Instagram : @peejburhan

thank u sayang. u made my day.

aku rasa tahap stress aku yang tah apa-apa ni makin kronik la.
cara untuk hilangkan stress ialah makan or shopping.
which did not help of coz.
sebab bukan menyelesaikan masalah aku ke apa pun.

hari ni super penat.
semalam tidur around 4ish am.
as usual.
then pagi tadi sepuluh kali terjaga.
sebab dah janji nak jumpa orang.
takut terlajak tidur kan.

sekali elok bangun aku check kereta takda.
terpaksa cancel. janji jumpa petang pulak.
noy balik kerja tiba-tiba ajak teman dia pergi bank la apa.
layankan la.
ikutkan nak tidur je. penat n ngantuk.

pergi bank boleh tak pukul 3ish dah tutup.
sebab dia kata nombor giliran dah takda.
whatevs.
aku kata la kat post office pun boleh je.
so ke post office lagi.
oh around tengah hari tu padahal aku dah ke sana.
sebab ke sana la aku tau rupanya kat post office boleh buat macam-macam. ;p

then sampai post office.
tengok angka giliran ada lagi 15 orang depan kita.
noy kata jom jalan-jalan dulu la.
if terlepas nasib ah. pergi esok je.
tujuan nak belikan selipar mama.
beli.

then noy nak beli panty hose la apa.
tetiba ada magnet menarik aku kat baju-baju.
ternampak baju menarik. after discount 70% jadi rm17 je ok.
tak suka kau.
noy dah bising. dia kata, aku kata dah taknak shopping.
aku kata rm17 je kot.

ok fine. try. puas hati.
then lalu kat baju-baju lain.
noy gi tarik baju. dia kata ni lawa, tu lawa.
n aku tengok memang lawa.
terus amik daripada tangan dia n try.
memang lawaaaaaaaaaaa!
end up aku beli 4 baju. n baju lain takda discount pun T_____T

not that i'm complaining ke apa la.
memang syok kot dapat baju baru n rasanya macam lawa sungguh la.
but guess what. baru je last friday baju online sampai. aku beli dua.
baju nichii yang aku beli hari tu aku tak pakai lagi.
n baju beli kat bali ada 2 yang aku still belum pakai.
nice tak?
aku ni dah gila ke apa kan.
tu takpa. patutnya happy la kan.
still aku rasa ada sesuatu tak kena ngan hati ini.

abaikan.
so ke post office balik.
elok duduk. lepas tu nama kena panggil.
padahal sempat noy pun beli itu ini.
ada la sejam. nice.
takyah esok susah-suah nak pergi lagi.

settle tu. balik.
rehat kejap.
kena ke lrt hantar barang.
dah la otw nak pergi tu.
aku ternampak kucing aku yang dah mati.
sama sangat.
semangat bbm noy dalam jam tu.
tapi noy kata aku stress kot. sebab tu aku pelik-pelik.
dia sure memang kucing kita orang tu dah mati. hmphhh.

then balik sampai rumah.
then still rasa pelik-pelik.
takda mood.
gila babs punya.
dah la rasa macam everyone is getting on my nerves.
tapi sebab malas nak meroyan macam apa.
diam je. sebab tu rasa macam kena tikam-tikam kot hati ni.

lepas maghrib. tidur kejap tenangkan hati.
tapi tak sampai sejam noy kejut ajak keluar.
ajak makan. dia kata jom happy-happy.
ok la keluar.
still tak rasa happy punnnnn.

sampai rumah rasa itu still ada.
rasanya PMS kot.
entah la. letih la.

pc satu hari tak mengadap.
sebab tu aku tak sempat nak reply email orang ke apa semua.
takda masa.
ni baru la nak mengadap pc.

elok duduk kejap hp bunyi.
dotdot call.
ok sembang kejap.
tak sampai 5 minit call balik.
aku dah annoyed dah. wtf call banyak kali ni.

angkat je terus aku cakap.

me : sibukkkk je. asyik calll je. *tapi nada manja la*
him : hello. hello..
me : hello.
him : helloooo.... *suara lain*
me : hello.
him : buat apa tu?
me : takda apa *suara garang. siapa pulak ni!!!!!*
him : ni kenapa tak tidur lagi ni?
me : huh?
him : tak tidur ke? buat apa tu?
me : .....
him : hellloooo...
me : hello..
him : tau tak ni siapa?
me : tak tau *still suara kerek*

then suara familiar datang balik.

dotdot : sayang.
me : hah.
dotdot : u tau tak siapa tu?
me : apanya. u suka pass hp kat orang. i tak suka laaaaaa.
dotdot : u yang kata nak hari tu. kirim salam. i bagi la cakap terus.
me : siapa? remy ke?
dotdot : sam la. shaheizy sam tu.
me : i suruh remy laaaa. bukan sam.
dotdot : *pass phone balik kat sam* hah cakap balik.
sam : hello.
me : haiiiiiiiiiiiiiiiii. *wah tiba-tiba sweet suara aku. tadi garang. mesti sam rasa nak tumbuk je aku if jumpa*
sam : hiiii.
me : siapa ni?
sam : bf awak cakap siapa?
me : tah dia. tapi ni siapa?
sam : bf awak cakap siapa?
me : tah. dia kata sam. ni sam ke? shaheizy sam ke?
sam : haaa. ye la tu.
me : alaaaaaaaa. jangan la main-main. betul ke ni.
sam : hahahha. betul la.
me : omg. tak tau sam. dia main pass je. ingat siapa. *sweet abis suara aku. miahahaha*
sam : tu la. tak tidur lagi ke?
me : tak. *cakap sambil muka sengih macam beruk. suara aku konpem macam cibai je agaknya*
sam : kat mana tu?
me : kat rumah.
sam : oooooo.
me : hehehehhe. *motip kau gelak pija oiiiiiiiiii?*
sam : tu la datang sini. bf awak kata awak kirim salam. tau-tau dia call suruh cakap.
me : ye keee. *rasa macam nak lompat bintang sambil tepuk kaki sekali* hehehe. hmmmm. tak tau nak cakap apa sebenarnya ni. excited je. rasa nak jerit. tapi tahan.. hahahhaa. * ok tikam aku sekarang*
sam : sama dengan la. tak tau nak sembang apa.
me : ok laaaaaaaa. thank u. *motif thank u?*
sam : ok. nak cakap balik ngan bf awak.

*pitam berkali-kali*

me : sayannnnnnnnnnnnnnngggggggggggg ni jahat la. pass macam tu. i tak tau. mula-mula tu i manja-manja ingat u. rupanya sam.
dotdot : hihihihih. sayang terkejut ke. ye la. kan hari tu u suruh kirim salam. i tak sampaikan. ni i call terus.
me : sayang. yang i suruh tu remy ishak la.
dotdot : ahhaha. ye ke. tersilap orang. sorry.
me : takpa. sam pun i sukaaaa *wah tamak kau kan. semua kau suka*. tapi tak tau nak sembang apa la. dia pun kata dia tak tau nak cakap apa.
dotdot : patut u tanya la dia pasal apa filem terbaru ke apa.
me : eeee buat apa. i bukan poyo macam u.
dotdot : eh i lepak ngan dia mana ada cakap pasal filem. sebab kita orang sama-sama pelakon. so sembang hal lain. boring la cakap pasal filem je.
me : plisss la. jangan perasan k.
dotdot : betul la. hehehhe. dia datang tempat i. so dia ajak minum depan ni. tu yang i call u. rupanya silap orang. hehehe.
me : takpa la. tapi i happy je. hari ni kalau tak i sedih je. takda mood semua. now dah ok. thank u sayang.
dotdot : ye la. sayang suka yea. ok nanti remy datang pulak. i call u yea. u cakap ngan dia.

OMG!!!!!!
nak cakap apa?
kena practice daripada sekarang ni. mih mih mih.

sebab ada sekali tu remy datang tempat dia.
elok dia sembang ngan remy.
dia call aku.
aku siap seronok.
plisss cakap i kirim salam sayang. kata i sukaaaaaaaa sangat kat dia.
dia kata ok.
aku pun gembira la.
lepas tu aku call tanya.
dia kata dia tak cakap.
dia kata takkan nak cakap. tiz pun ada.
T____T
whateverrrrrrrrrrrrr. cakap jugak. aku peminat kot.
bukan aku nak rampas remy tu pun.
wah matiklah statement. mampu ke rampas kan?
remy pun tak hengennn.

apa-apa pun yang pasti sekarang mood ceria.
tiba-tiba nak suruh dotdot ajak sam or remy datang wedding.
boleh feeling bersanding ngan dorang.
wah matiklah verangansssssssssssssss.

apa-apa aje.
hari ni tidur senyum.
sambil berlatih apa nak cakap if cakap ngan remy pulak nanti.

*menari guyang buntuit*

akhir kata.
jangan la nak emo sangat n stress pija oiii.
macam selalu orang pesan, "Allah takkan bagi ujian melainkan Dia tau hambaNya kuat untuk menghadapinya"
n orang selalu cakap, "Dia ambil ini, Dia akan bagi yang lebih baik nanti"
sooooooooo true.
tadi aku emo tak tentu hala.
hari yang sangat murung. end up akan tidur tersenyum.
kalau betul la semua ini....
adakah ini bermakna nanti aku akan kawin ngan sam ataupun remy?
wah incredible.

PANG! PANG! PANG! *lempang maut daripada dotdot*

17 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

ewww..miangnya.. muahhahahaha! nak cipta keywords la kekekekke! *jeles*

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

Bf peej plakon ke?rasenya masih misteri pasal bakal asben peej ni.
Bestnya dpt ckp ngan sam.nnti kalu dpt ckp ngan remy kim salam yer.minat gle ngan dia..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

Bf peej plakon ke?rasenya masih misteri pasal bakal asben peej ni.
Bestnya dpt ckp ngan sam.nnti kalu dpt ckp ngan remy kim salam yer.minat gle ngan dia..

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

eleh horny lettew!



nanti kalau dotdot bagi hang cakap dengan remy, tak payah cakap benda-benda lagha. cakap ja


my reader, Raina she loves you.



dah. tak payah susah-susah nak pikir line.

FAIZ ARIS said... [Reply to Comments]

wah...dapat ckp dengan shaheizy sam...mesti seronok giler kan...
untunglah~~~hehe

yana halim said... [Reply to Comments]

hahaha.....lawak entri nie. Lompat bintang dan goyang buntuit. Akak dok imagine Peej buat camtu. LOL....

chuy4 said... [Reply to Comments]

sakit rahang aku sengeh baca entry ni

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

pg ni aku bc status ko kt fb punya la gelk aku..mmg terus pikir "pasni mesti remy lak".

p/s: kalau remy ko ckp leh x ko bg nombor phone aku suruh dia call aku lak?miahaha! matiklah berangan terlebih..tiz?? pedulik hape aku?! kahkahkah

-eLyNhere- said... [Reply to Comments]

gelak sorg2 kot baca ni. haha. maluuuuunyeeee kalau kene kat diri sendiri! tapi ok jugak, bole senyum meleret2, hati pun senang :P

umilia said... [Reply to Comments]

peej..cer tgk srtkbr NST muke srt 9 ruangan life & times women..muke jonet kuar psl battle for small changes..hehehehe..

chocolatomuffin said... [Reply to Comments]

eh dotdot retis ke? (blur) ..biarlah nak kepoh hahaha ko jgn marah aku pija hehehe

love for life said... [Reply to Comments]

peej. ang tak tgok ke profile fb aku ngn remy.hahahahah.komen kat status ko semalam.hahahahahah

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Gilo ko? Ontah apo2!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha kelakar lah peeja ni, tapi serius ada masa masanya kita memang rasa nak marah dan tension the whole day tak tahu kenapa sebab aunty pun kenkadang macam tu juga.

Miss Anne said... [Reply to Comments]

haha..mmg kelakar laa!gelak sorg2 i imagine u spoke with sam thru fon..
kalau dgn remy agak2 camne ye? tak ke terkedu di buatnya,..hehe.harus u praktis awal2 peej!hehehe

peej said... [Reply to Comments]

nqr - motifff? kawan takleh lawan ok. aku chairman group. haha.

hanim - tak la. dia tu perasaan ini je.

rara - hahaha. memang tak la. takdo kojo aku nak horny tetiba. n no. dpd aku cakap pasal kau, baik aku bincang pasal future aku ngan remy. eh.

faiz - seronok. macam tak percaya pun ye. hahaha.

yana - sama la. imagine jugak. nak buat tak mampu. haha.

chuya - kau tak tau aku cramp terus. sebab menaip tu sengih je.

buyui - sorry. i tak suka berkongsi. dapat remy i ikat kat katil tak kasi sapa pun. wah katil? hahaha

elyn - malu laaaaaaa. x suka tau surprise2 macam ni. ;p

peej said... [Reply to Comments]

umilia - tak sempat beli. tp nampak orang ada tag kat fb jonet. :)

chocolat - tak la!!! dia memang suka feeling n perasan.

lvl - taknak tgk. takut nanti aku tumbuk monitor. hahaha. *dengki*

mama - apo2 ajo la yo.

aunty - kannn. benci gila if rasa tu datang. ;/

anne - of remy tak update kot. sebab lepas dpt cakap tu terus pitam.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...