Instagram : @peejburhan

yeay. dah jumpa designer baju HaiTaj n the lovely Bella.

siapa yang dah baca blog aku for a while.
mesti dah perasan yang aku ada kata yang baju reception ku akan di sponsor.
dah di offer. harus aku pun teruja menerimanya.
semangat bella ni hantar email.
siap penerangan panjang lebar.
dia kata dia pembaca setia aku.
if buat kuiz untuk dia pun dia boleh jawab semua. kelas kan.
dia kata kawan dia ada butik pengantin n baru nak start bergerak sendiri n all.
belum ada blog bla bla.
aku ok kan je.

then few weeks later dia email lagi.
dia bagi aku blog kawan dia tu.
baru dibuat.
terus aku terkejut n sangat kecut.
sebab tengok pics ada dalam tu ada artis la apa.

omg. designer ke apa.
sebab time bella email tu.
aku bayangkan butik pengantin macam biasa tu la kan.
sekali designer. takut la.
i mean esp bila siapa la aku ni kan.
perlu ke di sponsor.
tapi macam mama selalu cakap.
semua Allah yang tentukan. dia dah bukak rezeki tu.
ok teruja.

nak jumpa. tapi tak menyempat.
sebab biasa la akhir tahun banyak weddings n all kan.
aku ada la rasa cuak.
ye la. kawin tak lama lagi. baju takda lagi.
pastu bella bbm set date.
kata 1st jan jumpa.
set macam petang gitu la.
ok.

hari sebelum tu aku dah rasa cuak gila.
ye la. dah la nak jumpa bella tu satu hal.
sebab ye la. aku ni kan mana biasa jumpa-jumpa orang.
n nak jumpa kawan designer dia tu lagi.
what if sebenarnya bella yang semangat.
kawan dia tu tak suka pun aku ke apa.
gituuu. hahahaha.

then sampai ke hari tu.
aku dah set ngan dotdot.
nak gi sama la.
bbm bella. bella kata dia still kat ipoh.
dorang ada wed kat sana.
n new year kat sana terus.
so jumpa malam.
dotdot takleh join. sebab dia ada hal lain.
so saddddddddd.

ajak noy dia tu pemalas nak teman.
so kejam. gila sedih if aku pergi sorang kan. :(
then aku bbm huda. tanya boleh tak dia ngan ice teman.
sekali dorang kata ok. weeeeeeeeeeeee.
then bila dorang pergi. baru la noy nak teman.
tah apa-apa kan.




blow straight uolls.
ok sebab adalah.
aku hari sebelum tu curlkan rambut.
siap pakai hair spray.
lepas tu pemalas mandi.
rasakan rambut kusut macam akar aku.
nak taknak kena sikat rambut.
bila sikat aku punya original wave hilang la kan.
so kita blow straight je senang. ;p

then gerak.
jumpa ice n huda kat situ terus.
house butik mereka di vista amani kat bandar tasik permaisuri, cheras.
nasib aku biasa ke rumah ice kat bandar tun razak.
so takda la sesat ke apa untuk ke sana.

gila berdebar nak jumpa.
siap bella dah tunggu kat guard house.
aku n noy duduk dalam kereta tak keluar-keluar.
tunggu ice n huda sampai baru gerak. ;p

hahaha.
seronok gila jumpa bella.
cuma dia gila. sebab dia suka pandang aku.
ok aku kurang la. dia suka pandang noy.
pastu tak abis2 cakap cantik la apa.

then naik atas jumpa hairi.
hairi sangat la down to earth, pemalu semua la.
aku malu ngan dia sebab dia designer.
yang dia malu ngan aku sebab dia risau aku ada designer yang lebih terkenal ke apa.
helloooooooooooooo. memang tak la.
pernah ke aku ni pakai designer.
designer aku tu hah aunty cina butik kat keramat permai tu. ;p

butik dorang dalam progress berpindah.
so tak lengkap lagi.
tapi takpa. aku ok je.
banyak kali nak cakap sorry la apa.

:: bella n i ::

so bila di fahamkan.
dulu hairi buat ngan hazwani osman.
now dorang decide nak bergerak sendiri.
gitu la.
sorry la. aku ni mana tau designer semua ni.
tau pun sebab baca few blogger2 kaya cerita designer sana sini. :/

so kita orang bincang pasal baju.
bella bengang je.
sebab bila tanya aku nak baju macam mana.
aku kata tak tau.
aku just tau nak warna apa je.
then aku tunjuk baju kim kardashian yang aku minat tu.
wah gitu. tak nak kalah nak kardashian jugak.

dorang kata aku takleh banyak warna tu.
nanti akan nampak semua bonggol2. matiklah. hahahaha.
aku jenis simple.
so aku kata, hairi mesti lagi tau apa yang sesuai ngan aku.
aku ok je.
aku just bagi warna yang aku nak.
n aku cakap aku tak suka kain kilat.
bella terus cakap, "siapa suka. kita orang pun x pakai satin murah tu"
gulp. baiklah. 

dorang pun tunjuk la baju-baju yang ada.
pun tak banyak. sebab mostly customer buat n amik kan.
dorang tak buat untuk sewa sangat.
yang ada pun mostly yang sponsor artis semua tu.
then tunjuk pic-pic kat ipad bella n iphone hairi.
lawanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
rasa nak terjun dpd pent house tu.
sebab tak pernah ku menyangka akan dapat peluang pakai baju lawa macam tu. hehehe.

yang noy n huda sepuluh kali baju-baju yang tergantung tu.
memang lawa melampau.
huda siap kata nak kawin lagi sekali.
melampau tu.

then hairi bagi cadangan aku kena pakai macam mana.
siap suruh try kasut 5 inch heels ok.
scary gila.
tapi turn out ok pulak aku pakai.
tp setakat tawaf kat rumah boleh la. berjam tengok. 
motig nak slim effect. supaya aku nampak tinggi.
hahaha. slim ke uol?


hairi ngan design baju ku.
kelakar.
time dia lukis tu siap cakap, "sorry yea. if nak design ni memang standard size. bukan ada maksud apa-apa"
aku dah macam. takpa. faham hahaha.
noy lagi kong ajo.
bila dia tengok, "lawanya lukisan ni. tapi pija mana ada macam ni. dia kena ada bonggol2 kat perut semua"
T____T

me : hello. jangan terkejut if tiba-tiba time aku kawin. aku jadi kurus macam lukisan tu. *which takkan la kan*
hairi : eh jangannnnnn. semua ukuran dah amik dia. lari jauh nanti.

hahaha. ok fine.
then tak boleh la aku nak diet.
matiklah alasan kan. padahal memang tak pernah berjaya pun diet.
poyo je lebih.


:: hairi sibuk design. bella sibuk ajak kita orang cam whore kat ipad dia. pastu aku betul2 kan rambut dia hangin. dia kata ni bukan cermin ok. eh alang2 kan. nak la lawo sikit ::



aku sibuk ukur badan.
dorang sibuk posing kat balcony.
pic kemain banyak. ni je boleh guna.
sebab semua gegar.
salah bella la ni. dia tukang snap pic. hahah.

then abis design.
hairi tanya banyak kali.
dia kata ok ke?
aku kata ok la.
kenapa tak ok?
dia kata. tak la. takut aku tak suka ke apa. n sebab aku dapat designer lagi best ke.
memang tak la weyh. hahahha.
so start la ukur badan.

pun kelakar.
aku memang habit if ukur tiba-tiba tarik nafas. tah apa-apa. hahaha.

hairi : macam biasa je ye.
me : ye. *tarik nafas*
noy : eh pija. kau jangan tarik nafas boleh tak. lepas kan la.
me : fuhh *lepaskan. terkeluar perut ke apa semua*

semua gelak.

noy : ni baru betul. perut semua nampak.
me : T___T
hairi : haaa ni baru ok. jangan. if u tahan nafas. ukuran tak sama. u pakai baju hazab nanti.
me : ok.

tu takpa.
paling best time ukur tu.
dia kata punggung aku sama macam siti nurhaliza. awwwww.
kat situ ada satu baju untuk siti.
siap tunjuk pic semua.
serious kecik. dia kata tu la. tv bagi nampak besar.
sebenarnya siti tak besar pun. pinggang kecik je n all.
yang besar hips dia la. size aku.
tp untuk aku pulak. hips aku di anggat takda. T___T
kecut.
bella siap kata nak bagi aku pakai padding tak.
hahaha keji gila.


paling best.
aku tanya. if aku pakai baju ni.
laki nak pakai apa?
pakai suits ke? pakai baju melayu ke apa.
dorang kata suits.
then before balik tanya la.
suits tu macam mana. aku tempah luar ke apa.
dorang kata sponsor sekali.
lelaki n perempuan la. bukan aku sorang je.
sian pengantin lelaki kena tinggal.
plus senang buat sekali sebab baru warna baju masuk.
wah sukanya.
Syukur Alhamdulillah.
sebab ada jugak bincang ngan dotdot.
aku suruh dia buat suits.
dia kata dah survey. paling murah dia jumpa.
orang tu quote rm2800.
phewwwwww. lega rasa.
rezeki nak kawin. kurang sikit rasa beban kan.

yang pasti sangat excited.
rasa tak sabar nak tunggu fitting nanti on feb.
dotdot datang sekali untuk amik ukuran suits tu.

tu takpa. sekarang hair n bella tengah memaksa aku bersanding jugak.
dia kata baju beribu takkan taknak sanding.
sanding jugak.
mama ok je.
tapiiii. aku dah rasa cuaknya.
ish ngan kasut 5inch, ngan baju ada train sikit.
kena naik tangga ke pentas la apa.
jangan la aku berguling seperti bebola. takuitttt.

:: with hairi n bella ::

if korang ada yang nak kawin ke, nak tunang ke, nak pergi function ke.
nak buat baju kan.
boleh try contact hairi.
serious sangat nice dorang ni.
terhibur aku masa jumpa tu.
ni details dia.

HaiTaj Creations.

- hairi tajuddin
- 012 354 4554
- hary_hcl@yahoo.com
- haitajcreation.blogspot.com

- A-18-2, Vista Amani Kondo, Jln Tasik Permaisuri 3, Bandar Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

nanti aku update lagi progress dress kawin aku ye.
kelas ok. mak kawin pakai dress.
western sangat. hahahaha.

ok tu je. bye.

10 Comments:

Mymie Sein said... [Reply to Comments]

untung badan wedding ada nak sponsor..saya dulu sendiri buat.. luckily yg buat baju saya pun my frens yg amek fashion design gak... So meletopss gak la baju saya.. hehe..tapi dapat rege kawan2 tu i loike..

linda said... [Reply to Comments]

aku suke la designer tu daripada citer hang. Macam takde la merendah-rendahkan orang-orang comel macam kita. Ni tailor cabuk pun suke perli2 kita kain tak ckp la ape la. Pfttt. Ada rezki kawen nnt musti aku cube tempah kat Hairi :)

Anyway, congrats Pija. Aku tunggu update hang lagi pasal prep kawen :D

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply to Comments]

babe. ko makin cantik! berseri2 okey.

zella y said... [Reply to Comments]

wah..rezeki org nak kawen kan...
pastu nmpak pija berseri2 gitu...
pastu designer pn baik je nmpaknya...

xsabar nk bc update psl wedding u... ;)

kutak jinggong said... [Reply to Comments]

Salam kak, sweet la huda ngan ice tu. Xsabar nak tengok akak ngan dot dot pulak bersweet2 cenggitu... can't wait to see ur dress.. (mode kepoci)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

rezeki lah peeja oiii... tak sabar tunggu ko naik pelamin ngan heels 5 inci.. haha kelaka lah ayat ko bebola tu.. aku bayangkan bebola daging ikea.. muahah.. ko kawin tak jemput, aku bom umah ko.. ko dont play2.. aku tau address okaaaaayyyyyy..hahah

shuweet said... [Reply to Comments]

Murah rejeki ko nak kawin....oh kat vista amani ye, dulu sepupu aku ade buka bakeri kat bawah condo tu...so leh la try kat hairi tempah baju

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Bertuah jadi peeja kan, alhamdulillah tak semestinya orang kurus macam model2 je dapat tajaan orang yang berbadan besar macam kita pun cantik juga kalau kena gayanya.

Alicia said... [Reply to Comments]

lamanya tak dengar citer simanis bellarina ni...kim salam kat dia erk peej..kata kak alicia.....hikksss.....post kome semata nak kim salam erk..hahaha..

* jeles nengok kulit peej yg semakin cantek....:P *

peej said... [Reply to Comments]

mymie - tu la rezeki. my baju nikah pun Insyallah my fren nak buatkan. pun amik fashion design. :)

linda - tu la. aku pun terharu. i mean siapa la aku dia nak sponsor kan. dah la terlebih muatan badan ni. tp hairi sangat baik ok. bella pun. dah la aku bukan kawin grand2 ke apa kan. ttp dorang tak kisah.

nemo - over kau. apa2 pun thank u la yea. ;p

zella - sangat baik dorang. if rajin akan terus update yea. thanks sbb komen. rasanya baru jugak nampak ur name komen sini.

kutak - hahaha. akak tak macam tu kot. akak ni pemalu sikit nak pose ke apa ni. ;p

filla - bebola daging ikea kecik-kecik weyh. comel n sedap pulak tu. aku bebola lain. bebola yang besar selalu orang masuk tu. letak kat swimming pool. hahaha. eh kau jangan macam-macam ok. bg idea. dah la ramai tau umah aku mana. hahah.

shuweet - ye sila-sila.

aunty - Alhamdulillah. murah pulak rezeki nak kawin ni.

alicia - kenal ke? ni mesti dia baca punya entry ni. siap komen sekali agaknya. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...