Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Seekers

salam kak peej..

1st, sorry coz banyak sangat short form smpai kak peej kena perbetulkan.
2nd, sorry gak coz ada yg confuse nak ingat A,B,C kan.. 
3rd, sorry kalau cerita kali ni agak panjang sikit ye..
ni kira sambungan dari EXPOSE MISTIK : RONDA MALAM...
yang ni cerita dari kawan saya ok.
ada kawan-kawan saya ni geng silat.
paham-paham la kan kalau masuk silat ni, mesti ada yang boleh nampak benda-benda ni kan?
so.. kawan saya yang masuk silat ni namanya Haikal n Khairul (bkn nama sbnar..)
cerita ni jadi masa thun lepas. kira kami ni form 4 masa tu.
ada abg form6, Hafiz, pun masuk gak geng silat ni. 
so kira diorang ni ada ilmu la sikit kalau nampak benda-benda halus ni kan??
byk jugak diorang bercerita kat saya. maklumlah.. saya suka dengar org bercerita.:)

1st
Masa ni, kawan-kawan lelaki yang lain, kelas saya juga, tengah lepak-lepak kat warung mamak.. ada la lebih kurang 7,8 orang camtu.
diorang tengah seronok-seronok la bersembang bercerita kan antara satu sma lain..
masa diorang tengah syok sembang, geng-geng silat pun kebetulan lalu nak cari kedai makan lepas habis bersilat kot kalau tak silap. of coz la dah malam masa tu kan? 
salah sorang kawan saya ni namanya Aiman, panggil la geng-geng silat ni join sekali makan dengan diorang. byk jugak la geng silat ni, luar dari sekolah kami pun ada.
geng-geng silat ni cam nak tak nak ja masuk kedai tu. lastly, abg hafiz bisik apa ntah kat Haikal n then Haikal dengan Khairul pun datang la dekat dengan geng-geng AIman ni.
Haikal bisik perlahan kat kawan-kawan Aiman tu, katanya. "Korang makan cepat sikit tau. lepas habis makan, terus keluar ikut kami. ada benda nak bagitau korang."
naahhh.. dengar2 ayat tu,, terus semua budak-budak laki tu meremang bulu roma n rasa x sedap hati.
Aiman tanya Haikal, "Kenapa?"
Khairul jawab. "Tak dak apa. tapi cepat la. kalau dah siap jom."
diorang dah sedap hati dah, terus tak dak selera nak makan n then ikut Haikal dengan Khairul berkumpul dengan geng-geng silat yang lain.

mereka pergi la jauh sikit dari warung tu. agak-agak dah selamat, terus abg Hafiz kata. "Korang jangan pergi lagi tempat tu. tempat tu ada penunggu. kami masa nak masuk tadi pun dah boleh rasa benda tu ada dekat ngn korang."
dgr2 ja abg hafiz cakap, semuanya muka pucat habis.. diorang tak tunggu lama. terus ja balik rumah masing-masing.. ya la..semua pakat dah takut habis. lepas-lepas dari hari tu, diorang dh x pegi warung tu. kalau diorang nak lepak pun, mesti pastikan tempat tu selamat ke tidak. n kalau nak keluar, mesti ajak haikal dengan Khairul, sbb diorang kan ada jugak ilmu2 silat ni.

lepas-lepas ja kes warung tu. budak-budak lelaki kawan saya ni makin berani. 
ada yang buat-buat berani. 
apa rancangan diorang? ha.. ini dia nak cerita.
dekat dengan sekolah saya, ada quartes guru. tapi dah x dak orang.. 
sebab apa? tiap-tiap hari, mesti ada guru yang kena kacau. 
sampai dah tak dak dah yang berani nak duduk kat situ.. 
tempat tu jadi terbiar je. 
kalau org nak guna tmpat tu jadi port dadah ke, port maksiat ke, mmg konpem ada. 
tapi tak dgr lagi la ada org buat port kt situ. 
maybe kena kacau la kot.

quartes guru tu, ada 4 block. block A, B, C n D.
diantara B dan C tu ada surau.
geng-geng silat kan dah selalu pegi tempat-tempat yang sunyi, tak dak orang, untuk kuatkan semangat diorang kan.
so Haikal n Khairul ni, kira dah biasa la kan pergi tempat2 cmtu.
geng-geng Aiman ni, bila dah dgr geng-geng silat suka pegi tempat sunyi. 
terus diorang ajak Haikal n Khairul pergi quartes guru tu tengah-tengah malam. 
x silap dalam pukul 11 nak dekat 12 tgh malam la jugak. 
apa diorang buat? diorang duduk kat depan pintu quartes tu ja tak sampai 5 minit, dah rasa meremang bulu roma. 
tu belum diorang masuk kawasan quartes tu lagi.
diorang duduk situ, lepak-lepak sambil duk bercerita (Tak dak kerja kan?)
last-last semua pakat diam. 
Haikal n Khairul dah bg isyarat yang benda tu macam nak datang dekat diorang.
diorang steady lagi tp dalam hati hanya Allah yang tahu hati diorang masa tu macam mana.
sambil-sambil tu, diorang take pic.
bila diorang tengok balik pic yang diorang tangkap. 
naahh.. sekali ada hantu rempit la sebelah diorang.

ada dua ekor hantu naik moto betul-betul sebelah diorang.
kira nak tumpang bergambar sekali la kot.
memang menakutkan.. 
saya sendiri pun tengok gambar tu. diorang bagi saya tengok..
ya Allah.. memang nampak jelas muka hantu-hantu tu. 
dengan muka macam terbakar, gigi pun macam dah x dak, boleh senyum lagi tau, jangan tak percaya. 
berdiri bulu roma saya masa tengok gambar tu. serius scary gila la..

saya nak bluetooth, tapi Haikal n Khairul tak bagi. 
coz diorang cakap, nanti kalau henset kau rosak, jangan salahkan kitorang. 
henset diorang memang dah dikunci dah oleh tok guru diorang. 
kira selamat dah la henset diorang tu. 
tapi geng-geng Aiman ni tak serik, diorang pergi jugak lagi tempat tu walopon diorang ni takut. 
ada yang sampai demam. tp dh masuk form 5 ni, saya tak tahu la diorang pergi ke tak lagi tmpat-tempat tu. selalunya kalau diorang nak pergi, mmg quartes tu la yang jadi febret diorang.

ada sekali tu, diorang tangkap gambar gelanggang tennis kat sekolah saya tu, ada jugak nampak benda duk bergayut kat lampu dekat dengan gelanggang tu. 
saya lagi sekali tengok la gambar tu. 
kali ni, benda putih rambut panjang yang tengah bertenggek kat lampu tu. 
cuma tak jelas sangat gambar tu.
tapi nampak la image tu. mmg scary tapi lagi scary gamba yg hantu merempit tu.

haikal ada cakap kat saya. block A n B, bahagian hantu yang suka usik orang.. 
block C n D, bahagian orang bunian. 
kira siapa yang pegi bangunan C n D tu, diorang tak kan kacau selagi korang tak pergi buat sepah kat tempat diorang. 
bangunan A n B, kalau korang pergi, tak kena kacau,, memang tak sah la. 
Khairul pulak cabar saya, suruh saya pergi kt pagar quartes tu. duduk situ 5 minit ja, saya akan rsa benda-benda pelik. 
memang tak la saya nak pergi situ. 
kalau ya pun nak pergi, saya heret diorang sekali ngn tok guru diorang tu. hehee..

2nd
yang ni lagi skali saya alaminya sendiri..
kat sekolah jugak. besalah kan, semua sekolah ada sejarah tersendiri.
kali ni dkat dewan sekolah. 
dewan sekolah saya ni dekat dengan gelanggang tennis. 
masa ni time rehat. 
saya, Sofia, Jasmin, Alia, kami 3 org pergi ke dewan. 
kira kami je la yang ada kat kawasan dewan tu, kebetulan SOfia, Jasmin n Alia ni pengawas, n tugas diorang jaga kawasan dewan jangan ada budak-budak lain datang dewan hisap rokok ke apa ke kan? 
saya teman diorang je la, sambil nak alihkan moto saya. 
garaj motosikal ada kat tepi dewan. so masa tu, saya tak cakap dengan diorang sangat coz saya tgh bad mood fasal apa tah.
kami lepak aje la kat tepi dewan tu. 
masa tu saya ingat lagi, hujan renyai-renyai, tak lebat. 
pintu dewan semua berkunci, saya mmg sure kami 3 org ja ada kat situ.

masa tu, sunyi ja antara kami, tak bersembang apa pun, just lepak n minum air. 
tiba-tiba, si Sofia ni boring, dia pun nyanyi la 1 lagu ni, n yes,, mmg saya ingat lagu apa yang dia nyanyi.
lagu dia macam ni,, 'pohon beringin daunnya rimbun.'
bila dengar-dengar ja dia bernyanyi, secara drastiknya, saya kalih dekat dia, terkejut, tiba-tiba ja rsa seram. 
n then masa tu ada angin kuat. 
kami diam aje lah. saya pulak mcam tak fokus apa yang diorang cakap. tengok aje ke depan. 
n that time, dgr suara macam orang nangis dalam dewan. 
pastu bunyi gong. suara dia sayu sangat.
n guess what?? saya langsung tak takut. 
saya diam aje kat situ. 
padahal, kalau ikutkan,, saya ni memang penakut sikit orangnya..
saya mcam tak sedarkan diri about a few minutes. 
seolah2 saya tgh menghayati orang tu nangis.
bila aje saya kalih nak tengok Sofia, Jasmin n Alia, diorang memang jauh gila ngn saya. 
keadaan diorang macam cemas. 
pastu diorang panggil saya kelam kabut. 
saya terus tersedar n bgun pergi ke diorang. 
saya macam nak nangis,sbb masa nak lari ke arah diorang tu, kaki saya tak boleh lari, saya berjalan aje la. tapi mata saya gatal nak tengok dalam dewan. 
tak ada sapa-sapa pun dalam tu. suara tu pun dah hilang sejak-sejak diorang panggil saya. 
sampai-sampai aje saya kat diorang, diorang tanya, "Kau dengar tak apa yang kami dengar?"
n saya jawab.. "Dengar. Bunyi orang nangis n bunyi gong."
masa tu muka saya memang slumber je,, macam x dak masalah, diorang pun terkejut, mcm seolah2, bkn saya yg ada kat depan diorang.

kebetulan bunyi loceng, kami masuk kelas,, jauh ja dari dewan, saya rsa sebak sangat. tak tahu kenapa?
masa tu, Alia cakap, "Kau tahu tak, masa kami tanya kau tu,, kau macam orang lain, bulu roma kami tegak masa tu. ish. jangan-jangan depan kami ni, bukan kau kot."
saya masa tu la baru takut sgt2.
lepas2 tu, kitorang tak rehat dah kat dewan. 
n selidik punya selidik, rupanya bkn saya kami je yang alami benda ni, 
abg form 6 yang dah habis sekolah pun ada jugak alami mcam kami alami. 
situasinya sama, hari hujan renyai2. tp bezanya, masa tu dia sorang.
ish..meremang je bulu roma bila teringatkan suara tu..

p/s: k lah kak peej. tgn x larat nak menaip dh. byk lagi cerita fasal geng2 silat a.k.a seeker (geng2 AIman) , n cerita yang saya alami n tengok sendiri. tapi lain kali k.. 
assalamualaikum

5 Comments:

anak cik talip said... [Reply to Comments]

woaa...kalo waktu ujan memang ade effect bunyi mcm org menagis..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aku bcala citer ni smpi abes smbil gelak2.bkn nk deny,tpi cm cter karut pun ader.xpecially part tok guru silat bleh kunci hphone tu.huhu...

lady scooter said... [Reply to Comments]

wuuu... takut seram tapi best... kepada penulis ni, jgan lupe citer lagi ok..! peej... jangan lupe publish lagi story penulis ni k..he3

best...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Adoyai tak suka cerita hantu2 ni tapi gatal dok baca juga sudahnya nak kedapur sendirian pun takut.

KARYANEKA SDN BHD said... [Reply to Comments]

saya, Sofia, Jasmin, Alia, kami 3 org pergi ke dewan= kalu ikut bilangan bukan ber4 ke???



Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...