Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Macam-macam ada.

Salam and Hi Peej...

How are u peej? Hope everything run smoothly for u..
I nak cerita pengalaman seram, maybe tak la seseram cerita penunggu rumah tu kan tapi untuk yang terkena still meremang. 
Brrr...Cerita ada banyak, sorryla kalau boring baca :P


Cerita 1

Ceritenye, last week kitorang balik kampung kat Melaka, I, husband I, anak kecik I baru setahun 3 bulan and my maid. 
Rumah yang kitorang balik ni rumah kosong, dulu arwah nenek husband duduk rumah tu tapi sekarang nenek dah takde, takde sape la nak duduk rumah tu. 
Pakcik-pakcik ngan makcik-makcik husband masing-masing dah duduk rumah sendiri. 
Husband sempat duduk rumah tu masa kerja di Melaka sebelum dapat kerja kat KL bulan 6 tahun lepas. 
So kira-kira rumah ni dah kena tinggal 7-8 bulan la kan. 
Before this kitorang selalu jugak balik tapi lately busy sampai tak sempat nak balik.

Alkisahnya rumah ni bersambung dengan rumah belakang, ada satu pintu yang menyambungkan tapi pintu tu kitorang kunci. 
Ada family akak ni dudukla rumah belakang tu, panggil akak tu akak J la ye. 
2-3 bulan kebelakangan ni, kitorang balik kampung je dia asikla bercerita anak dia yang umur 5 tahun kene sampuk, perangai bertukar, makin keras kepala, asik demam malam-malam, siang sihat walafiat pulak. 
Pastuh asik la meracau pukul 2-3 pagi nak keluar main dekat porch, dia kata ada budak-budak duk panggil-panggil dia ajak main kat situ, mengamuk-ngamuk nak keluar. 
Eh termeremang pulak bulus i. 
Masuk hospital tak baik-baik, doktor kerja sumbat ubat je tapi malamnya demam balik, siang sihat. 
Pastu at last dia berubat tradisional. 
Dia kata dia dah berubat dengan ustaz ni, katanya saka belah suami dia nak cari waris. 
I memula tak percaya la kan, I angguk-angguk geleng-geleng jela tak tanya lebih-lebih sebab akak J ni kekadang cakap merepek jugak hehe. 
Style yang suke bersembang tak habis-habis tak kira orang nak basuh baju ke, masak ke, mandi ke.

So jumaat malam yang lepas, tibalah kami ke rumah yang dimaksudkan. 
Kami sampai pukul 10.30 malam.
Anak I tidur dalam kereta tapi masa sampai tu dia dah terjaga. 
Melasakla kan bebudak dapat tempat baru, semua ceruk dia nak explore. 
Sampaila pukul 1 pagi lebih baru dia nak tidur. 
Bila dia tidur tu I tengok dia tidur tak tenang, kejap-kejap merengek, kejap-kejap menangis, selalu tak macam tu, masa tu pukul 2 lebih pagi, I pikir budak ni nak tumbuh gigi agaknya. 
Yang maid I pulak I tengok dia tidur dekat hall depan. 
Esoknya die mengeluh panas, I pelikla nape panas pulak, betul-betul bawah kipas siling laju dia tidur. 
Dia kata dia tidur dalam bilik kecik, tak jumpa suis kipas bilik tu sebab pakai kipas berdiri. 
I tanya nape tidur dalam bilik pulak, kan kat luar berangin. Dia diam je. 
Sepanjang 2 malam tidur sana, memang anak I asikla merengek malam-malam, 1-2 jam tidur nangis. 

Esoknya I jumpa la akak J, akak J kata, malam tadi anak dia nangis-nangis kata takuttt, nampak orang hitam. 
I macam biasa la, angguk-angguk je haha no komen. 
Kang komen kang I gak yang takut, lebih baik biarkan ia seperti angin lalu. 
Hari ahad kitorang balik Shah Alam balik. 
Dah sampai Shah Alam baru maid bukak cerita, dia kata malam yang kitorang baru sampai tu memula memang dia tidur dekat hall, tapi pukul 2 pagi camtu, dia nampak sorang perempuan tengah bancuh air, kacau-kacau dengan sudu tu bagi bunyi ting-ting-ting. 
Dia dengan dua orang anak dia, dua-dua perempuan. 
Duk duduk elok je depan tv 3-3 "orang". 
Tv tu bebetul luar pintu bilik I tidur tu je. 
Maid I terjaga sebab bunyik orang kacau sudu kan, memang pastu terang-terangan dia nampak 3-3 "orang" dekat depan TV. 
Meremang..meremang. 
Agaknya "budak-budak perempuan" tu yang ajak anak akak J main malam-malam. Wallahualam. 


Actually masa baru-baru kahwin, I ngan husband duduk rumah tu sebelum I balik Shah Alam sambung belajar. Husband je tinggal Melaka pastu. 
I pulak masa tu pregnant, peel memang ngade-ngade la rasa nak lempang. Haha. 
Sikit-sikit merajuk, husband I ni kerja dia ke site sana-sini. 
I selalu kena tinggal sorang-sorang dekat rumah tu and selalu rasa diperhatikan tapi I fikir itu perasaan I je. 
And yang buat I perasan something-something dekat rumah tu is bila I ngamuk ngade-ngade dalam telefon dengan husband I suruh balik cepat kan, mesti lepas I letak telefon, ada je yang pelik-pelik. 
Gedegung sana, gedegung sini, bunyik ketuk sana, ketuk sini. 
Tetiba curtain kat pintu tu melayang macam kene tiup angin, padahal takde angin takde apa. 
Rasa macam kena warning jangan buat perangai. 
Bukan sekali dua, tapi berkali-kali sebab I tak reti insaf haha. 
Katanye hormon kan, cea alasan baik punya. 
Alhamdulillah I tak pernah jumpa lagi betul-betul, nasib maid I la, dah ternampak. 
Nauzubillahhh...Insaf-insaf.


Cerita 2

I taktau la I ni kategori blur ke apa tapi I rasa I selalu kena kacau tapi tak sedar. 
Eh kalau boleh takmau kena kacau. 
Rumah jiran I depan rumah ni banglo, and dia ada buat pondok kecik sebelah rumah dia untuk anak-anak dia main masa kecik-kecik dulu. 
Pondok tu daripada kayu, tapi sekarang dah takde. Dia dah runtuhkan. 
Ada satu hari tu I nak tutup gate rumah, masa tu malam dalam pukul 11pm. 
I ni duk tutup gate sambil mengadap pondok tu tah kenapa rasa nak tenung. 
Tiba-tiba ada satu lembaga perempuan pakai baju putih berjalan, tak macam berjalan la, kalau berjalan kita nampak badan bergerak naik turun, ni macam terseret camtu, dari rumah jiran I ke pondok sambil tersenyum kat I. 
I confuse eh apsal pergi pondok malam-malam bukannya ada lampu dalam tu, buat apa dalam gelap malam-malam, orang dewasa pulak tu. 
I tengok je tak senyum balik sebab tengah confuse sebab "Rasa jauh tapi apsal aku nampak dia senyum eh, sapa tu eh, betul ke aku nampak orang?". 
I blur-blur tapi tunggu lagi dari gate I tengok ke rumah dia and pondok tu, dan-dan benda tu patah balik. 
Kali ni I perati lagi, eh memang macam menyeret la dia jalan. Sapa tu? 
Pastu I blur-blur masuk la rumah tetiba baru terfikir, eh apa benda tu eh. 
Malam-malam buta apsal ada lembaga putih rambut panjang senyum kat aku. 
Pastu cecepat tutup pintu lari macam peej lari, *jerit lari lintang pukang sambil tangan ke atas tak tentu arah*.


Cerita 3

Masa I sekolah-sekolah dulu rumah I selalu didatangi benda pelik-pelik yang orang hantar. 
Yang paling I ingat adalah bangkai burung warna hitam tanpa kepala dicampak dekat luar hall kecik rumah I. Rumah I ada dua hall, satu hall kecik, satu hall besar sikit. 
Mak I terjumpa benda tu and ingat kucing bawak burung tu dari mana-mana. 
So mak I angkat and buang je burung tu guna plastikla lapik tapi. 
Lepas pada tu, setiap kali mak I lalu hall kecik tu, mesti mak I jadi gatal-gatal satu badan takleh tahan punya. Lepas tu dia melarat-larat sampai berhari-hari tak baik-baik, sapu la ubat paling kuat macam mana pun, memang tak baik. Kesian mak I. 
Pergi klinik, hospital merata ni tapi takleh detect kenapa jadi camtu.
At last abah I decide untuk pergi berubat cara tradisional. 
Bukan kita ni nak percaya benda-benda khurafat kan tapi mungkin ada penyakit yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. 
So abah bawak pergi jumpa orang alim, sorang ustaz ni. 
Ustaz ni kata, burung tu dah di stuffed dengan bermacam benda-benda yang miang-miang dan kotor-kotor memang dihantar ke rumah I untuk porak-perandakan rumah tangga parents I. 
Dia akan buat mak I sakit, gatal-gatal sampai kulit jadi teruk and sekaligus membuatkan hati abah I makin lama makin menjauh daripada mak I, lebih kurang macam tula tujuan dia. 
Hohoho jangan tak percaya ok, zaman moden ni ada lagi tau. 
Kali kedua burung tu dihantar, I yang jumpa, kali ni dia hantar di area dapur. kepala burung tu memang terputus tapi masih ada sekali dekat situ, kucing I duk kuis-kuis guna kaki. 
Sama jugak, burung warna hitam. Yang pasti bukan gagak. Gagak kita kenal kan. 
Kali ni sebab dah tau, abah panggil orang luar buang bangkai tu and mak or abah I tak kena sakit@ gatal-gatal. Hmmm..manusia-manusia. 
So berhati-hati ok kalau jumpa benda pelik-pelik, jangan berani-berani sangat. 


Cerita 4

Kisah dulu jugak, mak and abah ni memang selalu sangat orang hantar ilmu hitam macam-macam dulu. Sekarang alhamdulillah dah takde. 
I ikut mak and abah pergi berubat di Perak rasanya masa tu.
I duduk sebelah makcik ni, makcik M saya namakan. 
I tengokla ramai jugak yang berubat, I tengok orang tu guna ibu jari dia, seolah-olah dia buat macam pisau untuk belah belakang badan orang. 
I pelikla ye ker boleh berubat macam tu, tapi I tengok muka orang yang dia berubat tu berkerut-kerut seolah-olah tahan sakit. 
I tengok jari dia tak kene pun kat badan orang. Wallahualam la kan. 
Dah settle berubat sembang-sembang la orang-orang tua ni kan, I sekolah lagi masa tu, diam jela, mane leh menyampuk orang tua bercakap. 
I dengan makcik M duduk mengadap tingkap luar. 
Tiba-tiba, jeng jeng jeng...makcik M yang kat sebelah I ni tepuk lantai kuat macam orang menurun dengan menangis. 
Arghhh. Meloncat la I dah ni apahal pulak tetibe tepuk lantai nangis-nangis dahlah I kat sebelah dia je. 
Dia tunduk dengan tangan kat lantai menangis-nangis mengongoi-ngongoi. 
I lari la sebelah mak I. 
Tetiba orang yang berubat tu cakap, "Oh..dia dah nampak ye, tutup tingkap tu, tutup cepat". 
Seolah-olah macam dah biasa jadik. 
I taktau la apa yang dia nampak tetiba kena sampuk weh, terperanjat momoi, tak pernah-pernah nampak orang kena sampuk. 
Rilek je pakcik yang ubat kan orang tu panggil, "meh sini meh saya tengokkan". Pastu makcik tu pon berubat and dah settle saya dengar-dengarla orang-orang ni bercakap, bagitau kat parents I dengan kawan parents I ni. 
Dia kata benda tu memang biasa kacau orang-orang kat situ. 
Benda tu duduk dekat jalan nak masuk, dia duduk dekat pokok besar tinggi. 
Siang-siang pun dia ada, bulan puasa pun benda tu ada. 
So agak-agak apa dia? Cik "P" la...huhuhuhuhu!

So peej...tu jela, boring lak orang baca kang... banyak lagi pengalaman I tapi I simpan dulu la k..nanti I cerita. Semua nye kerana hasad dengki manusia, rumah I ni macam-macam jadik..huhu..Bye-bye..

-W-


......................................................................................................


n yes.
everytime baca mesti seram je.
sambil membayangkan macam mana la nanti aku dah la sorang.
so scary. 
nak adjust duduk tempat baru n all. harap ok. *gulp*


cerita pertama scary. tak suka.
dah macam cerita nicole kidman the others tu pulak.
boleh lak macam tu rumah dia.
siap bancuh air bagai. fakkkkkk.
me not loike.


yang cerita second pun tak suka.
membuatkan aku take note.
takkan ku gegedik nak buang sampai ke. lepak luar ke apa malam-malam bila dah duduk rumah baru nanti. 


part buatan orang pun tak suka.
wejud kan macam ni.
pelik betul pemikiran orang macam tu.
gila!


semakin lama aku semakin penakut. tak suka T___T


p/s : read : mostly email yang aku publish ni adalah lama. sebab ikut turn kan. so bila baca jangan ingat ni memang baru ke apa. contoh email ni dated early Feb. :)

4 Comments:

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Takuit citer org hantar bangkai burung tuh..

salmi said... [Reply to Comments]

Thanx kpd penulis yg rajin tulis sampai 4 cerita seram! Me also mcm penulis ni kut, ada 'gangguan' sekeliling tp selalunya i tak sedar (blur), . oleh sbb tu,i takde citer seram yg i boleh recall clearly...padahal byk je insiden yg i rasa meremang bulu roma...cuma...sbb 'blur' so tak gigih detect the object/sound origin. eee scary lah yg cerita2 1-2-3-4 ni

lady scooter said... [Reply to Comments]

he3...best baca.. saya peminat setia segmen nih... harap2 dapat diteruskan...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Semua cerita tu menakutkan , kalau saya yang berada disituasi semua tu memang saya pengsan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...