Instagram : @peejburhan

testimonial.

aku sebenarnya malas nak buat ni.
tapi dah ramai sangat request.
so aku tepek la. mana yang ada.
mana yang aku share ni yang directly email aku.
or mention aku kat twitter ke.
mana yang aku sempat capture n simpan la yea.

mostly personally kat aku through bbm.
so if dorang bagi macam tu.
aku anggap dorang maybe tak rasa nak share la.
tapi takpa. cukup la aku je sembang ngan dorang.
tak pun sekadar aku ikuti perkembangan dorang bila dorang tukar pic masing-masing.
seronok tengok masing-masing confident up pic tak make up ke apa.
teruja tengok muka dorang slow-slow start nak jadi flawless. heheh.

ada setengah orang tak selesa kan aku nak letak pic dorang before after ke apa.
plus aku rasa macam over bebenor ok. hahaha.
ketara macam ads kulit muka tu.
before after. pastu mata hitamkan.
tah apa-apa.

so sini aku share some of the testimonials ye.
email add n tweet handle aku cover.
:)







Salam peej

saja nk email ni..ye peej tak kenal saya..tapi saya suka baca blog peej n mama peej. *ehh bnyknya  peej

ok direct to the point, i (ehh suka hati la ye..jap i jap saya) dh start pakai tabita..baru seminggu lebih, so kulit dh menggelupas bagai..and pedih n hazab semua dh rasa. Masalah sekarang menggelupas dah kurang tapi muka cam gatal ada rashes. tapi takde la naik bintik2 besar horror..cuma nampak ada la bintik2..ehh paham ke ni??

so tengok balik entry peej yang lama pasal tabita tu..peej kata ada naik gatal2 gak kan..so saya besabar ni..harap2 lepas ni muka saya jadi cun melecun ala2 pelakon sinetron (matila muka jawa ada hati nk jadi cmtu kan) 

ehh...so saya pun mcm peej, tak tau nak ending cmner..so oklah ye. saja nak share pasal tabita tu..kot-kot nanti dah jadi muka kepink-pink-an saya email lagi ye..daaa

Bye.
Azura





Salam Peej,
Selamat tahun baru 2012. Ni nak tanya, ada jual separately ke tabita ni? Yg lain masih ada, tapi smooth lotion dah abis...huhuhu..bila tak letak smooth lotion ni cam tak lengkap lak.
Anyway, testimonial saya adalah spt berikut.
Hari ke 3 pakai jer, bekas jerawat makin invisible, anak saya yg 6 tahun tu yg tegur..hehe
Muka makin cerah. Jerawat mmg takder ler naik lagi..
Muka jadi lembut (husband tegur makin tembam---ntah apa2)..
Anyway, sampai skrg mmg takder pengelupasan lagi...pelik gak..mmg specis kulit gajah kot..tebal..haha
Ok, anyway, inform ek kalau leh beli separately, kalau idak terpaksa gak ler kot beli the whole set.
Thanks
Padma (bumiputera).


- padma ni kelakar ok.
masa mula-mula beli tu.
banyak kali dia bagi tau dia melayu n status bumiputera.
aku dah macam. motif nak bagi tau bumiputera kan.
xde diskaun pun. hahaha.
dia kata sebab bila orang tengok nama dia. mesti orang tak tau dia orang apa.
ok fine. aku mula-mula ada la terfikir.
tapi suka hati la kan. nama orang. takkan nak sibuk pulak.
tapi rasa kelakar sebab dia tak abis-abis bagi tau dia bumiputera. ;p
tengok la. email atas ni pun dia nak bagi tau. heheh.



Hi peeja,

Apa khabar? congrates yer nak jadi Pengantin Baru gitew..

akak tau sure tgh bz nie kan..

Ok, camnie.. if peeja ada buka batch utk Tabita. Akak nak 1 set bole?

nanti inform yer bila?

btw, nak bg testimoni nie... dah sebulan akak pakai Tabita.. kesan dia marvelous dik

Pigmentation akak yg ala2 kutil tu pun dah beransur2 ilang.. kulit muka pun best.. tegang, putih & xyah sibuk pakai makeup ahahahaha

Hubby akak pun puji youuuuu (tu dah cukuplah kan utk akak repeat order)

ok, cukup dah testimoni...

anyway, if ada buka lagi batch utk tabita just inform eh...

TQ peeja

Regards,
Nora



dear peej,

ive not started to peel of any sort
today is my 6th day using it
has any of ur cust has the same effect like mine?
fyi, i jns yg x mekap

betul ke kekdah i gn tabita ni?
cleanser - muka basah2 - pki smoothing lotion - day cream/nite cream


ok yang ni bukan testimonial.
tapi aku rasa nak share.
since mostly yang beli tu adalah daripada readers aku.
so harapnya korang baca la ye.
sekali gus.
sebab tak semua tau kot.
ada yang time amik tanya aku.
ada yang tak.
ada some cara ni aku google la.
ada some sebab aku nak effect lagi smooth.
yang bawah ni aku paste reply aku kat yanti ni ye.
here u go.

hi yanti,

sorry lambat reply.
busy sikit.

ada jugak few yang kata dia pakai tapi tak peel langsung.
pelik jugak.
maybe sebab before ni pernah pakai skincare lain ke.
so u takda kulit mati ke apa.
tak sure.

but if cara i pakai.
selalu i akan pakai cleanser tu.
sapu semua muka sampai leher semua.
tutup mata. kena area mata semua.
then bilas.

pastu takyah lap.
biarkan kering sendiri.
buat la apa-apa.
nanti kering.
if nak cepat kering i suka tala muka depan kipas. :)

then dah kering baru pakai toner.
titiskan 3-4 kat atas facial cotton.
tu pun sapu semua.
i pejam mata. letak kat kelopak mata.
n even bawah mata yang selalu ada dark circle tu.
careful la. jangan kena mata pulak.
last pakai semua sampai area leher n belakang leher.
sental belakang. hilang semua daki ke apa.

then last pakai day or night cream.
cara pakai macam pakai liquid foundation tu la.
titik kat sekitar muka.
then sapu bagi rata.
pun last2 tu i bagi kena leher. tp leher depan je la. ;p
sayang nak pakai sampai ke belakang.
sebab cream sikit kan.

macam tu la i pakai.
so u try kaedah tu ok.
:)

itu cara aku pakai la.
if korang selesa cara korang pun ok je.

last sekali nak bagi tau.
macam aku pernah bagi tau kat blog.
maybe ada yang terlepas pandang ke apa.
so menggelupur email n sms ke apa banyak kali.
hahahaha. faham. sebab if aku pun takut kot.
tapi sila bersabar.

pakai tabita ni. 3 minggu pertama memang seksa ok.
kau akan pedih melampau. tak tipu punya.
ada yang pernah tweet n bbm aku.
kata rasa macam kena hiris ngan pisau pastu ada orang perah limau.
ada yang kata dia laki bini pakai. menjerit2 kepedihan.
YES! bila aku cakap ni. aku tak tipu. memang pedih.

ada yang bbm aku kata dia tak sanggup lagi nak pakai.
aku kata try sabar.
at least bagi la chance sebulan ke.
sebab after 3 weeks. Insyallah takda dah semua tu.
akan nampak beza dia.
dia kata baru dia semangat bila sembang ngan aku.

selain pedih melampau.
akan merah muka. tapi takda la sampai kau takleh kena panas ke apa.
aku ok je. siap berjemur kat bali kot. takda masalah.

then akan gatal-gatal. tapi jangan garu. nanti luka n melecet pulak.
aku siap kat leher semua. sebab aku pakai sampai leher kan.
then menggelupas tu toksah cerita la.
keliling mulut la paling obvious. macam penyakit mulut ok.
macam air liur basi kering pun ada. hahahhaa.
ni paling ramai email la tanya.
n yes. akan rasa pedih n kering sangat.

macam aku. if teruk sangat. before cuci tu.
aku pakai gak facial scrub. ;p
then bila kering. kadang-kadang tepek moisturizer.
aku faham. some segan sebab kerja n all kan.
aku bukan kerja. so senang la cakap.
tp noy kerja kot. dia pun sama.
tapi kau nak lawa taknak? tahan la sikit kan.
biar la orang nak mengata ke apa.
tapi lepas tu, Insyallah ok ke kulit muka.
sibuk nanti semua tanya-tanya. kan kan kan.

so if siapa yang beli dpd aku tu.
nak email tanya ke apa. tanya la.
mana sempat aku reply. 
sebab lately ni busy sikit la.
aku dulu menggelupur, tapi noy ada untuk aku tanya-tanya.
korang maybe takda sapa nak tanya.
so u're welcome to ask me ok.

lagi apa eyh?
nanti-nanti la aku update lagi.
next time.
korang yang pakai suka la baca entry ni.
yang tak pakai tu kesian. tak pasal korang kena mengadap entry ni. heheh.

ok tu je.

10 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja, sebenarnya aunty dah pakai pada tahun 1990an dulu iaitu citra ayu memang sama macam peeja punya tu cuma bila kulit muka mula menipis aunty berhenti pakai. Sekarang tuan punya citra ayu dah balik Indonesia aunty pun dah lost contact dengan dia tapi khabarnya dia buat menggunakan nama lain di Indonesia.

Mymie Sein said... [Reply to Comments]

wahh sound gud gak.. boleh usya2 pas ni product u ni..

Nora said... [Reply to Comments]

ehehe terharu akak... my testimony pun ada eh...

btw, baru lah akak tahu leh kena area mata eh... rugi la 1 month pakai xkena area mata... xper after this akak try cara peeja...

TQ dear

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

1. ko tak jawab email yang tanya boleh beli seperately ke? facial foam tu aku suka.. tapi nak beli tu je boleh? sbb aku rasa benda tu bakal habis dulu...

2. aku gatal-gatal leher.. pastu merah2 kat leher...huahah terus pakai shawl takut orang ckp love bite..gila kau love bite nak bagi satu malaysia tgk.. gila..hahah

3. ok tu je.. sila jawab yg no 1 tu yeh..

peej said... [Reply to Comments]

aunty - oh yeah. tau. hari tu aunty dah pernah komen bg tau pasal ni. :)

mymie - boleh je.

nora - dulu pija pun x buat. tp rasa macam. muka smeua cerah. tp area mata kusam. tu buat jugak tu.

filla - tu sila bbm ye. soalah dorang tu aku dah jawab. tp ke email dorang la.

The Girl With Cotton-Candy for Brains said... [Reply to Comments]

Nak tahu ada tak org sama permasalahn seperti saya, pakai dah berbulan pun takde rasa pedih or kulit mengelupas or what not. Takat gatal sikit2 je. Adakah ini bermakna Tabita tidak berkesan untuk kulit saya? (Wah gila formal soalan, rasa macam nak masok majalah la pulak kan... haha)

Mak lagenda said... [Reply to Comments]

Tersengih2 bila baca part' laki bini menjerit kepedihan' Hehehe..err, ke ada pasangan laki bini yg lain yg sama mengalami situasi gitu gak?? Lantak..mak nak peling2 peej amik stetment mak.



Pengalaman mak?? 1-3rd day adalah mcm nak riak cz rasa mcam x de apa2 reaction. Masuk ari ke 4 mula pedih dan ada sedikit pengelupasan. But still gigih nak pakai cz anak2 tegur muka mak eh dah ada perubahan. Yg x beragak punya komen, my kids said ' muka ibu cantik macam lisa suriani dan muka abah dan mcm aaron ajis'

Kah kah kah...matik kejung mak pak ko dgr statment x bley blah!

Zue-rouge said... [Reply to Comments]

Peej

komen saya pun ada..hihih saja nak share..now dh sebulan dh pakai..mmg mabeles..
pores sgt tk nampak, tapi merah2 gatal tu kadang2 keluar gak, and kalau aktif sgt mcm jogging ke..or peluh keluar begelen2 mmg terasa gatal n pedih, tapi anggap je mcm cobaan nk cantik. beauty is pain kan..so terima sikit la..

and jugak, i personally rasa product ni bukan yang jenis menipiskan kulit muka tu..ni dia buatkan muka kita cerah flawless secara natural bukan sbb chemical peeling. ehh mcm mana nak explain tak pandai la ..tapi memang gerenti tabita ni bagus la. sekian.

oo..nanti akan try komen setiap entry peej ya.

Azura

peej said... [Reply to Comments]

the girl - entah la. takda pulak yang cakap macam tu. takpa. if ada harapnya dorang komen kat entry ni ke apa. dah try pakai cara i pakai tak? mana tau ok. sebab ari tu. yang email atas ni kata tak peeling la apa. lepas pakai cara i. dia kata dah start peeling kulit dia.

mak lagenda - eh takpa la. kena gigih. mana tau lepas ni memang betul2 jadi. silap2 lagi hot dari lisa n aaron. keh keh keh.

azura - ye ke. tak pernah lagi pakai ni n exercise sakan ke apa. katanya pemalas. tp tak exercise pun mmg bergelen peluh. macam mana itu? hahah.

Fyda Fateha said... [Reply to Comments]

Saya da pakai tabita masuk 5 hari tapi takde penggelupasam tapi jerawat semakin hilang.. parut pun pudar .. cerah tu belum lagi... lagi satu saya kene bermakeup juga sebab faktor kerje ... jadi perluke saya teruskan sebab saya tak bole pergi kerje dengan naked face ... saya harus bermake up ... adekah sia sia saya pakai and adekah tabita akn jadi tidak berkesan jika menggunakan makeup semasa baru2 pakai?? Harap dpt membantu saya yg dlm dilema... :(

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...