Instagram : @peejburhan

expose mistik : kisah bilik mayat

Hi Peej,

I memang jarang baca entri expose mistik kat belog u sebab I memang consider penakut sikit. 
Nanti mula la nak terbayang-bayang menda merepek. 
Nak-nak kalau kena keja shift malam sorang-sorang. Scary ok. 
Since I da tuka tempat keja and still keja shift malam, tapi ramai gila kot orang kat opis tambah lagi tengah sangap nak baca belog sebab takde keja kat opis, so baca je la entri mistik pun. 
Ok, cukup dengan penerangan panjang lebar. Hehe.

I nak cerita satu peristiwa ni jadi masa I tengah study kat UM. 
Adik I pun study kat UM gak and dia buat course farmasi. 
Disebabkan farmasi ni kat fakulti medic, so dia ditempatkan kat kolej 6 (kolej untuk budak-budak medic). Fac diorang pun sebelah kolej je.
I masa tu 2nd year and da pakai keta kat kampus. 
So my adik ni rajin la suh I amik dia kat kolej gi makan-makan. 
Biasa la student life suka makan luar lewat malam.

Nak dijadikan cite, blok bilik dia ni kat belakang betul-betul sebelah fac medic ni. 
So nak menyenangkan dia and supaya I tak payah tunggu lama, I salu amek dia ikut pintu pagar belakang and hantar pun tempat yang sama. 
Satu hari ni around pukul 12 tengah malam camtu kitorang baru balik dari makan luar and I hantar la dia kat pintu pagar belakang ni. 
Untuk betul-betul turun kan dia kat pintu pagar tu, I kena masuk kawasan parking lot yang ada 1 pintu masuk je. 
So bila I da drop dia, I pusing la balik keta nak keluar dari kawasan parking tu (masa ni dia da selamat masuk asrama da). 
Tak disangka-sangka ada sorang lelaki India tengah elok berdiri tegak kat tempat pintu masuk parking tu. Seingat I memang masa lalu tu takde sape-sape. 
Takpe la, I pun buat tak tau je la.

Masa lalu depan dia nak keluar kat pintu parking tu, still laki tu tak berganjak. 
Cuma ekor mata dia yang bergerak ikut pergerakan keta I sampai I melepasi dia. 
Yang paling menakutkan ialah bila elok je I lalu depan dia, bulu roma satu badan meremang. 
Jangan cakap bulu badan, dengan rambut I rasa tegak meremang. 
I da menggeletar terus tekan minyak sejauh mungkin dari dia. 
I plak bijak sangat pegi tengok balik dia guna cermin pandang belakang. Dah hilang! 
Bila pikir-pikir balik, nasib baik hilang. 
Kalu tetiba muncul elok duduk kat seat belakang keta cemana? Pitams.

Esoknya I tanya my adik dia perasan tak laki tu semalam? Dia cakap takde pun. 
Dia cakap biasa la budak-budak kolej pun kadang-kadang terserempak ngan lembaga India camtu. 
Guard pun biasa kena. 
Sebabnya bangunan fac medic yang kat sebelah tu adalah bilik mayat. 
And mostly mayat pun mayat tak dituntut dari negara India. 
Ye la, negara miskin kan, so diorang jual la mayat ni untuk buat research.

Sejak dari tu kalau nak amek hantar dia, I akan guna pintu depan. Sorry la kalu nak lalu situ lagi.


Norazziah

5 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kenapa lah aunty terbuka malam ni patutnya besok pagi lah bukak entry ni tapi dah terbukak pulak malam ni kan dah tak pasal2 takut, nak kedapur sorang2 pun takut dengki tau.

Rumaysa said... [Reply to Comments]

teringat pulak dengan cerita 'cadaver' thailand tu. hiks.

mayatnya kerja bergerak2 je. ;)

peej said... [Reply to Comments]

aunty - ni takda apa la aunty. ada nanti yang lagi scary. tp kena tunggu turn. nanti saya tepek.

rumaysa - tak pernah tengok pulak cerita tu.

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

ok dah baca. nasib baik hari ini cerah terang benderang.

peej said... [Reply to Comments]

rara - citt. ku pikir kau berani. rupanya.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...