Instagram : @peejburhan

sushi king.

last week mama asyik la cakap dia nak makan sushi.
taknak kita orang bawak balik.
dia nak keluar makan.
nak duduk sebelah benda pusing2 tu. macam2 mak kau ni.

so last thursday bawak dia ke JJ au2.
situ ada sushi king.
malas nak keluar jauh-jauh.
dekat-dekat sudah.

noy n mama pergi dulu.
while aku ada kerja sikit nak kena buat.
later baru join dorang.
dah banyak gila makan.
so snap-snap apa patut.

:: muka over ceria dapat sushi dia ::


reason kita orang malas nak jauh-jauh.
sebab malas nak bersiap make up semua. hahah.
so if jj dah macam rumah sendiri kan.
lantak la nak comot ke apa.
oh btw, papa tak makan sushi. dia tak suka.
sebab tu tak bawak mama ke situ.
nak tak nak kita orang la kena layan.
sebab masing-masing pun suka sushi. :D.

ok tiba-tiba pic nak meggila lagi.
so rasakan la berpusing ye. heheh.

:: takoyaki yang aku rasa x best. lagi best tako tao punya. ::

:: salmon. nyummm ::



:: miso soup. x kena ngan tekak aku. mama n noy suka  ::

:: my fav ::



:: hasil yang di makan. licin uolls ::

ok fine. aku punya soup tak abis.
aku if makan sushi pun aku suka bedal salmon banyak-banyak.
n unagi je.
lain-lain makan la jugak.
tp ada ni tak pandang lain dah.
ish tengok pic ni tiba-tiba rasa nak lagi.

:: tersandar kekenyangan ::


harus singgah beli donut pulak.
orang bernafsu memang macam ni.
padahal kenyang makan sushi.
tetap nak beli makanan lain.
desserts la konon. mihahahaha.

ok itu aje.
nak bersiap.
later nak ke nilai lepak umah ice n huda.
pastu teman noy standby.

ok ta-ta.

8 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

trigt aku menggila hentam sushi aritu kt jepun. setapppp

Mr.Clive said... [Reply to Comments]

ok.off to sushi king now. =_=

Shakira said... [Reply to Comments]

cantiknye peej

cahya indah said... [Reply to Comments]

Cahya pun tak suka takoyaki kat sushi king. Tako tao forever. hehe. tapi Cahya suka makan Golden Ball kat sushi king tu..sedapppp

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

Peej, kalau suka makan sushi & Japanese food kau try makan Sushi Zanmai & Ichiban Boshi @Pavilion pulak pasni. Tapi kalau Sushi Zanmai the best outlet dekat Sunway Pyramid. Yang lain aku rasa tak berapa fresh sgt product dia. Bagi aku lagi berbaloi la makan kat dua tempat ni dari makan kat Sushi King.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja pahala tu bawak mama, tengok ceria je kak Nani dapat makan sushi, dalam family aunty sorang je suka sushi orang lain semua haram jadi tak merasa lah nak kesitu melainkan pergi sendiri masalah nya rajin ke?.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

mama seronok sangat dapat makan..hehehehe
terasa nak lagi tapi nanti2 lah sebab mahal nak mampus kan?
Anyway TQ Noy..hehehehehe

peej said... [Reply to Comments]

buyui - sedap kan. oh rasa nak lagi.

mr. clive - hahaha. terpengaruh.

shakira - ;p thank u.

cahya - tak pernah try. if kesana akan try.

aracy - aku tau zanmai sedap. tp jauh la nak pergi. masing2 lapar. so mana dekat je. plus zanmai nak makan pun kena beratur. nyampah. ichiban tu tak pernah try pulak.

aunty - oh kita orang semua suka. except papa je. tu yang if nak pergi mama kena harap kita orang bawak la.

mama - nanti kita pergi lagi la. pergi yang lagi best. Insyallah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...