Instagram : @peejburhan

motif nak menakutkan aku macam ni.

mimpi ni betul mainan syaiton kan kata orang.
esp orang yang burung hantu macam aku ni.

kelmarin mimpi sangat la best.
serious takda tipu.
kira tido tu pun agaknya tersenyum-senyum la.
aku tak ingat sangat jalan cerita mimpi tu.
tapi dalam mimpi tu macam ada orang minat aku la.
suka sangat la.
siap buat surprise la apa, nak propose ok.
kemain kau.
ok bagi aku seronok la.
bukan senang nak jumpa orang tiba-tiba nak suka aku kan.
ni siap propose. miahahha.
paling best, tengah layan.
hand phone bunyi ok. jawab.
rupanya dotdot call. cakap dia nak datang ke. dia dah sampai rumah aku.
oh mannnn.

betul punya berdosa tu kan.
dah la aku mimpi berbunga.
pastu orang yang musnahkan mimpi indah tu dia.
mesti dia ala-ala, "udah-udah la tu berangan. dah nak kawin dah ni pun"
T___T

tu takpa.
ok la lagi.
ni tak pasal aku terjaga awal.
sebab mimpi kejap ni paling tahap ngeri ok!!

since mimpi ni selalu nanti kita akan lupa.
so terjaga dengan rasa tak best tu.
aku sempat tweet sikit-sikit.
takut lupa lagi. aku terus mengadap pc ni type. erk.

mimpi semalam adalah pasal kawin ni.
tau la aku ni kan semua benda nak last minit.
kira mimpi semalam tu ialah hari nikah.

bangun pagi sedar yang hantaran aku semua tak siap lagi.
barang semua dah ada tapi tak hias.
as u all know. selama ni memang segala benda banyak aku buat.
so walaupun aku nak kawin ke apa.
memang aku yang kena buat.

so aku pun kelam kabut la nak hias.
time tu aku kat area mana tah.
rumah someone but i dunno who. kat tingkat 13.
ala-ala flat ada. ala-ala kondo aku. confuse aku.
ni mesti sebab semalam tengok cerita songlap ni.
tengah hias. tiba-tiba hujan yang sangat lebat.
tu takpa. tiba-tiba tengok semua orang berlari nak atas.
aku dah macam kenapa ni kan?
rupanya boleh tak banjir kilat gitu.
bayangkan air naik sampai tingakat 13. ish takut.
macam dah tsunami.

sampai retak-retak dinding. T___T.
aku pun kemain tanggal baju aku.
nak campak kat atas bumbung.
kan petua orang dulu kata letak baju kita kat bumbung.
nanti cuaca elok. entah.
elok separa bogel.
tiba-tiba stop hujan tu. n air surut.

then maybe few things lagi la jadi.
memang disaster all the way la.

yang aku ingat,
lagi few minutes nak nikah.
tengok aku tak pakai inai.
aku nak inai.
tapi kuku panjang. so tak suka.
kena potong kuku dulu la kan.
potong kuku. tapi orang sibuk nak sembang la.
nak tengok pengantin la.
aku terpotong kuku kelingking aku half ok.
ye half! sakit gila. abis isi semua. tsk.
tapi xpe. pakai inai ok.

pakai la inai.
ye ni semua buat sendiri yea.
then siap make up ke apa semua.
siap pakai tudung n selendang kau. hahhaha.
tapi stok main letak n bungkus-bungkus je.
ala-ala fesyen tudung sekarang yang orang suka buat ala hantu bungkus tu la.
why aku kata hantu bungkus. sebab serba putih kan.
aku dah macam, "takkan macam ni. nak lawa sikit. taknak letak apa-apa ke?"
sekali ada pompuan nak letak headgear topi koboi!
topi hitam tapi ada bunga plastik warna warni. ada kuning. merah, turquoise la apa la.
memang taknak la.
motif tiba-tiba nak koboi?
pastu sorang lagi tarik selendang aku ke depan sampai tutup half muka.
dia kata ok dah tu. sebab elemen surprise. :'(

lantak la.
yang pasti tengah kecoh-kecoh tu.
tiba-tiba dengar bunyi kompang.
boleh tak rombongan lelaki sampai.
baru macam nak tahan tak bagi masuk.
sebab time tu orang tengah buat pelamin.
so baru ada tiang-tiang je. tak siap apa.
tapi orang tengah buat takda pun.
kira pelami tak siap ditinggalkan.

then masuk la rombongan. ramaiiii gila.
yang pelik. rombongan semua datang pakai baju ala-ala baju kerja.
kemeja biru. tie belang-belang biru. pelik gila la.
dah macam pengawas sekolah pulak.
then aku perati la tengok dotdot.
dah lama baru dia masuk.
ye dlm mimpi tu rombongan dia ada la 40 orang kot. o____O
nampak dia rasa lawak.
sebab dia jalan tegak je macam mr bean.
dia pakai baju melayu koko. sampin panjang gila.
sebab dia pakai sampai ke dada. wtf.
songkok tinggi.
macam nerd habis.
then dia sedar. tiba-tiba dia lipat sampin ke bawah.
depan badan ada bentuk love. sebab peluh. hahhaha bodoh.
yang kelakar.
ada orang sound kat rombongan dia kata belum boleh masuk.
terus dorang patah balik.

then aku pun berlari la carik orang pelamin.
kata why tak siap ni. rombongan tak sampai.
carik punya carik. tengok dorang tengah lepak ngan mama kat dapur.
sebab mama ajak dorang makan buah-buahan tempatan.
sebab sedara bawak daripada kampung. bolehhh???

then sementara aku bebel tu.
aku terpandang la cermin.
ni paling horror la aku rasa.
bila aku tengok muka aku.
muka aku macam jadi bengkak bingkul.
menggerutu semua la.
n seluruh muka warna pink. sebab make up pun takleh nak cover.
serious horror weyh. i dunno why.
rasa nak nangis.
aku rasa aku tau kenapa tiba-tiba masuk ni.
sebab semalam tengok songlap tu.
before movie start ada macam ad tu.
so dorang tunjuk trailer sumpahan kum kum.
kira dalam tu tunjuk takleh tengok cermin la apa.
pompuan tu tengok muka jadi horror.
so maybe.

memang fucked up gila mimpi weyh.
tu yang terjaga tu rasa berdebar n serabut sangat.
terus tweet sementara ingat.
tweet sikit je la cukup syarat.
kelakar bella terus reply tanya. yang penting. baju kawin siap tak?
terus aku jawab siappp! tapi aku pakai serba pink.
hahahaa. lawak kan.
tak ku bayangkan tiba-tiba aku nak pakai pink.

ish takutnya.
memang la mainan tidur la apa.
tapi serious, motif nak menakutkan aku macam ni kan.
mintak-mintak la nanti semua ni tak jadi. Amin.

apa-apa pun.
korang la paling malang.
tak pasal kena baca entry merepek pompuan yang bangun tidur tetiba freak out.
miahahhahahaha.
ok bye.

16 Comments:

lily aklili said... [Reply to Comments]

hahaha... this is freaking funny.. hahaha

tak tahan jari terpotong tapi nak inai gak.. tudung tu lagik.. siap nak tutup muka separuh.. hahha

epic!!!

mimpi yang dahsyat.. :)

u just think too much :)

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Mama tergelak sampai beringus2, baca igauan ni,
Peeja memang kelakar lah sayang..

Dont worry too much, take it easy.
InshaAllah, things will go smoothly, dont put high expectations, its gonna be a simple but a lovely wedding dear.

AzNuRuL AzMaN said... [Reply to Comments]

org kata kalau kita cite mimpi kita tu kat org..benda tu tak jadi..taktau la betul ke tak..

lagi 1 kalau mimpi tu kita boleh ingat maksudnya tak jadi la..kalau lupa2 tu maybe la..

kalau mimpi di siang hari selalunya mainan tdo je..eh macam mantafsir mimpi pulak =P ni org kata la..kalau org tipu saya pun tipu la...=)

Frau J said... [Reply to Comments]

Panjangnyer mimpi, boleh ingat semua pulak tu. Paling geram kalau mimpi panjang2, bangun2 lupa. Mimpi2 aku selalu kaitkan dengan subconcious, sebab fikir banyak sangat. Malas nak fikir, meaning mimpi ni opposite ke ape. Ko relax2 la ye, slow & steady wedding planning tu, takde la mimpi peliks lagi. Hihihi.

Karbon Kopie said... [Reply to Comments]

org buat pelamin lepak dapur dgn mama makan buah-buahan tempatan..

Lawak gilaaaaa..hahaha

peej said... [Reply to Comments]

lily - tu la kan. nak jugak inai. bukan boleh selalu. plus inai bukan bagus if kuku luka ke apa kan. ;p

mama - ye la. tapi banyak sangat pressure sana sini. tu yang nightmare tu.

aznurul - haha. tu la. memang macam penafsir mimpi pulak. tapi mintak2 la memang tak jadi macam tu nanti. Amin.

frau - selalu akan lupa if kita sambung balik tidur. tu sebab tadi bangun je terus menaip kat blog ni. if sambung tidur confirm lupa nanti. :)

KK - tau xpeeeeeee. yang mama pun. time tu la dia nak jemput makan buah2 pulak kan. tak suka.

ainkassim said... [Reply to Comments]

ok this is funny.. sebab macam pelik semuanya disaster. takde apa tu, Pisces think too much.. bila pikir bawak sampai mimpi.. orang kata mimpi terbalik.. wish u good luck...

this is an epic dream anyway!

peej said... [Reply to Comments]

ain - kan. disaster all the way. sangat scary ok. tak suka. maybe la. pressure sana sini. tu yang sampai mimpi tu kot. yea. hopefully nanti actual day. semua ok. :)

cacah said... [Reply to Comments]

aduih! sampai keluar air mata saya gelak! kelakar la... tapi mimpi memang cam mengarut sangat kan.. :)

cool peej! all the best okay!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Alahai peeja, mengerikan pulak mimpi peeja ni tapi insyaallah majlis yang betul2 nanti walaupun sederhana tetap meriah.

yana halim said... [Reply to Comments]

dah boleh buat drama lawak mimpi peej nie. hehe

Nila said... [Reply to Comments]

Hahahahaha lucu la hg ni. Part dotdot pakai sampinn ke dada tu xtahan tu. Siap ada bentuk love hahahaha!

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

nak komen dr ptg td dah tp opis dah nak tutup..tak brani tinggal sensorang..

punya tahan gelak smpai tersedak-sedak takut opis mate dengar..

tapi tang yang pakai tudung ngan topi koboi tu mmg tak tahan..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

gila menakutkan dan complicated mimpi kau.. choyyyy!!!!

shuweet said... [Reply to Comments]

hahahhahahahahahha......kelakor siye mimpi nyer..paling tak tahan...lipat sampin pehtu ada love besar kat dda..dah rupe kak melah ko kunci cinta ku di dalam atimu la tu pija...ahahhhahahahahha..memang slalu la mimpi2 kite merepek kerepek....satu lagi...tiba2 head gear topi koboi..mohtiffff? hahahha...

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

damn! this is soooo funneyhhh! aku sampai nangis2 gelak.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...