Instagram : @peejburhan

cuak ke bebeh.

penat betul la sekarang.
terlari ke sana kemari.
urusan itu ini.
mostly sekarang siapkan mengecat rumah.
tau la rumah lama. segala benda nak cat.
tu pun give up cat siling.
sebab dah buat 2 layer pun masih tak putih. T___T
aku kata takyah la.
nanti aku kumpul duit.
aku buat siling cornice.
wah taknak mengalah kan. hehehe.
takpa la puas hati.
sikit-sikit buat kan. :D

aku cat pintu n bingkai je.
orang sewa sebelum ni pintu warna hijau terang.
bingkai warna biru. herghhh.
menangis nak mengecat.
kena buat dua layer baru ok putih tu.
kalau tak berbalau semacam.
beli nippon 5 liter abis cat semua. 1 layer.
nampaknya esok kena beli lagi setin untuk 2nd layer.

tu takpa.
kat pintu belah bawah dia siap tampai sticker pasu bunga ngan bunga matahari.
siap ada rama-rama la.
dia ingat cantik sangat la tu.
bayangkan nak kikis benda tu je amik masa sejam untuk 1 pintu ok.
sambil kikis sambil maki, "eeeee bodohhhhh"
matiklah emosi.

dotdot tu buat kerja kemain slow.
pening aku. dah la dia tu busy kerja.
bila free harapnya boleh la laju sikit. takda makna.
so far dia baru berjaya cat dry kitchen n sebelah pintu aje. :|

semalam sambung lagi.
harap ayol tolong. sebab ayol terel sikit part cat ni. laju gila.
hasil pun lawa.
tapi balik kerja dia buat tepuk2 perut katanya sakit perut.
malas lettew. pastu baru cakap sebenarnya dia penat kerja.
so taknak cat. apa la nasib.
so pergi tanpa dia.
papa, mama n p.g tolong catkan folding doors kat depan. :)
aku abiskan mana yang tak settle.
so adalah gembira sebab semua pintu, tingkap ke apa semua dah settle 1 layer. :)
kul 1am la jugak baru settle.
tonight akan sambung second layer.
n harapnya ayol akan start cat rumah. :)

nak kasi settle by this week.
boleh basuh rumah semua.
so by weekend boleh amik lori n masukkan barang.
nanti rumah tu sedara mara nak duduk time aku kawin.
plus nak buat goody bags semua situ.
senang. lapang n banyak ruang untuk storage.
selagi tak settle tak senang hati kan.

so adalah super penat hari-hari mengadap cat.
aku dah mandi sabun bagai pun badan bau turpentine je ok. kelass.
balik je mengadap emails customer.
paling best ada customer email bila dia boleh dapat barang.
aku kata dia senyap. so aku pun takda la email.
rupanya dia dah buat payment lamaaaa dah.
aku yang tak perasan email dia.
haiyoh. perempuan otak kusut betul.

bagi siapa yang email ke apa pertanyaan korang semua.
nanti aku reply slow-slow ye.
takda masa betul la.
if ada pun kepenatan tahap melampau.
harus terus tertidur je nanti.
tidur kejap. nanti nak kena bangun untuk urusan lain pulak.

tu takpa.
semalam petang tetiba...

noy : pija, tulis la countdown kat status bbm kau.
me : malas la. buat apa. gila gedik.
noy : buat laaaa. baru la excited.
me : saya jarang update la.
noy : takpa buat je. sekarang lagi...*kira-kira* 32 days.
me : omg serious? kau biar betul.
noy : betul la. *kira-kira*
me : *gulp* ish tak lama lagi. macam banyak je tak settle lagi.
noy : abis tu.

lepas tu terus cuak ok.
terus aku kerah mama n papa macam-macam.
dorang lagi relax melampau.
eh ke aku yang cuak n stress terlampau.

aku jarang dah mengadap blog.
so countdown atas ni pun aku tak perasan.
sebab the last time i checked. ada 6 weeks lagi. aaaaaaaaaaaaaa * lari takda arah tujuan tangan huru hara*

banyaknya tak buat lagi.
kad tak post lagi.
post apanya. elok semua dalam kotak.
tulis pun belum.
favours tak order lagi.
macam mana nak masukkan dalam bag.
hantaran punya cake aku tak order lagi.
kasut nikah tak carik lagi.
bantal duduk time nikah tak booking lagi.
die die die.
ni yang part aku la.
part mama n papa pun sama.
taknak aku listkan.
kang aku mati kejung sebab cuak. hahahha.

dotdot tu lagi relax.
baju nikah pun tak beli kain n tempah lagi.
barang hantaran nak bagi aku pun tak beli lagi.
aku dah malas cakap dah.
lantak la. kang kata aku pushy.
tapi helllooooo. lagi sebulan je!
ada yang last minute baru settle semua kang. bencikkkk.

oh lagi satu.
siapa sini kerja jabatan pendaftaran?
aku tau readers aku ramai orang kerajaan.
if buat i/c tukar alamat semua.
berapa lama siap?
sebab dotdot tu i/c rosak la pulak.
so kena buat i/c, alang-alang aku suruh tukar alamat.
so nak tau berapa lama amik masa?
if lama sangat then no need la.
sbeba tukar alamat senang tak yah borang bermastautin la apa.
if alamat i/c n alamat tempat tinggal tak sama kena ada borang bermastautin la apa.
pepening.

busynya mak uols.
hari ni hanya makan sardin puff mama buat.
sushi king petang tadi.
n malam aku makan granola bars je.
kalau tak kurus ni. awassss.
matiklah ada hati nak kurus. padahal lagi sebulan je. ;p

25 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

buat ic sehari je sekarang! no worries

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam pija.

If nak tukar IC x lama. Pegi hari ni buat IC baru, 1-2 hari dah siap.I baru ja buat. Skang JPN akan inform through sms once IC dah siap and boleh collect.

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

peeja, kak ie n husband baru jer buat ic akhir tahun lepas. kak ie buat pej pendaftaran kt shah alam n kena tunggu 10 days. tp husband kak ie buat kt putrajaya, hari nih buat, esok dh blh collect.

husband kak ie dh 2 kali tukar alamat. so far tk pernah pulak diaorg borang bermastuatin. masa kak ie tukar ic bulan 12 hari tu pon kak ie tukar alamat juga. staff kt situ just tanya kenapa nk tukar alamat. so, kak ie ckp la ic sekarang alamat kampung. so, nk tukar ke alamat rumah yg saya tinggal skrg sbb rumah sendiri. so, staff tu terus je key in alamat baru.....habis cerita!!! mcm tu je peeja.....jgn cuak2 eh!! karang huru hara pulak....

nk bantuan tulis kad ke??? kalau nk meh pas sini separuh kak ie tlg isikan, nak??? kesian pulak kak ie baca entry kali....mmg dh betul2 huru hara pon!! htr kad cepat2, kang guest dh booked tarikh nk pi kenduri org lain lak....

anyway, sila tarik nafas n hembus nafas yer....tenangkan fikiran n buat satu2....kak ie pon cuak sama, baju nikah yg lelaki tk tempah lagi??? harap2 sempat la settle semua yer....

Nissa Nasar said... [Reply to Comments]

peej, sy baru pegi renew ic last week.. dia ckp 3 weeks baru siap :p

Lya Colours said... [Reply to Comments]

rasanya sekarang buat ic kejap je kot
sebab hari tu member nak kahwin, ic dia pon rosak jugak la, dia amik cuti 1 hari p buat ic dia. bleh dapat mungkin masa tu kot. mungkin la kene tgu 2-3 jam ke. tak sure plak

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

peej, aritue i tukar i/c kt puchong utama. arini buat esok siap boleh amek...

chill ok...
don't stress out.
you'll be fine.

plus, Noy kan ada utk couting kan?
tenneneetenete tenetenetetetettt..
its a final countdown...
hihihihihii

♥ dak pink said... [Reply to Comments]

Peej,
Jgn terlalu stress, jgn terlalu penat sebelum majlis. Nanti, effectnya kat, seri wajah & tahap kesuburan giteww.

cacah said... [Reply to Comments]

i.c buat ari ni esok siap. kat kompleks baru jalan duta kat on the way nak gi solaris tu tak ramai orang... kalau ganti i.c sebab rosak semua tu kena bayar rm12 kut... lebih kurang la...

cahya indah said... [Reply to Comments]

relax kak Peej, don't put too much stress on yourself. bestnya time macam ni kak Peej tak makan sangat, kalau me myself memang keje membaham je..lol.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

counting the days...*wink

peej,

dulu aku buat ic kat maju junction, satu hari jer..buat pagi isnin, pagi selasa dah boleh collec

::misz maney:: said... [Reply to Comments]

sy penah buat..tak sampai setengah jam da siap..sebab die tukar alamat saje..n amek pic kat situ jugak..

ai kawen hari tu pun tukar ic sb tak payah isi borang pemastautin..

nway..gud luck peeja :))

si cokelattte said... [Reply to Comments]

2 jam je ic siap... tpi putrajaya la peej..

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

peeja lg sebulan je ko nk kena kelam kabut cmni...bukan bunyi nk bg cuak nk kasik ko relax ni.. :)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

haku yang membaca pon semput nieh.. lagi sebulan lagi peeja.. go peeja gooooo!

Yeah, saya! said... [Reply to Comments]

menurut pengalaman :
Kalau terus buat kt Putrajaya, 24 jam kot. Tapi sy hari tu, luar dari KL, almost 3 weeks. Hee..
Kes sama, tukar alamat.

_*nAdiEEaNaBiEELa*_ said... [Reply to Comments]

peej,
pegi pej kerajaan kat jln duta..
1 jam da bole siap..
tp xsilap,kene bwk bil letrik or air la utk tunjuk kite duduk tmpt baru..

okey! take care ye!

asyrafsuleiman said... [Reply to Comments]

kak suruh dotdot buat kat melaka. tak sampai sejam dah siap.

Anonymous said... [Reply to Comments]

tukar ic ambil masa 1 hari jer.. hari ni buat esok siap.. cepat dan pantas.

sayazakiah said... [Reply to Comments]

dasyat sgt akak peej. kena ekpress ni. gud luck okay!

zulaikha md zain said... [Reply to Comments]

kat putrajaya cepat..within 24hours je

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja jangan stress kan diri anda, insyaallah kalau kita buat dengan tenang dan gembira sedar2 semua dah selesai, percaya lah.

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

Peeja..
kat maju junction dah takde jabatan pendaftaran tau. dah pindah kat area damansara tak silap..dr bulan 11 tahun lepass..
huhu..

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

Peeja..
kat maju junction dah takde jabatan pendaftaran tau. dah pindah kat area damansara tak silap..dr bulan 11 tahun lepass..
huhu..

fathen yaya said... [Reply to Comments]

hi peej,
lagi sebulan..memang tak lama..siyes.
tapi jangan stress sgt..insyaAllah, semua akan bjalan dgn lancar.
Bila dah selesai semua ni..kamu akan rasa lega yang amat..dan segala penat lelah sgt berbaloi-baloi..hehehe..
All the best Peeja!

::.GeiNa.:: said... [Reply to Comments]

peej..

kt JPN putrajaya...buat hr ni..soknya siap...sediakan duit RM10 je....=D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...