gagagaggagagagaggaa.
semalam amik card ngan dotdot.
pastu menyengih muka memasing macam tak percaya tu kad sendiri.
hahaha poyo gila kan.
dah la sepanjang perjalanan tu aku terseksa je.
dia ngan syarahan agama dia.
pasal menjadi isteri dan suami mithali.
pitam hokeyyy.
yang dia tak sabar nak edar kad.
aku kata nanti la. awal gila kot.
aku plan nanti few weeks before baru la bagi.
tapi ice n huda kata takleh. kena bagi sebulan awal.
sebab atleast orang boleh block the date.
nanti orang ada plan la apa. hoh ye ke. mana la cheq tau.
sekarang ialah tugas hendak mengedar kad.
yang rapat takpa la boleh bagi by hand je kan.
yang nak post ni. payah gak kan.
ye la nak kumpul alamat.
so terfikir. adakah perlu PM sorang-sorang?
tadi ada create event. khas untuk nak kumpul alamat la.
pastu tengah syok click nama yang nak invite.
aku cancel event tu. sebab rasa eh macam poyo lak nak create event bagai.
hahahhahaha. so aku buntu di sini.
sebab aku dah tulis halfway nama kat guest list.
bila bukak fb tiba-tiba click terlebih.
tu takpa. lepas tu rasa bersalah tak jemput semua.
perlu ke? bukan jemput mana rapat je ke?
ke memang jemput semua orang tu nak datang ke tak tu terpulang.
help. help. help.
dah la guest list aku limited.
lelain penuh kawan papa n mama n sedara mara je.
ye benda tak perlu stress pun aku nak pikir lebih-lebih.
but anyway, aku kan kata kan buat kuiz blog.
kira sapa betul akan dapat invitation gi wedding kan.
limit 20 orang je pun.
perlu ke ah? rasa macam malas.
n tak ke poyo? macam best sangat ke kau nak kuiz bagai.
kan? kan? kan?
yang benar,
pengantin buntu.
p/s : hahahha penutup macam harammm.






23 Comments:
oklah tu ..peeja buat je apa rasa nak buat. rasanya pembaca blog faham la yg majlis kahwin ni takkan jemput reramai. yalah.. sedangkan artis pun ada limit kan..
yg penting peeja post je kat blog ni haa kasi kami2 ni share kegembiraan :)
aku nk tgk gambar je nnt. tu je. haha!
seriyes wei nak pilih guest jemput2 untuk wedding yg limited guess ni mmg stress. aku paham.
aku tau ko jemput aku. tp aku xdpt dtg.so nnt aku sponsor la apa patut..
Peeja jemput lah setakat yang termampu aunty rasa semua orang faham, insyaallah tak ada yang berkecil hati.
kad nampak eksklusif...nape sipi sangat..iskkk...nak pic penuh.
tak bleh blah yang penutup tu..pengantin buntu.hehehehe...
penat kan pikir pasal nak kahwin ni..bikin penat,bikin pening..tapi dalam penat pening,sentiasa ada je yg dpermudahkan..i know how u feel as i'm facing it too now,hehehe.. rasanya gap tarikh kita kahwin nanti tak jauh la peej :)
pilih2 je peeej, iA semua org fhm if x dpt jemputan pun.jemput yg rapat je.
kuiz blog tu BUAT la sbb u ni blogger terkenal hehe, kuiz & jemputan to readers to blh add loyalty of readers to ur blog :)
penutup mahal tu, kak Peej. opps sorry, cik pengantin buntu. haha
Muahahaha aku paling takleh blah part penutup dah mcm slot masalah dalam paper je. LOL
buat je kuiz,baru unik sket.
Emm rasanya semua memahami kalau tak dapat menghadiri majlis you Cik Pengantin Buntu, yang penting kene blog out pasat, pre wedding, wedding day, post wedding, preparation, etc, at least boleh share dengan semua orangkan...
All the best, jgn tensi2...semoga persiapan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt
Minta alamat kat fb... Perkara biasa skrg peej.. My friend semua buat event tuk minta add.. Sungguh takkan nak jemput semua orang... Mesti diaorang faham..jemput yang betul2 kenal dan rapat jer..sebab dah niat nak jemput 20 blog readers tu, teruskan jer niat nak buat kuiz.... Sabar bakal pengantin.. Jangan tension2.. Hilang seri nanti:))
x jemput takpa...paham aihh...yg penting gambo..hahah bulih???
kak peej. xpyh stress bagai. umum org tau, nk jemput-mjemput ni ad limit. coz ad bajet =)
create jela event, ta kesah dah kott skang neh, janji jemput, nak datang, datang,taknak sudah, senang..takde masa la nak rasa berslah ke tak kan
:)
takpe peej...mesti ramai reader yang faham situasi 'pengantin buntu'...so buat je apa2 yang patut...saya ni tengok pix pun dah sronok...
waaaa kad dh siap =) weeeeee
kuiz plezzzzz!
hai peej,
dah nak kawin dah rupanya =) congrats! tp saya rasa kan, xperlu pun jemput semua, jemput yg kenal je..lgpun limited kan..
yg benar,
kawan lama =)
tak payah la jemput semua peej. readers ko dah la berduyun. kang semua nak dtg mampus tak cukup lauk kene jamu goreng pisang kang. hahaha!
klu x dpt invitation, ramai2 tgk pic je kan... ^^
kalau dah glamer, mcm tu lah jadinya..
kang tak jemput orang ni, terasa hati pulak...
yelah peej, tak kan nak jemput semua kan?
so siapa yang tak terjemput tu, sila jangan kecik hati ..
nanti gambar kahwin, jangan lupa tepek kat blog okay!
Yeah peej big day's dah mkin dokek, mmg nk jemput kena pilih la, kl x org dtg food x cukup, haruuu peej, ya btol org dtg bkn nk mkn, nk rai pegantin tp kekdahnyerr dtg mkn kan, x do sian la pulokk, teringin lak nk sponsor door gift brg sedikit, bkn sikit jasamu buat ku selalu senyum ketawa dgn n3 mu peej so nanti bg date tol tol k, aku antor je sehari seblom kt umah ko, sudi sudikan lah :-)
n3 yang best dan comel,isshhh..terkonanlah pulak masa nak kawen dolo-dulo...(,")
semoga di permudahkan segala urasan ye..
Post a Comment