Instagram : @peejburhan

Expose mistik: Badi orang mati?

banyak  cerita seram aku nak tulis kat ko.. tapi masa je tade...
tangan aku leh lak rajin click kat semua cite expose mistik ko.. dan g baca suma.. ternampak lak cite yg pasal kain putih kubur cina...
entah2 rumah writer tu  satu bangunan dengan rumah aku jugak...
hmmm.. wallahualam
ceritanye camni...


Watak: EX & AKU
waktu kejadian: 2 tahun lepas

aku nak kena kasi intro dulu.
EX- boifren den  berbangsa cino.
Muka jambu iras aaron aziz.. ( eceh tanak kalah..tapi sekarang muka dia dah mcm pian cecupak dah... hahah mentang2 da putus!!* sesape nakmuntah sile muntah*)
tersangkut antara satu sama lain sebab buat yoga sama2..
pendek kata dia ni yoga instructor aku la.

so satu hari ni... sifu kepada ex aku ni meninggal sebab liver cancer.
dia meninggal jam 1.00AM.
Ex aku called aku banyak kali tapi aku tak angkat sebab yerla dah sah2 aku membuta..
aku lak kalo membuta memang da tak sedar dunia luar...
kalo gempa bumi pun entah2 aku masih nyenyak lagi..

so pendek cite dorang kena la arrange mayat si mati.
Pastu cino kan suka simpan lama2 sebab selagi seluruh ahli keluarga tak datang selagi tu tak leh di bakar/di kebumi.
Pas dah arrange tu.. mayat si mati ni di letak di salah satu memorial park untuk last visit.
time ni ex aku dah penasaran nak jengok mayat sifu dia..
yela to give him last respect la kan. sebab lepas ni dia akan jadi abu.

Nak di jadikan cerita, aku kenal sifu dia ni. memang peramah.
so kitaorg gi la memorial park yang terletak kat Cheras ni.
Aku sebenarnye tak nak pergi sebab aku tau aku ni lemah semangat.
Tapi di sebabkan sayang+kesian dan atas paksaan ex aku ni aku gagahkan jugak gi jengok si mati.
sampai di memorial park tu pun dah pukul 9PM.
dorang letak si mati kat tingkat 3 bilik no 10A. (hamek ko siap bg no bilik lagi)
one of the reason nape aku tak suka pergi melawat si mati yang bukan beragama islam especially buddhist, bagi aku cara dorang buat mayat tu sangat sedih.
siap ada orang tolong nangis.. pastu cara dorang nyanyi pun cam seram.

di pendekkan cite, Kemudian ex aku tarik aku kat keranda.
aku tengok guna hujung mata je..
mayat dah cam melendut dan pucat lesi.
Ya allah..first time aku tengok mayat bukan islam cenggitu.
dia di pakaikan pakaian yang cantik2.
tapi still seriau kalo ko tenung lama2.
di tambah pulak bau colok yang sangat kuat,ding dung ding dung..
borak dengan family si mati jap pastu ex aku htr aku balik rumah sampai depan pintu.
penakut punya pasal.

masuk rumah terus g bilik air.. sental satu badan mandi.
masa aku ngah mandi aku dengar la cam bunyi org tarik kusi meja makan.
bunyi cam kerusi bergesel dengan lantai. cenggitu la bunyi dia. .
pastu aku dengr bunyi pintu kena tutup.
aku ingatkan housemate aku. so aku buat bodoh je.
siap mandi tepek segala bedak sejuk kat muka...
aku kuar dari bilik konon nak layan tv jap..
tapi lam otak masih lagi terbayang wajah si mati, entah nape bulu roma aku asek je meremang time tu.
tengah syok dok  layan kim kardashian ..... tangggggg bunyi pinggan pecah kat dapur.
terkejut beruk aku. cepat2 aku gi dapur.
tengok tade ape lak... adehhh... sumpah tak best time tu..
pastu gagah lagi nak tengok kim kardshian ni.

still tak berapa takut sangat, aku terasa nak smoke.
so gerak gi balcony rumah.
pastu telinga aku tertangkap bunyi lagu classical opera cina.
ala yang lagu mendayu2 tu.
cepat2 aku smoke, pastu terus masuk rumah  balik dan tutup sliding door.
time ni dah meremang gile sampai akar rambut aku pun tegak je aku rase.
tapi still layan tv lagi, entah camne tah penat sangat kot, aku leh tertidur kat sofa.

aku tatau la mimpi ke ape.
tapi aku nampak si mati datang kat aku.
pastu pegang lengan aku.
dia cam sedih sangat. dia kata dia tak ready nak mati dan bgtau dia kene black magic.
ade orang guna2 kan dia.
dia mintak aku tolong bgtau kat parents dia.
aku lak boleh kata taknak.
sebab aku tak rapat sangat dengan dia or family dia.
lagipun aku tak kenal sape yang buat dia.
pastu dia cengkam lengan aku tanak kasi lepas. 
aku rentap. then terus aku cam tersedar.
bile aku sedar, aku tengok lengan aku (tmpt sama yang dia pegang) lebam.
biru2 hijau gitu kaler dia.
kire seminggu jugakla baru boleh hilang.

pastu aku cite kat ex pasal benda ni.
terus ex aku call parents sifu dia.
check punya check mmg sifu dia ni ade scandal dengan laki sarawak.
owh sifu dia ni gay veteran.
tapi kitaorg tak sure la pulak samada betul tak scandal dia yang buatkan dia sampai mati.
sebab bila laporan autopsi keluar selepas mayat selamat di bakar menunjukkan yang liver dia masih OK dan boleh lagi berfungsi walaupun tande2 kanser tu dah kelihatan. ( kire cam stage 1 la).
sampai sekarang depa masih terfikir2 mcm mana si mati boleh pergi camtu je sebab si mati ni mmg jarang2 sakit.
ever since dia balik dari yoga workshop kat sarawak tu la dia terus jatuh sakit.

dahla.. aku penat nak pk penutup.
peej ko jgn pelik dengan aku. aku mmg selalu kene benda2 cenggini. semua ni terjadi lepas aku sakit 10 tahun lepas.
lepas daripada tu "hijab" aku cam terbukak.
pastu macik aku dan pacik aku tolong tutupkan balik.
so aku tak nampak benda pelik2. tapi aku boleh rase.
dan selalu nye kalo aku gi memana mesti ade je yang ikot.
member2 aku pun terkena sekali. sebab tu dorang tanak bawak aku gi memana or jauh2 sangat atau lelama sangat.
dan aku pun tanak gi lama2 sangat sebab aku tahu  yang aku ni lemah semangat gile.
Okla. nanti bile senang aku story pasal kisah 10 tahun lepas.
sbb panjang sangat. mls nak menaip.

p/s: aku pun budak sarawak. tapi tade la sampai nak black2 magic ni suma. takut aku. peej ko tolong edit sikit. sebab cite ni ade cam bau2 perkauman sikit.Trimas.=)

XO
Zaza

.........................................................................................


perkauman ke? aku rasa ok je kot. aku pun bukan reti nak edit sangat.
sebab if perkauman takda la kau couple ngan chinese ke apa kan.
should be ok kot.
but aku dapat bayangkan seram dia.
antara benda paling aku takut bila dengar lagu classical cina.
pernah tgk cerita hantu apa tah dulu.
bukak lagu tu. then tetiba piring hitam sangkut. eeee tak sukaaaa.



9 Comments:

JuJue said... [Reply to Comments]

itu pasal piring dia calar...itu pasal lah tersangkut. ewahhh confident je aku bila berkata kata.

Miss Anne said... [Reply to Comments]

aduh...serams ok..xdpt aku bayangkan kalau aku d situasi ini..
huhuhu..
peej,suka la baca expose mistik..
kalau seminggu ada 2 kali ke kan best..hhehehehe..

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Habis bace jer tiba2 mama seram..

susumanis said... [Reply to Comments]

weee..seram giler ni..mcm citer ghost whisperer lak kan..ni leh wat biz nih..sapa nk in touch balik org kt alam lain tanya kabo..ok ok aku mengarut...hahaha

miss nona said... [Reply to Comments]

aku sanggup tgu pagi ni baru baca although nampak entry ni mlm tadi.. takuuuutttttttt..

Iz said... [Reply to Comments]

Memang seram. Aku wonder sape la yg buat black magic kat sifu tu. Tetibe sifu gay veteran pulak. Isk. Adakah partner sifu?

luvely Bobo said... [Reply to Comments]

peej,cek ur email.. tq..

WaniGhani said... [Reply to Comments]

fuh..seramnye..tp kira berani gak la dia ni sbb dah dgr mcm2 pon masih kuat hati nk tgk tv..kalau aku dah kua dr umah gi la umah sesapa kan..asal bukan sensorg..

Lya Colours said... [Reply to Comments]

seram jugak. boleh plak tengok mayat yg dah berhari2 simpan tuh.

dulu saya takut okeh nak cium mayat. kan kita org islam, sebelum tutup kapan tang muka tu ada ahli2 keluarga, nak cium dahi/pipi. saya tak mau okeh. takut. ingat dulu arwah nenek, ayah tanya dah cium blom. saya ckp dah. padahal tak okeh. takutttt. huhu
skrg je dah berani sket. masa arwah mokteh meninggal last 2 years, cium dahi dia. walaupun takut2, beranikan jugakkk

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...