Instagram : @peejburhan

expose mistik : ronda malam

hi kak peej..
sama mcm the other readers..hope not to mention my name.. 
terbukak jugak hati saya nak share crita kat blog kak peej..
suka sgt bca expose2 mistik tu..
tp kdg2 smpai meremang tengkuk sya..
hehehe.. suka baca crita mistik tp langsung x suka tgk cerita mistik..
pelik kan?? hehehe..

ok.. saya mulakan cerita.. cerita ni t'jd thun lepas..
saya ni dulu rajin sgt kua mlm2.. (tp skrg dah insaf.. hehehe.)
jgn salah sangka eh,, saya kua ronda2 je ngan kawan2..
kami ronda naik moto.. 3 buah moto masa tu..
perempuan, termasuk saya sekali ada 3 org,,
kawan kami lelaki ada sorang ngan adik dia lelaki kecik lagi masa tu..
saya namakan mereka, A,B,C la ye.
yg C tu kawan lelaki kami.
A n B tu kawan perempuan..
oh ya,, adik lelaki si A pun ada skali.. 

A ngan C ni agak rapat tp x couple la..
diorang naik moto skali..
tp ada penghalang di tgh2 tu..
ada patung bear besar..hehehe..
saya bawak adik si C,, kawan saya si B ni naik ngn adik si A.. pening x?
kalau pening,, baca lagi sekali n bayangkan eh? heheh..

kami ronda mlm tu agak jauh sikit la dr kwasan perumahan kami,, 
ronda punya ronda,, kami pun masuk 1 kawasan kampung ni,,
masa mula2 masuk tu saya dah rasa seram,,
tp senyapkan la saja,, x terpikir pun hal2 mistik ni,, 
A ngn C jalan depan kami,, saya bawak moto tgh2.. kira si B la yg paling belakang..
bila kami masuk saja kat kawasan tu,, ada byk rumah,, cuma byk jugak la yg kosong, 
kebetulan, masa kami masuk tu,, ada geng2 budak laki tgh berkumpul kat sebuah rumah tepi sebelah kiri.. 
diorang tgh melalak,, lepak kat rumah kawan la kot..
pastu salah sorang tu nakal,, dia kata,
"nak pegi mana tu? baik2 sikit jalan tu." kami buat x tau je la kat diorang n terus masuk kampung tu..

masa tgh jalan,, mmg gelap la kawasan tu,, yg ada cahaya pun kat motor kami je la.. tu yg boleh nampak jalan..
masuk2,, ada 2 simpang,, kawan saya A n C ni ikut simpang kanan,,
kami yg kat blakang pun ikut je la..
saya bersembang la ngn adik si C ni,,
kami lalu sebelah ngan surau kampung tu,, ada jugak la cahaya kat kawasan tu.
pastu tiba2 ja si B dtg n bwk motor bersebelahan dgn sy..
sy x rasa apa2 pun lagi,, kami sembang je la..
n tiba2 si B ni diam,, muka pucat macam nk nangis.. saya tanya dia kenapa..
n dia jwb "tgn aku sejuk ni,, aku x boleh bawak motor dah ni,,"
pastu saya ckp kt dia "sabar2.. kat depan tu kita berhnti."
pastu si A ngn C ni jalan terus ja n tiba2 si C ni kata "cepat patah balik,, dah salah jalan.."
jalan kt depan tu mmg gelap..

masa kami nak u-turn tu kt kwsan padang,,
masa tu la saya rasa seram sejuk..
so saya diam aje la sambil bawak motor n buat2 x tau n terus sembang ngn adik si C ni..
sampai kt simpang nak kua kampung tu,, kami berhenti nk lintas..
kami berhenti kat tepi warung goreng pisang,,
masa tu gelap je la sbb dah tutup warung tu,,
masa tu la kami tukar org,, si A bawak si B sbb si B mmg tak boleh bwk motor..
si C naik motor ngan adik si A..
adik si A tu kecik lagi so x reti nak bawak moto..
lepas habis tukar org, n keta pun x de,, si C ni terus pecut lintas n dia kata "jom cepat skit."
kami pun ikut la si C ni,, masuk la nak dekat kwasan perumahan kami,,
tp masih lalu kawasan kampung jugak,,
masa lalu tu,, saya ni mcm nk luruh jantung bila nampak ada org tgh duduk kat tepi jalan tu,,
rupanya2 org tgh bergayut ngn phone..
dlm perjalan nak balik kawasan perumahan kami,, si B ni asyik nangis je..
kami tanya,, dia tak nak jawab,, kena la tggu sampai depan rumah,,

kami pun sampai depan rumah si A,, lepak kejap kat situ nak tanya si B,,
si C tu pun diam dari tadi,, saya ngan si A hairan ngan diorang,, 
kami pun tanya la..
sambil nangis,, si B cerita,, 
"tad masa aku bawak motor sebelah kau tu,, aku perasan ada benda putih duk tepi jalan tu..tu yg aku diam tu,, aku rasa mcm dekat sangat dia ngan aku,, mmg betul2 sebelah aku,,"
pastu si C tanya,, "kau ada terbayang apa2 x??"
B : aku kalau jalan mana2,, mmg aku suka minta nak tgk benda tu sbb aku tak pernah rasa..
C : tu la kau,, jangan duk mintak nak tengok la.. 
saya : kau ni pun,, agak2 la.. kawasan org kot,, kita mana tau ada benda apa.. tu,, permintaan kau dh dimakbulkan.. puas hati?? nak tgk lagi??
kami mmg bengang jugak la ngn dia..
pastu si C pun bukak cerita bila tgk si B tak berenti nangis..

C : ada 1 benda korang tak tahu pasal aku..
kami serentak tanya,,"Apa?"
C : aku boleh nampak makhluk2 halus ni,, keturunan aku boleh nampak,, tadi masa kita mula2 masuk n ada geng2 budak laki kan?? dalam kelompok diorang tu,, ada benda putih duk kat situ, tu yg aku buat x tau n terus jalan depan,, 
serius cakap masa tu saya rasa nak pengsan dah..
saya bayangkan balik keadaan tu..n then dia sambung cerita.
C : masa kita lalu lepas surau tu,, aku suruh korang patah balik,, sebenarnya benda tu ada sampai kat hujung kampung,, kalau kita terus,, confirm salah sorang dari kita kena,, n masa kita sampai kt simpang nak keluar kampung tu,, tepi warung tu pun ada,, betul2 je sebelah kau. (dia tunjuk jarinya kat saya.. lagi la rasa nak pengsan.) sbb tu aku suruh korang cepat.. 
si B tu lagi la nangis tak mau2.. dia pun tanya,, "kat mana surau tu,, aku tak nampak pun.." 
kami semua tgk si B,, saya pun kata.. "la.. masa kau bawak motor sebelah aku tu la.. betul2 kita lalu sebelah surau."
si B pun terus nangis lagi.. "betul wea, aku tak nampak langsung surau,, yg aku nampak,, sepanjang kita lalu nak terus tu semua nya kawasan PERKUBURAN!! sbb tu la aku bawak motor sebelah kau."
lagi naik bulu roma kami semua.. 

n then si C tu pun cerita lagi,
"kau tahu B,, mmg benda tu nak target kau dah tadi,, nasib si A yg bawak kau,, kalau kau sorg tadi,, memang dah kena."
A : hah? bila? kat mana?
C : masa kita lalu kat orang yang tengah cakap ngan phone tadi tu,, dekat2 situ dah,, benda tu memang tunggu B,, sebab antara kita semua,, si B yg paling lemah semangat,, nasib kita tukar org tadi,.

kami memang x tau nak kata apa dah,, masing2 terbayangkan kejadian tadi,. cerita punya cerita,, dah nak pukul 11 mlm.. 
saya ngn B nak balik rumah,, tp kami takut,, so,, si C ni kena teman kami la..
si A dah confirm2 sampai depan rumah coz kami lepak kat rumah dia tadi tu.. 

so,, esok pagi, kat skolah,, si C datang kt kami,,
kebetulan kami semua sekelas.. masa tu cikgu x dtg lagi so sempat la dia bercerita,,
dia kata "mlm tadi ada sape2 kena kacau x?"
saya jawab, "aku tak pasti la,, tapi x silap aku,, aku dgr ada org ketuk pintu tp aku tak bukak pun sbb ngantuk + seram.."
si B : semalam aku dgr bunyi orang tarik benda apa x tau kat luar rumah aku,, last2 aku tido ngn mak aku..
si A : semalam,, aku nak on PC x boleh,, aku on kejap n then dia off sendiri,, byk kali jugak aku cuba,, sebelum2 ni x penah jd mcm tu,, aku terus tido je la..
si C : korang kira ok lagi,, yg aku ni,, lepas2 anta diorang balik rumah,, aku nak balik rumah.. adik aku kan duduk dalam raga motor,, dia tunjuk arah tepi aku,, aku pun tgk la benda apa.. last2 benda putih terbang betul2 tepi aku,, aku cakap kat benda tu, 'jangan kacau aku ngan adik aku,, pegi balik tempat kau dtg tadi,,' n benda tu terus hilang,, balik2 je rumah,, adik aku nangis,, aku tgk dalam rumah aku,, benda tu bergayut kat atas rumah,,n then mak aku baca ayat al-quran, benda tu hilang terus..

lepas2 je dgr cerita tu,, kami semua diam n saya kata "lepas ni aku x keluar rumah dah mlm2, kalau keluar pun,, setakat lepak2 je..x mau dah ronda2 kat kawasan org.."
tapi kata2 saya tu x lama..
lepas dua tiga hari kejadian tu,, kami pergi lagi kawasan tu,, tapi ptg sikit,,
kami pergi kali ni si C x ikut,, kami pergi dgn si D,, lelaki jugak..
masa kami lalu tu,, ingat x,, saya ckp ada dua simpang,, n guess what?? kami ikut simpang kiri coz kami tak nampak langsung ada simpang kanan masa tu,,
last2 kami sampai hujung kampung n nasib ada org kampung masa tu,,
kami patah balik so kami ikut balik jalan yg sama n baru nmpk da simpang kanan..
lalu punya lalu,, saya tertengok 1 rumah ni,, kaler pink kalau x silap.. rumah tu usang gila,,
macam dah lama xdak penghuni..

saya tgk rumah lama sampai si A tegur,, "kenapa?"
saya pun ckp,, "malam tu,,masa si C suruh patah balik, aku ada nampak sorang pak cik naik motor masuk dalam rumah tu, tapi kenapa rumah tu macam dah lama xdak org eh?"
si B ckp,, "mana ada org malam tu,, semua rumah dah xdak org la kat luar tu.."
saya terus ajak diorang balik n x tengok dah kat rumah tu,, saya rasa seram sejuk je..
habis,, sape org yg saya nampak tu?? sampai skrg saya x dpt jawab sbb x pergi dah kawasan tu.. 
lepas2 je kejadian tu,, kami x masuk dah kampung tu x kira la ptg or pagi..
masa lalu tepi warung tu pun,, saya tak tgk dah,,
bila ada antara kawan saya yang nak beli goreng pisang kat situ,, saya mmg x nak.. 

p/s : saya x tau la cerita ni seram atau x.. tp bagi saya yg alaminya sndiri,, mmg seram..
say ada byk la jugak kejadian2 seram lepas2 mlm tu,, tp nanti2 la saya post ya kak peej..

.............................................................

cukup la aku cakap.
ada la berapa kali meremang bulu roma aku ni.
mula-mula dapat email aku baca dpd hp. meremang-remang ok. pfffttt.
then nak publish ni. siang tadi aku go through again.
sebab nak betulkan few ejaan. sebab short form kan.
takut nanti readers aku yang orang lama tak berapa faham.
so kena la betulkan mana patut.
aku baca siang hari pun meremang-remang lagi.
tak suka ok.
hishhhhhh. memang la tak suka.
tapi aku suka baca or tengok cerita hantu.
rasa thrill n chilly dia tu syiok. ;p
ketagihan.

korang rasa macam mana?
seram tak?
aku rasa seram la.
harap adik ni nanti share lagi cerita ngan kita kan.

selamat malam jumaat semua.




11 Comments:

Miss Anne said... [Reply to Comments]

ishhh..seram laa..
lagi seram dari yg sebelum2 ni rasanya..
harap2 tak bawak sampai mimpi lagi.
i baca expose mistik yg last week tu tbawak sampai ke mimpi ok..huhuhu..seramsss

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Mak ai ni bukan setakat seram tapi sangat menakutkan, serius kalau terjadi kat aunty kut kut aku terus pengsan.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

scary btol bab boleh nampak2 benda halus ni. siap nampak benda tu terbang sebelah. gila. kalau saya, baik pengsan terus.huhuhu

lady scooter said... [Reply to Comments]

hu3... memang seram... nasib baik tak baca malam tadi... niat nak baca dah tapi mengenangkan malam tadi malam jumaat...he3... takooot!

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

macam biasa aku bukak pagi-pagi. ingatkan tak seram, seram gak woh.

eh adik, hang duk diam2 kat rumah boleh tak? ronda-ronda plak dia. berani sungguh. mau kata aku kena, kat simpang tu jugak aku dah pengsan. kena panggil ambulan ambik aku. muahahaha.

HarLisz said... [Reply to Comments]

Baca siang hari pun rasa serammm smpai meremang bulu yg ado...

HarLisz said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
HarLisz said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
ceera said... [Reply to Comments]

mmg seram citer ko dik, wpon pening nak ingat sapa a sapa b sapa c, hahaha

wahieda said... [Reply to Comments]

Baca tengah malam semalam sebab stay up ingat nak study..sambil baca sambil jeling tingkap yang terbukak dekat sebelah..sambil dengar bunyi angin macam orang tengah nangis tu..tapi semangat ouh nak habeskan citer..hahaha..damn, terus tak jadi nak study, bulu roma dah tak larat nak meremang dah..=p

peej said... [Reply to Comments]

anne - memang. pernah gak dulu siap mimpi sebab asyik buat expose mistik. takut melampau kan.

aunty - kan. terus tobat taknak keluar ronda dah.

lya - agaknya if dah biasa. dah tak rasa apa kot.

lady scooter - if baca malam lagi seram kan.

rara - kan. seram. aku baca siang hari buat kali ke 2-3 macam tu pun rasa seram dia tu.

harlisz - kannnn!

ceera - kan. aku rasa tu je yang potong. sebab watak ramai. so confuse situ. patut kena buat nama gak. tapi ala2 bukan nama sebenar gitu. tp dlaam pada tu pun seram kan.

wahieda - ish paling benci bunyi angin yang macam tu. memang boleh rasa seram automatic.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...