Instagram : @peejburhan

keeping up with future mom n dad.

ish semalam tak sempat update.
nak buat auto publish entry pun tak sempat.
busy sangat la.
penat ada rasa nak nangis jugak pun ada.

n semalam macam teruk betul la aku punya clumsy.
tah kenapa. penat kot.
lepak kedai makan.
aku langgar menu jatuh la.
tisu berterbangan la.
spec atas meja aku tepis jatuh la.
berjalan lengang kangkung sambil pegang BB.
terlanggar strap handbag. terpelanting BB.
then lepak lagi. sibuk lap muka yang berminyak.
tisu langgar lipstick. abis keliling mulut smeared lipstick.
3-4 kali.
makan kek tergolek-golek kek.
minum air meleleh whip cream sampai ke dagu.
BB jatuh lagi daripada meja. kelepap ke bawah.
noy dah cakap aku ni kenapa. hmphhh entah la.
yang pasti dia suruh aku pegangkan macbook dia aku taknak.
aku kata hari ni macam malang. takut jatuh kang x pasal
entah la. penat mental n fizikal kot.

anyway, ceritanya.
last week ada ke klcc.
sebab nak pergi education fair kat convention center.
then lepas ke sana terus ke klcc again.
sebab ice n huda memang ada.
dorang tengok wayang.
ada urusan sikit jumpa dorang.
sambil tu sebab nak lepak session la kan.

nak lepak starbucks tapi meja semua full.
so ke dome je.
dome pun kalau tak ada 1 je table kosong.
hujung pulak tu. ngan sempit la apa.
takpa duduk je.
nasib duduk kejap ada orang gerak. so alih table.
selesa sikit la.





tengok la laki bini tu.
kecoh tak reti duduk senyap tau.
nak snap pun payah.

oh anyway. nak officially bagi tau.
wah kelas. officially katanya.
sebab asyik la orang bertanya kan.
malas nak reply.
so ni alang-alang tu cakap je la.
Insyallah this yea dorang ni akan jadi mom n dad.
wah excited kan.
dah 3 bulan lebih rasanya. eh ye ke?
betul la tu.
apa-apa pun doakan semuanya selamat. ;)

macam tak percaya pun ada.
tak dapat bayangkan lepas ni macam mana la.
mesti dorang busy je ngan baby nanti.
mesti takda lepak sangat dah.
excited kemain dorang. well duhhhh. of coz la kan.
pastu semua nak pressure kata next year aku pulak.
e e ehhhhh.

paling kelakar hari tu huda tunjuk pic scan baby tu.
1 tu pic baby tutup telinga ngan dua-dua tangan.
dia kata mesti baby tu tutup tak bagi tengok.
nanti lahir dia nak kata, "surpriseeee"
bukak je telinga capang macam bapak dia. mihahahahha.
kong ajo.

then ikutkan baby akan jadi julai baby.
noy la seronok lebih. sebab sama macam dia.
cancerian.
yang huda dah, "oh noooooooo. nanti kaki shopping. pakai baju sekali dua je pastu dah taknak."
paling kelakar muka ice la.
bila noy kata akan sama macam dia.
muka ice kusut gila siap garuk2 kepala.
scary kan. i knowwwwwwwwwwww.
harap huda n ice bertabahlah dapat anak if perangai mengikut noy.
patut korang kena target.
if keluar baby bulan march. jadi pisces.
mesti sweet like chocolate macam aunty peej. auwwwww.

:: kan? sikit punya sweet ni. wah matiklah perasan ::

huda ni preggy pun kurus je.
takpa. nanti time aku kawin mesti dah besar perut n badan dia kan.
semalam siap bbm aku tanya apa tema color aku kawin.
aku kata tak kisah la. pakai je apa warna pun.
yang ikut tema family je.
aku tak suka la susahkan orang.
tapi tau la kawan-kawan ni.
suka excited lebih nak ikut tema la apa.

tak lama pun lepak sana.
gerak awal.
sebab later tu ice n huda ada celebration birthday kat umah family dia.
kita orang pun gerak.
fuhhhh selamat.
dah la siap masuk mark & spencer.
noy nak beli deodorant je.
tiba-tiba aku dapati aku sesat dalam tu.
tiba-tiba aku sampai kat seksyen bra la. sampai berangan.
eh motif asyik sibuk nak beli bra je ni? 
pastu sampai ke area baju plus size sikit.
hoihhhhh lawanya.
nasib mental kuat.
so berjaya keluar tanpa beli apa-apa.

so keluar hari tu memang happy la.
sebab dapat pulang ngan tangan kosong.
ok tak kosong sangat.
sebab aku beli cookies famous amos.
tapi tu takpa la. tu makanan.
makanan makes me happy. :D

ok tu je. chiow.


8 Comments:

Annasue'G said... [Reply to Comments]

sama la aku pon veranak july nnt.
sama lg, aku pieces. brapa kali aku nak habaq nih? :P

ita citot said... [Reply to Comments]

ingatkan future mom n dad in law tadi. sekali syila sudaaa... hehehee..
tahniah for ice & huda =)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

hahahahha! sebelum apa2 aku nk gelak dl.

ko tau x aku leh x baca tajuk aku igt ko kuar jumpa bakal mak and bapak mertua ko. LOL

muka ice lawak la mcm terkejut masa pic memula tu :P

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Tahniah kpd Ice dan Huda..
boleh lah mama tumpang manja dgn anak mereka nanti..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Tahniah buat Ice dengan Huda, untuk peeja pulak pepandai lah jaga hati mertua yek kalau nasib baik dapat mertua yang baik kalau tak nasib badan lah.

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

aku mati mati ingat tajuk future mom and dad tu adalah hang keluaq bersama bakal mak abah mertua.

:S

tipah tertipu

FAIZ ARIS said... [Reply to Comments]

haiii..kak peej,nak tanya lah...kat mana eh akak beli/tempah cermin mata yg akak pakai tu?...berkenan pulak saya tengok...

peej said... [Reply to Comments]

hahah. semua tersalah faham pulak. sorry. serious masa buat tajuk tu tak terfikir pulak orang akan confuse. takda niat di hati ini.

faiz - akan update ngan next entry ye. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...