Instagram : @peejburhan

RED!!!


yoki yang over gedik kan.
manja terlampau pun ye jugak.
dah la nyibuk kat noy.
siap pegang mama pulak tu. eee geram.

lawak pulak aku buat kepala mama tu.
cukup syarat je.
nanti ramai bising la apa kata asal aku dah tak cover rambut mama.
layankan. *tangan di dada. mata ke atas*


kaseh tengok dpd dalam.
dia ni memang takleh kucing lain lebih.
orang panggil dia memang dia tak datang la.
tapi if panggil yang lain, yang lain datang elok tergolek-golek syok kena belai.
dia akan menyibuk pendengki.


nanti if aku pindah nak amik yoki jaga.
harapnya takda la dia meroyan if takda geng.
dia mmg aktif sangat.
tapi manja dia tu tak tahan.

last wednesday keluar lagi.
nampak n rasa macam best je kan.
tapi if tiap hari or selang sehari keluar.
boleh tahan letihnya ye.
tapi benda harus di settlekan.
so kena la keluar.
noy tu mana boleh sorang.
suka nak heret aku.
eh cakap dia. aku pun sama. ;p

noy lepas tau yang ada konsert awie n ella kat istana budaya terus menggeletik nak gi.
patutnya last year dia ada nak pergi.
yang ada awie n few artis ada kat stadium merdeka.
cousin aku izza melodi tu siap dapatkan back stage pass lagi.
tapi since esoknya dia kerja. so tak dapat nak pergi.
plus dia takut nak gi stadium merdeka.
sebab aku taknak teman. ho ho ho.
tapi takpa. ada kat istana budaya. pergi yang sana katanya.

siapa dah baca lama tau la noy tu.
tah datang angin apa.
kemain dia obses awie. hahah.
dia nampak ada sekali tu kat bbm izza ada awie lagi tak tenteram pompuan tu.
siap paksa izza kata lain kali if lepak dia nak ada.
eh aku dah cerita yea?
maklum la. pelupa la. cannot recall.

kerana dia taknak pergi istana budaya sorang.
dia ajak aku sekali.
ajak aku sambil belanja best la jugak kan.
takda makna. sekarang semua mak kena bayar sendiri.
kominyo not love me anymore. :/
sobs.



takleh nak booking awal ticket sebab dia kena tunggu jadual kerja keluar.
tengok dia free hari apa.
dah tau baru sibuk nak beli.
selasa lepas try beli online.
tak berjaya pulak. pffttt.
tu yang rabu tu gigih bangun awal sebab nak beli kat istana budaya terus.
aku dah bangun awal. tapi aku busy ngan internet membalas email la apa semua.
relax je la kan.
dia dah abis mandi terus bebel asal aku lembab tak siap la apa.
e ehhhhhh.
melampau.
macam kan konsert malam tu jugak ke apa.
tapi ye la. sebab takut lak tiket abis kan.



tiket sudah dapat.
fuuuhhh. lega.
ok settle part tu.
ke mall lagi.
noy nak beli barang.
ikut aje.
sebelum tu makan dulu.
kelaparan tak makan.
sibuk nak beli tiket sangat kan.

:: black pepper chicken :;

fav. pedas bahang. i like.
tapi dah tukar baru kan.
sebab dulu bagi salad.
sekarang tukar corn pulak.
tetap sedap. suka je. :D


:: chicken tomyam noodle ::

tomyam goong takda.
sebab waiter tu cakap apa-apa yang pakai prawn takda.
sebab supplier takda udang besar la apa.
so udang yang supplier nak bagi tu tak capai standard.
if guna jugak tak sesuai ngan harga meal dorang la.
oh gituuuuuuuu. kemain budak tu explain.
padahal tanya sikit je. bagus.



lepas makan buat apa pun tak ingat.
yang tau noy sibuk nak beli cover n bag untuk laptop dia baru beli.
satu hal gak tu. letih berjalan.
sebab tau la noy tu suka sangat leopard print.
so dia sibuk nak carik bag n laptop cover leopard print. o____O



haaaaaaa. tanjat boboi tak?
lama tunggu dia pilih.
nak cam whore la.
siap pilih spot bawah spot light.
ambillllll. nightmare sangat.

then aku singgah maxis nak bayar bil phone.
plus nak downgrade BIS aku.
bayangkan sekarang ni aku pakai 3GB.
tapi bulan-bulan aku guna 0.2 Mb macam tu je ok.
bulan ni lagi la. 0.14 Mb je. kelas kan.

itupun sebelum ni aku pakai unlimited.
bayangkan bertahun aku pakai.
beratus aku bayar. pakainya sikit je.
nasib budak yang jaga kaunter masa aku bayar kat JJ dulu baik hati suruh aku downgrade.
dia kata aku pakai tak banyak pun.
so if downgrade kurang la bayar.
sekarang bil aku bawah rm200 la.
sebelum ni mesti rm200+. nak dekat rm400 pun pernah. erghhhhhhh.

tapi aku gi dua kedai maxis.
dua kata tak payah buat situ.
call 123 je. aku tak call lagi. ;p
rules baru kot.
sebab time kat JJ tu. siap kena isi borang n fotostat i/c macam tu la.
so hari tu bayar bil je la kat situ.
ok jap lagi nak call la maxis.
mari menjimatkan lagi duit.

akhirnya noy beli gak apa yang ada.
tak dapat pun leopard print dia tu.
korang pernah ternampak tak bag laptop or cover leopard print.
bagi tau yea.

then ke starbucks.
lepas gembirakan hati.


masa kat starbucks tu.
aku terkejut tengok barista dia.
lawaaaaaaaaaaaa sangat.
ok bukan la nak mengata ke apa.
tapi terasa macam tak pernah lagi aku pergi starbuck barista lawa macam ni.
macam mix pun ye.
ngan rambut panjang hitam ala kardashians.
ikat tepi.
make up full semua. ngan bulu mata pelesu.
sumpah lawa la.

dah kata orang lawa.
aku perati la semua la.
memang perfect la. ngan tinggi semua.
tiba-tiba aku rasa aku ibarat princess fiona bila bertukar jadi orge gitu.
rasa nak tikam-tikam diri.

pastu sambil dia buat air aku.
dia sembang ngan sorang lagi tu. lelaki.
lelaki tu jenis relax je. siap cakap aku kau la apa ngan dia.
aku dalam hati macam, "relax je laki ni. takkan la takda perasaan. lawa gila kot. aku yang pompuan ni pun teruja tengok. ni pulak dia kerja sama semua. takkan takda simpan perasaan syok ke apa. hmmm lantak la"
teruskan memerhatikan si cantik itu.
time dia tengah letak caramel kat air aku.
agaknya dia terliur, lalu menelan air liur.
then only i see it.
patutnya lelaki tadi relaxnya.
rupanya that hot baristas bukan tulen.
kerana aku nampak halkum ketara.

terus gossip pantas suruh noy lak pastikan.
takut la aku salah tengok ke apa kan.
air aku dah siap.
so aku kena gerak. takkan nak mengadap dia lak.
tebiat sangat tu.
then noy join me. noy kata confirm bukan perempuan la.
oh ok.
tapi masalahnya if aku tak cakap.
noy pun ingat biasa ok.
tapi serious sangat lawa dia.

starbucks mana?
tu korang usaha sendiri la ye. mih mih mih.

oh btw.
nampak tak pic tanjat boboi tadi.
tetiba bibior meghah mak ngah kan.
sebab aku dah beli. wiiiiiiiiii.

asalnya noy nak beli lipstick pink.
dia kata dia suka tgk kawan dia pakai.
kawan dia bagi nama lipstick.
so dia nak beli.
aku pun tengok-tengok la sementara dia bayar tu.
hari tu kan siapa komen kat entry aku try tengok russian red MAC.
ikutkan lepas teman noy aku nak ke dior. nak beli yang aku try hari tu kat klia tu.
tapi alang ada kat situ.
aku mintak sales person tu mana color tu.
dia bagi. try. terus jatuh cinta. wiiiiiiiiiiii.
paling best. rupanya lipstick MAC paling la tak mahal.
aku ye-ye ingat mahal.
i mean selama ni if beli lipstick lain rm90 kot.
ni MAC rm68 je. nice.
jimat duit aku.
if dior mau dah berapa kan. la la la.


:: mine ngan noy punya ::


mulut muncung macam mintak lempang.
memantang lipstick n color baru.
noy sekarang feeling nak bibir macam barbie tu.
kan selalu color ni.


hahaha. cakap orang.
tiba-tiba aku pun muncung macam nak patuk orang. hahaha.
omg memang menyampah tengok.
dulu aku semua pic amik macam ni.
patut la orang meluat. hahah.
nasib izyahya menyedarkan aku ngan kewujudan blog 'duck face'.
memang annoying. terus insaf.
kadang-kadang je getik lebih baru aku buat. ;p

:: my kominyo kay payoshka ::

:: end up dia beli cover ni sementara jumpa leopard print dia tu ::

sebenarnya banyak gila pics kita orang amik ok.
belum masuk yang dalam phone la apa. ;p
ni pun aku tapis masuk some je.
kalau tak berderet.
aku pun menyampah tengok.
takkan nak bagi korang pulak.
al maklum la. macam aku cakap, orang jakun dapat lipstick dambaan memang jakun begini. heheh.


if korang rasa nak.
cuba try.
so far 2 ni aku try aku suka la.

M.A.C - russian red.
Dior - rouge dioristic 014.

if aku tak silap la.
try check yea.
oh im loving it. goyang-goyang buntuit.

eh mood macam nak cerita macam-macam la.
idea banyak pulak.
tapi nak weekend la.
weekend korang suka sepi.
so malas aku nak rajinkan diri.
boleh macam tu?
boleh la.
katew niew blog kitew lew. hewhewhewhew.

ok bye.

15 Comments:

ShilaShower said... [Reply to Comments]

starbaks garden nih. sebab aku perasan kusyen belakang tu, laki aku suka duduk luar situ, buat hirup latte sambil sedut oksigen dia. hahahaa

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Awie suara memang best walaupun dah tua.

wahieda said... [Reply to Comments]

Eeeekkkkk so lawa lah ur lips kak peej!! =O merah menyala gitu, nampak very the classic..lepas ni nak try cari jugak lah tapi takut over pulak pakai pergi kelas kena tegur dengan lecturer..aisehhh..haha..tapi seriously lawa, suka sangat tengok.. =)

love for life said... [Reply to Comments]

KAU PERGI MIDVALLEY KAN?????? AHAHAHAHA

shuweet said... [Reply to Comments]

weiii lawooooooooooooooooooo...russian red...harus ku mencari satu...yeayy

Zue-rouge said... [Reply to Comments]

peejjjjjj..*gaya jerit
so cantik the red kaler
ooh..nak beli jugak red n pink tu
n fyi..MAC kan u can simpan semua container dia..jgn dibuang..then cukup 6 boleh tukar kt mana2 kaunter MAC for free lipstick.
tengkiu.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku suka je ko ltk pic bebyk..ltk je lah..kalau ko x larat and rs org x suka byk sgt pic ko kolajkan je sume pic tu..hahh satu album leh ltk.. try picasa. :)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

wah ko pakai menyala lawa.. haha.. aku pakai bila snap tak nyala.. tak pon aku delete balik gambar..sbb muka aku menyeramkan..haha.. ok, aku dah take note lipstick noy tu mcm comel.. ai pon nak comel..hahah.. tp aku kena tunggu casing2 MAC aku habis..so boleh tukar dpt lipstick..muahahah

salzahari said... [Reply to Comments]

cun tau lipstick Russian Red tu,,,dah mcm bibir Norkhamadhia (Nora Danish) aku tgk!! Ko putih,mmg menyerlah le cantiknyaa....

peej said... [Reply to Comments]

shila - syabas. 10 markah. hahah.

aunty - kan. sedap melampau. sama je macam dalam cd ke apa.

wahieda - kalau akak pun takut kot if nak pakai gi kelas. if keluar jalan ok la kot.

lvl - ahaaaaaa.

shuweet - ye sila. sila.

zue - ye sila beli. tau. tapi i ni jenis pakai barang lama. tah bilanya nak abis tah.

buyui - nak kolaj bagai tu yang malas tu. nak update but bercinta. ni pulak nak konsep kolaj bagai. kosser nok.

filla - memang la. aku pun ada some yang pic scary. yang aku perasan if nak amik pic kena ada flash or duduk tempat terang. baru nampak ok. if gelap pic tu. tu yang nampak macam kita pakai maroon ke apa. gitu. wah tips cam whore katanya. ;p

salzahari. - tak tengok cerita tu. so macam clueless je bila sebut nama tu. hehe.

yana halim said... [Reply to Comments]

lawo kaler lipstik tu. Sukee...tapi akak x cukup berani nak pakai. Sangat sadis di situ...huhu.

Miss Anne said... [Reply to Comments]

red russian.cantik dan hot sangat2!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

nok... kalau ko amik picasa tu spi tahap malas dewa pon [sbb aku pn malas gak] dia tlg susunkan dha siap2 kt ko..ko pilih je ko nk kolaj pic mana.settle!

peej said... [Reply to Comments]

yana halim - pakai dalam bilik pun ok kak. hahaha.

anne - ye. sila la beli.

buyui - nanti aku try la.

Iz said... [Reply to Comments]

padahal bukan semua orang mampu buat duck face tu. Hanya orang-orang terpilih je yang nampak lawa bila buat duck face, hahahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...