Instagram : @peejburhan

episode seram bersambung.

ok sebelum korang baca entry ni.
sila baca dulu expose mistik bawah latest tu dulu. CLICK HERE.
seram gila kan.
bayangkan masa aku dapat email tu.
terus aku email balik ok.
aku baca siang. tapi serious takut dia level tertinggi.
siap seram tu lekat 2-3 hari ok.
so semalam aku tepek tu. aku tak sanggup baca again.
aku paste terus.

aku email balik anna tu sebab sumpah ni cerita paling seram aku pernah baca la.
n aku suka cara dia cerita.
walaupun panjang. tetap nak baca sampai abis.
n ada seram. ada kelakar. memang terbaik la.
nak tanya dia ada tak blog. if ada mesti best tu.
tapi dia kata dia dah takda. tak kuasa.
dulu ada.
gitu la.

n tujuan utama aku email sebab dia membuatkan aku saspen nak pindah nanti ok.
aku lepas kawin akan pindah.
ye la umah sekarang ni idok la besor mana.
kalau aku pun nak nyepit duduk. harus sesak.
so mama awal-awal dah halau aku keluar.

last year stress gak la mencari umah nak sewa.
ye la. aku ni bukan keroje.
takkan nak sewa mahal-mahal. sian laki aku.
considerate kan aku ni. sangatttt *tangan didada, mata pandang atas*
google la tengok umah sewa.
memang kat kl ni mana ada yang murah weyh.
memang stress la memikirkan.

sekali mama bukak mulut suruh duduk umah pusaka dia n acu.
sapa baca blog aku lama tau la.
umah yang time kecik aku membesar situ.
sebelum kita orang pindah ke melawati. then yang sekarang ni.

umah tu penyewa sekarang ni dah duduk 5 years.
dia sewa murah nak mampuih. rm550 aje.
kat kl ni kau dapat teres rm550 mmg bertuah la.
kalau tak merasa la kau duduk flat je.
flat pun masa aku google hari tu. ada yang rm600. gila babs.
aku google nak rumah murah. yang ado flat ajo. T___T.

then mama kata. buat apa bagi orang sewa murah.
baik bagi aku n dotdot.
mama tak suka kita orang nak sewa luar mahal-mahal.
plus tu rumah sendiri kan. so jaga la.
nak buat apa pun takda masalah.
harus la aku happy kan. dah la murah.
aku suka landed house.
plus kira macam umah sendiri jugak la.
so if ada duit lebih nak lawa kan ke apa takda masalah. :D

ikut dotdot dia nak duduk condo.
dia kata takpa dia bayar.
dia tak suka nak tinggalkan aku sorang selalu.
dia kerja n all. dia risau.
at least condo ada guard semua. save la.
umah baru n all.
aku taknak. aku kata bazir. n takpa la. umah tu ok la.
so dia ikut je.

so tahun lepas bulan 10 dah bagi tau orang tu suruh keluar.
patutnya dec dia keluar.
tapi dia mintak tangguh raya cina baru ni untuk keluar.
ok la. ikut suka.
so last tuesday ayol di amik kunci dpd acu.
acu yang uruskan umah tu. so apa-apa memang deal ngan dia.
so cuti hari wilayah last wednesday.
dotdot datang rumah.
mama ajak gi tengok umah.

oh lupa.
dalam few months back.
aku jalan-jalan naik kereta ngan mama n noy.
ada lalu kat umah tu.
terimbas kenangan masa aku kekecik.
umah lama la. tapi teruja tengok ada pokok kemboja besar depan umah.
aku suka gila pokok tu. cantik n bunga wangi.
ingat senang nak besar. lama ok.
so ada tu terus happy.

aku excited nak duduk situ.
ye la. kawin. ada umah sendiri.
nak hias n all.
tapi noy.

noy : kau tak takut ke duduk situ?
me : nak takut apa?
noy : ye la. lama kot. pastu dapur belakang tu lama tak guna. jadi stor. ish takut la.
me : ala takda apa la. orang tu tinggal 5 tahun takda apa.
noy : still. kat tak tau. maybe dia tahan sebab sewa murah. eee. dah la nanti kau asyik sorang je.
me : diam la. takda apa la.

serious aku tak rasa apa.
walaupun ada la rasa terganggu masa noy cakap macam tu.
tapi aku rasa ok la.
dah la dekat surau semua.
plus aku jenis, if tu rumah aku sendiri. umah yang aku duduk.
aku jadi tak takut.
tapi tah la. if dah sorang-sorang je. serem jugak kan. erk.

then bila baca email anna ni.
terus seram berganda aku.
pastu sibuk la aku bg tau mama pasal cerita ni.
aku kata takut la apa la.
mama tak tau cerita sangat.
dia kata aku merepek. takda apa la.

ok la abis cerita.
weeks went by. aku lupa dah pun pasal cerita ni.
so rabu lepas tu pergi la.
sampai je tengok pokok kemboja dah tebang.
tinggal kontot je. eee geram.
kawasan porch sepah. orang tu tak angkut barang semua. tak kasi clear la.
sampah sarap pun banyak kat depan. teruk gila.

masuk je kat bahagian lampu liplap kat tiang porch.
ada tergantung 2 benda.
tengok dotdot masuk terus cabut benda tu.
ok la. then papa masuk bukak kunci grill.
then dotdot masuk bukak pintu semua.
tengok barang ada banyak gak.
sebab rupanya masa sewakan tu semi furnish.
sendiri tak amik tau. heheh.
then barang orang tu pun banyak dia tinggal. bagus.
tapi nanti aku nak buang. taknak la pakai barang orang.

memula masuk serious rasa teruknya condition umah tu.
i mean aku tak dapat bayangkan how can orang duduk dalam keadaan umah macam tu.
macam comot abis la.
tah la. if aku la. even sewa. harus la rasa nak umah cantik ke apa kan.
If rosak ke apa. bg tau la owner kan.
fix it ke apa.

so tengok keliling.
banyak jugak nak kena repair.
tapi repair mana patut je.
macam kayo nak massive renovation ke apa kan.
takpa la. aku ok je.
then aku n dotdot dah excited.
sebab nanti tu umah 1st kita orang.
paling excited sebab tu umah aku membesar dulu.
1001 kenangan.

then tengok dotdot kemas bahagian porch tu.
sementara aku duduk kat living area.
mama still round umah.
memula sampai tu aku macam tak dapat bayangkan macam mana nak duduk umah tu.
condition teruk ah.
tapi sedapkan hati, nanti ok.
lepas tu terus happy la.
duduk sambil berangan memacam.
bayangkan nak cat warna apa. nak susuh perabot mcm mana.
nak duduk bilik yang mana satu.

tetiba mama datang daripada dining area.

mama : ish. orang yang duduk umah ni khurafat la mama rasa.

muka aku terus berubah.
pergi kat mama.

me : mama niiiii. kenapa???
mama : meh sini. kau tengok tu.

pergi tengok.
ada bungkusan kecik tergantung kat atas tingkap bilik mengadap dining area tu.
di sebalik blind yang tergantung n ditinggalkan situ.

mama : tu bukan beras kuning tu? beras pulut tu.
me : mamaaaaaaaaaaaaaaaa. apa tu. eeeee mama ni takutkan orang la.
mama : eeeee.
me : mama ni. apa tu. buat apa dia letak situ.
mama : entah la. dia ni kontraktor kot. so maybe nak tarik rezeki ke. mana nak tau kepercayaan orang.
me : ish tak suka la.

kita orang agak dia kontraktor sebab kat porch tu banyak tiles perlbagai jenis, bumbung la sekala apa dia tinggal. macam sample tu la.

kita orang biarkan je benda tu.
sebab tinggi. kosser nak panjat ke apa.
so dotdot abis kemas.
kita orang gerak.

maybe hujung minggu ni nak kemas.
then by next week boleh suruh kontraktor tengok n buatkan apa patut.
so tadi lepak bawah.
mama dah baca expose mistik tu.

mama : takut kan.
me : pija dah kata dahhhhhhhh. sebab tu pija takut tau nak pindah umah. dah la pija sorang. mama lak kata orang tu khurafat la apa.
mama : takda apa la. mama tengok elok ada anak dia tampal ayat surah la apa. bagus la kot.
me : yaaaaa. tapi siap ada beras kuning la apa.
mama : takda apa la. 5 tahun dia duduk situ.
me : memang la. kalau dia yang 'tuan', apa dia nak takutkan. tah apa dia buat kita tak tau.
mama : ye jugak kan.
me : nanti pija masuk umah tu. kita buat kenduri yea. n suruh ustaz tengokkan ke apa.
mama : ye la nak.

mama : mama rasa pokok kemboja tu kita buang la.
me : kenapa? pija suka pokok tu.
mama : kau suka? tah la. orang melayu tak suka tanam pokok tu.
me : tauuuu! sebab mama kata pokok wangi ni 'benda' tu suka hinggap. takda la kottt.
mama : entah la nak. kau rasa kenapa orang tu tebang?
me ; mama niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. menakutkan orang la. mama rasa?
mama : entah. kau rasa?
me : takda la kot. maybe dia tebang sebab nak amik n tanam kat umah baru dia.
mama : ye la kot. :)
me : ish.

time tu aku dah seram. babik.
tiba-tiba aku terbayang nanti jadi port ke apa.
Nauzubillah.
dah la aku rasa kat taman tu. umah aku tu satu ada pokok tu nanti. gulp.

mama : masa dotdot masuk umah tu. kau nampak tak apa-apa?
me : mamaaaaaaaaaaaaaaaaaa. kenapa? nampak apa? pija x nampak.
mama : kau tak nampak? takpa la. takda apa.
me : ni tak suka ni. kenapaaaaaa? ada apa?
mama : dia masuk tu. ada benda tergantung tu. mama nampak dia terus cabut benda tu. apa benda tu?
me : oh tau. tu la pelik gak. apa benda tu?
mama : macam wind chime. mama tak perasan sangat.

time tu aku berderau je.
sebab time dotdot bukak tu aku dah perasan.
rasa pelik. i mean apa benda lak kau gantung tu. sesuatu ok.

me : bukan wind chime. takda bunyi. yang pija nampak dia macam tali. then paper cup tergantung ke bawah. kat paper cup tu ada lukis muka. macam kartun tu la. then bawah tu ada tergantung-gantung lagi. ada dua. pija nampak dotdot cabut.
mama : apa benda tu.
me : entah la. macam cina punya pun ada. tapi takkan kot. tapi tengok macam art work yang maybe anak-anak dia buat kat sekolah ke apa. n suruh mak pak dia gantung.
mama : ye la kot.

babikkkk.
time ni bertambah seram.
aku ni suka wild imagination.
tiba-tiba aku terbayang kat pokok tu selalu sesuatu.
so benda tergantung tu elak untuk sesuatu itu masuk umah.
tak sukaaaaaaaaaaaa...

should be ok la kan.
takda apa kot.
cuma membayangkan aku kesepian nanti yang saspen tu.
tapi mama kata nanti dia n papa nak duduk umah aku sementara aku adjust duduk situ.
weeeee. tapi rasa macam tak mungkin je.
if dorang dok umah aku.
umah sekarang ni siapa nak uruskan.
dah la semua anak mak.

hoh seram.
silap-silap dah pindah nanti.
nak buat entry expose mistik pun aku dah tak berani.
so kawan-kawan.
sila doakan supaya nanti jangan asal ada entry expose mistik, bebalik cerita aku je.
aaaaaaaaaaaaaa tak suka.

*jerit lari lintang pukang sambil tangan ke atas tak tentu arah*

21 Comments:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

OK mau tak scaryyyyyyy. Elok pulak tu time nak masuk rumah baru ada cite mcm tu kan..

Buat kenduri doa selamat la nnt, insya Allah takde apa tu :)

landaklaut said... [Reply to Comments]

Cerita kau ni pun seram jugak pija! Nasib baik aku baca dah siang. Waaa!!!

Dils said... [Reply to Comments]

lol. Husband aku keje oversea so balik jarang2. Dulu tetiap minggu baca expose mistik ni, sejak die kena station sana, aku dah tak baca dahh!

Die balik kejab minggu depan baru aku baca. Huhu.

susumanis said... [Reply to Comments]

ok la peej..ko buat je kenduri n panggil ustaz nengok nengok..peh tu ko pasang la surah al baqarah selalu k..umah aku ni pun masa masuk dulu de gak tapi tak nampak laa..jenis yang kita kunci pintu..mmg sure bebeno kunci tetiba pintu bilik terbukak ala ala slow yang de bunyi krekkkk tu...gila seram koo..masa tu da la hub g out stn..anak anak lam bilik memasing..trus g tahu benda tu baik baik, jangan kacau la wehh..then trus pasang surah al baqarah sampai pagi..hehe

Shahrizat said... [Reply to Comments]

iskhh saya pulak yang seram...takpe jangan takut melampau... bila masuk tu nanti buatlah kenduri doa selamat sikit, baca doa pindah rumah, buat baca yasin , insya allah takde apa-apa. Saya pun excited juga bila peeja nak decorate...nanti share bila buat decoration rumah tau...bestnyaaa...good luck

yana halim said... [Reply to Comments]

rilex le peej....asyik pk bukan2, mmg feeling jadi x tentu arah. :)

Afra said... [Reply to Comments]

lawak la ayat yg last tu. * tangan ke atas lari lintang pukang*. siap imagine ok akak buat mcm tu.

nadia- said... [Reply to Comments]

huwooo kak peej... scary laa... tapi fana rase bile dah buat bacaan yassin kat umah tu it should be ok kot... insya Allah

farah : m0mma HD said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
♥ dak pink said... [Reply to Comments]

Gulp!
Huishh, seram lah.
Terus tak lalu ha nak makan nasi lemak.

Miss Anne said... [Reply to Comments]

serius seram sgt expose mistik yang last night tu peej..i baca mlm tadi..tapi langsung x berani nak komen!tak tau la kenapa,huhu..takut terbawak ke mimpi mcm dulu kot..

hope rumah yang u pindah nanti semuanya ok jer,just don't worry.. :)

jija said... [Reply to Comments]

psaye bace cerite mistik awak ni siang2 jer kalau mlm SUMPAH x bace ...tapi cerite ni memang seram sangat lah kan ......

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Ku doakan semua baik2 belaka. Nanti nak masuk rumah tu buat la majlis doa selamat mcm ko cadang ngan mama ko kan? buat pendinding sikit. Insyaallah.. Kadang2 tu bila sorang2 mcm2 muncul dlm kepala. perasaan je kn? Ade mase bende tu tgk kite sorang2 je sengaja nk menguji. Insyaallah, semua will be okay..

dhr said... [Reply to Comments]

Salam Peej,

Masa pindah nanti bacakan surah alBqarah sampai khatam. Sebab surah tu panjang, boleh la upahkan anak-anak tahfiz ke pastu buat kenduri sekali. Sebelum masuk, perdengarkan surah tu pada sebaldi air (boleh pasang CD) pastu basuh la rumah pakai air tu. InsyaAllah selamat takde gangguan nanti.

wahieda said... [Reply to Comments]

Kak peej!! Semalam baca expose mistik tu before tidur then hari ni bangun terkejut tengok tangan lebam2 tapi haram tak rasa sakit pun..apekah ini??hahaha..takot lah..T_____T

Anyway nanti nak pindah tu azan lah dekat setiap penjuru rumah, kasi pagar sikit.. =)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Nanti bila masuk rumah tu buat kenduri doa selamat dan mengaji lah kat dalam rumah tu, insyaallah semuanya akan ok kalau asyik fikir nanti kita jadi takut.

cahya indah said... [Reply to Comments]

me pun seram jugak..sebab jenis suka fikir macam2. lagi2 kalau tinggal sorang kat rumah kan. buat la macm diorang suggest, kak Peej - pendinding semua tu. then bila dah duk rumah sendiri tu jangan fikir bukan2..relax je.

Zalia said... [Reply to Comments]

serious expose mistik : penunggu rumah paling seram aku bace.aku asyik teringat ko tau.smpi nk mandi sorang2 pun takut.dah la semlm tgk movie citer underworld tu.stok2 vampire/werewolf yg ganas sume.balik dr tgk movie aku citer dgn laki aku psl expose mistik tu.pastu aku ckp la aku takut duk umah sorang2 segala.da la rumah yg aku duduk skang ni sblm ni dh sethn kosong.alhamdulillah sethn duduk xde pape la.mungkin aku dgn laki jenis x amek port, malas pikir.tp kalo sorang2 aku seram la jugak.terutama bilik belakang.huhuhuhu.
aku xtau la btol ke x "bnde" tu tau kite ckp psl dia.tp semlm masa tido aku mimpi jatuh dr tebing tggi, langsung tersedar dr tidur.org kata,kalau nk tau jin/iblis nk ganggu kite, itu antara petunjuk dlm mimpi.terus aku mengucap,bace ayat kursi,doa pd Allah swt dan himpit laki aku rapat2.hahaha.takutttttt..

EdaManAli said... [Reply to Comments]

hai kak peej,

jgn PK sgt, PK xsabar nk hias umah cantik2 je ye...tp sblm msuk umah tu nnt panggil laa ustaz n jemput org bace Yassin bagai...insyaAllah Ok...

faizal hashim said... [Reply to Comments]

akak mintak share....ramai suke cite hantu akak....ade lg x cite seram??

faizal hashim said... [Reply to Comments]

akak mintak share cite seram tue....mcm best jer...ade cite seram lain lg x??

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...