Instagram : @peejburhan

MERAH!!!!

aku dah feeling rasa nak pakai lipstick merah dah bertahun ok.
ada la dah bertahun sebelum ni.
sebab aku suka gila tengok cara orang mekap zaman 20's dulu.
dengan finger wave hair dorang. ngan lipstick merah.
rasa macam lawa sangat.

then aku suka tengok dita von teese punya style.
dia kan suka ala-ala classic.
tapi time tu takda sangat style pakai lipstick macam tu semua.
plus noy kata mana sesuai ngan kulit kita.
kalau putih gila sesuai la. fine.

then aku tengok beyonce pakai.
terus seronok.
sebab teori orang kulit gelap pakai tak kena tak betul la kan.
beyonce pakai lawa je.
ok fine la. tu beyonce kan.

tapi start hari tu aku terus feeling nak pakai.
tengok mama ada lipstick merah. estee lauder rasanya.
pernah gi club aku make up macam tu.
pakai lipstick tu.
tapi memang huduh gila la.
noy kata pun tak lawa. dia kata macam pompuan gila je.
so padam n pakai biasa balik. :(

then after few years baru ku tahu merah pun ada macam-macam jenis merah.
ingat kan semua lipstick merah menyala semua sama je.
so since tu. mana-mana aku pergi.
if ke kaunter lipstick je.
akan ku try paling merah dalam semua tu.
semua la. semua jenama yang ada kat drug store tu.
even yang high end punya.
yang mana aku singgah la.
kira if noy tengah pilih.
mesti aku gedik try tester yang color merah.
semua tak masuk.
mesti noy bising suruh aku padam sebab dia kata macam tah apa-apa.
eeekkk benciiii.

so semalam ke klia.
noy nak beli perfume.
dia mencari-cari lipstick.
hari tu dia beli. sekali salah tu. sebab terbeli sama warna.
dia bagi aku.
so dia nak baru. dia kata dah bosan asyik pakai yang sama.
tak banyak situ.
ada lancome n dior je.

aku apa lagi. try la.
try lancome. langsung tak merah.
as usual noy paksa aku padam.
then tengok dior. try. va va va. lawoooooooo.
even noy pun kata lawa sangat.
teruja uolls.
apa lagi. sempat cam whore. ;p



nice eyh.
la la la. suka.
tapi tengah teruja macam tu.
budak tu datang kata lipstick mostly takda stock.
tak banyak ada.
n yes. color yang kita orang minat semua takda la kan.
tapi takpa. akan ku cari nanti kat dior mana-mana.
nak jugakkkkkkk!

mobile upload.
ramai kata lawa.
kecuali sorang tiba-tiba komen, "ape hal bibir warna merah pekat macam tuh..eeeeeee".
ye dan orang itu ialah mama.
malas nak reply.
dah agak dah. nanti mesti dia kecoh la tu.

then tadi sembang.

mama : bila masa kau pakai lipstick merah tu?
me : semalam kat klia. masa teman tu.
mama : beli ke?
me : takda stock. nanti beli la.
mama : tak payah la.
me : apesal pulak? nak jugak.
mama : orang kerja malam je pakai lipstick macam tu. tak elok la. jangan la.
me : takk. hello sekarang tengah trend ok. semua kot pakai. jangan nak KG sangat ok.
mama : ye ke
me : ye la. pija dah nak lama sangat. tapi takda yang masuk. semalam ok. so nanti nak beli.
mama : trend ke? ok macam tu belikan mama satu. mama pun nak pakai la.
me : ok. takda masalah. nanti akan belikan.
mama : eeeeeeee. taknak la.
me : see sendiri yang taknak. pakai je la. kalau tak kisah.
mama : memang tak la. macam-macam la korang ni.
me : :)

mama n papa memang daripada dulu macam tu.
esp papa la.
dia cukup pantang warna merah.
dia kata pompuan yang pakai merah menyala ni pompuan malam.
ok tu bahasa baik la. korang sendiri faham la.
tapi dah kata ada anak degil macam ni. ada kisah.
pakai je. tapi takda la banyak or all the time kan.
tu memang tebiat nak mampos namanya.

tapi zaman sekarang orang dah tak kisah kan.
pakai je. but still ikut occasion la jugak.
but. papa n mama still tak suka la.
if la merah pun. takleh yang menyala memancar-mancar ke apa.
mesti merah tua ke. tak pun merah nak ke oren ke.
macam tu la.
rasanya 2 tahun lepas kot. noy belikan papa shirt lacoste untuk birthday.
limited edition. mahal la daripada yang lain.
tapi sampai sekarang dia tak pakai.
sebabnya. ada macam merah sikit kat baju tu.
dia kata nanti orang kata dia perasan muda.
bila saje cakap, if taknak bagi ayol la baju tu.
tau menggelupur. kata nanti dia pakai.
but no. sampai sekarang dia still tak pakai.

entah la.
aku rasa ok je kot.
esp sekarang kan.
macam dulu if lipstick merah. mesti pelacur.
kasut yang tinggi gila ada platform tu pun perempuan2 tu je pakai.
fishnet stoking ke.
kan? rasa tak? tapi zaman sekarang aku tengok semua dah masuk main stream.
orang pun dah tak kisah sangat.
tapi tu la. papa n mama tak berkenan la kan. hak hak hak.
wonder adakah dotdot suka? hmmmmmm.
ke dia pun tak bagi heh?
ke dia bagi. tapi pakai dalam bilik dia bagi?
eh.

21 Comments:

cik chinta said... [Reply to Comments]

merah hotz..loike. ngam btol dgn kulit. jelos i.

J u l i a 。.゜✿ said... [Reply to Comments]

peeja von teese =)

hmm nak try gak lah !

Miss Anne said... [Reply to Comments]

betul3...
red lipstick mmg in trend skrg ni kan.
i pun dh mula guna red lipstick..suka.hot and sexy.hehehe

nyway,red lipstick yang u pakai tuh mmg cantek!
ada tak try clinique nyer redlipctick?its not bad too if suitable with ur skin.. :)

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

ya kah perempuan malam ja pakai merah striking? ni baru aku tau.

fishnet stoking tu ialah uniform wajib aku kalau hari mood nak slutty kat club dulu. patut rasa sexy semacam. kahkah.

eh tapi aku sukalah warna merah menyala. lady gaga katanya. ti hi hi.

Mak Izz said... [Reply to Comments]

sgt sesuai kaler merah tu dgn peej taw, santekkkkkkkkkk sgt.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

red lips tgh intrend.. tapi kan aku rasa buruk gila muka aku kat gambar.. tapi bila tgk live macam ok jer.. ko setuju? tapi gambar ko ok jer.. ke aku je tak ok.. ok pening bye..

chocolatomuffin said... [Reply to Comments]

oh pija hot gile kot..kne je ngn kulit tu..like siesly..pki la..
ape nombor liptik tu? ngehngehngeh..

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

lawaaaaaanya. MMg vintage habis color dia. Pakai plak dress floral, plus heel retro . MMg smart habis lar.

shuweet said... [Reply to Comments]

lawooo je kaler tu...haritu kawan aku pun pakei..sangat in dah colour tu skang

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Merah adalah warna Syaitonnnnn...itu sebab kupu2 malam jer yg gila warna merah2 ni..fahammm?

Ikut trend konon? Nak kemana? Masuk gaung?

White Rose said... [Reply to Comments]

Hehehe salam kenal auntie.Semoga diberi kesihatan yang lebih baik untuk tahun 2012 ni auntie. Amin.

Peeja, ko nampak lebih sweet pakai lipstick pink, lebih sexy pakai lipstick merah. Suka tengok kulit ko sekarang, cantik berseri. Nak beli tabita tapi tak mampu. Isk Isk. T__T Nantila tunggu aku masuk 1 million money drop astro tu dulu.

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

Peeja kan putih, sesuailah pakai merah.
tapi trend skrg kan, muka putih pucat2 lipstik merah..Twilight katanya..

Anjang damia said... [Reply to Comments]

Hye Pija.

U really look nice in red.. sesuai sgt dgn ur skin.

Suka bca ur blog ~

s a L o m a said... [Reply to Comments]

go try ruby woo/russian red from m.a.c

FaznFaz said... [Reply to Comments]

cantik!!! tapi mekap tak leh tan sgt kut... kena putih-putih pucat gitu!!! ala-ala geisha.... hot sehhhh!!!!

~zuera~ said... [Reply to Comments]

Haha.bapak aku pun anti gila warna merah..
Dulu kecik2 aku nak beli sekolah kaler merah pun dia x bagi..
Dah besar ni kete pun aku amek kaler merah.pueh hati den..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ok apa peeja pakai lipstick warna merah ni tak ada lah nampak macam GRO ooops sorry kang ada betul2 GRO baca blog ni mau sentap dengan aunty yang bermulut celupar ni.

peej said... [Reply to Comments]

chinta - ni sbb masuk. sebelum2 ni try semua horror ok.

julia - wow. over ok peej von teese katanyer. try la carik. dior.

anne - lawa kan. suka. tp x kesempatan nak beli lg ni. dah jumpa yang berkenan ni. x carik lain dah.

rara- zaman dulu mungkin la kot. skrg takda la. ok je aku rasa.

izz - suka kan.

filla - aku tgk hari tu kat blog kau ok je weyh kau pakai. perasaan kau je tu.

chocolat - rouge dioristic 014.

lizzie - kannnnn. kalau pakai masa kawin ok tak? hahahahha.

shuweet - kannnnn. nakkkkkk!

mama - x faham!

white rose - kan. kena ikut mood.

peej said... [Reply to Comments]

mommy lily - wah twillight. taknak kalah. hahaha.

anjang damia - thanks. welcome onboard. lepas ni selalu la komen. first time yea?

saloma - akan try. tp suka yang ni jugak.

fazn - ye ke. sebab beyonce gelap. tetap ok je tengok. heheh.

zuera - tu la kan. orang lama la katakan.

aunty - kannn. lawa je. wah matiklah perasan kan.

UNKNOWN AUTHOR said... [Reply to Comments]

marina monroe:

Merah adalah warna Syaitonnnnn...itu sebab kupu2 malam jer yg gila warna merah2 ni..fahammm?

--------------
jika mahu jadi kupu-kupu malam tak perlu tunggu warna merah aunty....sila lihat warna pakaian anak-anak muda yg selalu clubbing adakah warna merah.....dan jgnlah kita buat kesimpulan pula yg suka gila warna merah ialah kupu-kupu malam....saya rasa perlulah berfikiran terbuka......dan adakah dalam islam pakai warna merah itu berdosa???so keperibadian seseorang boleh dinilai dengan cara dia menulis dan melontarkan pendapat...so jgn buat kesimpulan yg menghukum seseorang hanya tuhan saja yg layak dan lagi mengetahui...sekian

Lavender violet said... [Reply to Comments]

kak peej putihnye..
lawaa...lawaaa

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...