Instagram : @peejburhan

sakan.

last thursday bawak mama keluar.
plan asal nak ke jj aje.
sebab mama nak repair rantai aku kat habib.

tapi tengah siap tu.
aku kata kat noy.
kita bawak mama gi klcc la.
asyik jj je. jj papa pun dah selalu bawak.
klcc pun ada habib so kesana la.
noy ok je.

so siap semua.
then turun bawah. cakap kat mama gi klcc la.
gembira abis muka.
ok la.
kita orang pun dah lama tak bawak mama keluar.
derhaka sangat.
so alang-alang keluar ni jauh sikit la pergi.
pun takda la jauh mana.
naik AKLEH, 5 minit dah sampai. ;p

:: sementara tunggu dorang siap. cam whore kejap sambil sejukkan kereta. kalau tak, panas berkuap weyh ::

oh ni salah satu lagi baju baru.
suka kannn. la la la.

then sampai sana terus ke habib klcc.
betulkan rantai.
n nak tolak gelang aku.
sebab gelang aku tu charm dia love2 tu kemek2.
aku ok je pakai. tapi mama sakit mata tengok.
nak tukar boleh tak seketul love tu rm450 kot.
so baik jual. ok aje.

ingat nak trade in.
amik barang lain.
tapi takda yang berkenan.
mama paksa aku amik cincin kot.
hello cincin aku pun dah bersusun.
nanti cincin kawin lagi. takmo.
yang mama memang tunggu masa je nak amik something.
aku tak bagi. aku kata buat apa. tak perlu kot.

memang lawak la.
mama tu kalau masuk kedai emas. sihat terus. heheh.
bayangkan. tiba-tiba nampak dia keliling tempat tu.
yang noy pegang tasbih dia. yang aku pegang handbag dia. dia dah jauh dah.

then bila cakap takleh beli muka po'ot je.
noy pass balik tasbih. dia zikir.

mama : noy. yang belah sana tu apa? yang tulis 6 tu.
noy : haih. sibuk. zikir tu. zikir.
mama : ye lah. *zikir*

lama sikit lagi. dia pandang kiri tempat kaunter dia bersandar tu pulak.

mama : cantiknya ni nak. noy taknak?
noy : taknak la ma. jangan tengok apa-apa dah.
mama : ye lah. *zikir*

haha sian.
tapi takpa.
anyway decide untuk amik duit.
takmo amik barang lain.
punya la lembab laki tu.
lembab tahap nak siapkan borang ke apa pun ada dekat 20 minit kot.
aku isi la apa.
dia masuk dalam.
then keluar dia kata, jalan-jalan la dulu. nanti amik rantai aku dah siap.
yang rosak tu la.

tapi tah macam mana. aku n noy duduk leka kat situ sebab tengah tweet.
tiba-tiba 10 minit later dia keluar kata, "eh dah siap pun rantai"
for your info. time tu dia baru pass resit ke apa yang aku isi tu.
aku dah macam. oh ok. bagus. takyah merewang.

then aku tunggu lagi agaknya dekat 15-20 minit.
tah apa dia buat dalam tu.
boleh tak dia keluar kata, "sorry. kita takda duit la nak bagi. duit dah abis."

me : takda duit? what do u mean?
guy : hari ni ramai orang jual emas. kita orang tak simpan duit banyak. so ni duit dah abis. boleh tak akak amik esok. esok ada duit.
me : takkan la takda. apesal tak cakap daripada tadi. jadi kerja saya nak datang lagi ke apa. awak yang tadi kata nak amik duit pun boleh.
guy : maaf la kak. ingat akak nak trade in.
me : hherghhh.

time tu aku dah annoyed gila babi.
hello kita orang kat situ almost an hour kot.
ok la pusing2 dalam 15 minit.
the rest deal ngan borang dia ke apa tu.
ruin mood aku big time.
for ur info. tak banyak pun ok. tak sampai 1k pun.
c'mon, kemain kau kedai emas. kat klcc. takkan duit tak sampai 1k pun takda.
macam cibai kan.
n time tu adalah petang ok.
bukan dah nak tutup kedai ke apa.

then aku just cakap ok la fine. nak buat macam mana pun.
dah takda. bagi surat je la.
pandang muka budak tu pun aku dah tak kuasa.
sebab nanti aku lebih hangin.
tunggu kemain lama. dah la lapar. tak membawa hasil memang menyakitkan hati.

aku just palingkan muka je masa dia sibuk nak cakap.
dalam hati rasa nak cakap, "pergi la buat suratttttttttt!!! kau tu dah la lembab!"
taknak menggila. so layan phone aje.
lagi meluat ada one makcik datang n tumpang sibuk.
aku dah la mood dah bengang.
lagi nak menebeng muka betul-betul depan aku.
tetap aku tak pandang.

makcik : memang takda duit. siang tadi orang jual emas. yang jongkong tu. sampai 14 ribu. then ada pulak orang tolak barang rm3 ribu. kita memang tak simpan cash. orang beli barang pun pakai credit card.
me : *dalam hati. ada aku kisah. kau nak cakap apa ni. setakat aku punya tak sampai 1k jangan kecoh ke?*
makcik : kalau ada duit nanti kita orang call ke apa la.
me : huh.

then setelah tunggu lagi 10 minit.
or maybe lebih.
baru lelaki tu bagi surat. sumpah lembab.

lelaki : ini surat. nanti datang tunjuk je surat ni. kita bagi duit.
me : if esok pukul berapa baru ada duit?
lelaki : dalam pukul 5.
me : 5 petang?
lelaki : a ah.
me : pagi takda? ni petang. tapi apesal petang dah abis? kang esok saya datang petang. kata dah abis jugak.
lelaki : tak. esok petang ada.

e eh boleh lak macam tu.
main-main ke apa ni.

lelaki : hari ni takda sebab orang jual emas jongkong tu. harga emas kan tinggi.

ish ada aku kisah ke.
maybe la kot orang yang hantar duit takda specific time hantar.
ikut sesuka hati ke apa.
tapi macam mencibai tempat macam tu duit pun takdak.
nyampah lak aku.

whatever la.
maybe time tu aku bad mood kot.
memang pun. sebab elok balik tu aku period. hahaha.
padan muka.
tu pun kesabaran. nasib tak menaga kat situ.

tapi aku ni karekter bukan suka maki sesuka hati. rude ke apa.
after awhile aku rasa aku macam keji sebab taknak pandang muka orang tu bila dorang bercakap.
tapi aku memang macam tu.
if aku dah benci tu. jangan kata tengok muka.
ternampak nama pun rage ok.

me : ish. jahat ke saya tadi tak pandang muka dorang. saya bengang sangat la.
noy : tak la. memang bengang kot. lama gila kot kita tunggu. pastu kata takda duit. bodoh gila.
me : kan. bukan la kita hadap sangat nak duit tu ke apa. tapi aku rasa bengang sebab lama gila tunggu kot. sekali cakap macam tu.
noy : betul.
me : dah la makcik tu sibuk nak bersangkut kat kaunter n menebeng muka kat situ. aku rasa nak tumbuk je. sebab tu tak pandang. kalau tak memang dah tumbuk dah. *cea macam terrel*
noy : memang annoying pun makcik tu. kau tak tengok muka dia. saya pun menyampah gila. dia nampak kau bising2 kat budak tu. dia daripada jauh ngan muka dia. sibuk nak masuk.
me : muka dia macam mana?
noy : muka sebijik macam muka _ _ _  _ _ _ _. serious ok. aku pun menyampah je.
me : eeeeeeeeee. geram.

tapi memang spoilkan mood la.
benci.

then terus carik makan.
sebab kelaparan pun.
nak try makan kat ben's.
tapi tak sure ada smoking area ke apa.
since memang mood ala-ala naga.
eloklah kita carik tempat boleh smoke.
tak dapat keluar api dpd hidung. keluar asap pun jadi la. ;p
so ke dome.

:: mama yang mood ceria. sebab dia tak dengar kot. so maybe tak bengang macam kita orang. hehehe. oh both pic ni n yang atas ni dpd hp. mobile upload. alang ada tu kita share sini ::

:: noy's mango fadango, mine - apple crush, mama - hot latte ::

:: noy bising pic mama separuh je nampak. suruh snap lagi. layankan ::

:: mama. me <3 ::



noy candid.
tengah cakap ngan dotdot.
memula muka sweet je sembang.
lepas tu stress.
sebab sibuk cerita cincin kat dia.
ingat nak relax je.
tapi terfikir. aku ni tak jejari runcing.
tapi jejari tembam.
so mana la ada size aku.
kena nanti besarkan la apa.
amik masa tu.
so kena beli la cincin.
bukan dia yang stress. aku yang stress.
sebab serious lelaki ni suka relax tak bertempat kan.

bayangkan aku punya stress tu.
sampai terbawak ke mimpi. siap ngigau.
masa kat kedai cincin tu aku stress.
dah ada budget untuk cincin.
then nampak cincin lawa.
mama n noy sibuk kata lawa.
tapi terlebih rm1500 daripada budget kan.
wah sesuka hati. ingat boleh petik2 ke duit daripada pokok.
ok memang la lawa. aku pun sukaaaaaaaaaa.
tapi mahallllllll!!!
bagi aku mahal la tu.
memang orang boleh kata. ah biar la. duit dia.
dia tu sapa? bakal laki aku.
aku yang nak hidup lepas ni ngan dia.

so esoknya tu.
noy tengah make up nak gi kerja.
aku tengah tidur.
tiba-tiba aku terdengar suara noy, "pijaaaaaaaaa...pijaaaaaaaaa..bangun. kau ngigau tu"
tersedar aku tengah menghempas pulas.
noy kata aku macam tumbuk2 bantal tolak-tolak la sambil cakap, "tak nakkkk. tak nakkkk"
bila dengar suara dia tu aku terus jawab, "kau ngan mama la. suruh saya beli cincin mahal. sampai saya ngigau mimpi."
tidur balik.
hahahhahahahahha.
tapi sumpah ok. dalam mimpi tu dorang macam paksa-paksa aku beli cincin tu.
so yang ngigau tu. sebenarnya aku tengah tolak n tepis-tepis cincin tu.
bengong gilaaaaaaaaaa!

:: mine. spicy chicken n mushroom pasta ::

:: mama's minestrone soup. serious sedap. sukaaaaaaaa nak google la cara buat. wah macam rajin. banyak je bahan dia. takpa. nak kita ke dome sudah. kosser nak buat la haih ::

:: mama's beef pie. amboih sakan dia kan. ::

:: noy's grilled beef steak ::





then bawak mama jalan shopping.
memula ke mark n spencer.
tak beli apa. sebab baju takda yang sesuai untuk mama.
tak banyak choice yang lengan panjang.


since isetan aku pergi last time.
last month kot.
aku tak tau susunan dia. macam tak ok lagi je.
tak tau mana nak tuju.
so kita orang ajak mama ke parkson je.

elok jalan nampak kaunter YSL.
mama dah lama nak carik perfume YSL.
dia kata dulu papa selalu belikan.
tapi kita orang jalan selalu macam susah je jumpa kaunter YSL.
so bila dah ada tu singgah la.

seronok mama nampak perfume tu.
siap sales guy tu cakap. Opium tu classic. from 1977.
yang satu lagi tak sure nama apa. yang tu from 1983.
memang classic la.
77 time tu mama n papa kawin.
83 tu pulak time aku lahir. ;p
memang zaman dia muda-muda sangat la kan.
tak sampai 30 lagi.
time baya-baya aku. *gulp*
time tu mama dah ada 3 anak maknanya.
aku ni kawin pun belum. miahhahaha.

:: muka noy teruja sebab mama seronok bau perfume mengimbas kenangan dia. ::

tapi tak beli yang tu pun.
sebab dah tersuka bau lain.
wah tetiba je mama ni.
padahal aku rasa perfume dia dah banyak je.

tapi sales guy tu serious baik gila ok.
dia siap bagi kerusi suruh mama duduk je situ jangan gerak.
dia gi bayar semua.
then bagi perfume.
n siap naik atas amikkan cash voucher la apa.
serious sweet.
siap pesan hati-hati.
dia kata kat sini dah ada pick poket.
baru-baru ni kat situ orang filipina curik wallet orang arab la apa.
hish scary.



cantik kan kulit mama. glowing je.
pipi sebelah pigmentation dah total hilang. sebelah lagi je tinggal sikit.
wah teruja.
for 57 years old woman. kan?
harapnya aku nanti macam ni jugak.
wahhhhhhhh. nak jugak. Insyallah if umur panjang kan.
oh n tengok pipi itu.
itu bukan bengkak cucuk tang sana, cucuk tang sini ye.
tu sebab pipi kita orang memang sepesen gaya itu ;p

:: noy yang sombong. nak amik pic dia tak bagi. dia menyampah aku asyik nak snap pic. kedekut ah ::

:: pastu dia rampas camera amik pic aku. aku lak malas layan. merajuk la tu konon. hahahah ::

:: oh perfume mama lama yang 3 n 4 daripada kiri tu. yang classic tu. tapi yang beli adalah yang 1st dari kiri. tah apa nama pun tak tau ::

then later naik atas.
sebab dapat voucher tu.
kita orang paksa dia beli kasut baru kat snowfly tu.
dia kata dia dah ada kasut color brown.
hello kasut dia tu daripada mula dia sakit back in 2008 kot.
lama kot. beli la baru kan.
so beli.
takda pic. tu nanti dia share kt blog dia kot.

then carik baju.
takda menarik kat situ.
so aku ajak ke flow.
aku kata sana baju tak mahal sangat.
dalam rm100++ je satu.
oh kalau korang nak. gi la sana.
nama kedai FLOW.
memang untuk plus size.
dia tingkat satu. kat belah coach tu. jalan ampang wing.
tak silap aku la.
banyak menarik. tapi nasib aku sedar aku dah shopping baju banyak.
so kat sana biar mama beli je la.

then terus gerak balik.
aku singgah kejap la ke cold storage beli rokok n cakes.

serious penat.
ye la mama tak sihat kan.
amat la slow dia jalan.
so jadi super penat.
tapi mama ni kuat semangat. walau tak sihat.
elok je dia jalan. seronok shopping kot.
aku yang gemuk ni gak penat.
penat fizikal n mental. wah nak dramatik je. ;p

lain kali bawak dia jalan nak rent wheel chair la.
laju sikit tolak dia.
ok next nak bawak dia pergi mana pulak eyh?

ni zeity n zara sofea ada kat rumah.
mesti nak jalan-jalan kan.
harapnya tak sesak la kl.
harap semua balik kampung.
tapi tak best nya chinese new year ni.
banyak kedai suka tutup.
pffffttt.

omg. panjang gila aku membebel kat entry ni.
tak sangka panjang macam ni.
penat la korang kena baca kan.
hehehehee. ;p

ok tu je.
ta-ta.
selamat bercuti panjang semua.

15 Comments:

Ribbon Clown said... [Reply to Comments]

Cantik sgt mak u peej.. Nampak muda sgt2.. :)

ohsochaste said... [Reply to Comments]

Cantiknyer korang anak beranak! Kulit licin gebu je! Satu aku notice, pemakanan korang memang banyak variation, sebab tu kot eh? aku pegi mana2 makan yang sama, ayam, daging, ikan masak biasa2. tak reti makan lidah ke apa ke, ulam pun aku pandai makan sambal belacan dengan timun je, kacang botol ke apa ke semua tak reti makan.

Aku kalau dah bengang dengan salesperson memang taknak tengok muka dah kalau bercakap. Sebab kalau aku pandang muka orang tu lagi mata nak jegil, dahi nak kerut2, lagi rude aku rasa. hehehe.

AzNuRuL AzMaN said... [Reply to Comments]

tiba2 rasa tak kisah muka tak bujur dan tak berdagu runcing..tgk auntie nani masih cantik walau nak dekat 60 dah..muka pun tak cengkung..cantik mama u peeja =)

Atiqah MoHez said... [Reply to Comments]

cantik nye kulit ko and mama ko! sukeee

Miss Anne said... [Reply to Comments]

cantik lah tulang pipi korang..eh.tulang pipi ke namanya tue..suka.. :)

Shahrizat said... [Reply to Comments]

best...

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

fuuuhhhh pjgnyaaa entry tp tak penah tak seronok baca.heehe

muka noy macam muka my sis sket.macam la takde la sama sangat maybe sbb puteh :)

lurverin said... [Reply to Comments]

kak peej,

suka your style ngan baju baru itew, rambut & earing juga... auntie pun glowing je muka. saya klu g mana2 mall ngan mak pun akan pinjam wheel chair kat information counter, just letak i/c. kat jj wangsa maju pun blh pinjam wheel chair dorang

Fathia-Z said... [Reply to Comments]

super cantik when u pulled ur hair back like that!!
and, korang punya skin memang lah sangat glowing.

Sofie Shariff said... [Reply to Comments]

Hi Peeja..

Muka mama u seiras btul ngan u n your sister...

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

memula tgk pic ko memula terus aku berkata "berseri aunty sekarang". wah...!!

Tia said... [Reply to Comments]

yes...ur mum's face memang glowing. she looks young lah dari umurnya..is she using that tabitha too?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kali ni betul2 puas baca entry dan banyak gambar2 kak nani yang cantik, suka tengok kamu semua happy jalan anak beranak.

girlfriend said... [Reply to Comments]

berserinye muke peej masa yg tgh sembang2 kat phone tu..2 3 kali aku scroll atas bawah atas bawah..hehehe..seri pengantin laa teeww..hew hew hew

[PCL] said... [Reply to Comments]

salam, singgah dari blog auntie Marina...sakan bershopping !

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...