Instagram : @peejburhan

expose mistik : lepat pisang.

salam, peej
kita nak share beberapa cerita yg pernah berlaku kat kita...

cerita 1
Time ni tak kawen lagi..dok rumah makabah...
Time tu, tengah ada family problem..
So, one night, my parents bergaduh besar. 
lepas tu my mom menangis kat dapur. 
I was in my room upstair la kan, paksa diri tidur..
Suara my mom nangis tu agak kuat la, org tua2 panggil mengongoi kot?

Esok lusanya, alhamdulillah settle family problem. 
Malam tu kita tak boleh tidur so kita bukak laptop, tengok shows yang kita dah download. 
tenagh gelak2 tengok shows tu, terdengar suara my mom menangis lagi! 
Geramnyaaaaaaaaaaaa!!!!! Asyik2 gaduh! 
Time tu marah sangat so kita bukak pintu n turun bawah konon nak pergi nasihatkan my parents la. 

Oh, lupa nak bagitau, my room dekat atas, my parents room dekat ground floor, betul-betul depan tangga. 
My parents ni selalu tidur tak tutup pintu, jatuhkan langsir je..langsir tu pulak jenis ala2 kain lace tu ha.
So boleh nampak la kat dalam.

So bila turun je, sampai je kat bawah, i can see both of my parents tengah tidur. OKKKKKAY! 
Jadi siapa yang menangis kat dapur tu? 
Suara betul-betul macam my mom! 
Kita lari balik sepantas kilat naik atas balik la jawabnya. menyorok dalam selimut. 
Bila kita naik tu, bunyi terus hilang, alhamdulillah. 
Tak boleh tidur sampai pagi so pejam mata sambil berzikir je la...buat buat berani..:(

entahla apa benda tu..suka nak buat ulang tayang ala-ala astro pulak kan? huhuhu


cerita 2
cerita ni jadi time dah kawin..baru-baru ni je.
My husband ni kerja offshore. 
Every men in his family kerja off shore including his dad..
So, berbulan-bulan kat pelantar, berbulan kemudian kat rumah la kan..
One day, kebetulan both my husband and i tengah cuti, kitorg pun balik la rumah mak dia. 
Yela, lama tak jenguk kang merajuk pulak mak mentua kita tu. hehe (sebenarnya takdela lama mana pun, dua minggu sebelumnya pun ada balik)

Sampai je kat rumah tu, dah malam dah pun...lebih kurang jam 1030 gtu la..
Sampai rumah, terus tanya-tanya khabar, minum kejap dengan mak mentua, lepas tu baru masuk bilik mandi semua. 
Mak mentua pulak tak berapa sihat, baru lepas makan ubat selsema katanya, jadi dia terus masuk tidur la sebab mengantuk sangat.

Lepas tu, kita pun pergila ke dapur, tolong basuh apa yang patut, kemas dapur, dan prepare bahan untuk masak breakfast esok pagi. 
Tetiba kita dengar bunyi kat luar pulak. 

Before kita sambung cerita, kita describe sikit dulu pasal bentuk rumah ni and family husband saya ni ek? Rumah ni banglo atas tanah sendiri kat kampung. 
Kampung tak berapa nak kampung la. 
Kampung moden, hehehe..dekat bandar je sebenarnya..
pintu dapur rumah ni bukan menghadap belakang, tapi ke tepi. 
Kalau bukak pintu dapur, memang menghala ke car porch la. 
Satu lagi pintu belakang, bertentangan dengan pintu dapur ni. 
pintu kedua ni if bukak, nampak small garden mak mentua kita..
Bout my husband's family pulak. 
my husband ni anak sulung so dia ada tiga adik, salah seorangnye lelaki, Azhar. 
si Azhar ni memang ramah dengan kita. 
Dia pun kerja offshore jugak..

Kita bukak la pintu dapur, tak syak apa apa pun sebab husband ada kat ruang tamu, tengah tengok tv, sekeliling rumah pun cerah je..
Bukak bukak pintu...oh, adik ipar kita, si Azhar rupanya. 
Dia ni memang selalu keluar malam, lepak main futsal la, minum kat kedai mamak la..
Ala, biasala orang bujang, lepas je solat isya' memang dia keluar la selalunya. 
Time kita bukak pintu tu, si Azhar tengah buat apa ntah kat skuter lama kesayangan dia tu. 
Adalah tu dia nak repair kot. 

Macam biasa, kita ni tegurla dia. "Kenapa skuter kamu tu? Kamu dah makan tak? Ni tadi akak ada bawak lepat pisang mak akak yang kamu suka tu. Kalau nak, ambik dalam peti ais tu tau!" 
Suara kita takdela kuat, sebab dah tengah malam kan, adik-adik ipar pun dah tidur kat atas.

Azhar tak toleh pun kat kita. Dia cuma jawab, "ermm..." 

:( Kita pun terasa jugakla, kenapala Azhar ni sombong tetiba, selalunya bukan main riuh dia kalau nampak kita. 
Ah, takpela, maybe lepas gaduh dengan girlfriend ke apa ke kan? Biar lah! 
Eh, keluarkan la lepat pisang tu dulu! Letak dalam piring, atas kaunter kat dapur tu..
kot lepas ni Azhar nak makan, takdela kena makan yang sejuk-sejuk kan? 
Lepas tu kita pun sambungla cuci ayam...plan nya nak marinate ayam untuk lunch esok. 
Dah alang-alang kat dapur ni baik settle semua. 
Time kita sibuk dekat sink, kita rasa ada orang lalu kat belakang. 
Terdengar la suara Azhar, "Nak sikit!" 
Kita kalih ke belakang, tengok dia pergi ambil lepat pisang, and keluar balik. 

Lepas settle semua, kita pergila kat ruang tamu, bawak air milo untuk my husband. 
Time tu dia toleh, (dia duduk membelakangi dapur) and ternampak pintu terbuka. 
Dia cakapla.." Tu kenapa bukak pintu tengah-tengah malam ni? Kenapa tak tutup?"

"Oh, tu Azhar ada kat luar, godek skuter dia."

Dan dan tu jugak husband kita tengok muka kita ala-ala tergamam. 
Dia capai vase kecik kat meja tepi sofa tu and tarik tangan kita g dapur.

"Azhar tak balik la, sayang!"

@_@
jadi....siapa...oh no!

Kita dah peluk kuat-kuat lengan husband kita, sambil ulang-ulang baca dalam hati ayatul Qursi. 
Sampai je depan pintu dapur, memang takde apa pun kat luar tu. 
Husband terus tutup pintu dapur and ajak kita naik. 
Time nak naik tu, kita sempat kerling ke piring lepat pisang tu...tadi kita keluarkan lima ketul (eh ketul ke ek penjodoh bilangan lepat?hehehe ke keping? apa apa la kan?)...time tu ada tiga je...@_@ jeng jeng jeng...

Alhamdulillah takdela apa-apa dah malam tu...cuma sesekali bunyi anjing menyalak mendayu-dayu. huhuhuhu.. 

Lepas subuh, kita ke dapur la dengan adik-adik ipar kita yang perempuan. 
Kita tak cerita apa pun.. sampai je dapur tu kita terus buang lepat pisang tiga ketul yang baki dalam piring tu. Takut!

Bila cerah, husband kita dengan mak dia borak-borak kat tepi rumah, kat small garden tu la. 
Tetiba husband kita panggil.
Kita fikirkan apala...rupanya...daun pisang yang balut lepat pisang tu ha....dorang jumpa kat celah pokok! wuwuwuwuw Siapa la ye sebenarnya semalam tu, siap makan kuih pulak dia! 

Bila fikir-fikir balik, sebenarnya kita pun tak nampak rupa 'orang' tu malam tu. 
Nampak belakang je. Tapi memang macam Azhar, dengan fesyen rambut, denga bentuk badan, dengan style pakaian..so kita pandai-pandaila assume tu Azhar! wuwuwuwuw nasibla tak nampak, kan?

ok, tu aje cerita kita!
maaf if tak seram...

-minn- 

...................................................................................................................

cerita pertama if berlaku kat diri sendiri seram la.
tapi kadang-kadang memang macam tu kan.
kita rasa kita dengar something. tapi sebenarnya takda apa.
aku pernah la terdengar itu ini.
tapi sebab aku tau memang takda orang kat bawah ke apa.
so aku buat-buat tak dengar je. haha.
cara-cara nak relaxkan diri sendiri.

cerita kedua takuttttt. tak suka.
hamagad.
masa baca ni aku terbayang kampung aku je.
i mean kalau tengah malam sesaja nak bukak pintu dapur memang tak la.
scary kot. awak relax je bukak siap sembang bagai. pitam.
tapi ye la kan. ingat adik ipar kan.
ishhhh tak sukaaaaaa. siap makannnn kuih orang.
n yes kalau aku pun, memang aku buang kuih tu. takut gila kot.

orang kata benda-benda ni memang takleh pandang kita direct.
sebab tu selalu akan nampak daripada tepi or belakang.
sebab katanya dorang takleh pandang kita sebab kat dahi kita ada khalimah Allah. 
Wallahualam.
sebab tu awak nampak pun daripada belakang je.
memang misteri kan. siapakah malam itu. scaryyyyyy.

seminggu dua ni gila excited nak pindah rumah.
sikit-sikit aku shopping.
baca je expose mistik terus seram uols.
gulp.

p/s : ok tajuk tu aku yang bagi. tah apa-apa lepat pisang yang aku tulis. hahaha. aku tak tau nak bagi tajuk apa la. matiklah lepas ni semua saspen nak makan lepat pisang. ;p


10 Comments:

cahya indah said... [Reply to Comments]

patut cerita kat my mom ni..sebab suka makan lepat pisang jugak. hehe. tapi takut, first time dengar cerita benda tu siap mintak makan camtu.

::cik asha:: said... [Reply to Comments]

mmg suspen la nak makan lepat pisang lepas nih..huhuhu..
boleh plak siap ckp "nak sikit"...takot...

pol said... [Reply to Comments]

skrg da jam 5am..sy sorg2 kat ruang tamu ni...kembang segala bulu ni baca...uishh..takutnyaa..tido la dlu

♥ dak pink said... [Reply to Comments]

Haha. Hantu pun makan lepat pisang. Hebat, hebat!

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Aaaaaa lepat tu seram !!!

salmi said... [Reply to Comments]

yg citer kedua tu,aku rasa ntah2 tu mmg manusia kut, i mean org jahat yg nak curi scooter tu..sbb tu dia duk belek2 scooter tu malam2 buta. tp...bila fikir balik..mestila dia cabut lari or gelabah menyorok bila dengar si penulis ni bukak pintu dapur tu kan,takkan dia boleh duk rilex tercongok lg kat situ...so...tak logik jugak if dia tu manusia (pencuri). dan takkan la pencuri berani gila masuk rumah ambik lepat pisang yg tuan rmh offer. hmmmmm mysterious nya....mmg benda tu ke?

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

dan dan aku teringin nak makan lepat pisang. tidak ku tahu, makhluk itu juga suka lepat pisang. mesti melayu.

tapi tetap tak suka. siap berkomunikasi plak tu. nak sikit? eeeeeeeeeeee kalau dia kata, nak banyakkkk banyakkkkkkk nak semuaaaa mau aku dah pengsan kat dapoq tu jugak.

Dils said... [Reply to Comments]

Haha. Kita yang tak berapa suke lepat pisang pon , tetiba dah terasa nak makan lepat pisang.

Tapi first time niii dengar mende2 ni siap seronot sekali nak menjamah kueh.

minn said... [Reply to Comments]

hehehe tq peej! dah tetiba terfikir, penah gak la dengar org kata pasal kalimah Allah kat dahi tu. wallahu'alam..tp kalau ye la..maybe sbb tu la xnampak kan mukanya?@_@

*masih meremang bulu tengkuk dan semua bulu yg ada bila teringat.suaranya betul2 mcm azhar.*

hehe kitorg memang biasa je bukak pintu malam2 if kat rumah in law tu... kdg2 lepak minum ke apa kat luar tu..sebab tu time tu rileks je bukak. agak menyesal sekarang. wuwuwuwu lepas ni siapa ketuk pun kita biar je dok kat lusar sampai pagi. hahahaha

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kat rumah aunty kalau dengar orang panggil ke, bunyi kunci ke dah biasa, so far aunty abaikan aje dan buat masa ini tak adalah nampak apa apa, mungkin sebab aunty and family tak layan pun.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...