Instagram : @peejburhan

expose mistik : main computer



hai peej. Arini aku nak citer pengalaman aku masa aku belajar.

Aku student di sebuah ipta kat johor. 
Ada dua ipta kat johor.. dan ipta aku kat area kampong. Mungkin ade org tau kot. 
Tahun lepas iaitu 2011, bulan 6, aku amik short sem.
rasanya kau tau kot short sem tu ape..xperlu aku terangkan..hahah…back to story. 
Short sem ni xramai yg amik.
so kolej pun xbuka bnyak dan satu jekolej di buka..kolej luar dari u.
itu pun beberape org je duduk. Senior kan so bnyak kawan aku duk umah sewa. 
So ni bilik aku.seperti gmbar rajah di atas. 
Bilik aku ade 5 org.. dan lima2 tu kawan aku, amik kos yg sama.  

So bermula la cerita aku..
Untuk pengetahuan korang tempat tdo aku kat bahagian no 3.dengan tingkap. 
Dan katil adalah double decker ok. 
Maknanya ade 3 katil double decker untuk 6 org. 
setiap sorang ade meja dan almari sendiri.

Pada satu malam, aku dah xtau nak buat ape..boring kan..amik short sem, satu subjek plak tu..
aku xtau nak wat pape.. kawan yg duduk kat atas katil aku dah tdo..
so aku pegi kat kawan aku yg kat bahagian2..
die duk atas.. so aku kena panjat la katil die.
kawan aku yg lain sume dah tdo, tggl aku n kawan aku nama R je yg belum tdo.

so aku lepak2 bersembang dgn die.. 
kitorang mmmg dah kawan lama,sejak dari diploma lagi..
cume jarang bertegur sebab masing2 busy kan. 
So cerita kitorang berkisarkan masa diploma dulu la. 
And then tibe2 aku dgr bunyi org taip keypad laptop aku ok…
aku dah syak lain macam.. tp aku terus kan chatting ngan kawan aku…
buat xde pape. kawan aku xdgr.
pastu aku dgr lagi. bunyi org main spacebar.. ko tau kan bunyi spacebar mcm mana. 
Dan ‘die’ tekan bnyak kali kot.. 
aku still lagi think positif… ckap ngan diri aku yg kawan aku kat bahagian no 1 xtdo lagi..
oh ye…die xde partner so katil atas bahagian 1 kosong…
so sampai sudah aku ignore bunyi tu. 

tp pagi esoknya aku bgtau la roomate2 aku ape yg aku dgr.
and kawan aku yg bahagian 1 ckap mlm tu die tdo awal…wt@#!$!!!
so sape yg main laptop aku malm tu???
tp xpe aku kuat lagi.. doa aku, bunyi xpe lagi.. jgn tunjuk muka sudah...

semgu kemudian..kitorang balik bercuti..
tp aku xbalik la.. kawan2 aku yg duk bahagian 2 je yg balik..
maknanya 3 org je yg tinggal dalam bilik tu…
mlm waktu kitorang bercuti, aku chat ngan kawan aku kat bahagian 2.
die duk katil bawah. S namanye…
diepun buke cite.. a few days lepas aku bgtau citer tu…
die pun dgr bunyi yg sama..
tp die pun think positif. 
Sama mcm aku…fakk!!!
aku tanya nape xbgtau awal2.
die ckp xmo takutkan aku..
aku ckp ‘yg ko bgtau ni nape? kan waktu mlm. sama je kalo ko bgtau aritu..ish!’..
on the spot aku buka surah Yassin dalam laptop aku..hahaha…
next day cepat2 aku packing barg balik umah makcik aku.seb baik die duk dekat…
ade tempat tuk menyelamatkan diri…itulah ceritanya…

Baru2 ni masa aku masuk sem baru, kawan aku buka cerita, sebenarnya area yg aku dudk tu, mmg keras..
die dah kena…’benda ‘ tu menumpang duduk kat badan die…
mula2 die selalu lenguh2 badan…bile pgi check,rupenya ade ‘benda’ tu..
and kolej aku telah pun mengambil langkah yg sepatutnya dengan melakukan bacaan Yasssin dan juge upacara menabur lada dan garam kat setiap punjuru bilik dan blok..
hope xde pape lagi la sebab aku nak duduk kolej ni sampai tahun depan..huhuhu


-T-

4 Comments:

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

ehhhh aku terbaca plakkk.. ok nak shut down laptop terus. bila tekan spacebar dan dan aku terimagine. tahi laaaa.

susumanis said... [Reply to Comments]

peej..aku jumpa nih..utk ko ya darling :

Rumah Baru..
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia

Bersua lagi kita dan pada kali ini ustazah nak berkongsi tajuk “RUMAH BARU.. tapi bukan cara nk beli rumah baru..TETAPI APA YG PERLU KITA LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU, atau kita berpindah ke RUMAH BARU.. Ustazah dapat info ini dari hasil pembacaan ustazah pd ptg tadi d suatu majalah.

Haa..tentunya ada rakan2 dan pembaca yg telah membeli rumah baru dan pada tahun baru 2012 ini akan berpindah dari rumah sewa ke rumah sendiri kan? ustazah mengucapkan tahniah dan selamat berpindah ke rumah sendiri..tp tk kiasah la..kalau pembaca berpindah ke rumah sewa yg baru..

Di sini ustazah ingin berkongsi petua atau tips2 berpindah ke rumah baru..

Apa yg perlu dilakukan ialah:

1. AZAN

Dalam sebuah hadis Rasullullah saw pernah berpesan sekiranya banggunan atau rumah yg terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk yg dikenali sbg Al-Ammar. Ia suka tinggal di rumah yg tak berpenghuni. Oleh itu laungkan azan pada pertama kali anda masuk ke rumah baru anda itu ya..

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH:

Rasullullah bersabda: ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur shj) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan surah Al-Baqarah ” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

sekurang2nya amalkan membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA QURAN:

Rasullullah saw bersabda : ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ” (riwayat al-Baihaqi)

4. BACA SURAH YAASIN , AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS:

Amalkan membaca surah2 tersebut insyaAllah kita akan terpelihara dan akan dilindungi dari gangguan makhluk2 halus dan dikhuatiri akan mengganggu anak2 kita yg masih baby atau kecil.

Selamat beramal

-USTAZAH AZIMAH-

Lya Colours said... [Reply to Comments]

uik macam tahu je ipta ni. sbb saya pon ipta yg sama di johor, kawasan kampung.sahih la sama ni
kalau betul lah ipta sama, memang macam2 hal lah kat situ. saya dulu duduk kolej baru, budak2 selalu kata, nanti ada 1 musim, akan nampak pocong je. gila betul.bleh plak ada musim2 kan

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ok aunty pun macam pernah dengar cerita macam ni sebab anak saudara aunty dulu belajar di Uitm Segamat.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...