tapi rupanya dah kurang dpd seratus hari. *gulp*
ni pun baru sedar ok.
aku memang jenis relax nak mampuih.
ni pun sedar sebab aku letak gadget counter kat atas ni. miahahah.
terasa gedik jugak la.
tapi comel n atleast aku sedar n aware sikit ngan perjalanan tu.
so last week pergi buat kad.
mama dah suruh buat lama dah.
aku kata relax la.
tapi selagi tak gerak memang dia bebel.
so ok aje.
ask around. ramai kata kat jalan brunei.
so ye. google map.
ok tau. nasib aku ni kaki merayap. so tau la selok belok KL.
tapi kemain aku dah siap kul 2pm.
mama n papa relax je.
papa siap vacuum rumah la.
mama online bagai.
last-last gerak dpd rumah kul 4pm.
pergi bertiga je.
aku dah macam. ada yang sampai kedai tutup ni kang.
dah la jalan jelatek jam. sebab traffic light kejap-kejap je hijau.
nasib lepas tu smooth.
kat bb la jam sikit lagi.
sampai jalan brunei tak tau nak tuju mana.
aku tau map sampai jalan brunei je. miahahhahaha.
so tengah lalu tu. aku ada nampak simpang kanan ada few kedai kad.
elok nak pusing.
mama nampak LH creative.
bagus. elok la ada parking kosong.
ke situ je.
papa langsung tak amik tau.
dia tau nanti time bayar dia kuar duit je. ;p
tapi time ni aku tunjuk kad yang aku macam suka.
simple je.
papa kata ok. tapi mama tak suka.
then takpa. apa-apa aje.
bukan kisah pun.
sementara dorang decide.
baik aku smoke kasi hilang stress.
berdebar je masa ni.
orang patut excited la kan.
tapi aku rasa seram.
ye la. macam nama kau tertera kat kad. gagagaga.
pastu macam nanti nak jemput orang.
aku yang kawin weyhh!
selama ni aku gi tengok orang yang kawin. *gulp*
aku candid.
tapi comel lak tengok ni.
sebab candid papa pandang mama.
macam sweet je. heheh.
kelakar betul la dorang ni.
over ke main.
daripada simple wedding jadi over.
ok masih simple. nothing grand ke apa.
tapi like i said.
plan asal aku nak buat small wedding.
jemputan tak sampai 200.
cukup la kan. family n close friends je.
tapi mama bising kata, "apa kau ingat kau janda?"
ok fine.
then plan. aku kata jemputan 450 cukup.
ok dah deal.
tiba-tiba naik 600.
tiba-tiba tanya lagi. naik 800.
yang pasti hari tu tempah kad 500.
n nanti goodies nak tempah sampai 1000.
wth. menakutkan aku ni.
paling tak tahan.
kemain ramai.
tu semua kawan-kawan dorang je.
kawan aku sikit je. keji.
lepas settle benda tu.
ke dato keramat.
sebab mama nak makan sate.
dah seminggu dia nak.
so layankan je.
pergi kedai kawan papa.






21 Comments:
wah! wah! tak lama dah tu 100 je lg! semoga semua berjalan lancar ye! jangan lupa update taw nk tengok juge kenduri kt blog je hehehe
aku nih janda.. haruskan jemputan aku sikit? hahahaha
Kak peej, saye dulu seram. Belah keluarga mertua memula konon jemputan 1000..sekali dtg 2500 org daaaaaa..belah sy plak jemput 1000, yg dtg 1500 gitu..hoho
Betul sis, nnt tunggu la kad tu siap, tgk Ada name kite dlm jad tu..rase mcm tak pcya je,.yeke aku yg nak kawin ni?.dulu tgk kad org je skrg Nama sendiri dlm kad tu..kenangan semua tu sis..
best peej..menuju hari bahagia...byk lg benda peh ni so siap siap jgn stress k :))
ala..sate tu nampak sedap sungguh..padahal selalu makan sate sampai nak terkeluar balik (sebab makan banyak =P )..tapi tengok sate tu teringin balik..sungguh menggoda dan memanggil2..
"apa kau ingat kau janda?"
Statement terbaek! hahahaha....lawak!
akak rasa best je masa nak buat persiapan nak kawen tu tapi penakut jugak. So, tak buat sanding2 sebelah kenduri akak. Tapi bila kenduri sebelah hubby pulak buat sanding2...best woh! nyesal tak buat sanding2 sebelum tu. hahaha...
seronoknya baca preparation orang nak kawen ni. sendiri ni tak tau la bila. bercinta lama2 pon tak elok gak. takpe kumpul duit dulu la jwb nya. tsk tsk tsk
Aunty masa kawin umur 19 tahun, masa nak kawin satu apa pun tak buat, semuanya disiapkan oleh mak dan kakak kakak yang aunty tau gatal nak kawin je nanti kalau anak kawin aunty boleh bayangkan yang aunty akan mengelabah tak tahu nak buat apa huhuhu takuuuuut nya.
urmom boleh geng my mum lah...hahahaha memula kata nk jemputan 800...pastu masa kat bandung, suh i gi tempah kad, smp 600..hamik ko...pastu tambah lagi kat kl 100...matik gue...last2 jemputan dlm 1500 laa kat catering tu. mmg botol pon,,kekawan dia yg list berjela2 mcm buku talipon..kawan2 pengantin list fesbuk pon tak smp half...alasan my mum plak... "eh ko ingat aku ,kawenkan anak kucing..kang org tanya bila plak si salwa ni kaween. x ajak pon.tau2 perot dh boyot je" padahal anak dia mmg perut byk lemak sejak dr azali lagi..nyampessss...sudahnye lps kawen aku sakit pp..asik bergambo dgn jemputan je kkdahnye.tp ok lah...sekali seumur hidup. enjoy ur day babe. klu nk mintak tlg pape bg tau lah.
sweet sangat photo uncle pandang aunty... :)
awat katun dotdot hitam?
tabbaek taw.
nk dekat dh tu..jgn stress2 bile dh dekat due nnty..hihi..;D
Memang seram pun time hari besar tu nanti peej. Dengan jalan control nye, dgn byk mata memandangnya, dgn kasut tinggi, dgn nak control ayu peluh semua.
Haishhh, nasib lah dah selamat lalui semua tu. =)
Jangan pening2..kita buat slow2 dan jgn fikir besar2..
Doalah dari sekarang moga majlis berjalan lancar..
InshaAllah
rindunya dengan sate ismail ni...the best sate ever..kak peej, rumah arwah nenek saya dekat je dgn sate ismail ni..jalan kaki je..hehehe...
bridezilla mode lah tu kak peej..bila tiba hari besar tu..rasa berdebar dan takut akan hilang...ni yang rasa nak kahwin lagi, tapi dengan orang yang sama la..hehe..
yuyu - thank u. ye. akan update. gila apa x update. haha.
nqr - oppsss. terpulang kat kau. tp konsep mak aku. aku yg bukan MJ ni kena meriah. layankan je.
mas - haiyohh. bikin seram nih.
mooni - tu la. kena simpan satu ni buat kenangan. heheh.
susumanis - tu la kan. ni dah slow2 buat semua. rasa tak menang tangan.
aznurul - sedap kannn. rasa nak lagi pulak.
sherrina - teruk kan mama tu.
yana halim - ye ke kak. saya rasa macam pening n memenatkan. belum sampai hari betul mesti lagi penat. nasib tak buat rumah. kalau tak mesti lagi penat melampau.
lya - takpa. nanti sampai jodoh ada la tu. ye sila kumpul je. so that bila nak kawin je anytime boleh. jgn nanti nak kawin br sibuk nak simpan. tu yang asyik tertunda je. kan. :)
aunty - tu la kan. saya pun tak pernah amik tau. tu yang semua buat sendiri ni mmg kelam kabut. mama pulak x sihat. susah dia nak settlekan. lelaki ni bukan amik tau. tu yang semua buat sendiri. pening kepala.
salwa - tu la kannn. paling tak tahan dia kata simple. simple. tp guest bertambah ramai. dah la semua kwn dorang je. kita punya maintain sikit. bila kata nak ajak itu ini. dia kata tak perlu. keji. ok. nanti if la nak tanya apa-apa will let u know. :)
anne - kan. suka tengok.
rara- sekali sekala bg la can aku feeling putih ala2 actress sinetron indon. kata pakai tabita uol. hahaha.
asha - tu la. dok relax je. pastu sendiri terkejut sebab nak dekat dah rupanya.
mama - ye la tuh. mama n papa tu asyik tambah itu ini je.
nazzxxra - sedap melampau kan. rasa macam nak beli lagi je.
kawen tahun lepas tmpah kad cni gak tapi ade something bad happen. sempat la amukan puaka gak situ.
lina - ni yang menakutkan ni. why? what happened?
Post a Comment