Instagram : @peejburhan

akibat pakai nombor telefon yang sama terlalu lama.

ok tengok tajuk dah boleh tau kisah entry hari ni.
adalah annoying sebab dah lama pakai no sama.
so nombor kau macam dah tersebar ke pelusuk dunia.

sebelum ni aku kalau nombor tak kenal.
aku memang tak suka nak angkat.
tapi sekarang dah business ni.
nombor tak kenal pun kena angkat.
sebab takut orang call sebab nak pick up barang ke apa.

so bila dah angkat ni.
macam-macam call la dapat.
paling annoying bila orang insuran call.
memang la bagus.
tapi aku nyampah bila kau kata kau tak berminat nak dengar.
dorang sentap.
siap tanya asal tak berminat.
aku kata aku dah ada insuran.
siap nak cakap mana tau plan dia lagi bagus ke apa.
lantak kau la. aku taknakkkk.
bila cakap tak berminat jugak.
sesuka hati letak terus telefon. kiwok.

then sekarang dorang dah pandai.
tak call pakai no office dah.
sekarang pakai nombor h/p.
ada sekali tu dapat call.
tetiba dia kata dia nak confirmkan nama, ic n alamat aku.
kata aku amik insurans.
aku kata la bila masa aku amik pulak.
dia kata ada. so dia just ada nama aku.
tapi untuk proceed kena ada alamat. nak hantar.
aku dah la baru bangun tidur. blur gila.

aku memang ada amik insuran.
but that was last year. n memang dah lengkap semua.
apa lagi dorang nak.
takpa la. kata blur. aku bagi la alamat.
kau kata nak alamat sebab nak hantar policy la apa tu.
then takpa la. then tetiba siap tanya, boleh saya tau sebenarnya akak bekerja sebagai apa.
hangin la aku.
aku cakap la. apa ni. kata dah tau semua.
ni baru nak tanya. nanti dorang pepandai. then tau-tau nak suruh orang agree la apa.
again dia kata dia nak confirmkan je.
aku kata la. if nak confirmkan then kau bagi tau aku. then aku akan cakap ye ke tak.
aku tanya mana dia dapat number.
dia kata dapat dpd orang yang deal ngan aku pasal insuran ni.
aku kata bila? aku takda deal. ngan siapa aku deal tu?
dia tak tau. dia kata dia ada nama aku je.
e eh kau.
aku cakap kalau betul awak just nak alamat, n saya dah deal ngan orang tu. awak pergi call orang tu. n tanya detail tu semua.
then dia pass kat manager.
lagi kiwok. angkat just terus cakap, "apa lagi yang akak tak faham ni?"
eeeeekkk. tak suka.
kerek-kerek.
tah apa lagi la.
tak putus asa dorang ni.
last-last aku kata aku busy n ada benda nak buat.
call lain kali.
lepas tu memang tak angkat lagi la.
banyak kaliiiii woih kena. tak suka.

tu satu.
then baru-baru ni dapat call daripada budak sekolah menengah ke apa la.
lelaki la.
suara dah la serak tersekat-sekat. nak aje aku tumbuk.

him : hello ...izaaa ada?
me : hah nak cakap ngan siapa?
him : zaaaa.

suara dia tak clear. so aku tak dengar sangat. dengar za je.
sebab kadang-kadang ada customer yang suruh bf or suami amikkan.
so ingat dorang la.
but usually dorang panggil peej.
tak pernah la za ke, fiza ke apa.

me : salah number la.
him : eh betul la ni.
me : nak cakap ngan siapa?
him : fiza la.
me : rasanya salah number.
him : betul la. sekarang still duduk rumah sewa ke? ke duduk ngan parents?
me : jap. ni siapa? serious salah orang ni.
him : ni sham la. lupa ke?
me : sham mana?
him : shammm..takkan dah lupa.
me : bukan masalah lupa. seumur hidup tak pernah ada kawan nama sham la. so confirm salah orang la.
him : sampai hati dah tak ingat kita.
me : serious salah orang. so tak kenal tak kuasa nak layan.
him : takpa la kalau macam tu.

then aku letak.
dapat sms, "nak buat macam mana awak dah lupa kita."
bodohhh tau.
siap kita awak. aku sepak muka tu kang.

then abis situ.
aku abaikan je.
then tadi dapat call lagi.
after few weeks.
nombor tak kenal. aku angkat je la.
suara lebih kurang sama.
tapi of coz aku lupa n blur.
sebab masih fikir maybe customer ke apa.

him : hello boleh cakap ngan iza.
me : sorry salah number.
him : boleh tau ni siapa?
me : tak nak cakap ngan siapa tadi?
him : iza.
me : ok confirm salah number.
him : boleh tumpang tanya kejap.
me : tanya apa?
him : nak tau tu rumah bujang ke apa?
me : ok salah number. byeeee.

letak phone.
wtf tetiba nak tanya rumah bujang ke apa.
aaaaaaaaaaaa. stress aku.
apa la motif call random number macam tu kan.
n ada ke orang yang melayan eyh benda-benda macam ni.
yang pasti aku rimas.

nak tukar nombor payah sebab ramai dah tau nombor ni kan.
tapi if stay pakai macam ni la. tah apa-apa orang yang call.
grrrrrr....

14 Comments:

shuweet said... [Reply to Comments]

aku pun slalu kene..yang insurance tu la...menyirappppppp je..bila ckp not interested, die leh tanya kite balik apsal tak interested..sukatimakbapak gua la kan...sengal nyer caller

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Haha sah budak tu sangap takde keja.. Btw aku penah buat masa zaman U dolu2 misscall no dekat2 no sendiri.. Mmg sengal bila ingt2 blk..

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Eh psl agen insurans tu aku ckp je laki sy pon agen insurans.. Sy tak larat dgr dh dia cerita.. Ok bye.. Ada gak yg cuba2 tanya laki agen insurans apa.. Siap suh dgr dia punya dulu.. Dan2 aku ckp tgh driving..

mantoi said... [Reply to Comments]

Ha ha ha ... lagi satu ayat yg aku guna kalu org2 yg jual pakai online nihh .. aku ckp .. aku tak de kad kredit .. aku dah masuk AKPK .. Debit kad pun tak de ..

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

annoying gila dapat caller mcm tu
kata kenal tapi tanya mcm2 baru first time kenal...
nampak nau pembohong..

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

annoying gila dapat caller mcm tu
kata kenal tapi tanya mcm2 baru first time kenal...
nampak nau pembohong..

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku pon sll kena...tp tatau lak aku ni semua pasal pki nombor yg sama lama sgt. uisk mmg sakit hati wei..insurans la.. kredit kad la... hotel la ape la... x nk angkat tkt lak kang ade org2 yg penting..tp kadang2 aku abaikan je sbb kalau penting mesti dia sms balik.

tp mcm kes ko aku rs better pki nombor lain khas untuk bussiness je.

yana halim said... [Reply to Comments]

mencik betul bila bank call suruh tambah hutang. demi komisen, sanggup buat org terjerumus lagi seksa dlm beban hutang. rasa nak lempang seko2..

Tyra said... [Reply to Comments]

Psl insurans tu kena benda sama. Dia suruh beritau alamat bla bla pastu nak hantar policy insurans. Masalahnya dia nak caj 599 utk insurans tu kat kad kredit. Mmg makan maki la jawabnya. Tak pernah setuju ape2, tetiba nak hantar policy bagai. Bila dah maki dia, dia pass kat manager pastu tanya apa yang tak faham. Macam bodoh. Nak scam orang ke ape.

Benda mcm ni jangan layan. Org insurans, bank ke yang proper punya TAK PERNAH akan suruh orang confirmkan alamat, nombor kad kredit apa2 thru fon. Dorg akan usually ask for photostat copy IC dulu then barulah proceed apa2 application yg kita nak.

cahya indah said... [Reply to Comments]

tak suka jawab call from unknown number jugak, tapi since tengah apply keje terpaksa jawab every call. paling bengang bila dapat call orang tengah buat survey merepek2

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Oh ya ke aunty punya nombor hp pun aunty dah pakai sejak 16 tahun dulu lama tu, tapi so far tak ada orang yang tak dikenali call cuma salah nombor banyak lah.

Faerie_Princess said... [Reply to Comments]

byk kali kena dgn panggilan2 mcm ni.. sms pun sama. penah fikir nk tukar no tp sama gak sbb hubby amik no supplementary line pun sama gak.. ntah sapa2 call.. no recycle jer selalu they all bg ni..kena byk2 sabo jer la peej :)

Annasue'G said... [Reply to Comments]

baru aku meroyan kat twitter pasal kwn lama dok whatsapp aku, sibuk ckp 'hai, itu suzi ke? kenal lg tak i? ala takkan tak kenal'...brengsek sgt! aku bini org & mak budak kot. ckp je la ko sape, nak buang masa aku melayan ko main teka teki teka tekuk plak. sampai kesudah aku tak layan.

sickchild said... [Reply to Comments]

scary okkk call pastu tanya camtu T_____T

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...