Instagram : @peejburhan

warm welcome to new readers. :D

bila bukak statistic tersenyum lebar.
seronok je.
tapi tang tu je la. iklan tetap sendu.
ok aku tak tau apa maksud sendu.
tapi lately asyik nampak perkataan tu.
n bunyi macam sedap.
mari tunjuk pandai n guna perkataan tu. miahhahaa.



suka kan.
macam aku pernah cakap before ni la.
sekarang UV dah up to 4000 a day. banyak kan.
can u imagine. 4000 peeps bukak blog ni almost everyday. woahhh.
tah siapa-siapa la kan.

last year january UV 3400.
this year january paling tinggi UV 4300 sehari. la la la.
so maknanya naik nak dekat 1k. gila la.
paling ketara this month la aku rasa.
adakah kerana INTREND hari tu? hmmm...

so dengan ini.
entry ni aku nak ucapkan a warm welcome untuk yang baru baca blog ni since a year ago.
n jugak thank u untuk semua yang dah bertahun baca blog ni n still rajin jenguk. ;p
terima kasih jugak untuk Tuhan, keluarga, rakan-rakan yang banyak membantu.
dah untuk peminat semua. thank u all. i love u all.
ahahahahahahahahahaha. ok 2 ayat atas ni abaikan.
saje menganjing bagi ucapan ala-ala dapat award.
artis sangat. sepak perpusing.
ye la. artis if bagi ucapan mesti gitu je la ayat dia kan.

tapi serious teruja.
walaupun kadang-kadang ada rasa scary tu.
plus kena marah ngan orang sana-sini sebab nak keluar lepak pun dah tak senang.
ada je orang tweet kata nampak kat luar la apa.
tak coverline tau.
banyak mato-mato.

oh untuk yang baru baca.
yang bawah ni untuk korang yea.
ada jugak dapat email message tanya itu ini.
confuse kot.
takpa faham. sebab masa memula blogging pun ramai dah tanya.

ok watak-watak dalam blog aku.

family members
- papa
mama
- abang 1st - ayol. isteri zeity. muda daripada aku tp pangkat kakak ipar. ada anak sorang zara sofea.
- abang 2nd - P.G
- me.
- bongsu - noy

kawan-kawan baik from mrsm
- ice. wife huda.
- jonet
- nysya. rolex bf dia.
- shawal

ok of coz ada lagi.
tapi ni muka-muka yang biasa keluar la.

kawan-kawan from bbgs
- pedd
- farrina - adik dia familia.
- asyima

aku ada ke kawan lain?
ok ada. tapi jarang masuk sini.
ni yang selalu masuk ok.
ramai confuse noy tu siapa kan.
so sekarang sudah clear? dia adik aku.
bukan kawan baik aku yang tak malu asyik tidur rumah aku ke apa.
hahahah. dulu ramai ingat macam tu.

aku ni kurang berkawan.
balik-balik muka sama je.
so nama-nama atas tu cukup la yea.

oh satu lagi watak.
adalah dotdot.
mesti korang fikir apesal semacam je kan?
well aku tak rasa nak share lagi.
sebab kadang-kadang ada reader ni boleh tahan macam haram.
not all. but some.
bila time aku couple kemain lambung.
bila break kemain dia keji kutuk laki tu.
macamkan dia lak yang couple dulu.
over sungguh.
so aku tak suka.

so selagi aku tak kawin.
takyah la sibuk.
nanti kang dah kawin. aku tayang je jangan korang naik meluat pulak kan.

pasal kawin.
sorry terang-terang bagi tau.
eventhough aku appreciate each n everyone of u.
tapi serious nak jemput semua aku tak mampu.
plus mostly aku tak kenal kan.
selama ni sepi. tiba-tiba mintak wedding invite. kan ke pelik tu.

ingat aku tak rasa bersalah bila semua bersuara kata nak datang la apa.
macam mana aku nak jemput semua.
gila kau kalau dah beribu macam tu. pitam.
lain la aku masak sendiri. buat style kampung.
rewang la apa. then ok la nak ajak ramai mana pun.
so untuk berlaku adil.

nanti aku akan buat macam kuiz.
hahaha ok nak type ni pun rasa macam poyo kemain.
best sangat ke nak kuiz bagai?
ok bukan sebab best. tapi aku rasa ni je solution nya kan.
so aku akan buat kuiz maybe 10 soalan.
semua berkaitan blog aku.
so kalau korang dah lama baca or khatam blog ni.
kemungkinan untuk jawab soalan semua betul adalah cerah. :)
maybe aku just bukak untuk 50 penyertaan je.
aku choose 10 winners. so boleh la bawak partner masing2 kan.
family ke. tak kisah la kan.

if la tiba-tiba ada ramai pulak jawab semua betul.
so aku akan cabut undi.
nanti amik la video aku cabut undi tu.
sebab nak adil.
taknak orang kata aku menipu pulak ke apa.

eh macam melalut dah kan entry ni.
asal nak tunjuk statistic n warm welcome je.
tapi ke kuiz pulak. hahahha.
apa -apa aje la.
aku bagi tau awal je.
mana tau ada yang gigih rajin nak study ke apa.
ok bengong gila kalau study blog kan.
miahahahhahaha.

ok tu je la.
last sekali. again ku ucapkan terima kasih kat reader yang sudi blog merepek ku ini. ;p

25 Comments:

Mizz Coki said... [Reply to Comments]

I don't care u blog pasal ape cos I really love to follow ur witty story. and ur high cheekbone tu. sampai i jadi bestie u dlm sims social ahahahaa.. keep up the honesty to reach 'famousity' muahahahaa...

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

auwww so sweet lah ko peej.. tolong aku x nak jawab kuiz sbb muka aku tak penah menang pon.. tapi aku nak datang jugak ko kawin.. aku tau umah kau.. aiyookkkkkk... aku datang tau, plishhhhh.. nak nengok dotdot.. ;)

nqr said... [Reply to Comments]

sib baik aku tayah susah payah nak jwb soalan kuiz bagai.. hahaha.. (macam aku dpt pegi la kaaann?) heheheh! aku doa dari jauh je la... peejaaa.. sign kat dada ai pelissss... (kata hartes) :p

Miss Anne said... [Reply to Comments]

waaaa..congrats lah peej!
makin femes blog u! :)

apapun,i really like the way u write ur blog.
interesting writing and sincere gitu..yang part lawak tu leh i gelak pecah perut ok!hehe
plus, u mmg rajin upload photos and update ur blog.keep it up k ;)

Noa Hamrin said... [Reply to Comments]

I ialah ur new reader. Watak yg i plg suka is Jonet. Cam chomels jer. Kim salam kt Jonet ye :-)

salmi said... [Reply to Comments]

a'aa masa first2 baca dulu ingatkan Noy tu member ,lps baca a few entries baru tau Noy tu adek . Ooooo ni baru tau rupanya PG tu ABANNGG!!! selama ni ingatkan PG tu adik bonggsuu,tak sangka rupanya Noy yg bongsu. Apasal muka PG/hal PG jarang masuk dlm ni,dia shy shy cat ke or dia x duduk serumah dgn u all?

Noy baca tiap2 entri ke? Mati la if nak baca hari2 apa yg kakak dia tulis psl dia kan,mesti Noy dah jemu kan,mesti mcm "ah lantakla kau nak tulis apa psl aku,tak kuasa dah nak layan"

azra said... [Reply to Comments]

sehari ada lebih 18 kali kot buka blog pija ni.
macam ada sesuatu tau blog ni.
mesti nak buka hari2.
ada penunggu la.
mistik betul blog ni.

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Thanks u dear...I memang new reader pon...hehe..best sgt yr blog..

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

setuju dgn azra. blog ni sesuatu.
ada tarikan yg setiap kali on9 mesti kena bukak.
i dont know why and penyakit ni dah berjangkit kt my youngest sister.

kalau outstation pun mesti bukak thru bb. dah takda ubat utk penyakit ni. haha ayat bombastik sgt oih.

anyway congrats atas segala yg peej dah achieve in ur life.
hopefully bahagia hingga ke akhir hayat.

alamak dah mcm wedding wish je tu. haha. sendu sungguh. (tetiba)

sorry lama yak komen sebab malas nak login. kihkih

afiniakib said... [Reply to Comments]

hahaha quiz siap!nvmd, janji smua ok. tengok dlm blog pun dah happy :)
may Allah ease everything for u n ur loved ones. keep writing miss!!

lhmysh said... [Reply to Comments]

Salam,

Hye kak peej,alaaaaaaa...kite dgn gigih dan jayanya dah khatam sume entry kak peej dr tahun 2009...pastu kak peej buat ringkasan cmni......ha9..tp tak pe...i enjoy baca sume entry tu.....sgt suka bile kak peej update blog ...anyway,nak kenalkan diri kite lg skali....I'm Lieya....silent reader kak peej yg baru je start tahun lepas awal dec kalau tak silap...ingat lg tak??kite ada msg kat fb...kalau tak ingat tak pe...mcm tak de motif je nak ingat sume reader kan?nanti lame2 mesti familiar dgn nick lhmy ni.....bye

Shahrizat said... [Reply to Comments]

saya tau blog ini pun dari blog marina monroe. yee memang saya antara statistik yang kerap masuk blog ni...terima kasih atas entry-entry yang best dan selamat pengantin baru in advanced. Take care.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

I love u too peeja, aunty dah terselamat sebab hari tu mama dah jemput dengan mulut tapi kena jawab baru dapat jemputan pun ok je.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Hehehe.
Siap ada kuiz nanti tu. Takpe Kak Peej, tak kena jemput pun takpe, just share tarikh wedding pun dah cukup for me.

So that, boleh wish.
Boleh kan?

^^

And awesome visitors tu!

J u l i a 。.゜✿ said... [Reply to Comments]

sama sama peej.

=)

aziejepoon said... [Reply to Comments]

Wah..bestnye ado kuiz!! X sabo nk join.. Ary2 kat opis on laptop akn bukak blog nie!! Sedey kalo u x update!! Tapi tetap suka ulang2 baca apo yg U tulis...menceriakn ary2 yg busan diopis..

salmi said... [Reply to Comments]

[ i dh nmpk jwpn u psl Noy baca x tu di entri bwh.ignore je la k soalan tu]

salmi said... [Reply to Comments]

[ i dh nmpk jwpn u psl Noy baca x tu di entri bwh.ignore je la k soalan tu]

salmi said... [Reply to Comments]

[ i dh nmpk jwpn psl Noy baca x tu kat entry bwh.ignore je Q tu k]

UnaChenta said... [Reply to Comments]

Hehe sama2 peeja.. Aku jumpa blog peeja dari blog hanis zalikha.. Time tu bulan puasa..bila buka blog peeja byk gambar makanan sedap2 oh em ji!!.. Blog ini sunggoh mengiurkan.. Tapi lama2 best baca pasal family peeja, mama dan papa mcm best, lpas tu bff dgn noy, ada adik bulu2 Lulu, tulisan peeja bersahaja dan lucu..

izaryda yasin said... [Reply to Comments]

minggu lepas saya dah habis baca semua entry akak... ;))

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

x dapek pergi pn x pe kompom ade entry nnt...tgk gambar pon sudehh...

peej said... [Reply to Comments]

coki - hahaha. xpe perkataan lain ke kau nak guna?

filla - kau diam2 sudah. nanti tau2 kau jumpa aku je nanti. hahaha.

nqr - kau x sudi nak blk pun. sbb kau balik hujung tahun kan?

anne - thank u. for sticking around. :)

noa - hi. oh ye ke. Insyallah akan sampaikan salam. dia mmg sorang yg sangat baik n sweet. di sayangi ramai.

salmi - P.G bongsu? melampau. hahahha. dia x suka orang amik pic dia la. plus jarang lepak sama. if keluar sama mmg akan amik pic dia ke apa tepek sini. walaupun dia mesti marah je if snap pic dia.

azra - melampau ok. padahal tuan blog pemalas update ok. tu la. asyik expose mistik je. banyak penunggu stay sini. erk. ish takut lak tetiba.

moon - oh hi. thanks to u. sebab sudi baca. :)

peej said... [Reply to Comments]

cik enon - hahaha. tak suka komen anda. lawak gila. tiba2 ada sendu jugak. ;p thanks to u sebab still la rajin baca. walaupun mostly merepek2 je.

afini - tu la. over sangat kan. tp terpaksa la. untuk adil la.

lhmy - oh tau la. sorry kadang2 akak nak reply semua msg ke apa tak sempat. busy sangat. rajinnnnnyaaa khatamkan. akak sendiri tak kuasa nak baca tah apa yang dulu2 ada kat blog ni.

shahrizat - oh ye ke. hebat jugak blog mama ni. ada ramai gak reader dtg dpd dia. thanks for the wed wishes. walaupun segan sbb kawinnya pun belum lagi. ;p

aunty - hahah. xyah la. aunty dah kira kawan mama. so under guest list dia. :D

zara - oh nak wish ke? ingat nak post hadiah. hahahhaha. nak jugak tu!

peej said... [Reply to Comments]

julia - :) julia antara blogger awal2 saling mengenali kan.

azie - rajinnya la hai. padahal tuan blog ni pemalas je update.

una - oh salah sorang reader dpd hanis ke. sbb tgk stats dia antara referrer utama gak. tu la. kata tuan blog suka makan. tu yang banyak pic makanan je kan.

izaryda - rajinnya la hai korang ni.

buyui - apesal sedih sangat ayat kau ni? kau nak menang tanpa bertanding yea? hehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...