Instagram : @peejburhan

bukan senang nak kawin. tapi ku harungi jua.

amboih mementang mood baik.
tajuk pun nak ala-ala bermadah je.
geli ngan diri sendiri uols.

ni takda plan.
memandang kan hehari mengadap muka memasing.
takda buat apa. dotdot lak cuti lama.
so aku kata jom esok gi pejabat agama amik borang.
ye. aku beria nak kawin. padahal yang utama tu satu hapa tak siap.
tapi aku tak risau. masa gi kursus kawin dulu. dorang kata dalam masa seminggu pun boleh settle semua.
so no rush. ewah.

janji kul 10 pagi.
tapi aku relax tidur tak set alarm pun.
tau-tau pukul 1 papa ketuk pintu kata dotdot dah sampai.
apa lagi. melompat la bersiap.
dasar tak isteri mithali. hahaha.

so ke pejabat agama kat masjid negara tu.
aku tau la masjid negara mana.
tapi tak pernah pergi pun. *panah petir*
lalu je. tak pernah tau pun ikut jalan mana nak masuk situ.
nasib dotdot tau. syabas.

so ke sana. sampai around 12ish.
jauh gak la menapak. huarghhhhhhh.
turun naik tangga. ngan panas terik bagai.
saje nak seksa i la tu.
semput....aaaahhhhhh.

then sampai atas.
dotdot amik no giliran. dia kata nak gi toilet kejap.
kejappppp la sangat. lama aku tunggu. erghhh.
tapi bagus la pejabat agama tu. takda la lama kat situ.
sebab kaunter bukak banyak. n nombor giliran laju gak la.

tau-tau no aku dah kena panggil.
dotdot tak datang lagi.
tak pasal aku kena angkut bag dia ngan file segala.
gigih bawak file. aku kata takyah. tapi dia paksa.
lantak kau la.
tapi aku yang kena angkut. terima kasih sayang.

so sampai situ.
orang ni tanya itu ini.
dia tanda-tanda.
explain itu ini.
bagi aku borang.

him : nanti dah siap semua. datang balik sini hantar. tapi nanti datang berdua la. jangan datang sorang.
me : ni pun datang berdua. tapi dia pergi toilet.
him : ye la.

hish. keji.
macam aku pompuan gigih feeling nak kawin sorang.
pastu tu lama aku menunggu. dia tak keluar-keluar.
berak batu lettew. kemain lama. hahahha.

keluar je buat muka relax.
n konon terkejut aku dah settle.
aku tanya asal lama.
dia kata dia tunggu semua toilet.
nak carik yang ada toilet seat.
takda. semua cangkung.
ish sabar je la dia ni.

then bergerak dari situ.
sempat pose amik pic kenangan :D



:: awww sopan nya. teruja ngan diri sendiri ;p  ::


hahhaa. dah ghupe cikgu dah aku rasa.
tudung adalah hasil rembat mama punya.
gila gedik siap nak matching ngan baju. hahaha.
mama over. tengok aku pakai macam ni.
sibuk intai n senyum simpul.
suka sangat la tu.
iya lah ma, Insyallah.

then settle tu.
mencari makan di wangsa walk.



then habis makan terus ke klinik kesihatan keramat.
nak buat HIV test.
sekali dia kata kena buat appointment ok!
n guess what? next available date adalah 9 april.
seriously weyh? lamaaaa gila.
selama berminggu ni apa kau buat?
masa aku kat situ. klinik tak sampai 10 orang pun.
n setahu aku buat HIV tu kejap je.
then apa jadah sampai lama sangat nak dapat appointment tu?
wtf?!
kalau tak, dapat aku settle dalam this week semua.

sumpah tak tau.
sebab selama ni kekawan aku yang buat takda lak appointment.
ish kacau la. tapi sebab panas n penat. aku malas check tempat lain.
nasib ada kawan. dia kata dia ada tempat boleh buat cepat.
nanti dia akan confirmkan date ngan aku. n bawak aku n dotdot buat.
dia kata dia dah bagi tau aku hari tu. aku yang eksyen.
mmg ada. tapi tak dengar part appointment bagai.
yang aku konon taknak la susahkan dia.
fikir. takpa la. boleh je uruskan sendiri.
sekali ambil. bulan april baru available.
nampak sangat dia cerita aku tak concentrate.
ye la. sapa suruh cerita kat pompuan kusut kan?
haha time dia datang tu mmg aku tgh tahap stress tertinggi.
cerita pasal kawin pun takda mood gitu. ;p

so dah tak dapat buat tu.
terus balik rumah la.
duduk kejap n uruskan reply email customer semua.
then ke rumah sewa aku nanti.
tu nanti aku cerita lain kali.
haiyoh penat.

bukan senang nak kawin ni.
makin lama, makin payah.
memacam la nak kena buat.
tapi takpa. kenangan. :)

ok tu je.
sekian,
pengantin muslimah.

p/s : muslimah la sangat siap carut. hakhakhak.

22 Comments:

FaznFaz said... [Reply to Comments]

babe, aku rasa better ko pegi kat klinik tanglin kut, kat area tasik perdan, situ kejap je, siap aku dtg sendiri pagi2 sesorang buat, pastu, naik teksi g rumah laki aku, heret dia naik teksi n paksa dia buat sekali (kes dia taknak bangun pagi!!!) by 1pm, setel semua!!!

tapi tu 5 thn dulu, skrg x sure laaa camner proses dia...

anyway, ni no dia 03 26983311. hope this will help...

nifalnin... said... [Reply to Comments]

muke comel jer... suci giler...
dah mcm iras2 farahdhiya yg pelakon tu pun ade gak...

♥ dak pink said... [Reply to Comments]

Nak senang-senang, kena lah susah2 dulu Peej.

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi peej,
mmg klu nak buat hiv test kena ada appointment. coz kat klinik kerajaan ada hari2 yg bole je utk buat, cth isnin-kamis, dari kul 10am-3pm.

masalahnya kat klinik swasta xleh buat coz dokumen kawin nnt diorg nak semua from kerajaan.

x semestinya peeja kena buat kat klinik berdekatan rumah je, kat mana2 pun bole asalkan klinik kerajaan.

harap membantu :)

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

auwwwwwwwwwwwwww...
perantin muslimah comel...
semoga kan...
insyaALLAH....

cik chinta said... [Reply to Comments]

adoimakkk...comel nye. trus macam muda 10 tahun okayy

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

mmg kene buat temujanji peeja..
kalau tak silap. WP kene 3 hari dlm seminggu. aritu adik buat kat bangsar Rabu.
kalau kat Labuan lagi la. setiap rabu sahaja.

semoga majlis peeja dipermudahkan.. senyum2 selalu okkk :D

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

Peej,
ko nampak cantik ok pakai tudung! seriussss...nampak cantik dan muda..Jujur puji ni ....:)

Babe said... [Reply to Comments]

Hi Peeja,

Klinik Setapak tu memang bengong sikit, part paling lawak kan kalau kau nak book appointment kena walk in..telefon tak boleh..pelik tadi pagi aku call available 3 april hurmmm


So aku try satu lagi klinik kat Dato Keramat and nurse tu friendly la..dia bagibuat appointment 2 hb 4 ni...

HIV kena buat kat klinik kerajaan saja and ada kawan aku dia buat tak payah appointmenttapi klinik kerajaan yg ulu sikit la... dekat area Kuala Kubu Baru

Babe said... [Reply to Comments]

eh silap.. aku igtkan setapak :P yg aku call tu dato' keramat hehehehe

yaNa said... [Reply to Comments]

peej,
tomey..sgt tomey!
sekian..

puji lelebih ada yg tido sambil sengeh plak nnt..hi3..

~salwaredzuan~ said... [Reply to Comments]

peej,
kl kat kl smua kna wat appointment. kalau sngor lak, tgk daerah. ade daerah ikut hari2 nya n still kna appointment. aku dulu g klinik kesihatan kt ulu yam. sebab dkt ngn umh. walk in je. n mmg tak ramai org..setelllllll. ko cer try gugel klinik2 kesihatan yg wat hiv test.nnt ade kuar list dia. jgn g yg klinik ibu ngndyung n kanak2 lak...hahaha...yg penting, sblm pegi, ko call dulu utk konpemkan mmg boleh pegi hari tu.klu x nnt kuciwaaaaa...tp ikot pengalaman aku, ko call laa smp putus jari, baru diorg angkat..hahahah

~farah~ said... [Reply to Comments]

kiut lah u pakai tudung :)

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

u look so sweet n cute bila pakai tudung :) comelllllllll

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ketepian,
bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang bsama dotdot kemudian ;)

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Comel muka kau. Kiut !

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej..

cantik pakai tudung. plus nampak dah slim...tomeyyy.

Kak Nora

Alyn Aellynn said... [Reply to Comments]

Peej,

Aku dulu buat kat klinik jelatek nun. Ni baru part hiv test. Aku dulu naik meroyan nak wat appointment ngan jurunikah masjid muaz setiawangsa tu. Kita satu kariah peej.

Sabar je la... Nj kawen mcm mcm dugaan. Naik ke pejabat agama tu pun sempottt. Gmbr ko tu cumil, mcm aku gak amik gmbr kt situ! Hehhehe

Bertabahlah wahai perantinnnnn :-)

afiniakib said... [Reply to Comments]

ohoooo comelnyaaa. mcm budak2 pun ada gak ;)

~CN2S~ said... [Reply to Comments]

Peej, akak dulu buat HIV test kat klinik wisma pantai tu. tak pyh buat appointment. sat je settle..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam peej, comelnya bila awak bertudung. hehee seri pengantin dah nampak la kat awak. Tahniah :)
Saya yang bernama Noorghafura

@z!rk said... [Reply to Comments]

ha'ah, betol comel

ayne said... [Reply to Comments]

kak peej shomel ok. nampak kurus! jealous!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...