Instagram : @peejburhan

family tree.

gila tertangguh entry ni.
ni aku keluar masa new year tu.
lepas jumpa bella n hairi tu.
terus berjumpa cousins.

start sebab tiba-tiba aku nampak izza tweet then ada cousin aku lagi sorang ni.
dia ni macam chipsmore.
kejap ada facebook. tau-tau nanti takda.
lepas tu kejap ada twitter, kejap takda.
pastu muncul balik.
so cakap la lamanya tak jumpa dia.
rasanya last masa ayol kawin kot.
bayangkan. betapa lamanya tu kan.

so plan mahu jumpa on new year.
janji malam la.
sebab siapa je nak bangun siang kan. hahaha.
kata nak jumpa around 9pm.
tapi since aku busy ngan design baju la apa.
gerak pun dah 10ish macam tu.
sampai kul 11. syabas.

aku plan nak jumpa either curve or bangsar.
tapi curve mana ada kedai bukak sampai lewat kan.
so bangsar je.
tapi nisa kata william la.
ok set.

rupanya william dah pindah.
haha mana la ku tahu.
last aku pergi tah tahun bila.
tu takpa. tengok tapak william lama tu dah naik food court baru.
so aku tanya la macam mana nak ke tempat baru.
izza pergi pass kat nisa.
nisa ni cerdik. suruh aku masuk tah sana sini.
berpusing-pusing aku ok.
rupanya william tu dekat je ngan tempat lama tu.
dia dah buat kat deretan kedai berdekatan tu. T____T
dah la ice konvoi belakang aku. hahah. tak pasal.

penuh gila orang.
sampai nak order pun boleh tahan lama.
nak tunggu makanan siap lagi kan.
menangis perut kelaparan.
nasib time tu makanan izza dah ada.
curik-curik makanan dia. nyammmm.

:: mango kesukaan. sedapnyaaa. blended. dalam ada longan n tembikai. sedapnyaaa ::


makanan izza yang di curi itu.
william ni yang bestnya.
sebab portion dia besar. kau boleh kongsi je.
n serious tak kedekut bahan.
udang besar ada la lebih dpd sepuluh kot.
ngan benda tu lagi. ok tu apa nama dia. sumpah aku taktau. hahaha.
spesis kerang. ;p
dah la nisa sweet siap kopekkan untuk aku.

ok tipu. dia tak sweet.
aku malas nak kotorkan tangan.
dok la korek-korek. bila dorang tanya buat apa.
aku kata la berkali-kali aku nak carik isi yang dah terbukak. nak makan.
taknak kotorkan tangan. sambil jeling-jeling nisa.
dia buat tak dengar je. fineeeeee.
tapi sedar-sedar dia bukakkan ok. :D


:: muka pelik. sedang cuba makan nisa. dia suruh rasa. erk ::

:: noy n izza ::

:: me n nisak ::

excuse ze oily face yea.
ni la akibat pompuan konon feeling taknak pakai bedak.
ambil. minyak muka boleh buat deep fry ok. kelas.


lawak tak terkata malam tu.
ada je la.
tapi bahan utama adalah izza la.
sebab dia ahkak melodi kan.

kita orang menyampah sebab twitter dia suka RT.

me : kau apesal tak reti guna reply? kenapa nak kena reply guna RT? semak ok.
nisa : ntah. menyampah aku.
izza : apaaaa?
me : kau ingat kau artis nak RT-RT? mentang-mentang dah glams sekarang kau rasa kau best la?
izza : hahaha siot. aku golongan. golangan la.
me : golongan apa?
izza : golongan artis.
nisa : eeeeeee...
izza : hahahahhaha.

rasa nak sepak.
lepas tu macam-macam cerita la keluar.
tak menyangka izza dah glams sekarang.
pastu saje sakitkan hati dia.

nisa : dia kan best frien siti nurhaliza. pergi korea sama-sama.
izza : hahaha. best la korea.
me : oh sekarang kau dah lupa asal usul la. sebab best friend artis.
izza : mana ada la. hahaha.
me : kau dah lupa melaka? kau dah lupa kg tedong tempat bermain kita tu.
nisa : tah. lupa la tu.
noy : lupa kedai dak bodek (kedai kt kampung aku. if raya mesti abiskan duit raya kat situ beli macam2)
me : tah. sekarang lepak nak best je. starbucks, tutti frutti, chawan.
izza : of cozzz. bodek tu apa? (siap slang)

tak suka diaaaaaaaaaaaaa.
ada je la topik merepek.

:: makanan nissa. so weird man. cheese nan. cicah adalah coffe, chocolate or caramel. pitam. tah takleh masuk la tekak aku. ::

:: tapi yang ni sedap. desserts. apa tah nama dia. yang putih tu macam puding caramel. tp selalu kuah gula hangus kan. tak ni kuah pun caramel. makan everyday confirm kencing manis ::

:: ice n huda makan spaghetti arabiata kot nama dia. entah. tapi ada meatballs. sedappp. i like ::

:: ni aku n noy punya. olive n garlic something nama dia. seafood la. pun sedap ::

macam-macam cerita la keluar.
lepas tu kecoh pasal.
izza terkejut noy die hard fan awie.
dorang tak tau. n tak sangka.
noy siap cakap. rasanya awie nak tak jadikan dia isteri kedua. psycho minah tu.
pastu mula la lawak bangang.

noy : kalau saya jadi bini awie. awak masukkan dalam melodi tau.
izza : harus.
me : haaa. last sekali. letak panaass! panaass! panass! keluar gegar2. kejap besar. kejap kecik huruf tu.
izza : hahaha. ok siap ada api-api.
me : ok. lepas tu aku macam buat tangan tutup-tutup camera cakap. no comment. no comment.
noy : kenapa pulak kau yang masuk?
me : ye la sebab aku taknak kecoh la. buat macam tak suka la. tapi sebenarnya suka. time tu izza. edit nanti jangan lupa letak link blog aku. hahahhaa.
izza : hahaha. apesal tiba-tiba blog kau keluar.
me : hey. tu la gunanya cousin. lepas tu kau cakap la. macam kau selalu interview artis tu. kau cakap kau dapat cerita daripada sumber yang boleh dipercayai. tapi kali ni kau kata dapat dpd peejburhan.blogspot.com. hahhaha.
izza : hahahhaa. sempat.
nisa : kau ni memang impian macam ni ke? nak tolak camera bagai. kau memang dah bayangkan situasi ni ke?
me : hahahahha. best la. baru la macam hollywood. ala-ala taknak layan camera la konon.

gila glams.
daripada cerita noy. ke cerita aku feeling artis sangat pulak. bengong.
ish macam-macam cerita la.
pasal artis la.
ke merepek-repek.
tiba-tiba dah lama tu baru sedar kita orang duduk tu betul-betul bawah macam signage kedai tu.
tau kan. yang tebal berlampu bagai.
dah masing-masing paranoid kata dah macam final destination la apa.
haaahh. ambik semua nak keluar vision masing-masing pulak.

tapi paling best.
bila dah balik tu.
tiba-tiba nisa tweet. "final destination 6 : vision aku mengatakan next jumpa akak melodi open table.

hahaha. yeeehawwww.
time tu semua geram je.
sebab kan nisa yang ajak makan william.
semua orang bil rm40 macam tu.
tp nissa rm16 je ok.
sebab dia order cheese naan tu, desserts tu. n air limau suam.
kelas kan.

memang best.
so kita orang plan lepas ni every month akan make sure lepak sekali.
ye la. kalau tak tah bila nak jumpa.
padahal sekarang semua pun kat kl kan. :D

20 Comments:

AzNuRuL AzMaN said... [Reply to Comments]

izza tu macam nicol ann david pun ada..versi pakai tudung...

Deqna said... [Reply to Comments]

izza tu yg wartawan melodi tu cousin peej ker? wah syok dia hari tu siap ke korea ngan dato' siti....

Ruch Mathers said... [Reply to Comments]

nan cheese caramel tu sedap gilaaaaa.bole nangis tu sedap sangat

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

sedap nye spagheti tu...yg ice punya kot...

nifalnin... said... [Reply to Comments]

sedapnye arabiata... nak mkn kat william la mlm ni

A D I A said... [Reply to Comments]

Oh patutlah mcm pernah nampak Izza ni, bro umur dia eh?

Misz Jazzy said... [Reply to Comments]

bestnya hangiut with cuzzies...akk pon dah lama x jumpa kazen2 akak...ntah2 dah lupa muka kot hihiiii

Misz Jazzy said... [Reply to Comments]

*typo..hangout

peej said... [Reply to Comments]

aznurul - haha. pulak. pun boleh.

deqna - a ah. untungkan. rezeki dia.

ruch - ye ke. ntah macam takleh masuk. sebab selalu cheese naan mkn ngan pedas2 kan. tiba2 manis. rasa pelik. heheh.

buyui - semua sedap ok. serious. dah la mewah isi n portion besar. harga sama mcm kat tempat mahal. tp lg puas hati la makan.

nifalnin - sedap sangat. sila la makan.

adia - muda setahun dari ku.

jazzy - melampau sampai lupa muka. eh boleh jadi gak. sbb ada je cousin yang tak pernah jumpa lama gila. pastu sendiri terkejut macam tu ke muka dia bila dah besar. lain betul.

afiniakib said... [Reply to Comments]

n this is why i love this blog so much! sbb selalu letak gambar food n cita makan2. inspirasi betul!
*saya dah tak neves* :D

akuiwana said... [Reply to Comments]

perghhh!kazen peej wartawan melodi..tu kira retis gak lettew.kem salam ek nnti.kikiki :D

deasa said... [Reply to Comments]

desserts tu memang sedapppp
rasa cheese yang disirami caramel
slurpp
rasa macam nak pekena lagi

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

suka oh izza tu XD

Azie,Malaysia said... [Reply to Comments]

kak peej kim salam izza....suka dia..dia syumil..

Azie,Malaysia said... [Reply to Comments]

kak peej kim salam izza....suka dia..dia syumil..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ya lah aunty pun selalu kalau tengok melodi kecoh2 tunjuk Iza dan bising kat depan tv tu lah cousin peeja, anak2 cakap gedik terlampau mama ni tau, eh betul lah mama selalu tengok dlm blog peeja tulis cerita sepupu dia.

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

perghh.. time kelaparan mmg tak bleh bukak blog ni.. makin stress...

peej said... [Reply to Comments]

afini - elok la tu. inspirasi untuk makan dan menjadi seperti tuan blog ni. hahaha. bagus. syabas kerana dah tak nervous.

iwana - bak kata dia. "golongan". gedik betul. Insyallah akan sampaikan salam kat dia.

dease - haiyoh ye ke. rasa macam pelik je. takpa. lain orang lain selera kan.

zara - haha. ye ke. tp dia mmg ok pun. ceria n sangat lawak.

azie - Insyallah.

aunty - haha ye ke. takpa la. ala semua pun macam tu. padahal baru wartawan je kan. bukan retis betul pun. ;p xpe. bangga jugak.

zara - nice. :D

shuweet said... [Reply to Comments]

Dah lama giler teringin nak makan kat william..tapi sumpah xtau katne..yang aku tau sri murni je

peej said... [Reply to Comments]

shuweet - nak dekat dah tu. william kat seberang berdepan ngan lrt kelana jaya tu. kat area lincon college ke apa hari tu tgk.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...