Instagram : @peejburhan

jangan sembang 3 hari.

if baca blog aku lama.
mesti tau kan aku kadang-kadang teman noy pergi standby.
ok bukan kadang-kadang la.
boleh kata everytime pun.
esp if standby kuwait.
sebab tu kena tengah pagi pastu pergi klia.
sebulan mesti 1-2 kali. memang pitam.
sebab sumpah bosan nak mampos.

ikutkan memang tak kuasa weyh.
tapi sian kat dia.
dah la jauh. sorang pulak tu kan.
teman je la. bukan aku drive pun.
yes aku memang pemalas dewa nak drive.
so teman duduk tepi je. ok la tu kan.

sebenarnya takda apa nak cerita pun.
tapi selama ni teman dah tak kuasa nak snap pic.
kali ni snap.
so dah ada pic tu.
update aje.

sampai je check in.
then aku ajak kfc.
haha. katanya peneman. harus la ikut selera aku.
ok takda kena mengena.
tapi ada aku kisah.

:: ye. dia punya pic semua memang pose gaya ni je ::


weeeeeee.
sedap kannn.
korang tengok pic ni mesti tiba-tiba korang rasa nak makan kfc kan.
lantak la orang nak up video apa benda pun pasal kat kfc tu.
taknak fikir.
yang pasti time makan aku berselero je. menjilat lari.
if makan pakai siku. silap-silap menjilat siku ok. haha.
oh ye. orang macam aku ni memang tak kisah.
makan kfc pukul 1 pagi pun hentam je. ;p

lepas tu pergi kedai perfume.
noy beli perfume n lipstick.
aku survey. sambil fikir aku nak perfume apa untuk hantaran nanti. :D
then ke kedai chocolate. beli toblerone kesukaan.

then lepak kat luar.
tau la klia ni dah la takda smoking room.
nak smoke kena lepak luar.
so kita orang duduk situ 2 jam ok.
sembang sambil smoke.

bagus la.
time tu rasa macam cepat pulak masa berjalan.
sebab banyak yang di sembangkan.
kalau tak memang mati akal ok taktau nak buat apa.
dah la bahan cuci mata pun takda.
akan sengih-sengih bila nampak abang polisi or askar je la.
siap round2 bawak senapang. auww. hahhaha.

so cadangan lepas ni.
kalau tau nak pergi standby je.
kita orang takleh sembang or gossip selama 3 hari.
simpan je. nanti kat klia baru sembang.
noy kata mana nak ingat.
aku kata tulis la kat buku note kecik.
dia jeling. ok fine. dia tak setuju lettew.

ok orang jakun n feeling pakai lipstick merah memang suka nak snap2 pic sendiri banyak kali.
hadap la ye.




ye. pic noy mmg sentiasa pegang bb.
pasrah je la.
macam aku muka tak malu menempek nak amik pic ngan dia.

tengok pic ni rasa sedih pulak.
few months lagi tah macam mana dia.
kesian pulak.
tengok la. if dotdot bagi aku teman jugak la nanti dah lepas kawin pun.
but kalau khamis malam jumaat takleh teman la kan.
tu kau pandai-pandai la bawak diri noy.
hahahhaa. ok tiba-tiba.

*selindung muka balik selendang dan lari-lari anak, tersipu-sipu malu*

20 Comments:

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

saje je kan kasi tempek gmbar kfc tu. kasi lapar. ye ye ye awak berjaya peeja.. saya mmg terliur skrg ni..

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Aper pulak, papa akan teman Noy nanti, sian dier..

Atiqah MoHez said... [Reply to Comments]

besok aku nak pegi makan kfc..hahhahaha..terliur wei! kikiki

I.L.Y.A.N.I.E said... [Reply to Comments]

Siottt. kfc tuh sedap gile namammsssss ahh tensi tensi

sleepyhead83 said... [Reply to Comments]

Woohoo!! 1st time nih.. Nk ckp ape nih?? Ermm... Haloooo!! Hahaha

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Haah lah, kesian Noy nanti bila peeja dah kawin. Adakah pembaca2 kat sini akan nampak kelibat Noy disini lgi wallahuallam kan.

Karbon Kopie said... [Reply to Comments]

gadis desa sangat berselindung dibalik selendang sambil berlari anak..:P

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

konsep anak dara nak kawen kan?

harus ada selendang

Miss Anne said... [Reply to Comments]

sama lah..now i pun cari2 brg utk hantaran.. :) kat kl senang nak cari brg,tak cam kat kch ni..pilihan limited yg teramat...
terpaksa mtak tlg my fren yg dok kl survey2 brgan utk hantaran nanti..huhu.

::cik asha:: said... [Reply to Comments]

terliur sudah tgk pict KFC tuh..
lagi2 cheezy wedges tuh..aduyaiii..

afiniakib said... [Reply to Comments]

teringin kfc ngan mcD gila, tp kat uk ni tak halal, sobs..

cahya indah said... [Reply to Comments]

kak Peej, ayat last tu..gelak sakan Cahya kat sini. haha

love for life said... [Reply to Comments]

aku dgn kakak aku still ngan lagi even dia dah kawin anak 3.hahahaha.tapi BIL aku kadang2 menyampah jgak tgok aku.hehehe

Misz Jazzy said... [Reply to Comments]

tgk keakraban peej n noy teringat akk ngan adik pompuan akk dulu2.rapat mcm ni la, asal ada peluang bersama2 je tp kitaorg dah jauh dah...dia kat aussie ikut suami dia.baca blog peej ni mmg teringat nostalgia dulu2

Lya Colours said... [Reply to Comments]

haha adoi lawak la peej. siap nak selindung muka kat selendang tu, lari2 anak. ok x bleh imagine kalau haku begitu.hahaha

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

insya allah ko akan rapat ngn noy spi bila2..dot2 paham punya...

azwin nalisa said... [Reply to Comments]

a'ah la.pic miss noy tu slalu cmtu..kim slm kat die.

p/s: kak peej kalo kurus,x chumil da =)

peej said... [Reply to Comments]

Mrs sheikh - yeay. ok sila makan.

mama - anak bongsu kesayangan. tu dia spoil ok.

atiqah - yeay orang kedua yang berjaya dipengaruh.

ilyanie - orang ketiga tergoda. hahah.

sleepyhead - hahah. lawak la kau ni. ye la. halloooo.

aunty - ada la kot. takkan takda langsung. :)

KK - melayu terakhir sangat kan. kesayangan encik harris ombak rindu tu. - izzahburhan. mihmihmih.

rara- auwww. sangat. sunti uolls. hahah.

peej said... [Reply to Comments]

anne - ye ke. tak pernah sampai sana. so takleh bayangkan. a ah kl ni mmg macam2 ada. sediakan duit je. semua beres.

asha - kannn. cheesy wedges tu paling tak tahan. n yes. orang keempat yang terliur. wiiiii.

afini - ala sian. apa la nasib. menjilat jari ok. nyam. ;p

cahya - feeling sangat kan. ;p

lvl - tu la kan. agaknya dotdot pun nanti nyampah je asyik aku nak berkepit ngan noy ke apa.

jazzy - that is sad. mintak2 la noy tak kawin ngan orang jauh2 ke apa. kesepian nanti.

lya - ingat aku bolehh? mmg tak la. type boleh la. heheh.

buyui - ye ke? hope nothing change la kan.

azwin - kan. everytime pun dia tu. ye ke tak comel? mana tahu if kurus terus gorjes ke. wahhh over. mmg takkan la kan. hehehhee.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

muahaha..malam jumaat je ko tanak teman noy tu yeh? sian dier.. ko ni jeles nye ko adik badik pompuan.. aku kontang kanting je pompuan seketul.. boringgggggg!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...