahan lama, tapi kalau pandai cari barang2 ready made pun ada yang tahan lama juga.

Sis Cuzzies said... [Reply to Comments]

Hi peej. Same condition la kite. I suggest u this one kilang perabot kg sg buloh. Alcano design. Cube u google type kjee alcano design. I g that day. Beli katil king size n glass sliding wardrobe all in all 6k. Termasuk mattress ye

pretty said... [Reply to Comments]

Peej,

u pegi kian classic kat cheras depan leisure mall tu, I buat kitchen cabinet,3 wardrobe & 1 tv cabinet cost 11k je... sgt berbaloi...

Anonymous said... [Reply to Comments]

cuba tanya laki si filla tu peej. kan dia buat benda2 cabinet n interior design ni. k, slmt kawen peej :)

babe said... [Reply to Comments]

Bilik aku pakai build in sliding door wardrobe and frankly speaking, apa apa benda yg sliding door ni memang cepat rosak... Dahla built in... Kalau aku Ada rumah aku Akan beli almari pintu... Sebab Nye at least ko boleh tukar2 position kalau built in mcm mati plak.... Kalau ko nak buat sliding kan kena rajin toyoh lilin siapa track dia tak cepat haus....

eyda said... [Reply to Comments]

Untung Peej...bila dh kahwin terus pindah umah....cam akk dulu dh dpt anak seorang baru dpt tinggal bersama...rumah sewa lagi...T__T...barang umah beli yg mana perlu jerk tu pn hubby beli kat PENAMA buat potongan gaji lagi...huhu...

eyda said... [Reply to Comments]

Untung Peej...lepas kahwin jerk terus pindah rumah sendiri...mcm akak dulu dah dapat anak seorang baru dapat duduk bersama tu pn umah sewa....beli barang pun mana yg perlu ajer...tu pn hubby amik kat PENAMA bulan2 bayar potong gaji...T__T...

_*nAdiEEaNaBiEELa*_ said... [Reply to Comments]

hai peej :)
baru je lagi ni nak blogger,
hehehe..

peej,
semua ade, 5k murah la ! da beli kongsi2 ye!

p/s sebelum ni silent reader awk!

Ida_khalid said... [Reply to Comments]

Hi peej...
Oohooo silalah amik devan sbb nk henjut2 tak bising...hehehe.. & yes invest on king size bed, damn good mattress...sekali je kuar duit. Pakai bertahun. Tak lendut2..

Built-in vs ready made... Tgk la barang banyak ke tak...jenis suka menambah baju ke tak. Klu built in ni best sbb boleh personalised kan, hers & him. Klu ready made ni, apa yg ada je la compartment tu. Klu jenis suka nk alih2 perabut ni mmg akan amik ready made tp tu lah, ruang tak banyak. Aku mmg tak rajin la nk alih2 ni...janji kemas, pintu almari cantik. Sliding door pn skg dah ada mcm2, anti jump lah apa tu.. So shd be ok..

Lgpun, banyak je cara lain nk hias bilik, not only ubah kedudukan perabut, boleh main2 dgn soft furnishing, wallpaper, langsir, bantal kecik2, kapet... Benda2 tu lg pakai duit...
Yes, invest on langsir too... Kain tahan lama, after setahun or dua tahun still nampak cantik.

Hellooo, makcik2 dah tak cakap2 mcm ni ok.. Makcik2 dia terus pegi kedai je beli. Org baru kawin muda-mudi je yg dok tanya bajet2 ni...hehe...

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Tingat lak masa zaman br kawen dulu.. Duduk rumah sewa.. Brg byk brg second hand drpd kawan husband.. Hidup simple2 je.. Pindah rumah pon rumah sewa.. Guna brg tuan rumah lak.. Pas 5 thn br pindah rumah sendiri.. Baru penin pale nk beli perabot.. Konon nk build in wardrobe la tp mahaiii.. Last2 beli set je..

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ala makcik2 pn entry ni aku baca je spi abes...org x suka jgn baca..haha! bagus gak ni boleh jd tips untuk reader ko gak...campur lak ngn komen2 diaorg2 ni byk benda aku tau..hahaha!

Anonymous said... [Reply to Comments]

tv console boleh dpt 1800

wardrobe 8kaki lebar tinggi sampai syiling boleh dapat 2500-3000.


try mintak quotation la.banding2 harga.


kian classic murah kalo promosi kot.kalo tak,harga cam mencekik.

try artak design atau unity design.atau i concept.u google jek sume2 ni and mintak quotation.

~salwaredzuan~ said... [Reply to Comments]

klu umah sendiri n dok lama...aku akan vote for built in. nak tuka2 position tu bgantung la.klu ko jenis org malas, so pointless amik ready made dgn alasan nk tuka2 position n takut bosan. personally, aku prefer built in. nampak kemas, chic and ko tau bape bnyk brg ko...leh personalised ikot apa ko suka.klu amik bedroom set pon i mean ready made, almari dia bg tu konpom x cukup untuk bju husband and wife. alih2 nnt ko akan beli penggantung or almari tambahan. dh x lawo sebab campo aduk. tp klu ko nk dok kejap...mcm aku ni yg menyewa, ready made better.ataupon ready made yg murah2...sbb nk pkai duit untuk kawen.sok2 ade duit lebih tambah or upgrade laa..apa2 pon ikot bajet babe.ada duit, semua boleh jalan..hihihi

lily lotus said... [Reply to Comments]

bestnya banyak tips kat sini ;)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...