Instagram : @peejburhan

chow kit road.

last thursday mama n papa ajak aku pergi chowkit.
cari barang untuk letak dalam goody bag.
aku pun tak berapa faham motif aku kena ikut.
sebab barang adalah pilihan dorang.
tapi situ kan parking problem.
so papa berhenti tepi.
aku pimpin mama pergi kedai ke kedai tanya harga n all.

budget dah ada.
n mostly kat situ memang within budget.
tapi mama kalau boleh nak dapat harga lagi murah.
over sangat.
padahal dah 5 kedai pergi memang paling rendah harga itu.
which is rendah daripada budget.
sabar je la mak aku ni.

end up tak beli.
aku kata takpa. dah tau kan. rasa nak beli nanti sila pergi tanpa aku. ;p
aku bukan mengada. tapi aku tak suka la pergi area tu.
aku rasa macam menakutkan. hahah. saikosis.
dah la mama, alang-alang dah sampai situ.
dia pergi sampai pasar jalan raja bot ke apa nama dia.
sebab dia nak beli buah.
dah la ramai orang. me not loike.

tapi yang best. memang buah adalah superrrrrrr murah.
n segar nak mampus.
tak pernah la aku tengok buah cantik macam tu.
tak kisah la kat supermarket glams ke. pasar malam or pasar tani ke.
memang terbaik la situ.
tapi bising nya la hai area tu.
dah la budak muda melayu yang jual.
cakap pun dah slang cina. confuse identiti betul.
bayangkan buah kiwi lebih daripada ada nak dekat 20 biji kot RM8 je.
and best nya. sebelum beli dorang akan potong and suruh kau rasa.

yang mama kata nanti dah kawin. suruh aku and dotdot beli barang dapur kat sini. T____T
murah melampau katanya.
memang la betul.
tapi aku kata takut la. tak suka.
dia kata kalau macam tu suruh dotdot pergi sendiri.
suruh aku ajar. tidak la ku percaya mamat tu pergi sorang.
tah apa dia beli nanti.

then after beli buah-buah mama tu.
papa ajak singgah ke gerai tepi tu.
minum ABC. layan.

:: tak abis pun. sebab besar gila ABC dia. ::

:: kuat gila pewarna dia. kan ada tumpah-tumpah. so bila aku tolak tu. melekat kat jari-jemari. :;


mama layan emosi.
menangis kat situ.
sebab dia kata dia suka chow kit.
zaman dia kecik. bila raya je arwah atuk aku akan bawak dia pergi situ shopping.
beli lampu kelip la. beli daging semua situ.
tak pasal nangis sorang. e eh. hahaha kelakar.


sambil duduk tu nampak 3-4 orang lalu bawak sirih junjung.
dorang tempah sini agaknya. kedai tu memang jual bunga.
panjang sampai kebelakang. so boleh tempah sekali agaknya. nice.
senang kerja kan. tapi knowing mama. dia yang nak gubah sendiri nanti.



oh tahukah anda.
barang-barang kawin kat chow kit lagi murah daripada nilai 3.
yeszaaaa. aku rasa nilai 3 overated la.
ingat lagi time ayol kawin.
jemputan bertambah 150 last minute.
so mama suruh belikan bunga telur extra.
ada family fren carikan kat chowkit.
dapat rm1 je ok seketul.
tapi kat nilai kena rm2. hoiii..
yes apa je yang tak ada kat chow kit tu.
bak kata mama, semua ada jual. yang takda jual mak ngan bapak aje.
tah apa-apa tah perumpamaan dia tu kan.
pergi sana rambang mata la jugak.
sebab banyak barang dapur segala plastik ke apa tu.
confim murah. nanti nak beli pergi sini je. jimatsss. ;p


random photo.
makan nasi daun pisang nirwana. sedapppp.
dasar pemalas. keluar seharian. ni je yang aku snap ok. hahaha.
ke bangsar sebab noy nak carik baju untuk reception aku.
so ke mimpi kita. takda warna yang nak.
ada color untuk nikah. tapi yang noy berkenan tu rm1100. pitam.
takpa. abaikan.
then ke nurita harith. tutup pulak.
kata datang dah petang. ;p
tu yang terus ke ikea tu. :D
tapi si pemalas memang tah kuasa amik pic.

9 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

eh abeh dah? haha!

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

bukan barang kawen je ko leh dapat murah..kot kot pas kawen ko nak beli barang jamu bersalin ke apa..situ la tempat murah..berlambak kedai..aku pun scary gi sini ..tp laki aku ada ok jekk

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja betul kata mama peeja tu, apa je yang tak ada kat chow kit tu, aunty pun suka paksa2 uncle pergi situ mujur uncle kalau pergi tempat beli barang2 rumah memang dia suka tak kesah barang makan ke, pinggan mangkuk ke dia on je.

_*nAdiEEaNaBiEELa*_ said... [Reply to Comments]

hye peej,
memang murah brg2 kat chow kit..

klu nak beli sayur murah2,dtg malam..segar megar lagi tau !

*promote chowkit sy ha *

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

mestila ur mama nangis terkenang time tu sebab time tu mana ada pavi, ikea semua..nak2 lagi datang dgn her father...
kira chowkit tu the best laa at that time...

babyboomers generation laa katakan... kita ni dah generasi X, Y dah....

Eta said... [Reply to Comments]

kalau nak gubah sirih junjung.. kat area masjid india pun ada.. lawa gak.. kat food court sebelah mydin tuh... kat chow kit pun lawa gak.. pilih jek design apa nak.. dorang mmg dah ada album... yg best tuh.. tukang gubah adalah chinese.. hehe

Neiaa said... [Reply to Comments]

lapar lagi

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

oh chow kit..lama aku x melawat kwsn..time2 aku rajin2 melawat kwsn time lunch dulu aku suke g satu gerai yg dkt dgn gerai jual buah2an tu..gerai tu satu2 nye gerai jual bihun sup utara yg ssh nak jumpe kat tpt lain (by that i mean KL)..kalau pegi gerai lain mintak bihun sup mesti ala2 thai..bkn x sdp tp x serasi dgn tekak aku..huhu..oh chow kit..huhu

shiela said... [Reply to Comments]

kita pun suka chow kit..bile pegi sana teringat arwah nenek..sebab nenek suka bawak kitorg kecik2 naik beca dari kg.baru ke chokit tu..memang memori la..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...